Bersangka Baik

Bersangka baik. Selalu bersangka baik.
Aku pun susah nak ajar diri sendiri untuk selalu husnuzon ni. Jadi aku nasihatkan korang, mudah-mudahan nasihat ni berbalik kepada diri aku sendiri dan aku dapat selalu bersangka baik dengan semua orang. Penyakit hati ni susahlah..! Susah nak ubat. Aku sedang usaha, jom sama-sama kita pulihkan penyakit hati yang ada dalam diri kita-kita semua ni. Sama-sama eh..!

Bila kita tahu ada orang yang dalam diam-diam rasa kita ni adalah salah satu ancaman kepada dirinya, apa kita patut buat ek..? Lebih buruk lagi bila kita sendiri tak tahu apa yang membuatkan dia rasa yang kita ni ancaman atau saingan dia. Sedangkan hakikatnya kita semua sama sahaja. Ada kelebihan dan kekurangan. Kalau kelebihan kita tu sesuatu yang kita tak boleh ubah, anugerah Allah misalnya.. macam mana kita nak buang pula kan...?

Keadaan diterukkan lagi bila dia macam sengaja nak cari salah kita, sengaja nak jatuhkan kita, sengaja nak bongkarkan kelemahan kita depan orang lain. Macam mana nak husnuzon dengan orang macam ni kan..? Aku syak orang macam ni tak paham istilah 'bersaing secara sihat' atau maybe selama ni dia selalu menang dan selalu jadi perhatian orang sekeliling kot. Jadi bila ada orang lain yang dapat perhatian lebih dari dia, dia tak boleh terima..! Kesian kan...

Aku sebenarnya malas nak layan semua ni. Macam budak-budak sangat perangai. Tapi bila aku tak nak ambil peduli, dia macam tak puas hati. Makin menjadi-jadi pula perangai cemburu buta tak memasal dia tu yang aku pun tak paham kenapa dan apa puncanya..! So, aku nak buat apa sekarang? Kalau aku layan, maknanya aku pun jadi sama macam dia lah kan. Jadi budak-budak balik. Ohh plisssss....!

Berbalik kepada tajuk bersangka baik tadi.
Jujur cakap memang aku dah susah nak bersangka baik dengan manusia spesis 'sedeehhh' macam ni. Maaf lah. Kalau dah terang-terang kau nak jatuhkan aku, pijak kepala aku, nak aku bersangka baik macam mana? Malah aku sekarang lebih berhati-hati dan beringat setiap tingkah laku dan tutur kata aku. Tak nak kebaikan aku disalah erti dan jadi senjata untuk dia menikam aku balik.

Aku tak berdendam, tapi aku beringat.
Aku tak akan balas balik apa dia buat pada aku tapi aku harap suatu hari nanti aku dapat beri dia sekurang-kurangnya SATU PELAJARAN BERHARGA dalam hidup dia supaya dia faham erti berbaik-baik dan menghargai kebaikan orang kepada dia selama ni. 

Tu je...!


Share:

0 comments:

Post a Comment