Terlalu Banyak Masa Untuk Hiburkan Orang Lain

Februari sudah menemui penghujungnya.. dan aku masih berdiri di persimpangan yang sama. Entah berapa banyak tahun sudah aku bazirkan untuk hanya berdiri di simpang ini.. ya, simpang yang sama setiap kali. Aku sudah terlalu tua untuk merasa teruja. Tidak ada apa yang aku harapkan lagi selain ; aku ingin terus melangkah dan aku tidak mahu mati menunggu di persimpangan ini.....!

Terlalu banyak masa telah aku bazirkan untuk menggembirakan orang lain. Sedar atau tidak itu lah apa yang aku lakukan sejak kebelakangan ni. Aku cuba untuk menafikan tapi hakikatnya hidup aku ternyata berlegar di dalam lapangan yang sama. Selepas satu simpang, simpang yang lain pula. Setiap kali itu juga aku membuat pilihan kerana ingin menggembirakan orang lain bukan untuk diri sendiri.

Aku sendiri bosan..! Asyik mengeluh itu mengeluh ini. Kononnya nak berubah, kononnya nak jadi diri sendiri dan buat apa yang aku happy buat. But lastly, aku terperuk di tempat sama juga. Argghhh...! aku tak sekuat manapun rupa-rupanya. Sudah lah tak kuat, tak berani, pemalas pula tu.....! Malas nak fikir, malas nak usaha, malas nak berubah.. bla..bla..bla..

Hanya tahu merungut....!

Tak ada orang lain yang boleh paksa diri aku berubah melainkan diri aku sendiri. Aku tak tahu nak jadi kejam mana lagi pada diri sendiri. Tak kan sampai nak sumpah seranah diri sendiri pula..! Aku sayang lagi diri sendiri walaupun aku sibuk sayangkan orang lain.. happy kan orang lain. Tapi sebenarnya aku sayang diri sendiri lebih daripada segala-galanya..

Ok stop..! Stop complaint...!
Move on ain..
Move on...

.

Share:

2 comments:

  1. februari nak sampai penghujung. yang mana tahun ni ada terlebih sehari. kawan aku kata, tak lama lagi nak puasa...

    kemudian tu aku jawab, lepas tu nak raya. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas raya apa pula...? hehehehee.. :)

      Delete