Sempurna Di Mata Siapa?

Penatlah nak explain semua perkara setiap masa. Sikit-sikit rasa tak secure dan takut tak tentu fasal. Takut orang salah faham lah, takut orang kecil hati lah, takut orang pecahkan rahsia lah, takut orang tikam dari belakang lah, takut itu takut ini. Tak habis-habis rasa takut dan fobia pada semua benda, semua perkara. Penyakit apa ni namanya?

"..Sometimes when you try too much, it become worse.."

Dulu aku selalu juga ada perasaan not secure yang melampau macam tu. Terutama bila masuk bab peribadi sikit, memang aku takut sangat-sangat orang nampak aku jahat or aku teruk or nampak apa-apa yang negatif pada aku. Kalau boleh aku nak nampak normal dan hebat dan baik dan sempurna depan semua orang. Ya, semua orang.....! 

Lepas tu berjangkit pula, bila dah kahwin ni aku jadi takut kalau orang nampak yang negatif pada suami aku. Sebolehnya aku cuba buat orang sekeliling aku sukakan Pokchik, senang dengan dia, nampak dia sebagai seorang lelaki yang hebat penyayang dan bertanggungjawab. Kalau boleh tak ada cacat-cela langsung pada suami aku tu.

Sampai satu tahap, aku mula jadi hipokrit dan mula pandai berlakon depan orang. Try to impress people walaupun aku rasa ahh..!! plastik giler semua ni, tapi aku happy dan rasa senang hati buat semua tu. Seronok juga jadi hipokrit sebab orang tak nampak kelemahan atau kekurangan kita. Orang akan pandang tinggi pada kita dan kita akan jadi orang penting dalam komuniti.

Walaupun hakikatnya semua tu hanyalah lakonan semata.
but.. who cares... right...?

Masa tu, aku cenderung nak explain panjang-panjang. Kalau orang tanya macam mana aku boleh berkenalan dengan Pokchik, kat mana kenal, macam mana leh terima dia walaupun dia duda.. bla bla bla.. aku dengan senang hati akan explain from A to Z sebab masa tu aku rasa sangat-sangat-dan-sangatlah penting untuk aku fahamkan orang yang bertanya tu supaya dia tak salah faham dan tak pandang serong pada aku mahupun pada Pokchik.

But at the end, aku penatlah.

Setiap kali nak explain, setiap kali nak cerita A-Z, setiap kali nak buat orang kagum, setiap masa nak nampak sempurna, setiap kali nak jaga hati semua orang. Penat...!! dan aku rasa tak apa faedah semua tu sebab selalunya orang bukan ambil maklum pun apa aku cerita yang panjang-panjang tu. Macam saje-saje tanya untuk mengisi masa lapang je. Aku jawab macam mana pun tak penting bagi mereka. Kalau dia dah fikir negatif pada aku, negatif juga la selamanya walau panjang berjela-jela pun aku explain pada dia, tak ada makna.

Aku belajar satu perkara, iaitu jadi diri sendiri je lah.
Berhenti lah tunjuk-tunjuk baik ni. Tak ada faedahnya....!

Kalau dia nampak kebaikan aku, maka baiklah. Aku tak payah explain pun dia akan nampak dan tak akan menafikannya. Tapi kalau dia nampak negatif pada aku, lantak piiii sama dia sebab aku malas nak fikir apa dia rasa dan apa dia nak aku rasa. InsyaAllah aku ok walaupun apa pun orang kata, yang penting aku tahu diri aku sebenar dan aku jadi diri sendiri. Itu je.






Share:

3 comments:

  1. Kadang lagi kuat kita nak buat baik lagi kuat orang tafsir sebalik. Asal orang kata buruk sampai sudah label tak tukar, walhal apa kita buat banyak yang manis tapi masih diserap buruk. Hati orang tak boleh nak tebak, tapi hati kita, kita boleh pujuk biar rabak.

    Lantak pi orang nak kata
    Dia tahu niat kita

    ;)

    ReplyDelete
  2. mcm ustaz poyo tu pesan, "kawen tu sonok, tapi nak jaga perkahwenan tu yg x brape nak sonok.", huhu2 mugo dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. iyelah..rasanya kita hanya perlu buat apa yg baik, tak perlukan penerangan berjela pun.melainkan perkara2 yg boleh beri salah faham. itu mungkin perlu kita betulkan

    ReplyDelete