Aku Kembali Kerana

20 Nov 2018  |  Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya

Ohoiii..! sebulan lebih tak update blog. Acah-acah rindu membuak-buak baru teringat kat blog (dengan harapan ada pembaca rindukan aku juga..! hahahaa..) Cepat betul masa berlalu, sedar-sedar dah 22 Nov guys. Mana tercicir ni..? Jauh betul. Dan ya, aku kembali sebab tiba-tiba rasa kejam sangat pada blog ni kalau di biar bersawang. Aku macam terpukul bila baru-baru ni dapat berita pasal blogger kegemaran aku dah stop blogging. Aku dapat tahu kehidupan peribadi dia diuji lagi dan lagi jadi mungkin sekarang priority dia bukan pada blog dah. Sedangkan aku..? Di mana priority aku..? krikk krikk krikk..

Aku kembali selepas rasa jari-jemari keras dan 'tak pandai' menaip lagi. Serius ahh, taip ni pun berapa kali backspace sebab ayat terabur, ejaan melalut, blank sana blank sini, blurrr tak habis-habis. Berdebar siot..! Apa dah di mamah tua sangat ke aku sampai menaip pun tergagap-gagap..! Tu belum cerita menaip kat whatsapp, update status kat FB atau share picture kat IG.. most of the times memanjang tak ada idea. Akhirnya update benda merepek yang kemudiannya aku menyesal tapi tak nak pula delete. Aku rasa macam dah tua sangat untuk socmed. Tua sangat untuk semua benda. Dammnn..! what happen nihh.. :(

Aku kembali sebab rasa macam tergantung. Ada hutang cerita dengan pembaca kot. Ehh..! tu pun kira hutang yang buat mayat kita tak di terima bumi ke..? Nauzubillah. Korang sudi tak maafkan aku dan halalkan hutang-hutang entri yang aku dah janji nak cerita tapi sampai hari ni tak cerita-cerita juga. Sudi kan eh..! please. Aku takut mati. Lagi takut kalau mati dengan bawa hutang pada manusia. Camne nak hadap wehh.. :(

Aku kembali sebab rasa hidup aku sebulan dua ni banyak sangat pelangi. Ada masa mendung tu memang gelap gelita la, tapi masa hari-hari yang cerah dan ceria tu serius aku nampak pelangi. Tak tahu la nak kongsi dengan korang ke tak. Aku anggap semua tu doa-doa kalian la yang ikhlas nak tengok aku bahagia dan gembira.. kan.. kann.. kann.. :)

At least untuk 2018 ni aku rasa hidup aku memang macam roller costar yang sentiasa ups and downs. Tak terhitung rasanya berapa banyak bahagia, berapa banyak airmata. Aku belajar banyak benda tahun ni. Alhamdulillah. Boleh tak nak request tahun depan dan tahun-tahun seterusnya pun best macam tahun ni..? :)

Aku kembali sebab aku rasa nak tukar template blog la. Nak tukar hitam. Sebab aku rasa macam dah tua sangat nak 'pakai' warna-warna ceria dan muda-muda macam ni. Tapi aku masih suka purple. Cuma purple yang gelap-gelap la kot. Ok tak kalau aku tukar template blog..? Nak yang minimalist, deep dan ala-ala mysterious sikit. Amboiiii kau..! hahahahaha.. Update blog pun sebulan sekali, ingat ada orang kisah ke template kau rupa macam mana pun..! lolsss.. :p

Aku kembali sebab nak update laju-laju (supaya aku tak lupa) :

1.  Birthday aku tahun ni (20 Nov) sambut kat Cyberview Resort and Spa. Alhamdulillah, setakat ni Pokchik tak pernah mist reward aku setiap kali birthday aku dan anniversary kitaorang. Harap-harap kekal la sampai bila-bila. Tapi dia memang tak pernah bagi aku hadiah. Percaya tak..? Serius memang tak pernah dapat sebutir hadiah pun waima sekuntum bunga. Cara dia sambut birthday aku memang bawa gi bercuti je. Alhamdulillah. Aku cukup bersyukur dah.

2.  Deepika Padukone dengan Ranveer Sigh dah kahwin 14 Nov hari tu. Aku antara yang paling happy tengok couple ni. Alia Bhatt pula khabarnya bercinta dengan Randbir Kapoor sekarang, walaupun beza usia diaorang ni 11 tahun. Who cares kan..! Aku happy juga kalau betul diaorang couple.

3.  Aku nak stop jual ZAWARA. Rasanya kosmetik dan aku tak sebulu, dulu kini dan mungkin selamanya.. kahh.. kahh.. dasaaarrr..! Sekarang nak usha-usha bisnes lain pula. Apa-apa je lah yang senang nak jual dan boleh tambah duit poket.

4.  Aku nak cari kerja lain. Sekarang tengah siapkan resume yang mantap-mantap-kebaboom. Doakan aku eh. Aku set target sampai hujung tahun ni. Kalau aku still tak boleh nak pujuk hati, aku serius nak resign kerja gomen ni. Rugi..??? Ya, tapi kebahagiaan aku lebih mahal harganya. Tu je nak bagitahu. Tak faham, takpe. 

5.  Berat sekarang 85.4kg. Bila entah hilang 2kg tu. Aku pun tak sedar. Tapi bila tengok diri kat cermin macam tak ada beza pun. Dalam gambar pun aku masih kelihatan seperti tong drum yang berkarat, kemek sini sana, terbiar lagi terhina (auuchhh..! jangan kecam sangat ain.. :p )

6.  Aku sekarang dah register twitter. Tapi... $#@$%#&?!!? je sebab again rasa dah tua sangat nak 'berkicau-kicau' ni.. hahahahaa.. Aku cuma jadi pembaca dan pemerhati je kat sana. Tak payah follow la, aku jarang up apa-apa pun. Tapi kalau degil juga nak stalk aku, sila la search @AimNub Haris | People Changed, So Do I (kemainn kau.. hahahaa..) Nanti akan nampak  lah muka aku yang comel sambil acah-acah suap makanan.

7.  Aku ingat nak susun balik lah permainan socmed aku. Sebab aku sejenis yang tak suka update satu benda lepas tu share benda sama kat FB, kat IG, kat Twitter dan kat Blog. Like... buat apa kau follow aku kat semua platform tu kalau aku update BENDA SAMA (tetiba merah kauuu). Betul tak..? Aku suka different-different. Contoh kat FB dia, kita baca benda lain, kat IG dia, gambar lain, kat Blog dia, story lain, kat Twitter dia, meroyanz lain, kat Youtube dia, lagu lain. Haaa.. kan interesting gitu..! Tapi susah kan nak buat.. hahahahaha.. cuba lah dulu. Siapa yang boring, aku remove-unfollow-unfriend-and-whateverrr..!!-flip hair.. **diva**

Sekian.

Jumpa lagi nanti-nanti.

:)




...

Share:

ISTANBUL dan Segala Hal Sebelumnya

Alhamdulillah seminggu lebih dah balik Malaysia selepas 6 hari bermusaffir ke Istanbul. Perasaan aku..? Masih di awang-awangan atau bahasa urban orang sebut "tak boleh move on" lagi.. hahahahaa. Dan ya, Istanbul sangat lah urban terutama Istanbul yang sebelah Eropah. Aku rasa macam jalan-jalan kat negara orang putih. Dah la orang-orang Istanbul ni cantik-cantik, putih melepak, tinggi-tinggi dan fashionable. Memang rasa kerdil je orang kepulauan asia tenggara macam kita ni.. :)

Banyak lagi aku nak cerita pasal travel aku ke Istanbul dan Bursa tu. Gambar pun banyak nak share. Tapi macam biasa la aku ni sejenis suka memerap. Tengok la cerita ke India tahun lepas, sampai hari ni tak habis share lagi.. hahahahaha..! Moga bersabar la dengan perangai aku ni. Aku share apa-apa cerita travel aku kat dalam blog ni bukan nak menunjuk ya, dan bukan dapat duit pun.. hahahaa.. tetibeerrr.. Just untuk simpanan dan kenangan aku. Harap tak ada la yang rasa cemburu tahap mendengki. Malah aku harap korang pun tumpang happy untuk aku. Hari ni rezeki aku, InsyaAllah akan datang rezeki korang pula.. Aamiin..

Travel To Istanbul With My Love

Selain dari cerita travel ke Istanbul tu, ada banyak hal-hal kecil tapi penting yang aku nak share. Contohnya tentang kurus Jom Urus Stress (JUS) yang aku join dua hari sebelum ke Istanbul. Kursus yang in person dengan Dato' Haji Mohd Fadzillah Kamsah sendiri. Ya Allah, bersyukur sangat aku dapat join kursus tu walaupun harga tiket agak mahal untuk aku tapi berbaloooiiiii sangat. Aku temui jawapan yang aku cari-cari selama ni. Kursus tu sehari je, rasa tak puas tapi segala yang aku harapkan dari kursus tu alhamdulillah aku dapat. Nanti aku share lagi detail pasal apa yang aku dapat dari kursus tu, ok.. kassam sey..! :p

Aku nak share juga tentang tahap kesihatan aku sekarang sebab aku tahu ramai yang concern dengan kesihatan aku sejak aku bagitahu ada masalah deperession-what-so-ever. Tapi aku macam berbagi-bagi rasa juga sama ada nak share secara terbuka atau tak sebab aku ada sedikit fobia bila nak cerita semua benda. Takut macam ada orang yang tak senang dan salah faham atau ambil kesempatan atas ketidaksihatan emosi aku. Nanti gaduh. Lepas tu sakit hati. Lepas tu unfollow kat IG dan FB... hahahahaha..! so childish right..? tapi realiti okey... ada orang jenis macam tu.. bukan aku..! kihh.. :)

Aku nak share juga pasal smartphone baru yang aku beli sehari sebelum ke Istanbul. Tapi sayangnya handphone je smart, aku tetap tak smart... denggg..! :p Aku beli smartphone tu selepas lama mengidam dan meng'usha' di Youtube. Selain dari sebab smartphone aku yang lama tu semakin hauk..! Bateri dia selalu haus dan haus tu pula time aku sangat-sangat memerlukan. Maka, smartphone tu selalu dapat makan sumpah dan maki daripada aku tanpa berkias lagi. Kehadiran smartphone baru ni bagai memberi sinar baru dalam hidup aku (cewahhh.. ayat nak dramatik saje..). Macam dapat baby cat baru kan, asyik nak membelek dia je. Punya sayang tu tahap tengah-tengah malam terjaga terus check smartphone ada kat sebelah tak.. hahahahahaa..! this is poyo.. :p

Smartphone yang khabarnya mempunyai 40mpx ketajaman kamera ni tidak juga membuatkan skill aku tajam. Gambar-gambar yang aku snap, masih tak berapa nak smart. Stressed..!! Why la aku tak pandai-pandai juga snap gambar. Betul la orang kata, ada kamera canggih macam mana pun tapi kalau tangan tak berseni, memang kaku juga gambar tu. Tak ada soul. Cissssss.. nangis terpisat-pisat. Pun begitu, aku percaya practice make anything possible..! oleh itu.. marilah kita praktis sampai lebam.. :)

Apa lagi aku nak share eh..?

Ohh ya.. aku nak share review aku tentang filem yang baru aku tonton dan yang aku suka. Banyak je movie yang aku tonton terutama dalam flight masa pergi dan balik Istanbul hari tu. Kau bayangkan lah 11 jam dalam flight, memang senak menonton filem je namanya sebab aku sejenis yang susah nak tidur dalam flight. Tak selesa dan fobia takut flight terhempas dan tak sempat say i love you kat Pokchik sambil berpelukan, mengalirkan airmata dan bermaaf-maafan (again, ayat mesti dramatik..). Antara filem yang aku tak sabar nak share adalah filem omputih tajuknya I Feel Pretty lakonan Amy  Schumer. Lawak gila cerita tu but very inspiring...!

Okey cukup lah pot-pet-pot-pet kali ni.
Nanti aku update lagi. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018
(31 Ogos dan 16 September)

Aku sayang Malaysia.
Walau cantik negara orang, cantik lagi negara sendiri.
Walau seronok di negara orang, tetap seronok dapat kembali ke negara sendiri.

:)


...

Share:

ROCKSTAR | Kisah Cinta Tidak Kesampaian

Aku baru sahaja menonton filem Rockstar ni selepas baru-baru ni keluar di TV2. Tapi aku percaya itu bukan filem versi penuh sebab untuk saluran tv di Malaysia, tentu banyak scene dah kena potong. Pun begitu, aku menonton filem Rockstar dengan satu expectation yang sangat tinggi sebab sebelum ni aku ada terbaca banyak review tentang filem ni malah pujian melambung-lambung yang di berikan oleh pengkritik filem atas mutu lakonan Ranbir Kapoor dalam filem ni buat aku tertanya-tanya; lebih hebat dari Barfi ke..? 

Tak kurang yang kata filem Rockstar ni adalah gandingan terbaik Ranbir Kapoor dan pengarah-filem-deep Imtiaz Ali. Walaupun selepas filem ini Imtiaz Ali 'kerja kuat' untuk hasilkan Highway, Tamasha dan Jab Harry Meet Sejal tapi tetap pujian balik kepada Rockstar. Ada yang kata 'badi' Rockstar ni dah melekat pada Imtiaz Ali dan Ranbir Kapoor -- mereka tak akan boleh hasilkan magik yang sama walau beratus filem mereka bergandingan lagi. Betul ke..? We wait and see je lah :p

filem lakonan Ranbir Kapoor, Nargis Fakhri, Shammi Kapoor cameo, filem Imtiaz Ali, the best film of Ranbir Kapoor,
Rockstar (2010)

Rockstar Satu Lagi Kisah Cinta Tak Kesampaian

Tajuk filem ni nampak ganas tapi keseluruhan filem ini adalah berkaitan cinta. Perasaan dan kejiwaan yang cuba di sampaikan melalui filem ni sebenarnya straight foward iaitu (1) kalau kau suka dia, berjuang lah untuk mendapatkannya dan (2) cinta sejati tak semestinya memiliki. Tapi hasil garapan Imtiaz Ali yang nyata tak suka filem straight foward maka di pusing-pusing dan di belit-belitkan jalan cerita ni sampai jadi bersimpul-simpul. At the end, filem Rockstar ni sebenarnya hanyalah satu lagi kisah cinta tak kesampaian yang complicted dan berakhir dengan kematian. Dammnnnn..!!

Ini apa yang aku 'lihat' tentang filem Rockstar :

1.  Satu lagi filem cinta daripada Ranbir Kapoor dan sekali lagi cinta Ranbir dalam filem ni berakhir dengan kesedihan dan kematian. Why..? Why Ranbir suka sangat ambik watak macam ni. Lama-lama aku tengok Ranbir ni macam dah 'kebas' je bila tiba bab putus cinta. Dalam filem atau luar filem, kisah cinta Ranbir Kapoor macam sedih je. Come on hero..! Cari lah someone yang betul-betul boleh mencintai dan di cintai. Jujur. Ikhlas. Dan memahami. Then, kahwin la cepat..! :)


2.  Watak JJ seorang penyanyi rock yang patah hati, ranap jiwa, sunyi, keliru tapi berbakat besar dan popular memang superb di tangan Ranbir Kapoor. Dia punya mata berkaca-kaca tu selalu berjaya buat hati aku luluh. Dalam filem ni juga aku hampir percaya Ranbir sebenarnya memang boleh menyanyi dengan baik terutama sebab aku dah tengok Ae Dil Hai Mushkil juga.

Dua-dua filem ni dia jadi penyanyi kan. Ada style dan penjiwaan yang hebat. Tak pelik kenapa orang asyik bandingkan filem Rockstar ni dengan Ae Dil Hai Mushkil tu sendiri. Jalan cerita pun hampir sama. Ahh..! anggap je lah kebetulan.


3.  Jalan cerita filem ni agak carca-marba dan berpusing-pusing sampai aku sedikit confuse dan tak faham apa sebenarnya yang cuba di sampaikan. Di awal cerita masa JJ dengan Heer cuma 'berkawan' tu aku macam pelik gila. Tak kan lah JJ tu dungu sangat sampai sanggup jadi 'hamba' Heer tapi dalam masa yang sama tak sedar yang sebenarnya dia dah jatuh cinta dengan Heer..? Come on laaa.

Heer pun sama juga, JJ tu punya banyak berkorban untuk dia, sanggup datang Kashmir masa Heer nak kahwin, tak kan Heer tak tahu semua tu maknanya cinta...? haihhhh.. Dan di hujung cerita tu boleh pula Heer ikut JJ pergi road tour sedangkan dia tengah nazak dan masih isteri orang.. grgrgrgrgr..!! Apa ni..?!! filem hindustan memang selalu letak logik kat belakang sekali sampai hampir tak wujud perkataan logik tu kot.. hahahahaa.. :p

4.  Berbeza dengan lakonan cemerlang Ranbir Kapoor sebagai JJ, lakonan Nargis Fakhri sebagai Heer ya ampuuuuuunnnn...!! ke lauuuuttt dalam..! hahahahaha.. :p Kayu tahap lurus macam kayu pembaris. Faham tak..? Aku jadi tak faham gila kenapa Imtiaz Ali ambik Nargis ni berlakon filem acah-acah deep macam ni. Failed..! Harap muka cantik dan bibir seksi je. Lakonan hambar.

Aku di fahamkan watak Heer sepatutnya dilakonkan oleh Kareena Kapoor tapi Kareena menolak. Maybe sebab depa kan sepupu tak kan nak buat scene cium-cium mulut pula kan..! Tapi lepas tu ditawarkan kepada Sonam Kapoor dan Diana Penty tapi tak tahu kenapa lastly dapat kat Nargis pula.. haihh..! Aku membayangkan kalau Kareena yang bawa watak Heer tu mesti superb..! marvelous..! mantap dan lebih meyakinkan. Tapi tu lah...


5.  Filem ni buat aku jatuh cinta lagi dan lagi pada keindahan Kashmir....!! rinduuu woiii nak main salji, naik chikara sambil ambik angin petang kat Dal Lake, tengok orang-orang Kashmir yang penuh sederhana, tenang dan cantik-cantik.. hehehehehe. Wajib la repeat ke Kashmir lagi lepas ni. :)

6.  Kehadiran Shammi Kapoor sebagai watak jemputan langsung aku tak jangkakan. Terkejut tengok penampilan Shammi Kapoor yang ternyata sudah di mamah usia tapi auranya masih mantap. Aku bukan peminat Shammi Kapoor sebab aku selalu rasa di berlakon over.. hhahaahha.. Tapi dia lagend kan, bagus lah sesekali muncul macam tu. Dapat juga ubat kerinduan peminat (kalau masih ada la.. lol..)

7.  Lagu-lagu dalam filem ni semua hasil garapan A.R. Rahman yang popular dan hebat dalam kelas tersendiri. Siapa yang tak kenal A.R.Rahman ni, standard dia bukan kat India je ye, malah peringkat international tau. Tapi sorry aku tak minat karya dia. Jadi tak ada satu pun lagu dalam filem ni yang melekat di hati aku. Bukan lagu tu tak best, cuma bukan jiwa aku. Tu je.

Apa Yang Aku Belajar Dari Filem Rockstar

Di awal cerita watak JJ digambarkan sebagai seorang yang innocent tapi berjiwa besar. Dia nak jadi penyanyi tapi tak ada jiwa. Ada orang bagitahu dia, penyanyi yang baik mesti menyanyi dengan feel. Nak dapat feel tu mesti melalui sendiri kejatuhan, kesakitan, patah hati, bercinta, putus cinta, kehilangan atau ditinggalkan. Baru lah feel tu wujud dalam hati dan diri seseorang. Filem ini tentang perjalanan JJ mencari feel tu sendiri. Tapi bila dia berjaya dapat feel tu, rupa-rupanya dia tak nak jadi penyanyi lagi. Dia cuma mahu jadi pencinta yang sentiasa mencintai walau tidak memiliki.

Aku enjoy tengok kisah dan perjalanan JJ malah ada beberapa scene yang sangat mengesankan sampai aku menitiskan airmata. Aku boleh rasa JJ punya keliru, sedih, marah, sakit dan rasa tak puas tu. JJ adalah satu watak yang mengajar aku tentang move on tapi bukan melupakan. Putus tapi tidak perlu membenci. Sakit tapi jangan membalas dengan kesakitan. Cinta adalah tentang memberi tanpa mengharapkan balasan. Cinta adalah tentang pergi, dan jika benar-benar sejati pasti akan kembali. Patah hati, kecewa, menjadikan kita manusia. Apa yang kita cari bukan apa sebenarnya yang kita cari. 


Dalam temu bual bersama The Indian Express (klik untuk baca lanjut), Imtiaz Ali ada menyebut ini dan aku menyukai apa yang disebutkan. Aku share sikit :

Yeah, that happens. Somebody, who belong to a set of people, who just follow instructions without thinking about it, can say, ‘I love this person.’ But if you think about it, you will realise that if you love different people in life, you still have different feelings towards them, then how do you define this word called love. So, obviously, you feel different love for different people at different times. So, saying it does not communicate the same thing.
What happens sometimes is that you challenge something, you accept the fact that you don’t know the answer and therefore comes across as confused, which often my characters are supposed to be. But if you don’t challenge anything and you are blind then you will say, ‘I love this girl.’ If you open your eyes, there will be questions that’s what happened to these people (his characters). Love is such an oft-used word that doesn’t communicate anything special.
Bagi yang belum menonton Rockstar, anda boleh cuba dan mungkin anda akan menyukainya. Tapi anda mungkin perlu menonton filem ni beberapa kali untuk dapat mesej yang cuba di sampaikan. Aku sendiri masih berharap akan dapat menonton filem ini lagi dan lagi. Baru dapat feel tu kot. Sama macam filem Tamasha, sekali tonton aku tak faham sangat malah siap tertidur pula tu.. hahahahaha.. Tapi lepas tengok Tamasha beberapa kali, aku suka filem tu terutama chemistry antara Ranbir Kapoor dengan Deepika Padukone yang mantap tahap dewa..! hehehehe.

Lepas ni aku looking foward untuk tengok Bombay Valvet dan semestinya Sanju. Tak sabar..! Setakat ni dalam semua filem lakonan Ranbir, aku masih letakkan Barfi nombor satu sebagai filem terbaik lakonan dia. Tapi ada yang kata Sanju lebih mantap sebab tu aku tak sabar nak tengok filem tu. Selebihnya, aku rasa Ranbir ni memang pelakon yang hebat dalam kelas dia tersendiri. Tak boleh nak banding-bandingkan sangat. Nikmati sahaja. At the end semuanya adalah hasil karya dan usaha keras orang, kita patut menghargainya. 

:)




...

gambar : google image

Share:

Cantik Luar, Cantik Dalam, Cantik Dengar Sini

Cantik (gambar sekadar hiasan dari Google Image)

Alhamdulillah pagi ini bermula dengan baik untuk aku. Bangun awal pagi tadi untuk bersahur. InsyaAllah semoga dipermudahkan hajat aku nak berpuasa hari ini dan esok sempena 8 dan 9 Zulhijjah. Aduhai rindu betul pada Tanah Suci dan kenangan di Arafah sampai ke Mina. Teringat-ingat betapa mencabarnya proses nak sudahkan ibadah haji aku pada waktu tu. Maklumlah pertama kali, jadi semua benda aku perlu pandai-pandai 'adjust'. Pun begitu, syukur Alhamdulillah berkali-kali aku panjatkan di atas segala kesempatan dan peluang yang Allah berikan. Kalau masa boleh di putar kembali, aku janji akan lakukan yang lebih baik. Aamiin. 

Okey, pagi ni hajat tak nak sembang yang berat-berat tapi bila dengar siaran Kool FM pagi tadi, tidak boleh tidak timbul beberapa persoalan di dalam hati aku. Linda Onn sudah kembali..! wowww..! Apa rasa menjadi seorang Linda Onn..? Beliau pernah popular, kemudian kurang popular. Pernah menjadi no.1 sampai perlahan-lahan jadi suam-suam kuku. Pernah berlakon tapi tak berapa menjadi. Pernah menjadi pengacara program tv kemudian di palit kontroversi pula. Ada rangkaian kedai makan yang popular dan menjadikan dia kaya-raya. Berkahwin pada lewat usia tetapi suaminya kerabat di raja. Pernah menjadi rebutan banyak stesen radio dan kemudian di'pass' ke sini dan ke sana memaksa dia berpindah dari satu stesen ke stesen yang lain. Rela atau terpaksa..? well..

Soalnya, best ke jadi Linda Onn..?

Gambar dai IG Linda Onn

Baru-baru ni aku terbaca tentang Linda Onn yang seperti sengaja 'cari gaduh' dan kacau periuk nasi peniaga jalanan. Dari satu sudut, aku faham kenapa Linda Onn buat macam tu dan bagi aku secara peribadi memang betul apa yang di suarakan oleh beliau. Cuma mungkin olahan ayat dan 'nada' ayat tu tak berapa sesuai. Nampak macam kekwat giler dan of course netizen yang memang menunggu masa nak menghentam akan menggunakan kesilapan kecil tu untuk menghentam kaw-kaw. Patut ke netizen hentam dia..? Ada yang patut, tapi ada yang over.

Paling menarik bila netizen berduyun-duyun menghentam kualiti masakan dan rasa makanan di kedai makanan milik Linda Onn sendiri. Wah, secara berjemaah korang mengutuk ye..! hahahahaha.. Tapi bagi aku sendiri, memang tak sedap pun rasa makanan di kedai makan Linda Onn tu. Tak macam dulu-dulu masa Linda Onn baru buka kedai makan dia kat area Ampang Point tu. Aku pernah singgah makan nasi ayam kat situ. Memang sedap. Power. Walau harga agak 'artis' sikit la.. mahal..! hahahahaa.. Tapi selepas dua tiga tahun, bila aku pergi lagi makan nasi ayam kat situ, rasa dan kualiti jauh beza..! Harga pun makin mahal. Tak paham betul. Lepas tu aku pernah singgah makan asam pedas kat kedai dia yang area Tesco Ampang tu (bukan dalam Tesco), kebetulan mak aku pula order set nasi ayam penyet. Ya ampunnnnn, minta maaf cakap memang rasa ke laut dalammmmmm... tak sedap..! Sampai kami satu family pangkah terus kedai makan tu, tak akan datang makan kat situ lagi. Boleh bayangkan rasa macam mana punya frust kami waktu tu kan.

So, Linda Onn.. ada eloknya dia cetuskan kontroversi ala-ala nak hentam peniaga lain tu. Walaupun aku percaya itu bukan niat dia. Asbab dari kontroversi tu Linda Onn dapat baca sendiri rungutan dan komen-komen jujur dari customer kedai makan dia. Kalau tak kerana kontroversi yang tercetus tu mungkin sampai hari ni Linda Onn tak sedar dan tak tahu tahap mana kedai makan dia. Maka, bersyukurlah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima lah komen-komen tu secara positif dan perbaiki mana yang boleh. InsyaAllah, rezeki Allah s.w.t. sangat luas untuk mereka yang ikhlas

Dan selamat kembali ke corong radio. Aku personally memang suka suara dan gaya penyampaian Linda Onn di radio. Memang tersendiri dan sedap di telinga. Cara dia handle pemanggil dan susun lagu serta info-info pun hebat. Aku rasa dia memang dilahirkan untuk jadi seorang penyampai radio. Penyampai radio zaman sekarang patut belajar dari beliau. Dia ada kelas tersendiri yang aku percaya sampai sepuluh ke dua puluh tahun lagi pun masih relevan. Untung Kool FM dapat 'culik' Linda Onn masuk team diaorang. Apapun, best of luck Linda Onn dan Kool FM .. :)

Sama juga lah dengan kontroversi Vivy Yusof dengan para haters. Seriously, aku rasa peminat Vivy Yusof ni dengan haters dia sama banyak. Macam mana ramai pun benci dia, tapi peminat dia pun makin bertambah. Gitu lah kan. Nak kata strategik marketing atau bukan, itu aku tak pasti tapi segala-gala tentang Viviy Yusof nampaknya menjadi. Yang baik atau yang buruk sama balance. Satu sudut aku rasa dia bertuah, orang kata anak yang lahir 'atas sudu emas' ni apa lah yang dia tahu tentang kesusahan dan kepayahan cari duit..! Tapi dia mulakan bisnes pun dari bawah, waktu usia dia masih muda jadi nak kata dia langsung tak tahu erti struggled tu macam tak adil pula. Cuma mungkin kesusahan yang dia lalui tak sama macam kesusahan yang kita faham. Well..

Aku personally juga memang follow dia dan suka tengok perkembangan dia terutama bila dia share tentang anak-anak dia. So cute dan bersahaja. Vivy ni boleh tahan kelakar juga orangnya walaupun kadang-kadang lawak hambar (hahahahaha.. tapi aku tetap gelak sebab hambar sangat pun kadang kelakar tau..!) dan aku boleh nampak sesetengah hal Vivy ni memang humble dan genuine jujur dengan apa yang dia share. So, untuk hentam dia kaw-kaw kerana satu dua perkara kontroversi, aku rasa tak adil juga. Apa kata kita duduk dan lihat sahaja. Tak perlu nak jadi penambah perasa atau jadi batu api. 

Bukan senang nak jadi media influencer ni guys...!! dua puluh empat jam nak kena nampak perfect, memang gila la. Apa yang penting dia jujur dengan apa yang di buat dengan hidup dia, bukan hidup kita pun. Kita hanya boleh judge yang luaran sahaja sebab yang dalaman tu hanya dia dan Allah je tahu. So, stop jadi orang yang terlalu menghakimi. Bagi ruang pada dia. Mana yang baik kita support, mana yang tak berapa baik kita doakan diam-diam, mudah-mudahan Allah tunjukkan hikmah dan dia dapat belajar dari kesilapan.

By the way, satu jari kita tunding pada orang.. ada empat jari lagi sedang menunding kepada diri kita balik. Jadi banyakkan tengok ke dalam diri sebelum nak tengok orang lain. Aku bukan nak backing Vivy seratus peratus, aku cuma tak suka haters yang sangat menjengkelkan. That's it. Tak boleh ke jadi haters yang bijak dan menghiburkan..?!! ehh.. lol.. :p

Gambar dari IG Vivy Yusof

Okey dah, panjang pula pot-pet-pot-pet pagi ni. 
Ada yang meluat ke bila aku komen pasal artis dan isu kontroversi..? Hahahahaha.. takpe, aku faham kalau ada yang tak suka. Simple je, kalau tak suka baca boleh klik pangkah. Kalau rasa tak setuju, boleh komen kat ruang komen di bawah. Tapi kalau sayang kat aku, boleh pm tepi.. hahahahaa.. :p 

Wehh, teringat satu komen yang aku pernah dapat kat blog ni. Ayat dia lebih kurang macam ni "Hajah pun suka tengok hindustan. Ntah apa-apa. Dunia nak kiamat agaknya" perggghhh...!! makan dalam weh aku baca komen tu. Sorry aku dah delete komen tu tapi aku tak akan lupa sampai bila-bila. Nama si pengomen tu pun aku tak akan lupa. Memang tertanam kemas dalam hati aku. Kalau dia masih baca blog aku, TERIMA KASIH aku ucapkan. Semoga walau di mana pun kau berada sekarang, kau sedang berbahagia sambil mengira hari-hari terakhir sebelum kiamat tiba. Peace.. :)





...


Share:

Lirik Lagu Bunga ~ Altimet ~

Aku sedikit terlambat kali ni. Tapi jujur cakap kali pertama dengar lagu ni 'hampeh' aku tak suka. Like too cheap la style lagu ni. Aku tak gemar. Tapi seperti banyak lagu lain dalam dunia ni, memang sekali dengar tak best. Bila dah ulang-ulang kali dengar jadi jatuh cinta. Lepas tu jadi igauan dan siulan.. hahahahaha..! Lagu Bunga nyanyian Altimet ni pun salah satu daripada lagu yang macam tu. Mesti dengar banyak kali, cuba fahamkan lirik dan maksud tersirat yang nak di sampaikan then lepas tu baru rasa lagu ni best. 

Lagu Bunga Nyanyian Altimet
Paling lekat kat lidah aku adalah "nak duit.. nak duit.. dapat sekali bunga.." hiksss.. sambil drive, sambil masak, sambil lipat baju, sambil windows shopping, sambil apa sahaja lah.. lidah aku mesti ulang-ulang lirik ni. Tapi itu je lah yang ingat. Yang lain tak hafal. Daripada hafal lirik lagu, baik hafal surah-surah lazim tak pun surah Al-Mulk.. kannnnnnn..! #sarkastik hehehehe.. :p

Okey jom kita tengok lirik lagu Bunga ni..

Lirik Lagu Bunga (by Altimet)


Pening kepala, takde duit belanja
Kecewa kerana orang lain shopping selamba
Nak merasa, nak join sekali bersama
Mereka-mereka yang viral trending semasa
Nak apa yang dia ada
Aku nak orang berkata:
"Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh"
Tak sanggup tunggu lama
Takde duit, takde masa
Aku jumpa satu brader
Tanya cam mana, dia berkata

Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

Yeahhh man!
Serba satu, semua serba baru
Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku
Ramai kawan baru, that's my instantfam
Semua laju, post pasal baju kat Instagram
Beemer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster
Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo)
Putih mata, lupakan kisah lama
Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata

Hey, isi ini borang
Keluar wang berkoyan
Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh)
Mohon terus lulus
Tandatangan terus
Siapa taknak berlambak fulus
Pinjam je lagi!

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga

Hehehehehehe
Bayaran tak cantik tolong bagi balik
Tanya baik-baik sebelum ditarik
Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat
Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah)
Mana mahu lari, jangan kecik hati
Janji tetap janji, perempuan atau laki
Tunggak punya tunggak, pokok dan baki
Bunga tanam sekali, hutang sampai mati

Bagai bulan jatuh ke riba
Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga
Jatuh bulan kan ada riba
Nah duit, nah duit, sertakan bunga
Jangan sampai kena sita
Takde duit untuk bayar bunga (takde)
Sampai boleh naik gila
Rumah takde taman, masih ada bunga
(Hehehehehehe)

Betul juga lah apa yang cuba di sampaikan Alitimet melalui lagu ni, jangan pinjam duit dengan lintah darat (ahlong) sebab sebab hutang tak seberapa, tapi bunga (kadar riba) tu yang boleh buat bunuh diri tu. Dah banyak berita pasal mangsa ahlong ni kita dengar dan kita baca, aku tak tahu kenapa masih ada yang tak serik-serik.

Memang aku tak boleh nak judge mereka. Kadang-kadang tu memang terpaksa meminjam duit sebab hidup susah sangat. Keadaan sosio-ekonomi kita sekarang banyak menekan dan menghimpit sebab tu ada yang rasa tersepit, fikir pendek dan rasa macam tak ada pilihan lain terpaksa lah meminjam daripada ahlong. Kenapa tak pinjam dekat bank ke, tak minta Baitullmal ke, minta bantuan pusat zakat negeri ke apa ke. Alaaahh, aku tak nak komen panjang. Tepuk dada tanya iman dalam dada sendiri lah. Nak seribu daya, kalau tak nak memang macam-macam alasannya. Kan..?

Tapiiiiiiii kan, kalau kau berhutang sampai sanggup pinjam kat ahlong hanya sebab nak bergaya dan ikut trend kawan-kawan, itu memang bebal namanya. Aku memang marah kalau tahu orang jenis macam ni. Nak bergaya punya pasal, tak berlagak kononnya, sanggup 'gadai nyawa' kat ahlong. Dah tu kalau tak menyusahkan anak bini, mak bapa dan kawan-kawan tak apa juga. Ini tak, dia sorang punya pasal, habis orang lain dalam bahaya. Memang aku geram orang jenis macam ni. Eh.. terbebel pula..! :p

Apapun, beringat lah ya.
Jangan pinjam ahlong. Banyak cara lain boleh dapatkan bantuan.
Jangan terpedaya dengan iklan 'peminjam wang berdaftar' tu. Tak ada maknanya berdaftar ke tak berdaftar ke. Sekali kau pinjam duit dia, seumur hidup la hidup kau dalam bayang-bayang dan ketakutan. So, please elak kan jauh-jauh ok. Hidup ikut kemampuan kita. Ukur baju kat badan sendiri. Simple.  

p/s  :  Selain lagu Bunga nyanyian Alitimet ni, aku suka lagu Bunga nyanyian Ara Johari juga.. hahahahaa..! tetiba tukar topik.. lalalalalaa.. :p

Bunga Nyanyian Ara Johari





...


sumber : https://genius.com/Altimet-bunga-lyrics
gambar : google image

...

Share:

Life Is Fragile Handle With Love

Hello August...! 
Dah masuk 10 hari Ogos menjengah dan aku masih terawang-awang tak tahu di mana berpijak. Sekian kalinya hari ni hati terluka lagi. Tak nak cakap banyak sebab aku sendiri yang membiarkan diri aku di dalam situasi 'tersedia' untuk di lukai. Maka, padan kan muka sahaja lah. Bulan Julai dengan 5 entri sahaja, tapi baik sedikit dari bulan Jun (cuma 4 entri.. dengg..!!) Sekarang hobi aku adalah melantakkan semua benda. Bukan melantak yang makan banyak tu, tapi melantak maksud aku semua benda aku lantak kan aje. Aku malas nak plan atau nak beria-ia prepare apa-apa. Terlalu berhati-hati ni bosan dan menyakitkan. Jadi sekarang aku lantak kan aje.

Mari mulakan entri bulan Ogos dengan cerita random lah.

Life is fragile. Handle with love. 

Hati aku sekarang serius fragile gila. Bukan sebab PMS ye please lah..! Bosan gila siapa guna alasan tu. PMS tak salah. ehh.. tetiba nak backing PMS dah kenapa. Ok. Hati aku fragile dah lama, tapi sejak seminggu dua ni double triple fragile. Cepat betul kemurungan aku datang. Bangun pagi celik-celik mata terus menangis tak tahu kenapa. Tengok hindustan menangis, tengok filem France menangis.. lol..! Siapa pakai UniFi TV sekarang tengah dapat channel CinemaWorld free kan..? Aku suka gila channel tu sebab banyak filem asing yang rare. Aku boleh hadap filem demi filem kat CinemaWorld tu dari pagi sampai malam sampai pagi balik.

Next.

Aku terharu bila ada beberapa kawan yang sedar aku 'menghilang' kat sosial media. Tiba-tiba rasa macam 'someone' sangat kan bila ada orang perhatikan kewujudan kita. Menangis lagi aku dibuatnya. Terharu woii..! Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi 'pm tepi' dan tanya khabar aku. InsyaAllah tak lama lagi aku keluar dari persembunyian.

Next.

Lusa 12hb mak aku akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan fardhu haji. InsyaAllah. Mohon doa kawan-kawan semua semoga perjalanan ibadah Haji mak aku berjalan lancar dan sempurna. Tiba-tiba hati dipaut rindu pada Tanah Suci. Dah lebih 2 tahun tak ke sana. Rasa terpanggil-panggil. Memori Haji tahun 2014 pun kembali menari-nari depan mata aku. Subahanallah pengalaman the best ever..! Walau dah dua kali pergi buat Umrah tetap tak sama kenangan manis buat Haji. Special. Best. Tak mungkin lupa. Aamiin.

Next.

Hujung bulan ni pula aku dan Pokchik akan ke Istanbul. Sahaja kami pergi bercuti dan rehatkan fikiran kerana Allah s.w.t. (niat ibadah sangaaaattt kan..! :p ) Mudah-mudahan dipermudahkan juga perjalanan pergi dan balik kami dan semoga pengalaman percutian kali ini juga akan jadi istimewa untuk kami walau hanya 6 hari (tolak 2 hari perjalanan pergi dan balik) jadi cuma 4 hari nak jalan-jalan di Istanbul. Harap cukuplah.

Kenapa pilih Istanbul..? Sebab aku teringin. Selain Mekah, Madinah dan India.. Istanbul, Tokyo dan New Zealand dah lama ada dalam list aku teringin nak pergi. So, lepas ni tinggal Tokyo dan New Zealand. InsyaAllah doakan kami laki bini murah rezeki. Lepas selesai list ni aku buat list lain pula.. hahahahaha..! Never ending la kan kalau bab travel ni. Syok..! :)

Aku tak prepare satu apa pun lagi pasal nak ke Istanbul ni. Tak bagitahu family pun lagi. Nanti lah esok. Tapi cuti dah mohon. Kebenaran ke luar negara pun dah mohon. Preparations dari segi pakaian dan kelengkapan selalunya memang last minute. Malam nak terbang, petang baru packing barang. Itu lah perangai aku.. lepas tu stress sorang-sorang.. hahahaha..! Dan ya, kami pergi ni musim panas katanya. Tapi dalam brochure tu tulis musim panas di Istanbul adalah antara 17c hingga 30c ..what..?!! macam mana nak prepare bawa baju apa nih..? lol.. :p

Cakap pasal Istanbul ni sebenarnya percutian ni last minute punya keputusan juga. Kalau ikutkan kami laki bini dah janji tahun ni nak berjimat cermat. Duit dah banyak habis untuk beli dan pindah rumah. Ini pun rumah aku 'tak siap kemas' sepenuhnya lagi sebenarnya. Banyak lagi nak keluarkan duit untuk rumah tu. Tapi aku buat pejam mata. Kalau nak cerita bab duit memang rasa tak cukup memanjang tapi kami percaya rezeki Allah tu luas kan? InsyaAllah, ada tu nanti peruntukan untuk rumah.

Keputusan nak ke Istanbul tu Pokchik yang decide dan dia saje suprise kan aku. Maybe dia tengok aku tengah 'sakit' sangat sekarang ni jadi dia ajak aku jalan-jalan tenangkan fikiran. Sama macam ke India tahun lepas, ke Istanbul ni pun semua Pokchik tanggung. Aku sedih sebenarnya. Sampai bila entah nak bergantung dengan Pokchik. Aku pun teringin nak belanja dia jalan-jalan ke, makan best kat tempat mahal-mahal ke. Tapi aku tak mampu. Bukan tak mampu duit, tapi tak mampu 'emosi dan jiwa'. Dah lah. Tak nak cerita panjang bab ni, takut banjir airmata pula kat sini.

Apapun, doa kan kami eh. 
Mudah-mudahan aku 'jumpa' penawar di Istanbul nanti.

Next.

Satu benda aku nak share. Ada orang memang kuat dalamannya. Di uji dengan ujian yang besar-besar bukan ujian fizikal je tapi ujian mental, ujian emosi, ujian kematangan dan macam-macam. Tapi, masyaAllah kuatnya dia. Diam-diam aku simpan rasa kagum. Kalau aku di tempat dia, entah macam mana. Rasanya tak mampu aku nak hadapi. Aku tak kuat. Tapi aku tengok dia steady. Kalau sebelum ni aku ingat dia hidup tenang, aman, bahagia, tak ada masalah, semua smooth je tapi hakikatnya apa yang dia lalui macam roller coaster. Macam mana dia boleh tenang dan tetap ceria..? 

Allah ada. Bila kita yakin sungguh-sungguh yang Allah ada, kita tak akan rasa kurang apa-apa. Serah semua kepada Allah. Dia apa-apa semua cari Allah dulu (again, aku kagum iman dia). Walaupun dia mengeluh, merungut, penat tapi dia tak pernah salahkan Allah. Tak pernah membelakangkan Allah. Tak pernah merungut tentang Allah. Bila benda yang jadi tak seperti yang dia rancang, dia salahkan diri sendiri. Dia tak pernah salahkan Allah. Hebat kan..?

Dan aku....?

Allahu akhbar. Aku tak kuat. 
Sekurang-kurangnya aku tak sekuat dia.

Cukup lah dulu.
Kita sambung lagi nanti.
Jaga diri baik-baik ye semua sahabat. Aku doakan yang baik-baik untuk semua. Terima kasih sudi singgah sini dan baca. Semoga kita sama-sama saling mendoakan dan saling berusaha membaiki hidup kita keranaNya.



...


Share:

Happy Anniversary Untuk Kita | Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dah lama aku nak kongsikan hal ni tapi asyik tertangguh je tapi sejak aku ulang tonton filem Dear Zindagi untuk entah yang kali ke berapa puluh kali, aku rasa perlu juga untuk aku kongsikan hal ni dalam blog. Ini untuk ingatan kepada diri aku sendiri selain aku harap dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Sebelum tu, izinkan aku dan kamu (yang sedang membaca ni) buka hati dan buka minda seluas-luasnya. Kita boleh saling bersetuju mahupun tidak bersetuju. Masing-masing ada pilihan tersendiri.

Okey, jom mula.

Dear Zindagi 

Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna

Dulu aku juga pernah bertanya sendiri-sendiri, kenapa tak boleh ada satu hubungan yang sempurna..? Sempurna yang aku maksudkan adalah satu hubungan yang melengkapi sepenuhnya. Misalnya kita berkahwin dengan serorang lelaki dan dia lah jadi suami kita, sahabat baik kita, pelindung kita, pemimpin kita, teman bergossip dan membawang kita, teman shopping atau teman travel kita. Semua. Hanya dengan seorang manusia, semua keperluan relationships kita akan terisi. Mustahil tak..?

Jawapannya tak mustahil, tapi hampir mustahil..! hahahahaha. Yang pertama, terima lah hakikat tak ada manusia yang sempurna (kecuali Rasulullah s.a.w.). Yang kedua, tidak ada satu relationships pun yang bersifat pegun dan tidak berubah-ubah. Yang ketiga, keinginan manusia tidak pernah cukup mahupun mencukupi. Ermmm.. faham tak apa yang aku cuba sampaikan..?

Okey, sekarang aku nak share satu games yang sama lebih kurang macam 'latihan psikologi' yang Dr. Jug sarankan dalam filem Dear Zindagi tu tapi games ni ada tambahan sikit. Aku pernah main games ni dalam satu program motivasi. Mudah sahaja. Mula-mula, kalian perlu bersedia mental fizikal seadanya. Bernafas dengan tenang. Duduk dengan selesa. Lapangkan fikiran. Senyum. Dan anda boleh mula jawab soalan ini :

1.  Dalam 5 minit, secara spontan, senaraikan 30 orang paling penting dalam hidup anda.
2.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 15 nama dari senarai tersebut.
3.  Kemudian, ambil 10 minit lagi untuk membuang 10 lagi nama dari senarai tersebut.

Jadi, sekarang di dalam fikiran anda hanya tinggal 5 orang sahaja. Betul..?

4.  Akhir sekali, anda perlu membahagikan 5 orang tersebut kepada 5 kategori ini :
     a) Orang yang akan anda beritahu rahsia paling besar dalam hidup anda
     b) Orang yang akan anda temui bila hadapi masalah kewangan
     c) Orang yang akan anda hubungi bila kesunyian
     d) Orang yang anda akan ajak untuk berparti/ke majlis-majlis keraian
     e) Orang yang anda akan bawa bercuti ke tempat yang tak pernah anda lawati

Syaratnya, kalian tak boleh letak nama orang yang sama untuk kelima-lima kategori tersebut. Sudah selesai..?

Aku tak akan share apakah simbolik dan kaitan games ini dengan tahap kesihatan sosial manusia. Aku rasa kalian sendiri boleh membuat rumusan dan dengan mudah boleh faham apa pengajaran yang cuba di sampaikan melalui games ini. Tapi kalau kalian rasa games ini sesuatu yang terlalu sukar untuk di selesaikan dan not fun at all, maka aku nasihatkan kalian duduk diam sebentar dan fikir semula. Apakah kehidupan sosial kalian selama ini normal..?

Aku sendiri, jujurnya sangkut kat soalan nombor 3 tu. Aku tak mampu nak senaraikan 5 orang paling penting dalam hidup aku sebab aku rasa semua orang penting. Tiba dekat soalan nombor 4 pun aku stuck juga sebab aku tak tahu nak kategorikan orang-orang penting ni. Susah betul nak jawab soalan nombor 4 tu. Tapi aku rasa games ni seronok dan membuka mata aku tentang manusia-manusia penting di sekeliling aku. Mungkin selama ni aku kurang memerhatikan dan kurang menghargai kehadiran mereka dalam hidup aku.

End up aku cuma tulis satu nama untuk soalan nombor 4 tu. Kalian pun boleh agak nama siapa yang aku letak, kan..? So, aku failed dalam games ni. Tapi aku dapat pengajaran besar melaluinya. Aku harap kalian juga sama.

Kenapa Tidak Ada Satu Pun Hubungan Yang Sempurna ?

Kerana manusia diciptakan untuk melengkapi bukan untuk berasa lengkap. Pernah dengar tak quotes tu..? Aku baca quotes tu masa zaman belasan tahun lagi. Mula-mula memang tak faham, tapi bila dah matang sikit ni aku mula faham apa yang dimaksudkan secara tersirat. Kalau dengan berkahwin dengan sorang manusia terus hidup kita jadi lengkap, habis kenapa kita masih cari kawan-kawan bila ada masalah dengan pasangan..? Kenapa kita masih cari mak ayah dan adik-beradik bila tiba Hari Raya..? Kenapa kita masih on FB dan IG menagih perhatian, likes dan comment sahabat maya ke atas setiap satu yang kita share kan..? Kenapa..? 

Tidak semua keperluan relationship kita boleh dipenuhi oleh pasangan. Ada masa kita perlukan kawan-kawan sama jantina sebab lebih memahami. Sama hobi. Sama pengalaman atau sama cara berfikir. Aku tak tahu lah kalau ada jenis orang yang hidup dia 24 jam berkepit dengan pasangan dan tak perlu orang lain LANGSUNG dalam hidup dia. Mungkin ada, tapi aku tak pernah jumpa manusia macam ni.

Bagi yang belum berkahwin, mereka akan kata mak ayah adalah segala-galanya. Tak ada pakwe/makwe tak apa. Tak ada kawan-kawan rapat pun tak apa. Friendlist kat FB dan followers kat IG tak bertambah pun tak apa. Janji aku ada mak ayah di sisi katanya. Dari kecik berkepit dengan mak ayah je, ke mana-mana dengan mak ayah. Share everything dengan mak ayah, tak ada rahsia antara kami kononnya. Tapi, teringin aku nak tanya : sampai bila..? Tak kesian ke dekat mak ayah tu..? Mereka pun mahukan privacy. Masa untuk berdua. Dari kau kecik mereka dah habiskan berabad usia mereka menemankan kau. Bila kau dah besar panjang pun masih nak berkepit dengan mereka. Habis, bila masa untuk mereka berdua-dua pula...? 

Betapa Indah Aturan Allah s.w.t.

Kita perlukan semua jenis relationships tu untuk lengkapkan hidup kita. Walaupun sudah berkahwin, kita masih perlukan mak ayah, adik-beradik, kawan-kawan dan strangers..! Sama ada sahabat dekat, sahabat jauh, sahabat rapat, sahabat kurang rapat, semua ada fungsi simbiosis dengan hidup kita. Tak lupa jiran, kawan kepada kawan, kawan kepada pasangan, kawan kepada musuh. Semua penting..! 

Lihatlah betapa indah dan perfect aturan kehidupan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Cantik. Tak perlu kita nak nafikan dan tak perlu lah kita nak pandai-pandai ubah. Bila Allah dah tetapkan fitrah perempuan pasangannya lelaki, tak payah la kita nak suka-suka tukar. Perempuan suka perempuan, lelaki suka lelaki, tak akan ke mana. Deep inside mereka sendiri sedar semua itu bukan fitrah semulajadi tapi perasaan dan jiwa sendiri yang memberontak dan ingin melawan ketetapan. Kenapa..? Aku tak layak mengadili. Hanya Allah yang tahu kenapa dan bagaimana segalanya bermula dan akan berakhir. Ingat ya, tak penting bagaimana kita bermula tapi yang lebih penting adalah di mana dan bagaimana cara kita berakhir.

Lastly, aku nak ambil kesempatan hari ni 31 Julai 2018 genap 8 tahun aku bersuamikan Pokchik. Satu-satunya manusia yang paling sabar bertahan untuk melihat senyuman aku setiap hari. Terima kasih untuk 8 tahun yang penuh pengorbanan. Aku dah habis kata-kata untuk mengumpamakan dia. Tak ada sekelumit pun aku mampu membalasnya. Sabar dia, tak cerewet dia, tak complaint dia, tak marah dia, tak menjauh dia, tak mengungkit dia, tak meminta lebih dia. Semua. Terima kasih Ya Allah di atas pemberian ini. Aku cuma minta lelaki yang penyabar, tapi Kau berikan aku sesempurnanya dia untuk 8 tahun ini. Alhamdulillah.


Pokchik, Happy Anniversary untuk kita.
Tolong bertahan lagi bersama. Jangan pergi walu beribu kali aku menghalau.
Jangan menangis biar beratus kali aku menghiba.
Tetaplah bersama aku.
Setiap saat, aku mendoakan syurga buatmu.
Biar bukan dengan aku, tapi aku berdoa sungguh-sungguh Allah bagi syurga untuk mu.

Demi Allah, aku hanya mencintai mu.




...



Share: