Terlalu Nak Jadi Diri Sendiri


Memang ada orang macam ni, aku perhatikan je. Jenis terlalu nak jadi diri sendiri sampai tak tahu nak hormat orang lain. Kadang tu pelik juga aku memikirkannya, tapi bila dah selalu sangat jumpa orang macam ni dah jadi kebas pula. Penat aku nak fikir apa ada dalam fikiran orang yang terlalu nak jadi diri sendiri ni. Rasa hebat sangat agaknya...!


Tapi dia tak sedar agaknya, dek kerana sikap terlalu nak jadi diri sendiri tu lah orang meluat dan menjauh daripada dia. Bila orang tak nak kawan atau dekat dengan dia, mula la nak sentap pula. Salahkan orang tu, salahkan orang ni. Kata kita tak boleh terima diri dia yang sebenarlah, kata kita ni berfikiran kuno lah, kata kita ni macam lalang lah... sedangkan....?!!


Aku bagi contoh satu ni..

Zaman sekarang ni kan kalau saudara-mara buat kenduri kawin, mesti ada tema-tema warna kan? Jadi kita sebagai ahli keluarga si pengantin ni akan "diarahkan" pakai pakaian ikut warna tema yang dah ditetapkan. Contohnya, semua family kena pakai colour biru. Macam mana biru pun pakai je lah, asalkan nampak biru. Kalau tak nak pakai biru seketul pun, sikit-sikit biru pun okey. Asalkan kau tak pakai colour yang lari jauh sangat dari colour biru tu.

Ini tak, terlalu nak jadi diri sendiri punya pasal konon tak minat colour biru, tak ada baju colour biru dan tak nak sama dengan orang lain.. tiba-tiba kau datang majlis orang pakai baju colour oren. Boleh..! memang boleh, aku tak kata tak boleh. Tapi ahli keluarga si pengantin akan rasa tak best, si pengantin rasa tak best, sepupu2 pengantin rasa tak best. Rasa kau tu pelik..! 

Tak mustahil kalau keluarga si pengantin akan rasa kecik hati kat kau yang datang tak ikut colour tema tu. Satu hal lagi, bila dalam gambar family dengan pasangan pengantin, kau akan nampak sangat-sangat lain. Orang semua colour biru, kau colour oren. Boleh..! bukan tak boleh. Tak kisah pun kalau kau nampak lain, tapi....... rasa tak best lah..!

Apa salahnya kita ikut je warna tema yang dah ditetapkan. Bukan susah pun nak cari baju colour biru (contoh), kalau rasa tak nak membazir beli baju baru, pakai je baju sedia ada yang colour biru. Lain la kalau kau tu miskin papa kedana sangat, rasanya semua orang faham kalau kau datang dengan pakai baju colour lain. Itu hal lain la. Ini aku cerita bagi yang berkemampuan eh.

Kita hormat majlis orang, InsyaAllah akan datang orang akan hormat majlis kita pula. Ini namanya respect bro...! Bukan nak susahkan korang, tapi ada sebab orang tetapkan macam tu. So, selagi tak melanggar hukum agama atau adat bangsa, apa salahnya kita ikut. Besar hati tuan rumah kalau kita datang ikut tema yang ditetapkan.. betul tak? Letak diri kita sebagai tuan rumah tu.. happy kan..?

Contoh lain, macam perempuan2 Islam yang free hair ni. Datang majlis berbentuk keagamaan macam datang tengok kawan nikah dalam masjid, datang majlis aqiqah anak sedara.. tolonglah datang dengan berpakaian sopan (tak ketat, tak jarang, tak terbelah sana-sini) dan bertudung. Walaupun nampak macam hipokrit tapi itu namanya hormat majlis orang. Tinggi nilai manusia yang tahu hormat majlis orang ni.

Contoh lain lagi, pergi majlis orang-orang kaya atau majlis-majlis rasmi (mana tahu kalau dijemput), datanglah dengan hati terbuka dan ikutlah protokol majlis. Jangan sebab terlalu nak jadi diri sendiri, kita jadi lepas laku dan nampak biadap. Hipokrit la skit, kalau nak ketawa tu ketawa la sopan-sopan walau hakikatnya kau jenis ketawa berdekah bergegar petala bumi, kalau nak makan tu berpada-padalah ambil juadah walau perut dah kosong 3 hari. Itu namanya hormat majlis orang.

Contoh lain banyak lagi. Boleh fikir dan tengok lah diri sendiri.

Aku pun suka nak jadi diri sendiri sebab aku rasa itu "pakaian" yang paling aku selesa nak pakai. Kadang-kadang rasa plastik juga bila terpaksa hipokrit sebab nak jaga air muka dan hormat majlis orang punya pasal, tapi tak apa lah. Aku tahan je. Bukan selalu pun kena hipokrit macam tu. As long as mereka happy dengan kehadiran kita, kira alhamdulillah berjaya la kita sebagai tetamu mereka.

Ingat ya, tetamu tu bawa rezeki kepada tuan rumah. Tapi kalau tetamu yang tak disenangi tuan rumah, lu pikir la sendiri.....!


:)





Share:

2 comments:

  1. saya pun kalau ikutkan nak je pakai tshirt tiap2 hari pergi ofis, tapi sebab respek the rules dan nak jaga kareer politik di ofis saya pakailah jugak kemeja.hehe.

    biasanya rules dibuatbada hikmahnya,contoh kalau majlis mintak pakai kaler biru, maknanya tuan rumah dah cari kesesuaian kaler biru tu dgn karpet,dgn langsir,dan cantik untuk bergambor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang handsome persis lelaki Eropah memang lebih handsome pakai t-shirt je.. hehehehe..! tapiiiiii ye lah.. kalau dah handsome tu pakai apa pun handsome juga jadi apa salahnya ikut je rules..

      :)

      Delete