Bagi Peluang Kepada Diri Sendiri

Sebelum ni aku ada tulis tentang ke'stress'an aku dalam business yang tak tahu mana hala tuju tu kan. Ingat tak aku ada tulis kat situ yang aku sejenis manusia yang tak boleh duduk dalam keadaan stress lama-lama dan aku nak cepat-cepat keluar daripada rasa stress tu kan..? Ya, memang aku tak boleh berlama-lama pun. Aku cepat menggelabah hayam..! Dan siapa lagi aku cari bila nak lepaskan stress? Pokchik laa.. Walaupun Pokchik tu sejenis manusia yang tak ada perasaan, tapi kalau bab-bab nak minta nasihat ni bolehlah aku harapkan. 

Hujung minggu lepas aku duduk berbincang secara deep-deep dengan Pokchik. Lama dah kami tak buat sesi ala-ala terapi jiwa dan minda macam tu, maklumlah masing-masing sibuk (gituueeww..!!) Jadi di kesempatan yang tak seberapa tu dapatlah kami luangkan masa bercakap dari hati ke hati dengan pandangan mata ke mata.

Hasil daripada sesi berdua-duaan tu, kami simpulkan lebih baik untuk beri peluang kepada diri aku sendiri meneruskan perniagaan yang dimulakan dan dimodalkan tu. Pokchik bagi masa dalam 3 bulan ni untuk aku cuba lagi secara all out. Mana tahu masih ada ruang-ruang dan lubang-lubang untuk aku asah bakat berniaga ni. Sebab minat tu ada, kesungguhan tu je yang kena gilap lagi. Pokchik tak nak aku cepat sangat give-up. Pokchik suruh aku cuba lagi tapi mungkin dengan pendekatan dan cara yang baru. Dalam erti kata lain, Pokchik suruh aku sabar sikit. Bukan semua benda akan nampak hasil sekelip mata kan.. minum Qu Puteh pun kena bergelen-gelen baru nampak putihnya.. ke camne..? 

Aku sebenarnya terharu sebab Pokchik masih nak sokong dan setia bagi semangat kat aku untuk teruskan berniaga runcit-runcit ni walaupun dia sendiri tak nampak hasil berniaga aku tu. Macam aku bagitahu sebelum ni, Pokchik tak minat business jadi aku tak boleh nak expect dia akan sokong aku bermati-matian. Sebagai isteri, bila suami bagi keizinan pun dah syukur alhamdulillah sebenarnya. Apatah lagi bila suami menunjukkan sokongan positif, lagi lah rasa kuat sikit nak harungi pancaroba.. vahhh...!

Maka, dengan ini aku kumpulkan semula segala saki baki semangat dan ke'positif'an dalam diri ini untuk teguhkan perjalanan aku dalam dunia perniagaan yang serba mencabar dan melelahkan ini. Walaupun aku tak nampak mana hala tuju, tapi aku tahu landasan yang aku pilih ni tak salah dan menyesatkan. Aku cuma perlu tambah bahan bakar lebih sedikit je supaya aku dapat pacu lebih laju. Bagi peluang kepada diri sendiri, buka hati dan kekal positif itu je senjata yang aku pakai sekarang.

Minat tak minat tu belakang kira juga kalu..
Nak hidup kena berjuang..! Cepat mengalah bermakna kau akan rebah..
Doakan aku please.. 3 bulan je..! Lepas 3 bulan nanti kita tengok balik macam mana.. :)




Share:

0 comments:

Post a Comment