Manusia Bersifat Pembolehubah

Manusia ni bertuah sebab dilahirkan dengan sifat pembolehubah kan..? Aku kadang-kadang hairan juga macam mana manusia yang hati cekal dan semangat kuat tu, dah jatuh tergolek-golek.. dimaki.. difitnah.. dikecam dan macam-macam lagi ujian tapi masih boleh bangkit dan teruskan hidup macam biasa. Malah ada yang mampu bangkit dan bersinar lebih gemilang selepas dijatuhkan dengan segala jenis ujian dan kecaman. Tabah betul mereka ni..! Mana entah mereka kutip kekuatan tu.

Memanglah betul, kita hidup ni bergantung 100% kepada Allah s.w.t. Lagi kuat ujian, lagi kuat kebergantungan kita pada Allah, dari situ lah datangnya kekuatan sebenar. Jaga solat dan banyak-banyakkan berdoa minta pertolongan Allah. Itu semua nasihat klise yang semua orang pun boleh ucapkan, tapi aku sebenarnya nak sangat tahu 'kuasa magik' apa yang diorang pakai sampai kalis betul dengan segala sakit dan kepayahan...!

Pedih mana pun manusia kerana dikecewakan oleh cinta, manusia masih mampu untuk kembali mencintai walaupun mencintai orang lain. Bukan mudah sebenarnya kan nak yakinkan hati untuk bercinta lagi dan kemungkinan akan dilukai lagi. Tapi sifat pembolehubah dalam diri manusia ni kadang-kala boleh tahan degil juga. Orang kata 'tak serik-serik' tapi sebenarnya memang manusia dilahirkan macam tu. Hati kita ni Allah buat special tau. Sangat special sampai tak ada ilmu sains setinggi manapun di dunia ni mampu menggantikan hati yang Allah cipta.

Bersyukurlah kita dijadikan makhluk yang sempurna, boleh ubah dan fleksibel. Bayangkan kalau kita tak ada semua sifat tu, agak-agak apa jadi pada dunia ni? Bayangkan seorang manusia hanya boleh jatuh cinta sekali dalam hidup dia. Bayangkan manusia hanya ada sekeping hati yang kalau dah cedera tak boleh dibaiki, tak boleh sembuh. Bayangkan manusia boleh ingat setiap saat yang dia lalui tanpa terlupa sesaat pun. Bayangkan kita dilahirkan tanpa airmata untuk membasuh kesedihan. Bayangkan kita dicipta tanpa ada perasaan ingin menjadi lebih baik dan lebih bahagia dari sebelumnya. Bayangkan hati kita direka untuk menakung dendam dendam dan hanya dendam tanpa kenal apa makna memberi kemaafan.

Bayangkan...?

Alangkah sia-sianya hidup kita.......!





Share:

0 comments:

Post a Comment