2015 Yang Kosong

2015 totally not my favorite...! hahahaha. Sepanjang 2015 tak banyak kenangan manis yang berjaya aku kutip. Mungkin sebab 2014 adalah tahun aku "berjalan" dan memenuhkan kotak kenangan, maka 2015 Allah bagi berehat. Banyak duduk rumah je. Tak ada terbang ke mana-mana kecuali Kota Bharu awal tahun hari tu.
 
Dan tak ada apa-apa yang menarik sangat dalam hidup aku sepanjang 2015 ni melainkan aku dah ada blog kedua yang aku khususkan untuk bussiness dan kembangkan kenalan dalam dunia maya. Aku happy dapat kenal dengan kawan-kawan baru melalui blog tu. Malah aku banyak belajar dari mereka tentang macam-macam hal. Alhamdulillah dan semoga ukhwah kami berterusan. 

Sayangnya 2015 aku kehilangan ibu mertua yang telah pergi menghadap Illahi pada Mac 2015 seminggu sebelum hari jadi Pokchik yang ke-37. Maka secara rasminya, 2015 adalah tahun kesedihan untuk Pokchik tambahan pula dengan perkembangan kerjaya dia yang tak berapa memberangsangkan. Sepatutnya dia naik pangkat tahun ni, tapi Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah, ada rezeki lebih baik untuk kami nanti, siapa tahu kan..

2015 -- aku belum mengandung. Ya, itu fakta. 
2015 -- aku belum kurus walaupun dah join JK1M Musim 5. Ya, itu juga fakta.

Berat nak diakui, tapi just in case kalau ada yang tanya, okey aku dah jawab siap-siap... :p

***

2016 aku tak berani nak mimpikan apa-apa. Macam aku pernah tulis sebelum ni, perancangan nak bercuti-cuti ke luar negara tu ada tapi tak berani nak mengharap sangat sebab takut tak jadi nanti frust menonggeng. Perancangan nak kurus diteruskan dan akan ditekankan lagi usaha-usaha ke arahnya..!! Perancangn nak pregnant pun InsyaAllah akan diperkemaskan lagi semoleknya. 

Semoga 2016 tahun rezeki buat kami.
Semoga 2016 kembali mengumpulkan kenangan-kenangan manis dalam hidup aku.

Sebenarnya aku harap sangat-sangat aku dapat capai sesuatu pada 2016 ni.
Tak tahu la apa, tapi sesuatu yang boleh aku banggakan dan aku akan ingat sampai akhir hayat.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita sepanjang tahun 2016 ni dan semoga 2016 ni akan mendekatkan lagi kita dengan Yang Maha Esa.

Aamiin.





Share:

Awkward Moment


Susah nak tonton filem romantik sambil tidak langsung mengaitkan jalan cerita tu dengan kisah hidup kita sendiri kan? Terutama sekali kalau SECARA KEBETULAN kisah dalam filem tu banyak pula persamaan dengan kisah hidup kita sendiri yang realiti ni. Mesti lah sedikit sebanyak tu ada tersentuh di dalam sanubari dan perasaan.. "ehh.. macam cerita aku je ni.."

Saat Meera bertemu semula dengan Kaali selepas 15 tahun terpisah tu adalah moment paling deep bagi aku. Masa tu, memang aku rasa panas di kelopak mata tak tahu kenapa. Tapi aku rasa moment macam tu adalah sangat priceless (bagi yang mengerti lah). Bayangkan 15 tahun yang penuh rindu dendam, tiba-tiba tanpa di sangka tak ada angin, tak ada ribut muncul balik figura itu di depan mata. Tak ada kata-kata yang mampu menggambarkannya, hanyalah pandangan mata.

Tak mudah sebenarnya nak berdepan dengan saat-saat macam tu, terutama untuk orang macam aku yang selalu nak emo tak tentu fasal. Awkward kot...! Nak cakap apa? Siapa nak tegur siapa dulu? Nak senyum ke, nak gelak ke, rasa serba tak kena. 15 tahun bukan sekejap punya tempoh masa. Banyak yang berubah, banyak yang telah dilepaskan. Tapi hati...?

Yang pertama ; aku harap sangat-sangat aku TAK AKAN menghadapi moment-moment macam tu. Seriously, aku adalah sejenis yang tak tahu nak handle gelabah dan awkward moment..!!

Yang kedua ; aku harap kalaupun aku terpaksa menghadapinya, aku harap ia akan berlangsung dengan smooth dan nampak macam biasa-biasa sahaja. Ohh.. please lah jauhkan aku daripada saat-saat speechless tak tahu nak kata apa tu and pleaseeeeee airmata simpan dalam-dalam. Perkara pertama yang aku nak elakkan adalah : menangis...!!

kenapa entah sikit-sikit nak nangis..!! aku memang fragile sikit kalau masuk bab KAMU ni.

Jangan nangis...!
Jangan tunjuk macam nak nangis...!
Jangan tunjuk deep sangat...!
Jangan nak kelip-kelip mata sangat sebab dia akan tahu kau tengah tahan airmata...!
Jangan lupa senyum...!
Jangan lari...!
Jangan buat benda bodoh..! apa sahaja yang nampak bodoh - elakkan...!

= = =

Sebenarnya, jauh dalam hati aku.. aku berharap sangat kami boleh jadi kawan. Matang dan move on. Aku tahu KAMU memang boleh, aku je yang macam tak boleh. Well, orang yang memutuskan memang selalu cool je tapi orang yang diputuskan ni yang terkapai-kapai. Perit dan pedih tu aku je rasa, dia ok dia bahagia (InsyaAllah). Lagipun antara kami memang aku sorang je yang suka hidup dalam kenangan ni, dia dah lama move on kot... emmpphhh....!

Nak buat macam mana, aku memang jiwa-jiwa sikit. KAMU tahu.
Jadi aku harap dia akan "tolong" aku elakkan moment-moment awkward yang ala-ala krikk kriikkk tu.. Aku tak suka..! Jangan lah dia pula yang menambahkan lagi awkward tu. Harap-harapnya kami boleh bertegur sapa, berbual dan gelak-gelak macam biasa.

Last time kami jumpa 5 tahun lepas masa dia datang majlis kahwin aku.
Itu pun dah awkward gila dah aku rasa. Nasib baik jadi pengantin, boleh la buat-buat sibuk layan tetamu lain. Dapatlah aku mengelak. Tapi next time aku tak tahu, entah macam mana agaknya ya....?

= = = 

Okey, Dilwale best...!! Giler best...!!
Menepati jangkaan aku malah lebih lagi. 
Siapa tak tengok Dilwale rugi.

"Some loves story never end....."






Share:

Sempurna Di Mata Siapa?

Penatlah nak explain semua perkara setiap masa. Sikit-sikit rasa tak secure dan takut tak tentu fasal. Takut orang salah faham lah, takut orang kecil hati lah, takut orang pecahkan rahsia lah, takut orang tikam dari belakang lah, takut itu takut ini. Tak habis-habis rasa takut dan fobia pada semua benda, semua perkara. Penyakit apa ni namanya?

"..Sometimes when you try too much, it become worse.."

Dulu aku selalu juga ada perasaan not secure yang melampau macam tu. Terutama bila masuk bab peribadi sikit, memang aku takut sangat-sangat orang nampak aku jahat or aku teruk or nampak apa-apa yang negatif pada aku. Kalau boleh aku nak nampak normal dan hebat dan baik dan sempurna depan semua orang. Ya, semua orang.....! 

Lepas tu berjangkit pula, bila dah kahwin ni aku jadi takut kalau orang nampak yang negatif pada suami aku. Sebolehnya aku cuba buat orang sekeliling aku sukakan Pokchik, senang dengan dia, nampak dia sebagai seorang lelaki yang hebat penyayang dan bertanggungjawab. Kalau boleh tak ada cacat-cela langsung pada suami aku tu.

Sampai satu tahap, aku mula jadi hipokrit dan mula pandai berlakon depan orang. Try to impress people walaupun aku rasa ahh..!! plastik giler semua ni, tapi aku happy dan rasa senang hati buat semua tu. Seronok juga jadi hipokrit sebab orang tak nampak kelemahan atau kekurangan kita. Orang akan pandang tinggi pada kita dan kita akan jadi orang penting dalam komuniti.

Walaupun hakikatnya semua tu hanyalah lakonan semata.
but.. who cares... right...?

Masa tu, aku cenderung nak explain panjang-panjang. Kalau orang tanya macam mana aku boleh berkenalan dengan Pokchik, kat mana kenal, macam mana leh terima dia walaupun dia duda.. bla bla bla.. aku dengan senang hati akan explain from A to Z sebab masa tu aku rasa sangat-sangat-dan-sangatlah penting untuk aku fahamkan orang yang bertanya tu supaya dia tak salah faham dan tak pandang serong pada aku mahupun pada Pokchik.

But at the end, aku penatlah.

Setiap kali nak explain, setiap kali nak cerita A-Z, setiap kali nak buat orang kagum, setiap masa nak nampak sempurna, setiap kali nak jaga hati semua orang. Penat...!! dan aku rasa tak apa faedah semua tu sebab selalunya orang bukan ambil maklum pun apa aku cerita yang panjang-panjang tu. Macam saje-saje tanya untuk mengisi masa lapang je. Aku jawab macam mana pun tak penting bagi mereka. Kalau dia dah fikir negatif pada aku, negatif juga la selamanya walau panjang berjela-jela pun aku explain pada dia, tak ada makna.

Aku belajar satu perkara, iaitu jadi diri sendiri je lah.
Berhenti lah tunjuk-tunjuk baik ni. Tak ada faedahnya....!

Kalau dia nampak kebaikan aku, maka baiklah. Aku tak payah explain pun dia akan nampak dan tak akan menafikannya. Tapi kalau dia nampak negatif pada aku, lantak piiii sama dia sebab aku malas nak fikir apa dia rasa dan apa dia nak aku rasa. InsyaAllah aku ok walaupun apa pun orang kata, yang penting aku tahu diri aku sebenar dan aku jadi diri sendiri. Itu je.






Share:

Bila Hati Nak Semua


Betul ke kita tak boleh nak miliki semua benda dalam dunia ni...? Kenapa kalau kita dah dapat A, kita tak boleh dapat B sebab kononnya itu lumrah. Sedangkan kalau kita usaha nak dapatkan AB, InsyaAllah kita akan dapat AB kan? Tergantunglah kepada usaha kita. Kalau kita fokus nak dapatkan A sahaja, memang kita dapat A sahaja lah. Tapi kalau kita usahakan nak dapat AB, paling-paling kita akan dapat A atau dapat B atau lebih nikmat lagi kita mungkin dapat AB.. kan..?

Peluang. Kalau kita nak kan sesuatu, kita pergi mendapatkannya : itu kita panggil USAHA. Tapi kalau kita tak berapa nak kan sesuatu, tapi sesuatu tu datang pada kita atau terpampang depan mata kita, itu baru kita panggil PELUANG. Kita tak cari peluang, sebab peluang tu sepatutnya datang pada kita. Sebab tu juga aku tak suka orang kata "pergi cari peluang... pergi cari peluang..." sebab "cari" itu adalah kata kerja untuk usaha bukan peluang. Entahlah, mungkin aku sendiri rasa begitu.

Ramai kata 2015 adalah tahun mencabar dan 2016 akan jadi lebih mencabar. Seminggu dua ni semua sibuk kongsi pasal cara mereka menabung, cara mereka susun bajet dan kewangan keluarga, ada yang kata nak bertukar barang-barang keperluan kepada jenama kurang popular dan sebagainya. Aku hormati semua usaha kalian, memang bagus dan menginspirasikan. Aku pun kalau boleh tak nak ketinggalan. Nak juga fikir ke depan, fikir masa depan. Ya, tahun depan nak ke Istanbul.....! tak cukup depan ke tu? :p

Ada banyak benda aku nak tahun depan, antaranya nak dapat anak lah (InsyaAllah). Kalau ikut kira-kira aku, banyak nak pakai duit kalau dapat anak. Semoga murahlah rezeki anak-anak kami nanti. Ya, aku doa hari-hari aku dapat anak kembar yang sihat-sihat dan sempurna sifat. Kalau boleh nak anak kembar 3 terus. Sebab aku dah tua, dah macam tak ada masa sangat nak beranak selang dua tahun ni. Ahh...! masa memang mencumburui kami.. lolz..!!

Tahun depan juga aku plan nak bawa keluarga bercuti jauh-jauh sikit dan bawa anak-anak tiri aku sekali. Bagi depa mesra-mesra dengan family aku. Ini hajat yang dah 5 tahun tertangguh, tahun depan nak tak nak kena realisasikan juga. Kalau ikut kepala aku, teringin lah nak bawa keluarga pergi bercuti ke Sabah ke, Langkawi ke, Terengganu ke atau mungkin Bandung ke. Tapi bajet kena besar tu woiiiii sebab keluarga aku besar... errrmmmmm...

At the same time, kemungkinan besar tahun depan kalau ada rezeki, Pokchik dapat sambung belajar pula. Kalau dapat tu, setahun setengah dia akan jadi pelajar semula dan ini bermakna semua cuti-cuti perlu disusun supaya tak bertembung dengan tarikh kuliah atau exam dia. 

Itu lah aku cakap tadi, kenapa kita tak boleh dapat semua benda dalam dunia ni..? Nak berjimat-cermat tahun depan, nak menabung lebih sikit tapi dalam masa yang sama nak pergi bercuti ke sana-sini dan nak bercuti-cuti bagai tu dalam masa kena bajet-bajet cuti sebab Pokchik punya kuliah dan exam. Memang macam carca-marba kan..? Mampu ke nak dapat semua ni...?

Wallahualam.

Doakan yang terbaik untuk kita bersama ya......!








Share:

Manusia Patut Kita Ignore

Pernah tak, bila sesekali kau drive tu terserempak dengan pemandu gila yang suka-suka jadi pembuli jalan raya..? Potong barisan.. memandu laju tak tentu pasal macam tak sayang nyawa.. Masuk lane sesuka hati.. himpit-himpit kereta lain.. atau memandu slow macam siput dan buat macam dia sorang je bayar cukai jalan.. atau apa-apa yang sepertinya lah.. pernah?

Dan pernah tak kau rasa macam nak lawan balik..? Nak tunjuk kat dia yang kau pun pandai memandu, kau pun boleh tukar-tukar lane sesuka hati  dan kau pun bayar cukai jalan juga.. pernah? 

Tapi sebab kau tak bodoh macam si pembuli jalan raya tu jadi kau bolayan je perangai kebudak-budakan dia tu. Bukan tak nak tunjuk terror tapi sebab kau berfikir lebih matang dan lebih jauh ke depan daripada budak tu, jadi kau rasa adalah lebih baik kau jangan layan budak tu. Biar je lah dia, tak kemana pun perangai pembuli dia tu.

Lagipun orang yang cenderung suka membuli ni selalunya sebab dia pun adalah mangsa buli..kan..? Kesiannnn.. :(  

Orang jiwa kecik dan rapuh je suka buli membuli ni...

Macam tu jugalah dalam kehidupan, kadang-kala kita akan terserempak dengan manusia-manusia yang suka tunjuk good-good ni kan. Kalau sembang tu macam dia sorang aje lah yang paling pandai dan hebat atas muka bumi ni. Kalau menunjuk tu memang kaw-kaw punya menunjuk dia akan tunjuk sampai semua orang pun rasa kagum tahap gila babas arr..

Dan jauh dalam hati kau memang rasa nak balas kan..? Kalau dia boleh menunjuk, kau pun nak menunjuk juga. Lagi pula kalau apa barang yang dia ada tu, kau pun ada yang sama. Mesti ada rasa macam "ekelehh.. aku pun ada.. lagi cun kot".. Kadang tu apa dia cakap sebenarnya kau pun tahu, jadi kau pun nak tunjuk sama pandai juga dengan dia. Tu yang jadi dia cakap A, kau cakap AA.. Dia cakap B, kau cakap BB.. awkward duhh...!! :p

Sebenarnya boleh je kalau kita nak ignore manusia macam ni, sebab kalau dilayan makin bertambah-tambah perangai suka menunjuk pandai dia tu. Sampai tahap nak muntah hijau dah, tapiiii ku tahan Jebat...!! Atau boleh je kalau kita nak lawan balik cakap manusia macam ni tau, sebab kebanyakkan apa yang dia cakap tu kosong je.. tak ada isi baru pun.. semua isi dah biasa dengar dah.. tapi sebab dia pandai manupulasikan benda tu nampak macam dia sorang je tahu fakta tu...kan...!

Bagi aku, ada sesetengah hal kalau kau nak lawan balik, lawan la tapi kau mesti ingat.. bila kau lawan sebenarnya tak akan ada siapa yang menang pun. Lama-lama kau akan penat lawan orang mcam dia tu. Kau tak akan pernah rasa menang dan kau tak akan pernah akui dia menang walaupun hakikatnya memang dia menang sebab dah berjaya tarik kau masuk dunia dia dan jadikan kau sebiji macam dia.

Macam dia la.. yang sama spesis = ANNOYING....! 
faham....?!!

Aku pernah kena banyak kali benda ni. Rasa hebat sekejap je sebab kau berjaya patahkan hujah-hujah dia. Masa tu rasa dah menang dah.. dan harap-harap dia akan insaf lah kan, tapi rupa-rupanya panas hanya di tengah hari, petang hujan lebat juga akhirnya. Lepas satu isu, isu lain pula dia akan timbulkan sebab nak tunjuk dia bagus dalam semua hal. Dia tak pernah faham pun perangai dia tu annoying, yang dia tahu semua orang suka dia dan dia rasa hebat depan kita semua. 

Dia tak pernah faham pun, percaya lah......!
Sebab memang spesis dia tak pernah nak faham. Dia hidup dalam dunia dia sendiri.

Aku sejak dah tua-tua ni memang aku ignore kan aje manusia suka tunjuk bagus ni. Kalau mood aku baik sikit aku layan la juga, nak tengok jauh mana permainan dia. Tapi lepas tu lantak kau lah...!! Pandai-pandai lah kau berenang ke tepian, aku bawa diri sendiri je. Nak kata aku selfish? sila kan lah..

Kalau betul-betul kawan aku, InsyaAllah aku akan tegur.
Tapi kalau aku boolayan tu, maknanya aku tak ada kaitan dengan jatuh-bangun-lemas-tergolek-terlentang dia..! Harap maklum.






Share:

Annoying

Aku tak tahu korang sependapat dengan aku ke tak. Dan aku tak pastilah kalau aku seorang je yang rasa benda ni. Macam aku pernah tulis sebelum ni, sometimes naluri keibuan aku ni terlebih sensitif. 

Oleh kerana aku tak boleh nak share benda ni secara terbuka sebab TAK NAK ADA HATI YANG TERLUKA atau perasaan sesiapa yang tersinggung, jadi aku tulis kat sini dengan harapan "mereka" yang berkenaan tu tak jumpa blog ni, tak baca post ni dan tak hentam aku kat parking lot ke apa. 

Aku pun dah lama perhatikan benda ni. Sebenarnya tak penting mana pun, cuma aku rasa aku kena juga tulis pasal benda ni sebab aku dah tak boleh simpan sorang2 dalam hati.

Bagi aku, perempuan yang suka menunjuk-nunjuk yang dia pandai jaga anak adalah sangat annoying...!

Ya, macam dia seorang je ada anak, 
dia seorang je pandai jaga anak
anak dia je pandai
anak dia je paling cantik comel baik bijak
anak dia je tak pernah demam tak pernah sakit sebab sejak kecik dia bagi anak dia susu badan
dan bla bla bla bla.. 

Lebih annoying lagi, bila dia selalu berlagak depan kawan-kawan dia kononnya dia memang seorang ibu yang PERFECT..! Kawan-kawan dia tu pula adalah kawan2 perempuan dia yang belum ada anak atau belum kahwin..!

Annoying ke tak..? 




Share:

Lelaki Gentleman

Pertama kali ada lelaki cakap depan-depan aku yang dia suka kat aku lebih kurang 13 tahun dulu masa aku masih belajar nun jauh kat negeri Pantai Timur. Aku rasa itu adalah moment paling freeze seumur hidup aku. Pertama kali berdepan dengan situasi tu, aku jadi dungu. 

Kejadian berlaku masa dalam bas ekspress nak balik dari Timur ke Selatan. Perjalanan makan masa hampir 12 jam. Nasib baik masa dia cakap tu dah separuh perjalanan kami. Kalau tak, mahu aku jadi patung beku kat situ tak terkuit. 

Sebelum tu kami rancak berbual macam-macam topik, entah macam mana tiba-tiba masuk bab tu. Salah aku juga, pancing-pancing dia suruh buka rahsia pasal makwe dia. Sekali dia terus terang, aku pula yang kancing gigi.. :p

Dia terus terang, dia dah lama suka aku tapi dia tahu aku dah ada steady boyfriend (KAMU) masa tu. Jadi dia respect dan tak nak kacau lah. Tapi dia tetap suka aku dan aku tetap ada dalam hati dia katanya. Dia akan doakan aku kekal dgn KAMU sampai jinjang pelamin, tapi andai kata aku putus dengan KAMU, dia ada. Dia akan tunggu aku dan andai kata aku terima dia, dia janji akan jaga aku baik-baik katanya. 

Tu yang buat aku terkasima tu.
Nak jawab apa duh..!
Diam je lah.
Buat-buat pandang luar. Sampai naik krem tengkuk duk teleng ke kiri je.

Aku tak tahu nak kata apa masa tu sebab aku terkejut. Selama ni aku anggap dia macam kawan je. Tak pernah terfikir pun rupanya dia suka aku sampai tahap tu. Lagipun masa tu aku memang sayang dan setia gila dengan KAMU... pfffttt...!! 

Malam tu, aku cuma mampu cakap "Sorry" dan lepas tu aku membisu seribu bahasa. Dia je yang cakap. Maybe dia tengok aku dah rasa tak selesa, so dia try buat lawak hambar and betulkan balik mood masa tu, tapi tak menjadi. Sorry again.. :( 

Dua tiga tahun lepas tu aku putus dengan KAMU. Tapi tak terlintas pula dalam kepala aku nak pergi cari balik si dia ni. Masa tu kami dah lost contact walaupun sekampung je. Sebab aku rasa macam jahat gila ambil kesempatan atas kesetiaan org lain. Lagipun masa tu aku tak leh move on lagi.. masih mengharapkan KAMU sebenarnya.. haiihhh...!! apa lah bodoh sangat hati ni..! 

Sampai la masa dah dekat2 aku nak kahwin tu, aku tergerak hati nak cari dia balik sebab nak jemput dia ke majlis kahwin aku. Lepas dia terima kad jemputan aku, dia ada mesej tanya "Ain dah nak kahwin..? Tahniah.. tapi bukan dengan N***?" 

Aku masa tu fikir positif je lah, maybe si dia ni pun dah ada steady girlfriend or entah2 dah kahwin kan. So, aku cerita la sikit2 macam mana aku leh putus dengan KAMU dan mcm mana aku jumpa Pokchik. Lepas tu dia balas..........

"Nampaknya saya memang tak ada tempat dalam hati ain. Takpe saya faham. Kan dah kata dulu, apa2 pun keputusan ain saya akan terima. Kita tetap kawan kan? Insyaallah nanti saya datang majlis ain.." 

Masa tu aku rasa sebak sebab rasa bersalah tak tahu nak kata macam mana. Bukan sedih sebab kecewakan dia ke sebab aku memang tak pernah janji apa2 kat dia pun. Tapi aku sedih sebab aku rasa aku ni sahabat yang tak baik. Dah nak kahwin lagi berapa hari baru cari dia.. :( 

Selebihnya adalah kenangan yang tak mampu aku nak cerita satu-satu kat sini. Yang pasti, masa majlis kahwin aku dia sempat datang walaupun dah agak lewat. Sempat la juga snap gambar sama-sama dan aku nampak dia happy.. senyum.. sembang macam biasa dengan aku.. Walaupun dalam hati dia, Allah je lah yang Maha Tahu. 

Lepas 3 tahun aku kahwin, aku dapat berita dia meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dah kahwin dan ada anak seorang. Masa majlis kahwin dia aku tak dapat datang sebab ada urusan lain kat kampung mertua dan aku tak pernah sempat kenal dengan isteri dia pun. Serius aku nangis teruk masa dapat berita dia dah tak ada tu.

Aku tahu dia lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Cuma perasaan aku kepada dia tak sampai tahap cinta lagi. Aku tahu dia akan jadi suami dan bapa yang baik. Beruntung siapa kahwin dengan dia tapi sayang umur dia tak panjang. Aku doakan isteri dia tabah menjalani kehidupan mendatang dan semoga anak dia membesar menjadi anak yang soleh. Hanya doa dapat aku titipkan.

Al-Fatihah
Semoga kau tenang di sana Sahabat.
Terima kasih untuk segalanya.


*dia la lelaki paling gentleman aku pernah jumpa. KAMU pun tak pernah cakap depan-depan yang dia suka kat aku macam tu. Mungkin perempuan lain dah biasa ada lelaki cakap depan2 macam tu kan, or dah biasa ada ramai peminat lelaki kan, tapi tak bagi aku. Maklumlah aku bukan awek hotss masa zaman belajar dulu*

Lepas dia ni, lelaki kedua paling gentleman pernah terus terang dengan aku of course la Pokchik Tercinta. Dia tak ada cakap cinta2 ke apa.. terus ajak KAHWIN je. Masa tu baru dua kali jumpa kot...! mau tak terkejut badak aku..!! hahahahaha.. Tapi apapun, aku rasa dalam bab ni aku kira bertuah la kan. Sebab dipertemukan dengan lelaki yang baik-baik.. alhamdulillah.. :) 


Share:

Anak Kesayangan

Sesekali bila sibuk-sibuk scroll facebook tu, terdetik juga di dalam hati aku yang tak punya anak sendiri ni kan, mereka yang ada anak lebih daripada seorang tapi asyik-asyik share pasal seorang anak tu je kan. Anak-anak yang lain tu tak cemburu ke?

Kenapa ekk share pasal sorang anak je?
Sebab anak tu comel? Sebab anak tu baik? Sebab anak tu bongsu? 
Atau sebab apa ye..?

Kalau anak tu OKU aku faham lah kenapa mak pak dia asyik share pasal anak yang tu je, tapi kalau ada 3-4 orang anak yang normal, sihat dan cantik-cantik juga tapi mak pak asyik share pasal sorang anak tu je sedangkan yang lain macam disorokkan, aku rasa pelik. Kenapa?

Jiwa ibu aku terlebih sensitifkah? Sebab aku tak pernah ada anak sendiri, mungkin ada yang akan kata aku tak akan faham perasaan sebenar seorang ibu. Tapi aku juga seorang anak. Kalau mak pak aku asyik cakap pasal sorang anak depa je depan orang or sedara-mara, aku kecik hati tau..!

Nasib baik zaman aku membesar dulu belum ada facebook, instagram dan lain-lain ni. Kira terselamatlah aku dan adik-beradik aku dari penyakit pilih kasih ala urban macam zaman sekarang ni. Kesian aku pada anak-anak yang tak faham apa-apa tu, kasih sayang apa pun tak tahu lagi. Tapi di depan kawan-kawan mak pak depa bukan main popular lagi depa tu. Dilimpahi dengan kasih sayang dan perhatian.

Aku harap bukan setakat kat media sosial lah.
Dan walau apapun, media sosial korang -- suka hati korang lah nak share apa pun.

huhh...!





Share:

Black & Blue (Acoustic Session)


BLACK AND BLUE - Paloma Faith

I know a man who fills his emptiness
With strangers
I know a girl who drinks herself to sleep at night
You can't change her
I know people who use chat rooms as confessionals
I know down and outs who once were,
Once they were professionals

Wipe it off your sleeve
Your superiority
Don't roll your eyes, my sweet

I know a single mother who loses her mind
On weekends
She pleads with lady luck on scratch cards with money lent to her
By old friends
I know people who take midnight drives for head space
I know what they'd give for just one loving embrace

Wipe it off your sleeve
Your superiority
Don't roll your eyes, my sweet

We're just the same
We all get desperate sometimes
Feeling black and blue
I know you'll find it hard to accept it sometimes
We all feel black and we feel blue

Wipe it off your sleeve
Your superiority
Don't roll your eyes, my sweet

I know a rich man who has everything you could wish for
But children
I know an old lady who talks a lot but could teach you
If you listen
I know people who believe in gods and demons
I know ones who think there's nothing there at all

Wipe it off your sleeve
Your superiority
Don't roll your eyes, my sweet

We're just the same
We all get desperate sometimes
Feeling black and blue
I know you'll find it hard to accept it sometimes
We all feel black and we feel blue

Wipe it off your sleeve
Your superiority
Don't roll your eyes, my sweet


~ aku rasa lagu ni deep. so, aku share sini ~


Share:

Rindu Yang Tak Ada Ubatnya


Ayah -- super garang punya garang..!
Anak-anak semua tak berani dekat dengan ayah, apatah lagi nak manja-manja. Ayah aku memang tak macam ayah orang lain yang caring dan boleh bawa sembang-sembang dengan anak. Dia serius 24 jam. Dia kerja teruk, stress. Kesian ayah, mana lagi nak fikir pasal kerja, pasal keluarga, pasal berniaga. Semua atas kepala dia.

Tapi dia punya garang tu lah yang ajar kami disiplin, ajar kami berdikari, ajar kami jadi berani dan ajar kami buat apa-apa biar perfect jangan cincai-cincai. Siapa pernah kenal ayah aku, mesti tahu dia punya tahap cerewet memang kencing berak pun tak sempat. Kalau dia kata hitam, mesti buat jadi hitam. Tak nak kelabu ke kelabu hitam-hitam ke putih kehitaman ke dark blue ke dark brown ke semua tak boleh. Kena sepak..! Dia nak hitam, bagi hitam. thats it..!!

Sejak ayah pergi tahun lepas, aku semakin rindu moment kecut-kecut perut bila kena tengking dengan ayah, sejuk-sejuk tapak tangan bila ayah minta buat air teh tarik untuk dia. Mesti teh tarik yang perfect rasa macam kat kedai mamak. Kalau cair, silap-silap kau mandi teh malam tu. Ya, rasa time darah kering kat muka tu dah tak rasa lagi dah sejak ayah dah tak ada ni.

Rindu.

Ayah ajar anak-anak jadi manusia yang dihormati dan "dipandang" orang. Walaupun anak-anak ayah yang enam orang ni belum la sampai tahap yang ayah nak tu, tapi aku harap ada sekelumit kecil dalam hati ayah rasa bangga dengan anak-anak dia yang tak seberapa semua ni. Sekurang-kurangnya sebelum ayah tutup mata buat selamanya, ayah mampu tersenyum bahagia.

Apa yang ayah tinggalkan buat kami ni sangat-sangat tinggi level nya. Tak mampu kami nak berada di tahap setinggi ayah. Walaupun ayah belajar tak tinggi, tapi dia dipandang tinggi oleh semua orang -- ya, semua orang yang kenal ayah pandang tinggi pada keperibadian ayah. Semua puji. Semua kagum. Aku sebagai anak, dah terlebih kembang hidung. Selebihnya, jauh dalam hati aku, sangat-sangat bersyukur aku lahir sebagai anak ayah. Perfect.

Kasih sayang ayah kepada anak-anak tak nampak sebab ayah tak tunjuk. Ayah tunjuk dengan cara lain yang mana kami anak-anak dia je faham. Orang lain mungkin rasa macam "kesiannya kau, tak pernah dapat manja-manja dengan ayah kau kan" tapi bagi aku, kasih sayang ayah seadanya. Cukup untuk aku dan melimpah ruah untuk aku hitung satu-satu.

*lap airmata*

Saat-saat jasad ayah diusung ke perkuburan itu masih kekal kemas dalam ingatan aku. Sakit hati aku direntap-rentap tu pun masih terasa sampai sekarang. Aku tak akan lupa saat tu. Sekali itu lah aku rasakan sakit kehilangan yang sebenar. Panas airmata bukan takat kat mata tapi sampai ke hulu jantung. Saat kami menghantar ayah pulang ke pangkuanNya buat selamanya.

Al-Fatihah untuk Ayah.
Jumpa nanti di syurga.
InsyaAllah




Share:

Tiba Masa Perlu Berhenti


Bila dah cuba A tak jadi. Cuba B pula, tak jadi lagi. Ehh nak cuba lagi, cuba C pun still tak jadi. Salah ke kalau aku give-up? Aku dah cuba dan aku tak happy, aku rasa something wrong somewhere. Jadi aku mula fikir nak berhenti. Walaupun mungkin orang yang nampak ni akan kata, aku tak cuba sedaya-upaya tapi aku sorang je tahu kuat mana aku nak usaha. 

Aku jenis yang cepat give-up ke? Mungkin juga. Atau mungkin aku jenis yang cepat bosan dengan sesuatu yang aku tak nampak hasil. Aku tak suka letak effort pada benda yang aku tak suka sepenuh hati. Kalau setakat nak cuba-cuba aku akan buat ala cuba-cuba lah, tak kan nak beria pula. Kalau betul-betul dah nampak mana halatuju tu barulah buat beria. Kan?

Aku akui itu perangai kurang elok aku, cepat berubah-ubah dan susah nak stay pada satu hal sahaja. Tapi hakikatnya, aku dah PERNAH kena sekali. Bila aku terlalu beria-ia kepada sesuatu (lebih tepat kepada seseorang) then dia tinggalkan aku macam tu je, aku ada semacam fobia tak tahu nak cakap macam mana. Sejak tu aku susah nak beria dengan sesuatu atau seseorang. 

Tapi benda A, B dan C yang aku nak cerita ni bukan benda yang aku tak suka tau, benda yang aku suka sebenarnya. Benda yang aku beria-ia pada awalnya. Berhabis masa, tenaga dan cinta kepada benda ni. Tapi still aku tak nampak mana nak pergi dengan tiga-tiga perkara ni. Sebab tu aku berhenti.

Aku dah cuba sedaya-upaya.
Aku happy dan puas hati pada mulanya.
Tapi at the end aku rasa tak selesa, tak happy, tak nampak masa depan aku kat situ.
Jadi aku rasa, dah tiba masa untuk aku berhenti dan move on.
Sambil-sambil berharap ada peluang dan sinar yang lebih baik sedang menunggu aku di depan sana. Aku tak nak fikir yang berat-berat. Dah tua la, tak larat nak fikir semua benda. Aku nak enjoy my journey je gitu.

Wish me luck... please..! :)





Share:

Aku Juga Buat Kesilapan

Pernah banyak kali dalam hidup ni, aku buat kesilapan dan bila tersedar mula berazam untuk tidak melakukannya lagi. Namun, demi masa aku jadi pelupa. Maka kesilapan itu berulang lagi dan lagi.

Salah pilih hal yang kecil-kecil mungkin tak jadi masalah sangat. Tapi bila kesilapan-kesilapan kecil tu dicantum-cantum jadi besar juga, mula la aku nak rasa dungu semacam je. Sebab aku pernah baca pakar motivasi kata, kesilapan sama kalau dibuat berulang kali tu maknanya ada masalah lah tu (baca : bodoh la kot)

Hidup aku berubah seiring masa, keadaan sekeliling dan status. Begitu cepat masa berputar-putar. Tak sangka 2015 sudah ingin mengucapkan selamat tinggal. Aku di usia 33 tahun ini, entah apa yang telah terisi.

Sunyi.

Ya, di sesetengah masa, aku rasa sunyi.
Sunyi yang aku tidak tahu mahu jelaskan bagaimana.







.
Share:

Konon-Konon Deep

Aku suka baca orang tulis hal yang deep-deep
Tulisan yang ringkas - kadang senang faham kadang susah
Tapi deep dan makan dalam
Kadang-kala tulisan yang ringkas itu berjaya buat aku fikir panjang-panjang dan lama-lama. Salah gaya, menitik airmata juga dibuatnya. Mungkin sebab aku fikir dalam sangat. 

Aku bukan jenis orang yang deep-deep
Tak pandai nak bagi ayat deep
Tapi aku cepat terasa dengan tulisan orang
Dan cepat kaitkan diri sendiri dalam tulisan-tulisan orang lain
Konon-konon aku pun merasai benda yang sama
Soalnya...... betul ke sama ?

Aku hormat orang yang suka tulis benda yang deep-deep ni, walau kebanyakkan mereka ini pernah melalui kehidupan yang penuh onak berduri. Ada yang membesar dalam keluarga yang serba susah, ada juga yang membesar dalam keluarga yang jelas pincang. Ada juga yang zaman remajanya gelap dan hancur. Tapi mereka berjaya keluar - bina diri - dan kemudian tulis hal-hal yang deep.

Sebab tu aku hormat mereka ni.

Aku bertuah kerana dibesarkan dalam keluarga yang serba ada walau tidak mewah. Aku tak pernah ada zaman memberontak, penat dengan kemiskinan, disakiti jiwa dan perasaan, terpaksa mengikat perut untuk mengejar apa yang aku minat dan sebagainya. Aku tak lalui semua tu. Aku normal. Sebab tu aku tak deep.

Bukanlah bermakna aku nak doa minta hidup aku jadi tunggang terbalik pula, tapi aku harap aku dapat melalui sedikit kepayahan, supaya mungkin satu hari nanti aku boleh jadi deep. Ehh...! rasa berdoasa pula kata macam tu. Tak bersyukur punya orang...! 

errgghh....! see.. aku tak tahu nak tulis macam mana. Aku kan tak deep.

Benda paling deep pun putus cinta je, apa lah sangat putus cinta aku tu. Dulu bolehlah jual kisah-kisah putus cinta ni, tapi zaman sekarang dah tak laku melainkan kisah putus cinta kau tahap dewa-dewa punya rare. Kalau setakat biasa-biasa ni orang ketawakan je.





.
Share:

Aku Suka Pantai

Aku suka pantai.
Teringin nak berpulau-pulau sambil petik gitar depan unggun api.
Walaupun jemari keras dan tak kenal kod muzik sehabuk pun.
Tapi Pokchik tak suka pantai. Tak suka panas.
Aku tak pasti Pokchik jenis mabuk laut atau tak.
Tapi Pokchik selalu bagi alasan macam-macam bila aku ajak ke Tioman, Perhentian mahupun Redang. Aku penat dah ajak dan jemu dah dengar macam-macam alasan.

Mungkin ini lah yang dinamakan
"terima pasangan seadanya"

Jangan paksa pasangan jadi orang lain, malahan terimalah kebaikan dan keburukan pasangan sambil berdoa banyak-banyak semoga dia diberikan hidayah untuk berubah.

ehh.. :p



Share:

Kuatkah Aku


Setiap kali aku tonton Kabhi Alvida Naa Kehna ni, aku selalu terfikir : Kuatkah aku kalau diuji sebegitu? Sejauh manakah aku bersedia untuk berjuang demi mempertahankan rumahtangga aku sedangkan aku ini sangat-sangat rapuh orangnya. Aku selalu rasa takut aku tak mampu dan takut aku tak kuat.

Kalau aku kuat, bagaimana pula dengan Pokchik.. kuatkah dia..? Tidak goyahkah dia jika diuji sebegitu rupa? Jika dia gagal di dalam ujian ini, bagaimana dengan aku.. perlukah aku terus bertahan dan bertahan walau jauh di dalam jiwa aku terseksa. Apa perlu aku lakukan jika aku berada di dalam situasi itu?

Ya, banyak persoalan yang bermain di fikiran.
Soalan-soalan yang semakin difikirkan semakin tidak ada jawapan.

Pernah satu ketika aku merasakan rumahtangga kami masih belum kuat diuji. Dalam erti kata lain, rumahtangga ini sebenarnya tidak pernah diuji, jadi memanglah kami ok - bahagia - saling mencintai dan tak rasa terancam atau diancam. Hubungan yang tidak pernah diuji sukar diketahui tahap kekuatannya, itu yang aku risaukan.

Hari-hari aku berdoa dan berharap semoga rumahtangga kami selalu dilindungi dan dijauhkan daripada sesuatu yang berat untuk kami pikul. Aku sejenis manusia yang tak berapa suka pada kejutan. Aku tak suka. Sebab aku cepat panik dengan benda-benda yang mengejut ni. Biarlah bunyi macam hidup aku ni hambar dan membosankan, tapi jangan bagi aku kejutan. Aku tak suka.

Aku juga jenis manusia yang payah terima kehilangan.
Bab-bab kehilangan ni aku ada semacam fobia tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak suka kehilangan dan tak pandai berhadapan dengan kehilangan. Janganlah aku diuji dengan kehilangan, itu je. Memang aku kalah.

Setiap malam sebelum tidur, aku tenung Pokchik lama-lama. Aku doa dalam hati ; Ya Allah beri aku pinjam dia untuk satu hari lagi. Tolonglah Ya Allah, jangan ambil dia dari aku lagi. Jadi bila pagi, aku celik je mata, memang mula-mula aku akan cari Pokchik dulu. Panik kalau tak nampak dia. Lagi panik kalau tengok dia masih tidur sebab kebiasaannya dia bangun dulu sebelum aku. Kalau dia tak bangun tu, aku panik. Sampai nak nangis punya panik.

Faham tak perasaan bergantung yang sangat-sangat bergantung tu?
Memanglah kita sepatutnya bergantung sepenuhnya kepada Yang Maha Esa, itu aku tahu. Aku pun bukan nak kata aku nak bergantung kepada manusia. Tapi aku suka perasaan sangat bergantung tu, sekurang-kurangnya perasaan tu akan buat aku semakin sayang pada Pokchik dan semakin rajin nak hargai dia setiap hari. Ya, setiap hari.

Kita tak tahu bila ajal akan datang menjemput kan.






Share:

5 Tahun Tanpa Anak

Tahun ni alhamdulillah genap usia perkahwinan kami 5 tahun. Kata orang baru suku fasa pertama.. hahahahaha. 5 tahun tanpa sekali pun diberi peluang untuk mengandung, aku ok je. Happy, bahagia dan bersyukur apa adanya. Tak pernah terdetik pun dalam hati nak persoalkan semua ketentuan Allah s.w.t. malah setakat ni, aku masih positif dan berlapang dada lagi.

Tak percaya juga rupanya kami dah sampai ke angka 5 dan sudah pergi sejauh ini. 5 tahun yang penuh ketawa dan airmata. Alhamdulillah, together kami dah jejak ke Mekah. Aku tak pernah sangka pun akan sampai ke sana seawal usia 32 tahun. Sungguh Allah s.w.t. Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Apa lagi aku nak harapkan.


Sejauh mana sesebuah perkahwinan tu mengubah personaliti seseorang? Bagi aku, memang banyak dah berubah. Tengok pun tahu, banyak dah berubah. Dah makin mok-mok..!!hahahahaa. Sebelum kahwin saiz L sekarang alhamdulillah dah cecah saiz XXL malah kadang-kadang berjaya sampai ke XXXL.. kau mampooo..??!! hikksss...

Aku dah makin kurang lemah lembut, kurang sabar, kuat membebel, cepat panik, cepat sangka yang bukan-bukan dan takut kena tinggal. Sindrom isteri-isteri menghampiri usia tua, begitu lah. Tak tahu dari mana bakat membebel aku ni muncul, sejak-sejak bergelar ibu tiri ni aku tiba-tiba jadi pakar membebel dan cerewet tentang hal-hal remeh. Annoying gila..! Aku sendiri benci bila aku dah start membebel.. :(

Selain tu, sejak jadi isteri orang ni aku dah kurang berdikari. Nak berdiri pun kadang-kadang paksa Pokchik tarik. Kalau dah duduk kat depan, jangan harap nak suruh aku ambil apa-apa kat dapur. Punggung dah berat..! hahahahaha. Manja pun agak teruk juga la.. padahal dulu aku benci perempuan manja. Sekarang telan ludah sendiri lah. Mana boleh tak manja, ada laki sorang tu je pun..! kalau tak manja2 dengan laki nak manja dengan siapa...? :p

Pun begitu, jauh di dalam diri aku ni masih aku yang sama.
Mohon percaya.. :)






Share: