Rindu Yang Tak Ada Ubatnya


Ayah -- super garang punya garang..!
Anak-anak semua tak berani dekat dengan ayah, apatah lagi nak manja-manja. Ayah aku memang tak macam ayah orang lain yang caring dan boleh bawa sembang-sembang dengan anak. Dia serius 24 jam. Dia kerja teruk, stress. Kesian ayah, mana lagi nak fikir pasal kerja, pasal keluarga, pasal berniaga. Semua atas kepala dia.

Tapi dia punya garang tu lah yang ajar kami disiplin, ajar kami berdikari, ajar kami jadi berani dan ajar kami buat apa-apa biar perfect jangan cincai-cincai. Siapa pernah kenal ayah aku, mesti tahu dia punya tahap cerewet memang kencing berak pun tak sempat. Kalau dia kata hitam, mesti buat jadi hitam. Tak nak kelabu ke kelabu hitam-hitam ke putih kehitaman ke dark blue ke dark brown ke semua tak boleh. Kena sepak..! Dia nak hitam, bagi hitam. thats it..!!

Sejak ayah pergi tahun lepas, aku semakin rindu moment kecut-kecut perut bila kena tengking dengan ayah, sejuk-sejuk tapak tangan bila ayah minta buat air teh tarik untuk dia. Mesti teh tarik yang perfect rasa macam kat kedai mamak. Kalau cair, silap-silap kau mandi teh malam tu. Ya, rasa time darah kering kat muka tu dah tak rasa lagi dah sejak ayah dah tak ada ni.

Rindu.

Ayah ajar anak-anak jadi manusia yang dihormati dan "dipandang" orang. Walaupun anak-anak ayah yang enam orang ni belum la sampai tahap yang ayah nak tu, tapi aku harap ada sekelumit kecil dalam hati ayah rasa bangga dengan anak-anak dia yang tak seberapa semua ni. Sekurang-kurangnya sebelum ayah tutup mata buat selamanya, ayah mampu tersenyum bahagia.

Apa yang ayah tinggalkan buat kami ni sangat-sangat tinggi level nya. Tak mampu kami nak berada di tahap setinggi ayah. Walaupun ayah belajar tak tinggi, tapi dia dipandang tinggi oleh semua orang -- ya, semua orang yang kenal ayah pandang tinggi pada keperibadian ayah. Semua puji. Semua kagum. Aku sebagai anak, dah terlebih kembang hidung. Selebihnya, jauh dalam hati aku, sangat-sangat bersyukur aku lahir sebagai anak ayah. Perfect.

Kasih sayang ayah kepada anak-anak tak nampak sebab ayah tak tunjuk. Ayah tunjuk dengan cara lain yang mana kami anak-anak dia je faham. Orang lain mungkin rasa macam "kesiannya kau, tak pernah dapat manja-manja dengan ayah kau kan" tapi bagi aku, kasih sayang ayah seadanya. Cukup untuk aku dan melimpah ruah untuk aku hitung satu-satu.

*lap airmata*

Saat-saat jasad ayah diusung ke perkuburan itu masih kekal kemas dalam ingatan aku. Sakit hati aku direntap-rentap tu pun masih terasa sampai sekarang. Aku tak akan lupa saat tu. Sekali itu lah aku rasakan sakit kehilangan yang sebenar. Panas airmata bukan takat kat mata tapi sampai ke hulu jantung. Saat kami menghantar ayah pulang ke pangkuanNya buat selamanya.

Al-Fatihah untuk Ayah.
Jumpa nanti di syurga.
InsyaAllah




Share:

0 comments:

Post a Comment