Aku Suka Pantai

Aku suka pantai.
Teringin nak berpulau-pulau sambil petik gitar depan unggun api.
Walaupun jemari keras dan tak kenal kod muzik sehabuk pun.
Tapi Pokchik tak suka pantai. Tak suka panas.
Aku tak pasti Pokchik jenis mabuk laut atau tak.
Tapi Pokchik selalu bagi alasan macam-macam bila aku ajak ke Tioman, Perhentian mahupun Redang. Aku penat dah ajak dan jemu dah dengar macam-macam alasan.

Mungkin ini lah yang dinamakan
"terima pasangan seadanya"

Jangan paksa pasangan jadi orang lain, malahan terimalah kebaikan dan keburukan pasangan sambil berdoa banyak-banyak semoga dia diberikan hidayah untuk berubah.

ehh.. :p



Share:

1 comment:

  1. boleh...cuba guna strategi lain..kata manja, cuba manja maksimum pastu mintak pulau redang ke pulau pangkor ke.atau buat aktiviti yg dia suka sangat..tp kat redang.

    tpi petik gitar depan unggun api tu hindustan lah sangat...ingat dilwale dulhania le jayenge ke

    ReplyDelete