Fasya Sandha Jejai Syura Adam Fiza

Sedih la aku baca kes perceraian Fasya dengan Jejai tu. Tak paham aku kenapa masalah diaorang tak boleh selesai dengan cara yang lebih baik selain bercerai. Mungkin sebab aku tak pernah ada masalah dengan keluarga mertua jadi aku memang tak paham. Menantu mengalah je lah, nama pun menantu. Apa sangat yang kita nak ambil hati dengan mertua pun. 

Yang penting kita bahagia dengan suami dan anak-anak kita kan. Yang penting suami jalankan tanggungjawab dia sebagai suami dan ayah. Apa masalahnya kalau tak jadi menantu pilihan pun? releks je lah. Suami berduit kan, Fasya pun pandai cari duit sendiri, dah tu guna kan lah duit banyak-banyak tu untuk bahagiakan kau dan anak-anak. Stress dengan perangai mak mertua dan ipar-duai..? Gi bercuti kat Paris seminggu. Tunjukkan kat depa kau happy dan bahagia, tak berkudis pun dengan perangai tak matang diaorang tu. Kan best..? Lain la kalau laki kau tak berduit, papa kedana, itu cerita lain laa...

Fasya nak apa lagi..? Kau nak mertua kau timang-timang kau ke..? Come on lahh.. dari awal-awal kahwin dulu pun kau memang tahu family mertua kau termasuk ipar-duai kau tu memang sayang ND lebih-lebih kan. Kau nak juga si Jejai tu, then kena terima lah. Nak makan-makan hati ni kenapa pula..? Alahaaaiiii.. geram pula aku. Tak payah lah nak ungkit "saya dah buat segala-galanya untuk selamatkan rumahtangga ni.. asyik saya je yang berkorban.. bla..bla..bla.." Memang kau kena berkorban pun...!! Sebab kau yang sanggup nak masuk dalam keluarga tu masa dulu-dulu kan.. kena hadap la...!!

Yang mertua pula, be matured la sikit. Dah tua-tua jangan la buat perangai budak-budak ni. Aku memang selamanya alergik dengan perangai orang tua suka pilih-pilih kasih ni. Ada anak dia sayang, ada yang dia kurang sayang. Ada menantu dia suka, ada menantu dia kutuk-kutuk. Sampai ke cucu pun sama, ada cucu dia manjakan, mewah-mewahkan tapi ada cucu dia pandang pun tak sudi. Main pilih-pilih kasih macam tu, tak baik lah. Semua pun anak-anak dan keturunan kamu juga. Esok-esok dah masuk kubur mereka ni juga yang akan doakan kamu. 

Ingat eh..! dah tua nanti jangan buat perangai macam ni. Dibenci..!

Jejai pun.. be a men lah..!! Suami ni sepatutnya sebagai pelindung dan pemimpin. Kalau dah tahu Fasya tak baik dengan mak kau tu, then buat la sesuatu untuk baik kan depa balik. Berpada-pada la nak baik dengan bekas isteri pun, fikirlah perasaan isteri ni. Memang berat tanggungjawab sebagai anak lelaki, suami dan ayah ni.. tak ada siapa kata senang. Kau yang cari masalah, pandai-pandailah selesaikan. Kau tak rasa macam takde telur ke, masalah Mak kau -- Isteri kau -- Bekas Isteri kau.. pun kau tak boleh nak selesaikan dah bertahun-tahun. Anak pun dah 3 orang....! aduhhhhhh... sedih lah kau ni.. :(

Yang netizen pun sedap je komen "Ini semua karma.. padan muka Fasya, rampas suami orang last2 bercerai juga..." aduhhh..! bawa-bawa istighfar lah woii..! Siapa kita nak kata benda ni karma ke apa ke. Ini semua takdir. Masa Fasya kahwin dengan Jejai dulu, aku pun meluat tapi dalam masa sama kena terima lah memang dah jodoh mereka. Bukan salah siapa-siapa pun. Patutnya kita doakan lah mereka bahagia bukan doakan mereka berkecai juga. Apa lah masalah netizen ni. 

Sakit dada aku baca blog gossip ni...!
(dah.. siapa suh baca.. haaaiiihh...!!)

Tu aku belum masuk bab Adam dengan Fiza, Lepas tu Syura dengan suami dia lagi.
Masing-masing pun dah dua kali bercerai. Sedih lah aku, walaupun mereka ni tak ada kena mengena dengan aku tapi sebagai saudara seIslam, aku tumpang sedih. Walau apapun masalahnya, aku harap mereka berbaik-baiklah walau dah tak suami isteri. Sama-sama belajar dari kesilapan dan sama-sama perbaiki kesilapan diri. Next time, kalau ada jodoh lagi dengan orang lain mudah-mudahan kekal la sampai ke syurga.. gituuu...!

Bercerai ni bukan hal main-main..! aku tengok Pokchik dengan anak-anak dia pun aku dah insaf dah. Sakit woo bercerai-berai ni. Sebut perkataan tu pun dah ngeri.

Semoga kita baik-baik sahaja dan terus berkasih sayang sesama suami isteri. Aamiin.





Share:

Desaturasi Merah Jamu Oleh LadyNoe

Sebenarnya aku dah beli naskhah ni agak lama juga, tapi tak tahu kenapa aku sayang sangat nak baca. Boleh gitu..! Sebab aku dah follow blog LadyNoe agak lama sebelum tu, siap gigih baca balik entry lama-lama dia zaman muda-muda sampai dia kahwin dan beranak dua.. dan sekarang kahwin baru pula nampaknya. Aku suka blog dia, jadi expectation aku terhadap naskhah ni jauh lebih tinggi. Tambah pula cover ala-ala deep gitu...! :)

novel indie, dubook press, dubook pink, Perempuan Jomblo, LadyNoe Mohamed
Merah jambu tak semestinya sweet dan comel je. Merah jambu pun deep juga tau..! 

Dua malam kebelakangan ni aku tak berenggang dengan naskhah ni, mana part yang best tu aku ulang-ulang baca sambil berimaginasi sendiri. Aku pula pesen membaca agak slow. Menghayati ayat demi ayat, gitu lah kononnya.. tapi tahap teruja nak baca naskhah ni memang buat aku agak menggelabah juga lah. Sebab tu baca ulang-ulang kali. Faham tak?

Dia macam rasa nak baca cepat-cepat sebab best dan tak sabar nak baca next story.. next story.. next story tapi dalam masa yang sama bila tiba bab yang deep dan menusuk hati tu, aku rasa tak leh nak move on plak. Baca lagi bab yang sama sampai tiga kali pun ada. Cuba nak hayati, cuba nak faham, cuba nak in-to-it-so-much-so-deep....!

Sebab perasaan tu giler best...!
Dan ya, of course.. naskhah ni best...!! cukup memuaskan nafsu aku membaca tulisan Ladynoe yang simple tapi adoiiiii mencubit juga sekali-sekala... :)


Semua bab best..! cuma ada yang aku suka dan ada yang aku sangat suka. Aku kongsi sikit lah bab yang aku sangat suka tu, tak boleh nak kongsi semua nanti takde klimaks pula. Contoh macam bab Apa Faedah Berkawan Dengan Mantan? ni kan.. secara khususnya LadyNoe tulis pasal mantan kekasih la atau mantan suami? mana-mana pun boleh. 

Aku simpulkan, manusia tu tetap lah manusia walau macam mana maksum pun dia. Manusia ni ada seketul hati yang disalut rasa cemburu dan iri. Walau dah mantan pun tetap ada rasa nak bersaing, nak tunjuk siapa lagi hebat, siapa lagi bahagia, siapa lagi kaya, siapa lagi ramai anak, lepas tu anak siapa paling bijak... bla..bla..bla.. Sadis kot hidup macam tu, so better tak payah la nak baik sangat or nak ber'best friend' sangat dengan matan kekasih ya. Just move on and be your self...!


Aku suka bab Sedap Mata Memandang ni dan setuju dengan semua yang LadyNoe tulis di dalamnya. Bab ni buat aku rasa LadyNoe ni genius kot.. sebab boleh baca fikiran dan perasaan orang lain sambil pejam-pejam mata je. Hebat arr...! *tepuk-tepuk bahu LadyNoe*

Bab Gemuk Bukan Sumpahan pun best...!! aku gelak-gelak baca tu sambil share kat whatsapp dengan kawan-kawan aku pasal teori gemuk tapi cantik dengan kurus tapi jerawat bersepah, hidung penyek and bla bla bla tu... hehehehehe..! Tetiba juga rasa best jadi pempuan gemok.. ehh...! :p


Bab Calon Pasangan ni, aku nak share juga lah sikit. Aku pun macam kebanyakkan perempuan, kalau di tanya tentang ciri-ciri suami idaman mesti nak jawab yang good-good je kan. Nak yang tinggi lampai dan tak gemuk tapi tak kurus sangat. Aku suka lelaki sawo matang dan muka melayu sejati..! Aku tak suka yang bulu banyak kat muka atau dada, lengan apatah lagi kaki. Aku nak yang nampak alim sejuk mata memandang. Aku suka yang pakai apapun nampak handsome. Aku nak yang manis senyumannya. Aku suka yang gentleman bila berurusan dan banyak lagi lah yang aku nak. Tapi aku simpulkan dengan ayat :

"saya tak memilih sangat, asalkan elok agamanya saya terima.." 

phuiiiii...!! :p


Okey, ini salah satu bab serius di antara banyak bab serius lain dalam naskhah ni. Aku baca dengan serius sambil rentap-rentap jantung sendiri. Simple je LadyNoe tulis ni tapi makan dalam sampai tulang sum-sum. Siapa terasa tu silakan muhasabah diri ye..!


Yang ni pula bab manusia-manusia yang guna alasan "tak nak hipokrit" jadi saya tak bertudung, tak nak hipokrit jadi kalau saya tak suka seseorang saya maki je dia depan-depan. Banyak lagi alasan-alasan bodoh yang mereka bagi hanya kerana kononnya tak nak hipokrit. Bullshit....!!

LadyNoe kata : Bila kita melawan kehendak dan nafsu jahat di hati serta memaksa diri untuk terus berjalan ke arah kebaikan, itu BUKAN hipokrit. Itu melawan bisikan syaitan namanya...! 

mohon hadam.. :)


Ini bab yang aku baca lebih tiga kali. Deep sangat dan berjaya buat aku fikir jauh-jauh. Ala kadang benda ni kita pun terfikir juga sambil-sambil drive balik kerja tu, sambil-sambil sangkut dalam jem tu, tapi sebelum ni aku tak pernah fikir secara serius pun. Buat sambil-sambil je. Tapi lepas baca LadyNoe ulas ni, aku rasa mungkin aku dah cukup tua untuk mula fikir pasal benda-benda berat macam ni.

Korang pun patut fikir sama. Ini masalah dunia tahu....!


Aku belanja satu bab yang paling kelakar.....! aku baca ni dua kali juga sebab kelakar. Sambil aku yang tak pernah beranak ni mula la imagine suasana dalam bilik bersalin tu macam mana la punya havoc agaknya kan..!! kehh kehh kehhh... :)


Dan bab Nak ni aku nangis sampai tersedu-sedu kot. Surat yang LadyNoe tulis khas untuk anak-anak perempuan dia, mau tak syahdu...!! Meleleh airmata aku malam-malam buta dek kerana bab Nak ni. Again, walau aku tak pernah ada pengalaman ada anak sendiri, tapi jiwa wanita dan keibuaan tu memang tumbuh bersama-sama seorang perempuan kan. Sayu je hati baca surat ni. Aku bayangkan anak-anak LadyNoe bila dah remaja nanti baca surat ni sambil kesat airmata.

Beruntung kalian, ada mak yang sempoi tapi deep macam LadyNoe. Senyum sikit....! :)

***

Okey, kesimpulannya naskhah ni memang sarat dengan perasaan, pengalaman dan kenangan yang bukan sahaja menghiburkan hati kecil aku dan buat aku mengelamun malah memberi dos-dos vitamin ke dalam jiwa aku. Jadi perempuan ni kena kental woii...! Tak kira la kau anak sulung ke, anak bongsu macam LadyNoe ke ujian tetap datang bertimpa-timpa tau. Lagi kau lembek, lagi macam-macam ujian datang. Sebab tu kena kental..! Macam tak ada pilihan kan..?

Zaman sekarang perempuan semua berdikari, sejak muda belia belum kahwin sampai dah kahwin sampai dah beranak sampai dah bercerai sampai dah kahwin balik sampai dah tua sampai dah dua saat nak mati, perempuan kena belajar berdikari. Ada suami pun sebagai asbab sahaja untuk rasa bahagia dan rasa terlindungi tu, hakikatnya bahagia dan lindungi diri tu perempuan kena cari dan usahakan sendiri...!

Walau aku tak pernah sempat kenal LadyNoe secara dekat, tapi melalui tulisan-tulisan dia aku nak bagi tabik hormat. Dia cukup kuat orangnya..! dan walau apapun yang mungkin bakal dihadapinya nanti, aku doakan yang terbaik dan berharap dia dapat terus kuat. Dua orang puteri Sabrina dan Natrah itu lah kekuatan dan peniup semangatnya (moga) buat selamanya. dan.. aku adore giler rambut anak-anak LadyNoe.. kerinting2 halus.. mahal kot rambut gitu..! :)

Nah aku belanja lagi sikit.. 
Mana aku tahu.. 


"..Mana aku tahu tangan yang aku harap membelai lelah dan penat aku seharian menjadi senjata yang kau sangka akan menundukkan aku. Mana aku tahu keegoaan itu lebih tinggi dari rasa cinta kita..

dan

Mana aku tahu dalam kelekaan aku meletakkan pujaan terhadap kau, pada langit tertinggi, di saat aku berjumpa kegelapan galaksi, aku di sapa mentari. Mana aku tahu, aku akhirnya menjadi watak yang memungkiri janji.." 

Desaturasi Merah Jambu ~ LadyNoe Mohamaed 



Share:

Cinta Bisa Mengubah Cara Manusia Melihat Dunia

Siapa tak pernah jatuh cinta, paling-paling mesti pernah suka. Kalau langsung tak ada rasa suka, maka itu tidak normal. Mohon buat pemeriksaan di hospital berdekatan. Rasa suka, rasa minat malah rasa cinta itu adalah anugerah Allah yang sangat indah dan tinggi nilainya. Kerana dengan rasa suka dan cinta itu, kita melihat dunia. 

Siapa pernah jatuh cinta banyak kali..? Normal. 
Siapa pernah jatuh cinta hanya sekali..? Itu juga normal.
Jangan risau, mana-mana pun normal.

Zaman aku remaja dulu, jatuh cinta banyak-banyak kali tu dipandang serong oleh sesetangah member. Bagi pandangan mereka siapa yang tukar-tukar pakwe tu dikira seperti playgirl (permainan perempuan.. ehh..!) Sedangkan si playgirl ni tak plan pun nak jatuh cinta banyak kali. Jatuh cinta tanpa sengaja kata orang zaman sekarang. Mula lah ramai mak nujum-mak nujum yang akan meramalkan masa depan si playgirl ni. Peliknya, ramalan mereka semua yang negatif belaka. Contohnya : "..minah ni suka main-mainkan lelaki, esok2 dia pula kena main padan muka.." atau lebih parah lagi ada yang ramal "..selalu sangat tukar2 boipren, ni esok2 dah kahwin mesti kawin cerai kawin cerai la ni..." Nauzubillah.

Bagi yang setia dengan seorang boipren sahaja dari form 1 sampai habis form 5, maka dia akan dianggap mulia. Ramai-ramai akan kagum dan bagi tabik hormat kepada dia. Satu ketaksuban yang sukar diterjemahkan, sampai semua orang anggap dia macam dewa. Ada masalah cinta? rujuk dia. Tak tahu macam mana nak pujuk boipren? tanya dia. Tak tahu nak beli hadiah apa untuk birthday boipren? minta pendapat dia. Ya, semua akan cari dia dan rujuk dengan dia sebab ramai-ramai anggap dia mulia macam dewa.

Bila dah tak remaja sangat ni, aku mulai faham sesungguhnya dalam cinta tak ada yang hina tak ada yang mulia. Kalau bumi ini bulat (tak ada pangkal dan tak ada hujung) begitu jugalah cinta ; bulat..! Cinta tak ada segi atau sudut. Cinta terlalu sembereno hala tujunya. Ia boleh jadi apa sahaja. Tak spesifik. Maka rasa kagum kepada cinta itu mula beralih kepada yang empunya cinta sejati iaitu Cinta Yang Maha Esa (acah-acah alim sekejap).

Okey, itu mukadimah sahaja.
Ini baru tiba part isi penting.

Cinta bisa mengubah cara manusia melihat dunia. Betul kan? 
Orang yang pernah jatuh cinta lepas tu putus cinta akan jadi lebih sensitif dan berhati-hati bila bercakap atau menulis mengenai cinta. Waima status-status santai di facebook pun akan kedengaran sangat sayu dan pilu walau ada perkataan "hahahahahaha..." di hujungnya. 

Sebaliknya, orang yang tak pernah jatuh cinta atau mungkin cintanya tak pernah bersambut ni biasanya lebih keras jiwa dan kurang berlembut bila berbicara pasal cinta. Agak lepas kata ikut suka hati dia. Mungkin gersang kasih sayang sangat dalam diri dia. Kasihan. Tak pelik kalau status-status facebook dia pun sangat tajam mengguris sanubari.... kan...!

Kita boleh "nampak" orang yang pernah bahagia ada cinta atau tak.

kan......?











Share:

Thank You For The Lesson













Pertama : Aku minta maaf sebab korang terpaksa baca perkataan-perkataan kurang enak seperti di atas di hari Jumaat yang mulia. Korang boleh skip baca kalau korang nak.

Kedua : Aku rasa mesti share pasal ni bukan nak aibkan sesiapa. Bukan nak menyibuk pasal rumahtangga siapa-siapa. Aku just rasa nak share dan aku rasa orang lain patut baca benda ni sebagai wake up call. Guna otak masing2, ambil hikmah disebaliknya. Ok.

Ketiga : Aku tak kenal mereka. Sorang pun aku tak kenal. Aku ambik ni dari fb member aku which is dia pun tak kenal siapa mereka bertiga ni. Dan tak payah la kita kenal siapa mereka. Cukuplah kita ambil iktibarnya sahaja. And please jangan la tanya aku "ni kisah benar ke?" wallahualam, aku tak tahu ni kisah benar ke, cerekarama ke, sains fiksyen ke what so ever....

Just baca and diam-diam fikirkan ye...!

Keempat : Sesunguhnya aku PALING BENCI suami atau isteri yang suka buruk-burukkan pasangan atau bekas pasangan mereka depan orang lain. Aku rasa mereka ini sejenis manusia paling keji..! Kau mengata yang buruk-buruk pasal dia depan perempuan lain tapi at the end bila malam kau tetap juga naik katil merengek nak menjolok dia untuk puaskan nafsu kau... keji abadi namanya tu..!! Depan perempuan yang kau cinta, kau kata pula "Sumpah I dah tak sayang dia.." what the f**k la bodoh....!! 

Kelima : Ayat "tapi I tak leh ceraikan dia.. kesian la anak-anak I.." adalah alasan bodoh piang dua juta kali ganda...! Sayang anak-anak konon..!! abis kau mengata mak depa, kau jatuhkan maruah mak depa, kau tak hargai mak depa, kau flirted dengan betina lain belakang mak depa... sayang mende..??!!

Keenam : Ayat "dia yang suka I beria sangat" adalah ayat paling tajam menusuk hati mana-mana isteri atau suami sebab perkahwinan itu dibina atas Ijab dan Qabul sayang..! Maknanya ada yang melafaz nikah dan ada yang menerima nikah. Ia antara dua manusia, dua hati, dua dunia, dua keluarga. Tiba satu tahap, kau kata sebelah sini je beria-ia sayang kau...? choooiiiii... pergi mampus la sayang...!

Ketujuh : Aku harap siapa pun mereka bertiga ni tabah dan kuatlah untuk keluar daripada kemelut yang macam bangang ni. Ini adalah contoh kehancuran rumahtangga yang sadis dan tak masuk akal boleh berlaku tapi hakikatnya tak mustahil memang boleh berlaku. Aku tak pastilah apa kesudahan cerita mereka ni dan aku tak nak bagi cadangan atau nasihat macam mana nak selesaikan masalah mereka. Siapa lah aku ni. Cuma aku doakan yang terbaik.

Semua orang pernah buat silap..
dan semua orang berhak dapat peluang kedua..

tapi bila berlaku pada diri sendiri, mampukah kita.........?







Share:

Laki Garden


Aku suka naskhah ni. Serius suka. Hampir semua cerita di dalamnya membuatkan aku terhibur. Santai dan bersahaja sahaja. Aku habiskan bacaan dalam kurang lebih 1 jam setengah sebelum aku tidur. Malam tu tidur dalam senyuman. Rupanya suami kita-kita ni kelakar.. kan?

Walaupun naskhah ni mungkin lebih sesuai dibaca oleh golongan isteri-isteri tapi kalau para gadis yang bakal menjadi isteri nak baca buku ni pun tak ada masalah. Just enjoy and don't over think about it lah kan. Kalau fikir sangat, boleh datang rasa seram nak kahwin pula jadinya nanti.. :p


Aku paling suka Juara Sesat Sedunia oleh Fazleena Hishamuddin ni sebab sama sangat perangainya dengan aku. Memanjang sesat. Dulu sebelum ada smartphone dan apps Waze yang popular tu, pengalaman sesat aku bersusun-susun. Tambah-tambah kalau masuk KL, Shah Alam, JB dan arrgghh..!! mana-mana pergi pun sesat. Nak saje jalan-jalan kat bandar Muar tu pun aku boleh sesat padahal membesar kat Muar kot.. haiihhh.. pesen sesat sokmo..!

Pokchik pula sebaliknya. Walau tempat tu dia tak pernah pergi pun tapi dia tak sesat. Ilmu geografi tahap dewa-dewa ni. Bab baca peta, tengok google maps atau dengar tunjuk arah daripada orang aku bagi kat Pokchik. Dia tengok sekali atau dia dengar sekali, dia dah ok dan boleh drive terus sampai ke destinasi. Kalau aku? berhenti tanya orang dekat 10 kali pun last-last sesat juga... what the h**l...!!

Mujur sekarang dah ada Waze. Boleh lah bangga diri sikit.. :p
Itu pun kadang-kadang minta Pokchik lukiskan peta juga sebab takut tengok Waze pun sesat..!


Satu lagi cerita yang menggeletek hati aku di malam buta adalah cerita pasal minah pergi pantai Port Dickson dengan baju berkilat merelit merelap.. hahahahaa..!! Can you imagine..? aku dah sengeh-sengeh macam kerang busuk bila tiba klimaks cerita ni sambil dalam hati turut sama menyumpah seranah.. Apa punya suami daaa...!! Kalau aku jadi Pnut Syafinaz ni, memang aku merajuk 14 hari termasuk cuti umum tau. Suami tido kat sofa la 14 malam tu. Hambekkk...! :)


Cinta Bukan I Labiu Sahaja ni pun menarik. Sebab aku pun pernah juga alami main "tarik-tarik tali" dengan suami macam ni. Dasar perempuan kan, kalau bab shopping ni persediaan mental, fizikal, ilmu dan fakta-fakta huraian memang mantap lah. Para suami jangan lah cuba nak berdebat dengan para isteri bila bab shopping tau..! Ke depan ke belakang ke, tetap isteri juga menang.. hahahahaha.. :)

Aku pun merengek juga masa minta Pokchik belikan Note 3 ni dulu. Dekat sebulan juga merengek siap ugut-ugut lagi.. hahahahaha. Lastly, Pokchik belikan juga walau muka dia punya masam mak oiiii kalah cuka basi.. :p  Masa mula-mula tu aku ada juga rasa bersalah sebab macam isteri materialistik sangat kan, tapi sayangnya rasa bersalah tu sekejap je.. hahahahaha...!! 


Untuk hiburan santai, untuk imbau-imbau kenangan dengan suami, untuk lebih mengenali suami malah mungkin untuk lebih menghargai kewujudan suami kita yang istimewa, kelakar, penyabar, berani, slumber, pemurah lagi penyayang tu cuba lah baca Laki Garden ni. Tak rugi kalian baca, menarik..! 

Seperti selalunya kita, bila membaca kisah-kisah cinta.. tak banyak sikit mesti kita mencari cerita kita sendiri di dalam kisah mereka.. kan..? Baca la Laki Garden. Bagi peluang kepada diri kalian. Mungkin salah satu kisah mereka bertiga ni adalah kisah anda juga.. :)

Tajuk lain dalam naskhah ini ialah :

Fazleena Hishamuddin
Dari Telinga Jatuh Ke Hati ~ Spark Cinta ~ Lelaki Berkahwin Vs Lelaki Bujang ~ Juara Sesat Sedunia ~ Dua Dunia Berbeza ~ Kejutan ~ Suami Yang Licik ~ Teori Pemahaman Perempuan ~ Romantika D'Amour ~ Romantika D'Amour 2 ~ Puisi

Pnut Syafinaz
Kami Nak Kahwin ~ Kami Selepas Kahwin ~ Salah Tempat ~ Geram ~Terlebih Isi ~ Tak Berhenti ~ Senyum ~ Merajuk Manja ~ Hero ~ Six Sense ~ Khas Buat Dia 

Sofia J. Rhyland
I Labiu ~ I Labiu 2 ~ I Labiu 3 ~ Baru Mimpi ~ Subteks ~ Joran Emas 1 ~ Joran Emas 2 ~ Cinta Bukan I Labiu Sahaja ~ Sebenarnya ~ Kalau Aku Gol Dulu ~ Kalau Aku Gol Dulu 2 ~ Kenapa Saya Tak Memandu ~ Kereta Paling Garang ~ Cerita Anak Kita ~ Nama Anak ~ Cerita Nasi Lemak ~ Cerita Mengarut Kami ~ Firaun ~ Zaman Cinderella ~ Firaun II






Share:

Nak Tulis Ke Tak Nak Tulis

Pernah tak rasa macam nak tulis tentang sesuatu tapi tak pasti perlu tulis atau tak perlu tulis. Contohnya nak tulis pasal politik tapi tak berani, nak tulis pasal ekonomi tapi rasa tak cukup ilmu, nak tulis pasal artis tapi rasa malas nak drama2, atau rasa nak tulis pasal isu agama tapi tak fasih pula. 

Sebenarnya, tu semua alasan je. Yang paling sebenar ialah takut kena kecam... kan..?!!

Kenapa takut kena kecam..? arrgghhh.. dunia hari ini sangat kejam tahu..!! Sikit-sikit nak kecam.. Salah tulis sikit kena hentam.. hahahahaha..!! Kesiankan hidup kita-kita ni.. kena kecam saje-saje.. :p

Tapi.. sungguhpun ada rasa takut kena kecam, tetap juga rasa nak tulis apa yang kita tahu tu sebab kita nak share dengan orang lain yang pada firasat kita dia tak tahu lagi pasal tu. Kesian la kalau dia tak tahu...kan.. Sharing is caring kekdahnya, so.. kalau tahu apa-apa kena lah share, jangan nak selamatkan diri sendiri je.. kan...? 

Yang jadi masalah bila kita over thinking pasal satu2 benda tu. Kita risau apa reaksi orang lepas baca apa yang kita tulis. Boleh ke orang tu faham, boleh ke orang tu terima, dia setuju ke dengan apa yang kita tulis dan paling sadis sekali bila kita mula fikir "ada ke orang nak Like or Comment apa aku tulis ni.. kalau ada, berapa Like agaknya eh..?"

danngggggg...!!
*hantuk kepala kat dinding*

Tulis je lah apa kita nak tulis. Tulis je lah apa yang kita tahu dengan niat nak berkongsi mudah-mudahan ia baik untuk orang lain. Tulis lah walau kita bukan pakar. Tulis setakat apa yang kita rasa perlu. Jangan menokok-nambah. Make it solid.. :) 

Selamat menulis sahabat
Teruskan menulis..

please.....!





p/s  :  anak tiri aku yang baru darjah 5 dah ada akaun facebook.. aiiyyaakk..!! aku speechless.. nak add friend ke tak ni..? entah kenapa rasa satu beban besar pula atas kepala ni. tak sangka-sangka kot. baru darjah 5.. dah bersedia ke dia..? risaunya Ya Allah... :( 

Share:

You've To Live Without Me

Aashiqui 2
Entah berapa kali dah tonton Aashiqui 2 ni dan setiap kali tu juga bila tiba je lagu Bhulaa Deena ni memang aku akan berjurai airmata, automatik rasa hati pedih bukan main ngilu lagi. Dan setiap kali tu juga aku rasa nak pergi tampar RJ tu.. kenapa bunuh diri...??!! errggghhh... :'(

Aku nangis sebab aku boleh rasa perasaan Aarohi tu. Sakit tahu...!! Cinta yang macam Aarohi dengan RJ ni jenis setiap masa setiap saat kena berjuang. Macam pergi perang, bukan berperang dengan diri sendiri je tapi berperang dengan segala isi dunia. Lagi kuat cabaran tu, lagi sayang jadinya. Lagi mustahil cinta tu nak bersatu, lagi dalam pula cinta kita pada dia. Macam tu lah... 

Walaupun ada yang kata "kau patut dapat lelaki yang lebih baik daripada dia" tapi cinta punya dalam tu buat kita tuli dan buta mata tak nampak langsung kekurangan dia. Yang kita nampak sempurna sahaja..! Dan kalau pun kita sedar kelemahan dia tu, kita tetap sayang dia macam nak mati dan semua perangai-perangai buruk dia nampak kecil sangat-sangat hampir tak kelihatan pun..

Dan selepas bermati-matian kita berkorban segala-galanya demi nak mempertahankan hubungan tu, tiba-tiba dia pergi tinggalkan kita macam tu je. Tak pesan apa-apa, tak bagi penjelasan apa-apa malah langsung tak bagi kita peluang untuk bersedia kehilangan dia... 

Macam seolah-olah dia terpaksa ambil keputusan yang berat tu. Konon dia pergi tu untuk kebaikan kita. Konon, kita akan lebih bahagia tanpa dia. Kononnya lagi, dia tak layak untuk kita, dia tak boleh nak bahagiakan kita.. bla bla bla bla..

What the f**k..!! 

Habis tu.... dah 7 tahun aku buang masa dengan kau ni ingat apa..? suka-suka jalan pergi pasar malam sambil lenggang kangkung ke..? 7 tahun tahu...!! 7 tahun...!! 

*tiba-tiba emosi menguasai*

Ya, kadang-kadang untuk pergi dari hidup seseorang tidak perlukan penjelasan apa-apa. You just go and never come back. Mungkin itu yg terbaik untuk kedua-duanya. Apatah lagi bila perpisahan itu terpaksa berlaku walau tiada apa-apa sebab dan alasan pun. 

Bagi pihak yang ditinggalkan pula, terima lah kenyataan memang sesetengah perpisahan tidak perlu diperjelaskan pun. Jadi berhenti lah bertanya mengenainya. Just let it be..!

Paling penting, stop salahkan diri sendiri, stop rosakkan masa depan sendiri, stop meratapi takdir, stop cari siapa salah siapa betul, stop cari alasan untuk benci dia.. dan stop buat benda-benda yang boleh malukan dan bodohkan diri sendiri. Stop ok..!!

Just move on.....!

"..lagi cepat kita keluar dan lupakan kekecewaan, lagi cepat kita bangun dan bina impian baru.." 












Share:

"I'm sorry.. I'm sorry.. I'm sorry"

Sebenarnya nak dedikasikan tulisan ni kepada seorang kenalan maya. Tapi aku tak pasti sama ada ini cara yang betul atau tak. Jadi aku pilih untuk tulis secara random sahaja lah sebab bila kita menulis dengan niat nak seseorang tu baca tapi rupanya dia tak baca pun, kita akan jadi penat dan frust... kan..? 

Percaya tak kalau kita sebut "I'm sorry.. I'm sorry.. I'm sorry" banyak-banyak kali, ia akan jadi sangat annoying. Walaupun kita memang betul-betul nak minta maaf dan harap sangat-sangat orang tu akan maafkan, tapi dengan sebut sorry banyak kali tu tak akan memperbaiki keadaan. Apatah lagi kalau kesalahan tu memang dah muktamad, tak boleh nak buat apa lagi dah.

Jadi, sejuta sebillion seratus million trillion pun sorry tu tak ada makna lagi..!

Bila kita sedar kita dah buat salah atau dah kecewakan orang, kita say sorry dengan sesungguh hati kan? Itu kalau kita betul-betul rasa kita salah la. Kalau kita acah-acah je say sorry padahal dalam hati tak ikhlas pun say sorry then lu fikir lah sendiri..! *Pernah baca pasal karma?*

Sama lah juga kalau kita dah berjanji dengan seseorang nak tengok wayang sama-sama misalnya, tapi last minute kita terpaksa cancel sebab ada hal lain, kita akan say sorry juga kan dan berharap sangat dia akan maafkan kita dan tak salah faham dengan kita supaya next time mungkin kita boleh try untuk berjanji temu lagi. Di lain hari dan masa mungkin?

Kalau dia jawab "takpa, its okey"

But then kita tetap repeat banyak kali

"I'm sorry.. I'm sorry.."

"Wehh.. ko marah aku ke?"

"Nape tak reply weh.. ko kecik hati dengan aku ke? Sorry la.. Sorry la.."

"I'm sorry.. I'm sorry.. pleaseeeeeee la I'm sorry ok.. Sorry laa.."

(ulang 44 kali)

Kau rasa orang yang mula-mula kata "takpa, its okey" tu masih akan rasa okey ke? Rimas and meluat kot. Kannnnnn...!

So, set ni dalam kepala baik-baik. Bila kita buat salah, cepat-cepat minta maaf dengan seikhlas hati. Kalau ego tak tinggi, sila call dan bercakap dengan dia sendiri. Biar dia dengar suara kau minta maaf dengan ikhlas. InsyaAllah dia akan faham dan akan okey. 

Atau kalau rasa berani lagi, pergi jumpa dia dan cakap depan-depan "I'm sorry.. terpaksa cancel date kita. Next time InsyaAllah kita gi sama-sama k.." pergghh.. gila style punya berani la.. 

***

Baru-baru ni aku terpaksa cancel movie date aku dengan seseorang dan sesungguhnya demi Allah aku rasa sangat-sangat bersalah. Aku dah say sorry kat whatsapp tapi aku tetap rasa awkward dan rasa bersalah yang sangat menebal. Nak sembang dengan dia dalam group whatsapp pun aku rasa berat. 

Aku rasa diri sendiri ni annoying.
Dah janji, dah suruh orang tunggu... lepas tu cancel...!!
Aku jenis tak menepati janji ke?

Ahhh...! bencinya label tu. Aku tak nak orang label aku macam tu tapi honestly itu lah yang aku rasa sekarang walaupun sebenarnya aku terpaksa cancel movie date tu atas sebab yang aku sendiri tak boleh nak buat apa. Personal matters. 

Aku tak ada 1001 alasan nak bagi sebab lagi banyak aku bagi alasan makin merepek jadinya. Aku tak nak simpati atau tak nak dia rasa terpaksa memaafkan. Aku cuma nak dia faham, no..!! aku harap dia faham. Dan harap-harap dia tak serik la nak plan movie date dengan aku lagi. 

Aku nak dia tahu yang aku memang nak gi tgk Dilwale tu dengan dia.. memang nak marathon sekali dengan Bajrao Mastani tu dengan dia.. tapi keadaan yang tak mengizinkan. Aku juga nak dia tahu yang aku sebenarnya jenis easy going je, bukan susah nak ajak jumpa pun. Aku suka hang out dengan kawan-kawan perempuan macam dia yang aku boleh sembang pasal apa je terutama pasal hindustan..!

And memandangkan dia baru balik Umrah, maybe kitaorang boleh sembang-sembang pasal Umrah juga. Aku nak..! Aku nak sebenarnya..! Pokchik pun okey, boleh kawtimm. Tapi tu lah, masa dan keadaan kadang-kadang............ arrgghhh..!! 

Well, aku harap dia baca ni dan maafkan aku.
Kalau hari tu dia dah maafkan pun, harap dia maafkan lagi.

Tu je.

Amy, sorry...







Share: