Entry Random Tak Ada Tajuk

Lama pula tak singgah sini. Aku sibuk uruskan dunia aku yang satu lagi. Harap maklum walaupun aku tak nak bercerita sangat tentang dunia yang satu lagi tu, tapi aku juga tak nak tipu diri sendiri yang sesungguhnya aku sudah semakin penat dan lelah. Kalau boleh nak berhenti dan titik nokhtahkan semunya sekarang juga, tapi sayangnya aku bukanlah manusia tak bertanggungjawab yang suka-suka lari dari tanggungjawab. Sebolehnya aku nak tamatkan apa yang aku dah mulakan. Dan seeloknya lagi aku harap macam mana aku masuk cara baik, aku nak pergi juga dengan cara yang baik.

Ok cukup di situ dulu.

Baru-baru ni aku buka akaun Instagram untuk Manusia Berubah. Kenapa? saje lah.. why not kan..?! Dan yang magiknya, aku "jumpa" dengan lebih ramai manusia-manusia hebat yang luar biasa punya best. Aku tak pernah tahu pun mereka wujud selama ni, tiba-tiba tanpa sengaja tu terjumpa seseorang, lepas tu jumpa seorang lagi, seorang lagi dan seorang lagi.

Berjam-jam aku scroll nak stalk IG diaorang ni.. best woii..!! Aku pula jenis mudah terhibur kan.. :p Tiba-tiba terdetik dalam hati "kenapa aku tak kenal dia ni sebelum ni...? arrgghhh...!!" So, setakat ni IG jadi tempat lepak kesukaan aku sekarang. FB dah jatuh ke tangga yang entah nombor berapa. Sorry lah. FB dah semakin merepek..! Tapi nak tutup FB tu, aku rasa sayang pula.. ermmmm..

Siapa-siapa sudi boleh tegur-tegur aku kat IG.. search je @manusiaberubah ok.. :)

Heyy,,,! minggu lepas birthday Pokchik,
Macam biasa, tak ada sambutan special pun selain doa-doa aku untuk dia seperti selalu. Aku doa minta dia dipanjangkan umur, sihat, bahagia dan satu hari nanti kami sama-sama dapat berpimpin tangan masuk syurga. Apa lagi nak minta kan? Mesti syurga lah. Tapi makin banyak aku minta syurga, makin aku rasa yang diri aku ni banyak dosa. Kurang amalan. Sikit bekalan. Pokchik ok.. dia memang jenis ingat akhirat punya manusia, so aku tak risaukan dia. Aku risaukan aku lah...!

Jangan lah sebab aku, Pokchik tak dapat masuk syurga.. :(
Salah satu benda paling menakutkan dan paling ngeri yang dibayangkan oleh semua para isteri yang sayangkan suami mereka.. kan...? Hari-hari aku doa untuk diri sendiri, lepas tu untuk Pokchik, lepas tu untuk mak ayah aku, mak ayah mertua aku, adik-beradik dan ipar-duai aku, anak-anak tiri aku dan seluruh ahli keluarga aku. Ya, aku doa untuk diri sendiri dulu. Macam selfish bunyinya tapi ye lah, kita nak betulkan dunia kita kena betulkan diri kita sendiri dulu kan. Simple..!

Apapun, Happy Birthday Pokchik..!
Tahun ni 39 tahun, tahun depan InsyaAllah 40 tahun dah. Life start at 40 katanya.. pffuuutttt...!! hahahahahaa... tua gila suami aku.. dah nak masuk 40 tau..! cehh.. macam lah aku muda pulak kan.. tahun depan aku dah menjengah 35 tahun. Ya Allah....! cepatnya masa berjalan.

Ok tu je lah dulu untuk entry random ni.
Aku malas nak taip entry random sebab ni lah. Kata je nak tulis pendek-pendek dan ringkas tapi lastly kemain panjang lebar lagi,.. haiiihhh..!

Jumpa lagi. 

:)


Share:

0 comments:

Post a Comment