2015 Yang Kosong

2015 totally not my favorite...! hahahaha. Sepanjang 2015 tak banyak kenangan manis yang berjaya aku kutip. Mungkin sebab 2014 adalah tahun aku "berjalan" dan memenuhkan kotak kenangan, maka 2015 Allah bagi berehat. Banyak duduk rumah je. Tak ada terbang ke mana-mana kecuali Kota Bharu awal tahun hari tu.
 
Dan tak ada apa-apa yang menarik sangat dalam hidup aku sepanjang 2015 ni melainkan aku dah ada blog kedua yang aku khususkan untuk bussiness dan kembangkan kenalan dalam dunia maya. Aku happy dapat kenal dengan kawan-kawan baru melalui blog tu. Malah aku banyak belajar dari mereka tentang macam-macam hal. Alhamdulillah dan semoga ukhwah kami berterusan. 

Sayangnya 2015 aku kehilangan ibu mertua yang telah pergi menghadap Illahi pada Mac 2015 seminggu sebelum hari jadi Pokchik yang ke-37. Maka secara rasminya, 2015 adalah tahun kesedihan untuk Pokchik tambahan pula dengan perkembangan kerjaya dia yang tak berapa memberangsangkan. Sepatutnya dia naik pangkat tahun ni, tapi Allah Maha Mengetahui. InsyaAllah, ada rezeki lebih baik untuk kami nanti, siapa tahu kan..

2015 -- aku belum mengandung. Ya, itu fakta. 
2015 -- aku belum kurus walaupun dah join JK1M Musim 5. Ya, itu juga fakta.

Berat nak diakui, tapi just in case kalau ada yang tanya, okey aku dah jawab siap-siap... :p

***

2016 aku tak berani nak mimpikan apa-apa. Macam aku pernah tulis sebelum ni, perancangan nak bercuti-cuti ke luar negara tu ada tapi tak berani nak mengharap sangat sebab takut tak jadi nanti frust menonggeng. Perancangan nak kurus diteruskan dan akan ditekankan lagi usaha-usaha ke arahnya..!! Perancangn nak pregnant pun InsyaAllah akan diperkemaskan lagi semoleknya. 

Semoga 2016 tahun rezeki buat kami.
Semoga 2016 kembali mengumpulkan kenangan-kenangan manis dalam hidup aku.

Sebenarnya aku harap sangat-sangat aku dapat capai sesuatu pada 2016 ni.
Tak tahu la apa, tapi sesuatu yang boleh aku banggakan dan aku akan ingat sampai akhir hayat.

InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita sepanjang tahun 2016 ni dan semoga 2016 ni akan mendekatkan lagi kita dengan Yang Maha Esa.

Aamiin.





Share:

1 comment:

  1. 2016 ni walaupun rasanya amat getir kepada ekonomi, tapi aku harap dapat menjadi tahun yg positif kepada hal-hal lain..kesihatan dan emosi misalnya?

    ReplyDelete