Kebahagiaan Kita Tanggungjawab Kita Sendiri dan Happy Birthday untuk KAMU

Kebelakangan ni, aku mengalami mental block (alasan orang malas update blog.. hiksss..). Aku juga kurang membaca menyebabkan mental block aku semakin teruk. Selain itu, aku kurang mengambil berat tentang sesuatu hal apatah lagi kalau hal-hal itu memang tersedia berat. Aku cuma meluangkan masa menonton filem yang aku sudah pernah tonton dan bergelak ketawa menontonnya lagi, kemudian aku dengar lagu-lagu yang tidak menggalakkan aku berfikir dan selebihnya aku hanya banyak tidur.

Ketawa dan tidur adalah RACUN bila diamalkan tanpa kawalan.
but heyy..!! sesekali aku cuma nak rehat..!

Ok.

Kenapa kita selalu menginginkan seseorang yang boleh membahagiakan hidup kita? Sedangkan kebahagiaan itu adalah tanggungjawab dan tugas kita sendiri untuk mencarinya dan berharap ke arahnya. Terutama perempuan lah kan, kalau ditanya nak calon suami yang macam mana, mereka akan jawab "ohh.. nak lelaki yang boleh bahagiakan saya.." Bahagia yang macam mana?

Perhatian itu bahagia. Ketawa itu bahagia. Duit itu bahagia. Jalan-jalan itu bahagia. Membaca novel cinta itu bahagia. Menonton F.R.I.E.N.D.S itu bahagia. Balik kampung itu bahagia. Memandu laju itu bahagia. Shopping itu bahagia. Jump street itu bahagia. Bunga itu bahagia. Makan itu bahagia. Berpelukan itu bahagia. Ciuman itu bahagia. Bahagia yang macam mana..?

Soalnya, kenapa kita mudah menggantungkan rasa bahagia itu kepada entiti lain, contohnya seorang lelaki? Kenapa tak boleh cari bahagia tu sendiri? Kita nak bahagia, kita buatlah apa yang membahagiakan kita tu. Macam kalau kita nak makan, kita makan je lah lepas tu terus rasa bahagia. Mudah je kan..!

Kalau kita tak dapat lelaki yang boleh bahagiakan kita tu, kita masih boleh rasa bahagia dengan cara dan usaha kita sendiri. Lantaklah dengan lelaki tu..! Bukan dia satu-satunya yang kita ada. Kita ada banyak lagi sumber dan punca untuk rasa bahagia. Kita boleh bahagiakan diri kita sendiri. Ramai orang tak percaya hal ni. Tapi hari ni, aku bagitahu. Ya, kita boleh bahagiakan diri kita sendiri. Kita tak perlukan orang lain untuk bahagiakan kita. Bahagia itu subjektif sayang-sayangku sekalian...

Betul. Memang betul, kita tak boleh hidup sendirian dalam dunia ni. Tapi orang sekeliling kita, termasuk lelaki idaman kita tu hanyalah sistem sokongan kepada hidup kita. Tugas mereka support kita untuk membolehkan kita terus hidup. But at the end, hidup kita tugas kita sendiri nak menghidupkannya. Jangan kita letakkan beban 'mencari bahagia' tu atas bahu orang lain, kita kena cari sendiri...!

Aku pernah jumpa seorang perempuan tulis macam ni "..saya dah jumpa lelaki yang membahagiakan saya.." dan selepas 8 tahun mereka bercerai sebab lelaki tu ada perempuan lain dan lelaki tu mengaku dia tak bahagia dengan perempuan yang kononnya dia dah bahagiakan tu. Nampak tak simple nya formula ni..? Kau tak boleh bahagiakan orang kalau kau tak bahagia..!! 

Dan kau tak boleh harap orang je kena bahagiakan kau, sedangkan kau tak ada usaha nak bahagiakan dia. Selfish..!! Bila kita rasa bahagia, kita kongsi dengan orang. Kita bagi pula orang lain sedikit bahagia tu. Jangan tamak. Bila kita bahagia, ingat orang-orang yang bahagiakan kita tu dan cuba lah balas jasa mereka dengan membuat mereka bahagia juga. Simple kan...? Cuba lah.. at least kau tahu kau dah cuba.

Ok.




p/s  :  hari ni 22 Feb hari jadi KAMU yang ke-34 tahun. Happy Birthday Bekas Kekasih. Semoga kita dapat tua bersama dalam cinta yang berasing. 


Share:

2 comments:

  1. Mlm td sambil msk sambil mkn eskrem potong. Bahagianya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahhh...!! itu memang bahagia.. eskrem potong perasa kacang merah ke..? hehehehee... :)

      Delete