MUNAFIK | Pengertian Redha Yang Sebenar


Mudah menasihatkan orang, tapi tak mudah menasihati diri sendiri. Mudah untuk kita suruh orang lain redha, tapi bila diri sendiri diuji adakah kita benar-benar boleh redha. Selalu juga kita dengar, orang-orang alim ni lebih kuat diuji. Sebab tu kita jangan cepat sangat menghukum orang lain, kita tidak berada di tempat dia jadi kita sebenarnya tak tahu. Apa yang kita lihat dan dengar mungkin secebis kecil sahaja daripada apa yang benar-benar dia lalui.

Menonton Munafik mengajar aku tentang erti redha yang senang nak ucap, susah nak buat. Aku belajar satu benda ni :

Kalau kita betul redha, jangan asyik ulang-ulang cakap kita redha..! Sebab lagi banyak kita cakap kita redha, sebenarnya hati kita kembali TAK REDHA. Kita sendiri dan Allah s.w.t. sahaja yang benar-benar tahu redha atau tak. So, jangan sebut-sebut. Simpan dalam hati. Yang penting perlakuan kita menunjukkan kita sudah redha. Yessssss....! jangan cakap je, tapi buktikan dengan perbuatan. Itu lebih baik.

Dalam seram-seram Munafik tu pun part last berjaya buat aku bergenang airmata. Ini serius..! Aku rasa filem ini sedang 'bercakap' dengan aku dan dengan kita semua sebagai penonton. Sejauh mana kebergantungan kita kepada Allah s.w.t.? Kita takut tengok hantu tapi kita lebih takut kepada Allah s.w.t. kan..? Kenapa..? Hantu tu sifatnya ganas, kasar, mengerikan.. sedangkan Allah tu sifatNya penyayang, pengasih dan menenangkan. Jadi kenapa kita takut pada Allah s.w.t...??

Kita takut sebab kita tahu kita pendosa.

Kita takut sebab kita tahu Allah Maha Tahu. Kita takut sebab kita sedar Allah Maha Besar dan mampu lakukan apa sahaja ke atas kita. Saat kita betul-betul rasa tidak berdaya dan tidak mampu, hanya Allah yang kita ada. Masa tu kita takut...! Sebab kita tahu kita pendosa dan tak layak meminta pertolongan Dia. Kita takut Allah s.w.t. tak nak tolong kita sebab kita pendosa..!

Kita takut pada Allah s.w.t. kerana kita sedang menyerahkan hidup kita sepenuhnya kepada Dia. Hidup ke mati ke, baik ke buruk ke.. semuanya kita pulangkan kepada Allah s.w.t. semula. Saat itu lah kita akan rasakan ketakutan yang sebenar.

Walau dalam keadaan kita tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun, Allah Mendengar. Walau kita bersembunyi, menyorok dan berahsia dengan seisi alam yang fana ini sekalipun, percayalah Allah sedang memerhatikan kita. Allah tahu semua. Kita boleh bohong dengan semua orang, tapi dengan Allah kita tak boleh. Kita boleh jadi kuat, jadi tabah depan satu dunia, tapi depan Allah kita kerdil sekerdil-kerdilnya. 

Itulah hakikatnya...!

Masa aku taip ni pun, meremang bulu roma aku, tak tahu kenapa.
Terngiang-ngiang kat telinga aku, part last dalam filem tu.. saat genting dan menakutkan.. dengan linangan airmata,  Ustaz Adam jerit..

"TOLONG AKU YA ALLAH...!!" 

Kalau kita fahamkan betul-betul watak Ustaz Adam tu, kita akan dapat rasa kesakitan dan ketakutan dia. Yang mana, aku percaya kesakitan dan ketakutan dia tu ada dalam diri kita semua cuma kita tak nak mengakuinya.

Jeritan yang membuka mata dan hati. Jeritan yang selalu bergema di dalam hati aku tapi tak pernah terluah. Jeritan yang membuat hati aku menangis kuat. Tolong aku Ya Allah...! Tolong aku Ya Allah...! Aku hambaMu yang lemah, sangat lemah. Tolong aku Ya Allah...!

Terima kasih Syamsul Yusoff untuk pengalaman dan pelajaran berharga ni. Munafik lebih dari sekadar filem seram bagi ramai orang. Dan bagi aku, untuk seketika itu Munafik telah mengajar aku melihat ke dalam diri sendiri. Alhamdulillah.





Post a Comment

2 Comments

  1. errrmmm satu sudut yang org x review dlm blog. sume hanya cerita tentang jalan cerita dan ketakutan. eh suka lah entry kak ain ni, betul. Apa-apa pun, semua hanya utk Allah, kita mmg x boleh hipokrit. yang paling sedih bila kita susah, hanya Allah yang ada. salute Syamsul.

    ReplyDelete
  2. Mana butang like ni.

    1st time dgr review munafik dari sudut ni n rasa nk tonton.

    Suka ayat ni

    Kita takut Allah sebab kita tahu kita pendosa.

    Tersangat betul.

    U gv me another good point to answer d non muslim of why do we muslim need to afraid of Allah.

    Taqwa n takut ada bezanya. Now I know. Tq beb.

    ReplyDelete