Bila Fnd & The Majistret Menulis Tentang Manusia Berubah

Sejujurnya, aku tak tahu apa yang korang suka baca tentang blog ni. Yang selalu datang singgah sini dan baca tulisan-tulisan picisan aku ni, apa yang korang suka sebenarnya? Dari sejak aku tulis blog Bintang Hati sampai ke blog Cahaya Mata dan sekarang Manusia Berubah, aku sendiri tak tahu apa kekuatan tulisan aku. Ada seseorang bagitahu aku, teruskan menulis sebab dia suka nak baca. Tapi sungguh, aku tak tahu apa yang dia maksudkan dengan 'suka' tu..!

Ada yang kata penulisan aku nampak ikhlas, tak tahu lah macam mana yang korang boleh nampak ikhlas tu.. hehehehehe.. Aku malu sebenarnya, tapi terima kasih ya kalau betul korang nampak keikhlasan aku. Sejak zaman sekolah dulu cikgu BM aku pernah kata aku kalau mengarang dan membayangkan sesuatu situasi tu suka detail-detail. Dia rasa aku punya imaginasi tinggi sampaikan dia dapat rasa apa yang aku tulis dalam karangan tu betul-betul jadi depan mata dia. Ohh..! lupa pula, dulu masa zaman sekolah aku suka tulis karangan abstrak tu tak suka karangan fakta.. hikkssss.. :p

Fnd & The Majistret ni ada menulis tentang blog Manusia Berubah. Sungguh aku tersentuh dengan apa yang dia tulis. Serius, aku sungguh tak sangka di luar sana ada insan-insan yang sungguh-sungguh menilai penulisan aku sampai macam tu sekali. Aku rasa kerdil sebenarnya. Tapi apa yang Fnd & The Majistret ini tulis membuatkan hati aku terasa besar... :)


Dia kata aku garang..! Korang baca la sendiri.. KLIK SINI..!

Giliran aku pula nak gambarkan si Fnd & The Majistret ni, dia kelakar..!! serius aku bagitahu ni, dia kelakar tahap Gaban bergabung dengan Suria Perkasa Hitam yang tak terkalahkan oleh Power Rangers 6 bersaudara apatah lagi Ultraman beruniform sendat..! Dia memang kelakar. Dipersilakan la korang baca blog dia. Gali post yang lama-lama dan baca setiap satunya. Aku jamin korang akan gelak sampai berair mata atau paling kering hati pun korang akan senyum-senyum sambil usap-usap dada tahan gelak. Kelakar tapi smart...!

Bagi aku, Fnd & The Majistret ni unik dan tersendiri. Kalau dia kata aku ni sama macam dia tapi versi perempuan, bagi aku pula dia sama macam aku tapi versi kelakar. Dia punya spontan, dia punya slumber, dia punya punchline, dia punya pickup line akan buat kau rasa dia macam seorang penghibur taraf world class...! dan kau akan secara diam-diam memendam keinginan nak jumpa dia, sangat-sangat..!

Balas-balas WhatsApp dengan budak Fnd & The Majistret ni akan buat kau sentiasa teruja atau sesekali mengekek gelak tanpa segan silu walaupun korang tengah dalam library yang sunyi atau komuter yang padat. Fnd & The Majistret ni sempoi walaupun kadang-kadang ayat agak sentap..! tapi jangan ambik hati la, dia suka bergurau. Bab berlawan siapa paling kacakFnd & The Majistret ni jarang nak mengalah.. (lelaki kacak pasaran Eropah katanya...! hahahaa..). Kalau bab menyakat pula, silap-silap memang kau boleh makan hati dan merajuk 44 hari. But again, jangan cara sangat la.. Fnd & The Majistret ni jenis tak reti serius pun..!

Kepada Fnd & The Majistret kalau kamu baca ni,
Ahkak yang garang dan kuat membebel serta tidak boleh di'provok' ni nak ucap banyak-banyak terima kasih sekali lagi dan lagi serta berkali-kali lagi.. :)  Terima kasih untuk penulisan yang ikhlas tu walau tidak dibayar upah sesen pun. Terima kasih kerana buat ahkak touching sampai hari ni. Terima kasih kerana faham. Terima kasih kerana suka. Terima kasih untuk semua 'kasih sayang' sepanjang kita kenal walau tak pernah jumpa.

Terima kasih FR.......!

Ahkak harap kamu tetap terus menulis dan menghiburkan kami pembaca setia Nota Purba dengan gaya penulisan yang unik, spontan dan semulajadi kamu tu. Jangan terikut-ikut sangat alir dan arus dunia glamour ok, just be yourself..! Keep on tulis tulis dan tulis lagi.. banyak lagi ada dalam diri kamu tu, ahkak tahu (ahkak agak je la).. :)

Last sekali, ahkak harap satu hari nanti kamu akan kumpulkan dan bukukan semua penulisan kamu sebab ahkak percaya ramai yang NAK BELI idea dan lawak-lawak bersahaja tapi brilliant kamu tu. Ahkak orang pertama yang akan beli dan dapatkan edisi bertanda tangan daripada kamu.. Janji...!!

:)

Terima kasih FR.......!
Semoga Allah selalu melindungi kamu dan berikan kamu segala kebahagiaan dunia dan akhirat. Kirim salam kat wife ye.. (owhh.. ya, dia dah kahwin..!! gadis-gadis sila makan hati.. hahahahaa..!!)





Share:

4 comments:

  1. Kita mula2 baca blog si fnd tu masa kat blog lama dia dulu yg kena hack dgn bangla kot.

    terjatuh cinta dgn tulisan2 cerita dia terutama kat remy ishak. Er itu nama sebuah gitar kapok rasanya. Lupa dah.

    Rindu lak remy ishak. Kah3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. ruginya saya terlewat mengenali Fnd Rocka ni.. :)

      Delete
    2. Ah teringat plak pada cerpen bersiri remy ishak sebuah gitar kapok, berkisarkan tentang seorang gadis yang sabar berharap pada cinta sejatinya,namun akhirnya menolak cinta sejatinya itu kerana merasakan memiliki bukan tunjang merasakan cinta. Ironinya, watak gadis itu bernama Ain.

      Delete
    3. sungguh ke...? wataknya nama Ain.. hahahahaha..
      sila sambung please cerita Remy Ishak dan gitar kapok... :)

      Delete