Konon-Konon Deep

Aku suka baca orang tulis hal yang deep-deep
Tulisan yang ringkas - kadang senang faham kadang susah
Tapi deep dan makan dalam
Kadang-kala tulisan yang ringkas itu berjaya buat aku fikir panjang-panjang dan lama-lama. Salah gaya, menitik airmata juga dibuatnya. Mungkin sebab aku fikir dalam sangat. 

Aku bukan jenis orang yang deep-deep
Tak pandai nak bagi ayat deep
Tapi aku cepat terasa dengan tulisan orang
Dan cepat kaitkan diri sendiri dalam tulisan-tulisan orang lain
Konon-konon aku pun merasai benda yang sama
Soalnya...... betul ke sama ?

Aku hormat orang yang suka tulis benda yang deep-deep ni, walau kebanyakkan mereka ini pernah melalui kehidupan yang penuh onak berduri. Ada yang membesar dalam keluarga yang serba susah, ada juga yang membesar dalam keluarga yang jelas pincang. Ada juga yang zaman remajanya gelap dan hancur. Tapi mereka berjaya keluar - bina diri - dan kemudian tulis hal-hal yang deep.

Sebab tu aku hormat mereka ni.

Aku bertuah kerana dibesarkan dalam keluarga yang serba ada walau tidak mewah. Aku tak pernah ada zaman memberontak, penat dengan kemiskinan, disakiti jiwa dan perasaan, terpaksa mengikat perut untuk mengejar apa yang aku minat dan sebagainya. Aku tak lalui semua tu. Aku normal. Sebab tu aku tak deep.

Bukanlah bermakna aku nak doa minta hidup aku jadi tunggang terbalik pula, tapi aku harap aku dapat melalui sedikit kepayahan, supaya mungkin satu hari nanti aku boleh jadi deep. Ehh...! rasa berdoasa pula kata macam tu. Tak bersyukur punya orang...! 

errgghh....! see.. aku tak tahu nak tulis macam mana. Aku kan tak deep.

Benda paling deep pun putus cinta je, apa lah sangat putus cinta aku tu. Dulu bolehlah jual kisah-kisah putus cinta ni, tapi zaman sekarang dah tak laku melainkan kisah putus cinta kau tahap dewa-dewa punya rare. Kalau setakat biasa-biasa ni orang ketawakan je.





.
Share:

2 comments:

  1. perempuan ramai yg tulis ayat tergantung...atau ayat pancing emosi.puii

    ReplyDelete
  2. i can feel you! :) tapi nak minta untuk 'rasa apa yang mereka pernah lalui' bukan hak kita. :) Selalu bersyukur dengan nikmati Ilahi, sebelum membanding diri agar setiap yang diberi, harus kita hargai - ni kata-kata untuk saya sendiri tapi rasanya elok share dgnn awak sama :)

    p/s: Seronok baca blog awk. Kemas.Hehe Salam perkenalan :)

    ReplyDelete