Munafik Dan Pengertian Redha Yang Sebenar


Mudah menasihatkan orang, tapi tak mudah menasihati diri sendiri. Mudah untuk kita suruh orang lain redha, tapi bila diri sendiri diuji adakah kita benar-benar boleh redha. Selalu juga kita dengar, orang-orang alim ni lebih kuat diuji. Sebab tu kita jangan cepat sangat menghukum orang lain, kita tidak berada di tempat dia jadi kita sebenarnya tak tahu. Apa yang kita lihat dan dengar mungkin secebis kecil sahaja daripada apa yang benar-benar dia lalui.

Menonton Munafik mengajar aku tentang erti redha yang senang nak ucap, susah nak buat. Aku belajar satu benda ni :

Kalau kita betul redha, jangan asyik ulang-ulang cakap kita redha..! Sebab lagi banyak kita cakap kita redha, sebenarnya hati kita kembali TAK REDHA. Kita sendiri dan Allah s.w.t. sahaja yang benar-benar tahu redha atau tak. So, jangan sebut-sebut. Simpan dalam hati. Yang penting perlakuan kita menunjukkan kita sudah redha. Yessssss....! jangan cakap je, tapi buktikan dengan perbuatan. Itu lebih baik.

Dalam seram-seram Munafik tu pun part last berjaya buat aku bergenang airmata. Ini serius..! Aku rasa filem ini sedang 'bercakap' dengan aku dan dengan kita semua sebagai penonton. Sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah s.w.t.? Kita takut tengok hantu tapi kita lebih takut kepada Allah s.w.t. kan..? Kenapa..? Hantu tu sifatnya ganas, kasar, mengerikan.. sedangkan Allah tu sifatNya penyayang, pengasih dan menenangkan. Jadi kenapa kita takut pada Allah s.w.t...??

Kita takut sebab kita tahu kita pendosa.

Kita takut sebab kita tahu Allah Maha Tahu. Kita takut sebab kita sedar Allah Maha Besar dan mampu lakukan apa sahaja ke atas kita. Saat kita betul-betul rasa tidak berdaya dan tidak mampu, hanya Allah yang kita ada. Masa tu kita takut...! Sebab kita tahu kita pendosa dan tak layak meminta pertolongan Dia. Kita takut Allah s.w.t. tak nak tolong kita sebab kita pendosa..!

Kita takut pada Allah s.w.t. kerana kita sedang menyerahkan hidup kita sepenuhnya kepada Dia. Hidup ke mati ke, baik ke buruk ke.. semuanya kita pulangkan kepada Allah s.w.t. semula. Saat itu lah kita akan rasakan ketakutan yang sebenar.

Walau dalam keadaan kita tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun, Allah Mendengar. Walau kita bersembunyi, menyorok dan berahsia dengan seisi alam yang fana ini sekalipun, percayalah Allah sedang memerhatikan kita. Allah tahu semua. Kita boleh bohong dengan semua orang, tapi dengan Allah kita tak boleh. Kita boleh jadi kuat, jadi tabah depan satu dunia, tapi depan Allah kita kerdil sekerdil-kerdilnya. 

Itulah hakikatnya...!

Masa aku taip ni pun, meremang bulu roma aku, tak tahu kenapa.
Terngiang-ngiang kat telinga aku, part last dalam filem tu.. saat genting dan menakutkan.. dengan linangan airmata,  Ustaz Adam jerit..

"TOLONG AKU YA ALLAH...!!" 

Kalau kita fahamkan betul-betul watak Ustaz Adam tu, kita akan dapat rasa kesakitan dan ketakutan dia. Yang mana, aku percaya kesakitan dan ketakutan dia tu ada dalam diri kita semua cuma kita tak nak mengakuinya.

Jeritan yang membuka mata dan hati. Jeritan yang selalu bergema di dalam hati aku tapi tak pernah terluah. Jeritan yang membuat hati aku menangis kuat. Tolong aku Ya Allah...! Tolong aku Ya Allah...! Aku hambaMu yang lemah, sangat lemah. Tolong aku Ya Allah...!

Terima kasih Syamsul Yusoff untuk pengalaman dan pelajaran berharga ni. Munafik lebih dari sekadar filem seram bagi ramai orang. Dan bagi aku, untuk seketika itu Munafik telah mengajar aku melihat ke dalam diri sendiri. Alhamdulillah.





spacer

Manusia Bersifat Pembolehubah

Manusia ni bertuah sebab dilahirkan dengan sifat pembolehubah kan..? Aku kadang-kadang hairan juga macam mana manusia yang hati cekal dan semangat kuat tu, dah jatuh tergolek-golek.. dimaki.. difitnah.. dikecam dan macam-macam lagi ujian tapi masih boleh bangkit dan teruskan hidup macam biasa. Malah ada yang mampu bangkit dan bersinar lebih gemilang selepas dijatuhkan dengan segala jenis ujian dan kecaman. Tabah betul mereka ni..! Mana entah mereka kutip kekuatan tu.

Memanglah betul, kita hidup ni bergantung 100% kepada Allah s.w.t. Lagi kuat ujian, lagi kuat kebergantungan kita pada Allah, dari situ lah datangnya kekuatan sebenar. Jaga solat dan banyak-banyakkan berdoa minta pertolongan Allah. Itu semua nasihat klise yang semua orang pun boleh ucapkan, tapi aku sebenarnya nak sangat tahu 'kuasa magik' apa yang diorang pakai sampai kalis betul dengan segala sakit dan kepayahan...!

Pedih mana pun manusia kerana dikecewakan oleh cinta, manusia masih mampu untuk kembali mencintai walaupun mencintai orang lain. Bukan mudah sebenarnya kan nak yakinkan hati untuk bercinta lagi dan kemungkinan akan dilukai lagi. Tapi sifat pembolehubah dalam diri manusia ni kadang-kala boleh tahan degil juga. Orang kata 'tak serik-serik' tapi sebenarnya memang manusia dilahirkan macam tu. Hati kita ni Allah buat special tau. Sangat special sampai tak ada ilmu sains setinggi manapun di dunia ni mampu menggantikan hati yang Allah cipta.

Bersyukurlah kita dijadikan makhluk yang sempurna, boleh ubah dan fleksibel. Bayangkan kalau kita tak ada semua sifat tu, agak-agak apa jadi pada dunia ni? Bayangkan seorang manusia hanya boleh jatuh cinta sekali dalam hidup dia. Bayangkan manusia hanya ada sekeping hati yang kalau dah cedera tak boleh dibaiki, tak boleh sembuh. Bayangkan manusia boleh ingat setiap saat yang dia lalui tanpa terlupa sesaat pun. Bayangkan kita dilahirkan tanpa airmata untuk membasuh kesedihan. Bayangkan kita dicipta tanpa ada perasaan ingin menjadi lebih baik dan lebih bahagia dari sebelumnya. Bayangkan hati kita direka untuk menakung dendam dendam dan hanya dendam tanpa kenal apa makna memberi kemaafan.

Bayangkan...?

Alangkah sia-sianya hidup kita.......!





spacer

Terfaktab Zine | Antologi Suamiku

Sejujurnya, waktu beli naskhah ini aku tak ada apa-apa expectation ke atasnya. Kebetulan masa beli naskhah ni aku ada beli 3 lagi naskhah buku indie yang lain, jadi tak nak nampak pelik dan biar senang nak bayar harga genap-genap aku capai naskhah ni selepas baca sikit lebih kurang kulit luarnya depan belakang. Mungkin juga kerana tajuk yang terpamer Suamiku (aku terlepas pandang perkataan Antologi tu) jadi ia menarik minat aku.. ehem...!

Semalam aku tamatkan membaca naskhah ini selepas tertangguh beberapa kali. Maklumlah, baca sebelum tidur.. baru dua bab dah mengantuk. Lama-lama bukan aku baca dia, dia yang baca aku. Bersambung dari malam ke malam, malam tadi baru habis. Puas..! Serius aku puas baca antologi cerita pendek dalam naskhah ni. Terima kasih Terfaktab.

Novel indie 2015, Terfaktab Zine, Himpunan cerita pendek, Novel alternatif

Antologi Suamiku -- Himpunan Cerita Tentang Para Suami Yang Lain Dari Lain

Telahan aku mengenai naskhah ini tak lebih dari koleksi cerpen yang biasa-biasa, tapi rupa-rupanya ia memang luar biasa. Prakata daripada editor memberitahu segalanya. Terus buat aku teruja sebab katanya ini koleksi kisah tentang suami yang BERBEZA daripada kisah suami-suami yang macam kita tonton di slot Akasia dan Citra dan Samarinda dan what-so-ever kat tv tiap-tiap petang atau malam tu.

Kalau kau peminat drama Suamiku Inchek Sotong, Suami Sebelah Pintu, Suamiku Suamimu Jua, Suamiku Terjun Gaung dan sebagainya tu... maka, naskhah ini bukan untuk kau. Tapi kalau kau sama geng dengan aku yang dah muak muntah hijau dengan siri drama-drama yang semua sama tu, meh mari dekat-dekat.. aku nak cerita pasal naskhah ni..! Sempoi..! Semua 18 cerita pendek dalam ni berbeza daripada cerita drama-drama tu.


Suamiku Encik Hilang Ingatan (Dan Berpenyakit Kanser)

Ini pilihan aku yang pertama. Cerita ni lucu tak hengat..! Tergelak aku baca cerita ni dari mula sampai habis. Tapi ada sikit rasa nak hempas kepala atas meja batu lah juga ending cerita ni, tapi aku suka. Kelakar..! Macam smooth je permainan watak-watak dalam cerita ni. Walaupun setiap saat menuju penghujung cerita aku rasa macam pelik bin ajaib bin what the h**l..??!! hahahahahaa.. :p

Nama watak-watak lah yang paling win.. Danielamborghinie Rafique Bin Tan Sri Gemarjanda dan isterinya Faraferrarie Sofeeya Binti Tan Sri Sukajunub serta sahabat baik Fara si Nadialangkahpangjangnamanya... hahahaha..!! ko rasa..?? mampooo nama watak gitueww..? Tak lupa cerita ini turut dilatari dengan watak artis K-Pop yang aku pun tak kenal tapi dengan gigih aku google pagi tadi. Ni ha muka Lee Min Ho dengan Park Bom


Sampai ke sudah aku tergelak baca cerita ni, dia punya pusing-pusing tu memang buat kau pening mula-mula tapi sebenarnya cerita dia simple je. Bila tiba part last tu kau akan rasa macam gampang arr..! tapi best dan puas. Cerita ni best..! Menghiburkan..! Kelakar..! dan aku suka, aku boleh ulang-ulang baca. Tahniah Syafiq Ghazali.

Selain cerita-cerita kelakar, naskhah ni ada terselit juga cerita ala fiksyen sikit. Macam cerita Suamiku Atukku. Tak ketinggalan cerita ala purba dulu kala macam cerita Suamiku Manusia Dalam Gua. Tapi paling best cerita yang ala-ala sweet terlebih kencing manis macam cerita Suamiku Kena Main Wayang, Suamiku Berambut Panjang dan Suamiku Tak Reti Memandu. Aku suka semua kelima-lima cerita ni. Again, aku terhibur sangat dengan cerita-cerita ni. Brilliant arr idea korang...!


Suamiku Tidak Wujud Lagi

Satu lagi cerita yang berjaya buat aku pecah ketawa terbarai..! Aku baca cerita ni dari awal dengan penuh serius dan kekhusyukkan sampai berkerut kening tau. Punyalah aku take serius lawak yang si penulis ni cuba sampaikan. Tiba part last tu, adoiiiiii....!! tak boleh tahan punya gelak. Padahal masa tu dah dekat pukul 1 pagi. Pokchik pun dah tidur. Tapi serius tak boleh tahan aku gelak wehh.. sambil tepuk dahi. Terkono den...!


"Menyesal aku hantar kau belajar tinggi-tinggi. Ada je jawapan kau bagi kat aku ni. Orang nasihat bukan tahu nak ikut. Ingat, kau tu bukan muda lagi. Umur dah nak masuk 40. Kalau laki kau tu tinggalkan kau, kau ingat ada orang lain lagi nak jadikan kau bini?" mak aku hamburkan lagi.

Kalau ikut logik, aku patut diam bila mak aku dah cakap macam ni, tapi tak tahu kenapa mulut ni gatal sangat nak jawab juga. "Jodoh tu kan rahsia Allah. Siapa kita nak sibuk pasal kerja Dia.."


Owhh..! terlupa aku nak bagitahu, naskhah ni sesuai untuk kita-kita yang DAH ADA SUAMI la kot. Untuk adik-adik lagi tu kalau nak baca naskhah ni, pastikan umur dah lepas 18 tahun eh. Ada beberapa cerita dalam ni agak "merbahaya" untuk bacaan umum.. hahahahaha..!! Kalau tak kuat iman, suami jauh, suami ada masalah kesihatan mahupun suami ada skandal kat luar, aku nasihatkan baik korang baca buku-buku agama yang lebih ilmiah untuk tenangkan diri. Kalau baca naskhah ni, aku takut korang bertambah meroyan. 

Banyak perkataan lucah ye. Harap maklum. Aku tulis direct je lah, nak berkias payah sangat...! Pun begitu lucah yang mild je lah, tak hardcore sangat. Contoh macam cerita Suamiku Bangla, Nepal, Negro, Vietnam, Siam, Indon, India, Cina, Rusia, Sweden, Myanmar, Itali, Anjing Dan Juga Pekerja Kilang Kondom ni lah. Cerita pasal pelacur, what do you expect kan..? Tak kan nak cerita kias-kias bunga manggar pula. Bahasa dia direct je. Tolong jangan otak kuning. Baca. Habis. Tak Payah fikir jauh-jauh. Baca cerita seterusnyalah. Tu je. 

Apapun, aku dengan besar hati nak ucapkan tahniah kepada semua barisan penulis-penulis hebat dan kreatif dalam Antologi Suamiku ni. Syabas inpector sahabb..!! berjaya korang tulis cerita di luar kotak. Aku suka. Tolong teruskan tulis cerita-cerita macam ni. Aku dahaga cerita yang lain dari lain macam ni. Hidup Buku Indie...!! *waaahhh.. tetiba..!! huhuhuhuu...*

Dengar kata nak terbitkan naskhah Antologi Isteriku pula. Owhh..!! Dipersilakan lah dengan segala hormatnya. Aku tak sabar nak grab dan terhibur lagi. Kumpulkan cerita best-best, sweet-sweet dan mengancam otak aku ok..! Thanks Terfaktab.. :)





spacer

Bila Fnd & The Majistret Menulis Tentang Manusia Berubah

Sejujurnya, aku tak tahu apa yang korang suka baca tentang blog ni. Yang selalu datang singgah sini dan baca tulisan-tulisan picisan aku ni, apa yang korang suka sebenarnya? Dari sejak aku tulis blog Bintang Hati sampai ke blog Cahaya Mata dan sekarang Manusia Berubah, aku sendiri tak tahu apa kekuatan tulisan aku. Ada seseorang bagitahu aku, teruskan menulis sebab dia suka nak baca. Tapi sungguh, aku tak tahu apa yang dia maksudkan dengan 'suka' tu..!

Ada yang kata penulisan aku nampak ikhlas, tak tahu lah macam mana yang korang boleh nampak ikhlas tu.. hehehehehe.. Aku malu sebenarnya, tapi terima kasih ya kalau betul korang nampak keikhlasan aku. Sejak zaman sekolah dulu cikgu BM aku pernah kata aku kalau mengarang dan membayangkan sesuatu situasi tu suka detail-detail. Dia rasa aku punya imaginasi tinggi sampaikan dia dapat rasa apa yang aku tulis dalam karangan tu betul-betul jadi depan mata dia. Ohh..! lupa pula, dulu masa zaman sekolah aku suka tulis karangan abstrak tu tak suka karangan fakta.. hikkssss.. :p

Fnd & The Majistret ni ada menulis tentang blog Manusia Berubah. Sungguh aku tersentuh dengan apa yang dia tulis. Serius, aku sungguh tak sangka di luar sana ada insan-insan yang sungguh-sungguh menilai penulisan aku sampai macam tu sekali. Aku rasa kerdil sebenarnya. Tapi apa yang Fnd & The Majistret ini tulis membuatkan hati aku terasa besar... :)


Dia kata aku garang..! Korang baca la sendiri.. KLIK SINI..!

Giliran aku pula nak gambarkan si Fnd & The Majistret ni, dia kelakar..!! serius aku bagitahu ni, dia kelakar tahap Gaban bergabung dengan Suria Perkasa Hitam yang tak terkalahkan oleh Power Rangers 6 bersaudara apatah lagi Ultraman beruniform sendat..! Dia memang kelakar. Dipersilakan la korang baca blog dia. Gali post yang lama-lama dan baca setiap satunya. Aku jamin korang akan gelak sampai berair mata atau paling kering hati pun korang akan senyum-senyum sambil usap-usap dada tahan gelak. Kelakar tapi smart...!

Bagi aku, Fnd & The Majistret ni unik dan tersendiri. Kalau dia kata aku ni sama macam dia tapi versi perempuan, bagi aku pula dia sama macam aku tapi versi kelakar. Dia punya spontan, dia punya slumber, dia punya punchline, dia punya pickup line akan buat kau rasa dia macam seorang penghibur taraf world class...! dan kau akan secara diam-diam memendam keinginan nak jumpa dia, sangat-sangat..!

Balas-balas WhatsApp dengan budak Fnd & The Majistret ni akan buat kau sentiasa teruja atau sesekali mengekek gelak tanpa segan silu walaupun korang tengah dalam library yang sunyi atau komuter yang padat. Fnd & The Majistret ni sempoi walaupun kadang-kadang ayat agak sentap..! tapi jangan ambik hati la, dia suka bergurau. Bab berlawan siapa paling kacakFnd & The Majistret ni jarang nak mengalah.. (lelaki kacak pasaran Eropah katanya...! hahahaa..). Kalau bab menyakat pula, silap-silap memang kau boleh makan hati dan merajuk 44 hari. But again, jangan cara sangat la.. Fnd & The Majistret ni jenis tak reti serius pun..!

Kepada Fnd & The Majistret kalau kamu baca ni,
Ahkak yang garang dan kuat membebel serta tidak boleh di'provok' ni nak ucap banyak-banyak terima kasih sekali lagi dan lagi serta berkali-kali lagi.. :)  Terima kasih untuk penulisan yang ikhlas tu walau tidak dibayar upah sesen pun. Terima kasih kerana buat ahkak touching sampai hari ni. Terima kasih kerana faham. Terima kasih kerana suka. Terima kasih untuk semua 'kasih sayang' sepanjang kita kenal walau tak pernah jumpa.

Terima kasih FR.......!

Ahkak harap kamu tetap terus menulis dan menghiburkan kami pembaca setia Nota Purba dengan gaya penulisan yang unik, spontan dan semulajadi kamu tu. Jangan terikut-ikut sangat alir dan arus dunia glamour ok, just be yourself..! Keep on tulis tulis dan tulis lagi.. banyak lagi ada dalam diri kamu tu, ahkak tahu (ahkak agak je la).. :)

Last sekali, ahkak harap satu hari nanti kamu akan kumpulkan dan bukukan semua penulisan kamu sebab ahkak percaya ramai yang NAK BELI idea dan lawak-lawak bersahaja tapi brilliant kamu tu. Ahkak orang pertama yang akan beli dan dapatkan edisi bertanda tangan daripada kamu.. Janji...!!

:)

Terima kasih FR.......!
Semoga Allah selalu melindungi kamu dan berikan kamu segala kebahagiaan dunia dan akhirat. Kirim salam kat wife ye.. (owhh.. ya, dia dah kahwin..!! gadis-gadis sila makan hati.. hahahahaa..!!)





spacer