Manusia Patut Kita Ignore

Pernah tak, bila sesekali kau drive tu terserempak dengan pemandu gila yang suka-suka jadi pembuli jalan raya..? Potong barisan.. memandu laju tak tentu pasal macam tak sayang nyawa.. Masuk lane sesuka hati.. himpit-himpit kereta lain.. atau memandu slow macam siput dan buat macam dia sorang je bayar cukai jalan.. atau apa-apa yang sepertinya lah.. pernah?

Dan pernah tak kau rasa macam nak lawan balik..? Nak tunjuk kat dia yang kau pun pandai memandu, kau pun boleh tukar-tukar lane sesuka hati  dan kau pun bayar cukai jalan juga.. pernah? 

Tapi sebab kau tak bodoh macam si pembuli jalan raya tu jadi kau bolayan je perangai kebudak-budakan dia tu. Bukan tak nak tunjuk terror tapi sebab kau berfikir lebih matang dan lebih jauh ke depan daripada budak tu, jadi kau rasa adalah lebih baik kau jangan layan budak tu. Biar je lah dia, tak kemana pun perangai pembuli dia tu.

Lagipun orang yang cenderung suka membuli ni selalunya sebab dia pun adalah mangsa buli..kan..? Kesiannnn.. :(  

Orang jiwa kecik dan rapuh je suka buli membuli ni...

Macam tu jugalah dalam kehidupan, kadang-kala kita akan terserempak dengan manusia-manusia yang suka tunjuk good-good ni kan. Kalau sembang tu macam dia sorang aje lah yang paling pandai dan hebat atas muka bumi ni. Kalau menunjuk tu memang kaw-kaw punya menunjuk dia akan tunjuk sampai semua orang pun rasa kagum tahap gila babas arr..

Dan jauh dalam hati kau memang rasa nak balas kan..? Kalau dia boleh menunjuk, kau pun nak menunjuk juga. Lagi pula kalau apa barang yang dia ada tu, kau pun ada yang sama. Mesti ada rasa macam "ekelehh.. aku pun ada.. lagi cun kot".. Kadang tu apa dia cakap sebenarnya kau pun tahu, jadi kau pun nak tunjuk sama pandai juga dengan dia. Tu yang jadi dia cakap A, kau cakap AA.. Dia cakap B, kau cakap BB.. awkward duhh...!! :p

Sebenarnya boleh je kalau kita nak ignore manusia macam ni, sebab kalau dilayan makin bertambah-tambah perangai suka menunjuk pandai dia tu. Sampai tahap nak muntah hijau dah, tapiiii ku tahan Jebat...!! Atau boleh je kalau kita nak lawan balik cakap manusia macam ni tau, sebab kebanyakkan apa yang dia cakap tu kosong je.. tak ada isi baru pun.. semua isi dah biasa dengar dah.. tapi sebab dia pandai manupulasikan benda tu nampak macam dia sorang je tahu fakta tu...kan...!

Bagi aku, ada sesetengah hal kalau kau nak lawan balik, lawan la tapi kau mesti ingat.. bila kau lawan sebenarnya tak akan ada siapa yang menang pun. Lama-lama kau akan penat lawan orang mcam dia tu. Kau tak akan pernah rasa menang dan kau tak akan pernah akui dia menang walaupun hakikatnya memang dia menang sebab dah berjaya tarik kau masuk dunia dia dan jadikan kau sebiji macam dia.

Macam dia la.. yang sama spesis = ANNOYING....! 
faham....?!!

Aku pernah kena banyak kali benda ni. Rasa hebat sekejap je sebab kau berjaya patahkan hujah-hujah dia. Masa tu rasa dah menang dah.. dan harap-harap dia akan insaf lah kan, tapi rupa-rupanya panas hanya di tengah hari, petang hujan lebat juga akhirnya. Lepas satu isu, isu lain pula dia akan timbulkan sebab nak tunjuk dia bagus dalam semua hal. Dia tak pernah faham pun perangai dia tu annoying, yang dia tahu semua orang suka dia dan dia rasa hebat depan kita semua. 

Dia tak pernah faham pun, percaya lah......!
Sebab memang spesis dia tak pernah nak faham. Dia hidup dalam dunia dia sendiri.

Aku sejak dah tua-tua ni memang aku ignore kan aje manusia suka tunjuk bagus ni. Kalau mood aku baik sikit aku layan la juga, nak tengok jauh mana permainan dia. Tapi lepas tu lantak kau lah...!! Pandai-pandai lah kau berenang ke tepian, aku bawa diri sendiri je. Nak kata aku selfish? sila kan lah..

Kalau betul-betul kawan aku, InsyaAllah aku akan tegur.
Tapi kalau aku boolayan tu, maknanya aku tak ada kaitan dengan jatuh-bangun-lemas-tergolek-terlentang dia..! Harap maklum.






Share:

2 comments:

  1. aku biasa jumpa orang begini, nak menang setiap kali, dari hal sekeceil-kecil tahi hidung hingga hal sebesar-besar kepala besar dia.

    sebolehnya biar dia banyakkan bercakap,nanti akan timbul banyak kesilapan, kalau rajin cukup sekadar menyoal keraguan pada ceritanya. kalau malas bolayan,sebab at the end memg takde faedah.

    contohnya pernah jumpa org yg kata barang yang aku beli mahal,dia boleh dpt lgi murah.kalau aku kata aku beli 100, dia kata boleh dpt 90.kalau aku kata aku boleh dpt rm 80, dia boleh dpt 70. sudahnya..aku cakap aku nak beli brg dia yg murah tu...pastu kelam kabut dia cari seribu alasan...aki perati je perangai dia ni

    ReplyDelete
  2. Bg dia ckp byk2 pjg2.
    in d end raba telinga kluarkan earphone n tanya u ckp pe td? Sori ai xdgr.
    hehe..

    ReplyDelete