Bila Hati Nak Semua


Betul ke kita tak boleh nak miliki semua benda dalam dunia ni...? Kenapa kalau kita dah dapat A, kita tak boleh dapat B sebab kononnya itu lumrah. Sedangkan kalau kita usaha nak dapatkan AB, InsyaAllah kita akan dapat AB kan? Tergantunglah kepada usaha kita. Kalau kita fokus nak dapatkan A sahaja, memang kita dapat A sahaja lah. Tapi kalau kita usahakan nak dapat AB, paling-paling kita akan dapat A atau dapat B atau lebih nikmat lagi kita mungkin dapat AB.. kan..?

Peluang. Kalau kita nak kan sesuatu, kita pergi mendapatkannya : itu kita panggil USAHA. Tapi kalau kita tak berapa nak kan sesuatu, tapi sesuatu tu datang pada kita atau terpampang depan mata kita, itu baru kita panggil PELUANG. Kita tak cari peluang, sebab peluang tu sepatutnya datang pada kita. Sebab tu juga aku tak suka orang kata "pergi cari peluang... pergi cari peluang..." sebab "cari" itu adalah kata kerja untuk usaha bukan peluang. Entahlah, mungkin aku sendiri rasa begitu.

Ramai kata 2015 adalah tahun mencabar dan 2016 akan jadi lebih mencabar. Seminggu dua ni semua sibuk kongsi pasal cara mereka menabung, cara mereka susun bajet dan kewangan keluarga, ada yang kata nak bertukar barang-barang keperluan kepada jenama kurang popular dan sebagainya. Aku hormati semua usaha kalian, memang bagus dan menginspirasikan. Aku pun kalau boleh tak nak ketinggalan. Nak juga fikir ke depan, fikir masa depan. Ya, tahun depan nak ke Istanbul.....! tak cukup depan ke tu? :p

Ada banyak benda aku nak tahun depan, antaranya nak dapat anak lah (InsyaAllah). Kalau ikut kira-kira aku, banyak nak pakai duit kalau dapat anak. Semoga murahlah rezeki anak-anak kami nanti. Ya, aku doa hari-hari aku dapat anak kembar yang sihat-sihat dan sempurna sifat. Kalau boleh nak anak kembar 3 terus. Sebab aku dah tua, dah macam tak ada masa sangat nak beranak selang dua tahun ni. Ahh...! masa memang mencumburui kami.. lolz..!!

Tahun depan juga aku plan nak bawa keluarga bercuti jauh-jauh sikit dan bawa anak-anak tiri aku sekali. Bagi depa mesra-mesra dengan family aku. Ini hajat yang dah 5 tahun tertangguh, tahun depan nak tak nak kena realisasikan juga. Kalau ikut kepala aku, teringin lah nak bawa keluarga pergi bercuti ke Sabah ke, Langkawi ke, Terengganu ke atau mungkin Bandung ke. Tapi bajet kena besar tu woiiiii sebab keluarga aku besar... errrmmmmm...

At the same time, kemungkinan besar tahun depan kalau ada rezeki, Pokchik dapat sambung belajar pula. Kalau dapat tu, setahun setengah dia akan jadi pelajar semula dan ini bermakna semua cuti-cuti perlu disusun supaya tak bertembung dengan tarikh kuliah atau exam dia. 

Itu lah aku cakap tadi, kenapa kita tak boleh dapat semua benda dalam dunia ni..? Nak berjimat-cermat tahun depan, nak menabung lebih sikit tapi dalam masa yang sama nak pergi bercuti ke sana-sini dan nak bercuti-cuti bagai tu dalam masa kena bajet-bajet cuti sebab Pokchik punya kuliah dan exam. Memang macam carca-marba kan..? Mampu ke nak dapat semua ni...?

Wallahualam.

Doakan yang terbaik untuk kita bersama ya......!








Share:

1 comment:

  1. susah jugak nak menabung sambil nak ke sana-sini, aku pun runsing. kena buat #2kerja atau #3kerja lah

    ReplyDelete