Lelaki Gentleman

Pertama kali ada lelaki cakap depan-depan aku yang dia suka kat aku lebih kurang 13 tahun dulu masa aku masih belajar nun jauh kat negeri Pantai Timur. Aku rasa itu adalah moment paling freeze seumur hidup aku. Pertama kali berdepan dengan situasi tu, aku jadi dungu. 

Kejadian berlaku masa dalam bas ekspress nak balik dari Timur ke Selatan. Perjalanan makan masa hampir 12 jam. Nasib baik masa dia cakap tu dah separuh perjalanan kami. Kalau tak, mahu aku jadi patung beku kat situ tak terkuit. 

Sebelum tu kami rancak berbual macam-macam topik, entah macam mana tiba-tiba masuk bab tu. Salah aku juga, pancing-pancing dia suruh buka rahsia pasal makwe dia. Sekali dia terus terang, aku pula yang kancing gigi.. :p

Dia terus terang, dia dah lama suka aku tapi dia tahu aku dah ada steady boyfriend (KAMU) masa tu. Jadi dia respect dan tak nak kacau lah. Tapi dia tetap suka aku dan aku tetap ada dalam hati dia katanya. Dia akan doakan aku kekal dgn KAMU sampai jinjang pelamin, tapi andai kata aku putus dengan KAMU, dia ada. Dia akan tunggu aku dan andai kata aku terima dia, dia janji akan jaga aku baik-baik katanya. 

Tu yang buat aku terkasima tu.
Nak jawab apa duh..!
Diam je lah.
Buat-buat pandang luar. Sampai naik krem tengkuk duk teleng ke kiri je.

Aku tak tahu nak kata apa masa tu sebab aku terkejut. Selama ni aku anggap dia macam kawan je. Tak pernah terfikir pun rupanya dia suka aku sampai tahap tu. Lagipun masa tu aku memang sayang dan setia gila dengan KAMU... pfffttt...!! 

Malam tu, aku cuma mampu cakap "Sorry" dan lepas tu aku membisu seribu bahasa. Dia je yang cakap. Maybe dia tengok aku dah rasa tak selesa, so dia try buat lawak hambar and betulkan balik mood masa tu, tapi tak menjadi. Sorry again.. :( 

Dua tiga tahun lepas tu aku putus dengan KAMU. Tapi tak terlintas pula dalam kepala aku nak pergi cari balik si dia ni. Masa tu kami dah lost contact walaupun sekampung je. Sebab aku rasa macam jahat gila ambil kesempatan atas kesetiaan org lain. Lagipun masa tu aku tak leh move on lagi.. masih mengharapkan KAMU sebenarnya.. haiihhh...!! apa lah bodoh sangat hati ni..! 

Sampai la masa dah dekat2 aku nak kahwin tu, aku tergerak hati nak cari dia balik sebab nak jemput dia ke majlis kahwin aku. Lepas dia terima kad jemputan aku, dia ada mesej tanya "Ain dah nak kahwin..? Tahniah.. tapi bukan dengan N***?" 

Aku masa tu fikir positif je lah, maybe si dia ni pun dah ada steady girlfriend or entah2 dah kahwin kan. So, aku cerita la sikit2 macam mana aku leh putus dengan KAMU dan mcm mana aku jumpa Pokchik. Lepas tu dia balas..........

"Nampaknya saya memang tak ada tempat dalam hati ain. Takpe saya faham. Kan dah kata dulu, apa2 pun keputusan ain saya akan terima. Kita tetap kawan kan? Insyaallah nanti saya datang majlis ain.." 

Masa tu aku rasa sebak sebab rasa bersalah tak tahu nak kata macam mana. Bukan sedih sebab kecewakan dia ke sebab aku memang tak pernah janji apa2 kat dia pun. Tapi aku sedih sebab aku rasa aku ni sahabat yang tak baik. Dah nak kahwin lagi berapa hari baru cari dia.. :( 

Selebihnya adalah kenangan yang tak mampu aku nak cerita satu-satu kat sini. Yang pasti, masa majlis kahwin aku dia sempat datang walaupun dah agak lewat. Sempat la juga snap gambar sama-sama dan aku nampak dia happy.. senyum.. sembang macam biasa dengan aku.. Walaupun dalam hati dia, Allah je lah yang Maha Tahu. 

Lepas 3 tahun aku kahwin, aku dapat berita dia meninggal dunia sebab kemalangan. Dia dah kahwin dan ada anak seorang. Masa majlis kahwin dia aku tak dapat datang sebab ada urusan lain kat kampung mertua dan aku tak pernah sempat kenal dengan isteri dia pun. Serius aku nangis teruk masa dapat berita dia dah tak ada tu.

Aku tahu dia lelaki yang baik, penyayang dan bertanggungjawab. Cuma perasaan aku kepada dia tak sampai tahap cinta lagi. Aku tahu dia akan jadi suami dan bapa yang baik. Beruntung siapa kahwin dengan dia tapi sayang umur dia tak panjang. Aku doakan isteri dia tabah menjalani kehidupan mendatang dan semoga anak dia membesar menjadi anak yang soleh. Hanya doa dapat aku titipkan.

Al-Fatihah
Semoga kau tenang di sana Sahabat.
Terima kasih untuk segalanya.


*dia la lelaki paling gentleman aku pernah jumpa. KAMU pun tak pernah cakap depan-depan yang dia suka kat aku macam tu. Mungkin perempuan lain dah biasa ada lelaki cakap depan2 macam tu kan, or dah biasa ada ramai peminat lelaki kan, tapi tak bagi aku. Maklumlah aku bukan awek hotss masa zaman belajar dulu*

Lepas dia ni, lelaki kedua paling gentleman pernah terus terang dengan aku of course la Pokchik Tercinta. Dia tak ada cakap cinta2 ke apa.. terus ajak KAHWIN je. Masa tu baru dua kali jumpa kot...! mau tak terkejut badak aku..!! hahahahaha.. Tapi apapun, aku rasa dalam bab ni aku kira bertuah la kan. Sebab dipertemukan dengan lelaki yang baik-baik.. alhamdulillah.. :) 


Share:

1 comment: