Sentap Dengan Anak Tiri

Korang tahu tak, nak layan anak-anak tiri ni bukannya mudah..! Nampak macam senang kacang goreng je tapi sebenarnya tak lah sebegitu senang. Apatah lagi bila anak-anak tu bukan duduk dengan kita. Setahun kami jumpa mereka dalam empat ke lima kali sahaja. Sekali jumpa tu dalam seminggu je masa yang ada. Jadi semua perkara agak terbatas. Semua kena cepat. Aku kena belajar pasal mereka ni dengan cepat. Kalau aku tak belajar faham mereka, lagi susah nak handle mereka ni. Anak-anak pula cepat membesar.. kan? Tu yang mencabar tu...!

Budak-budak kan jujur, kadang apa yang dioarang cakap tu kita tak boleh nak ambil hati sangat. Diaorang cakap betul-betul daripada apa yang diorang rasa dan apa yang diaorag faham. Kalau apa yang diaorang cakap tu menyentapkan sanubari kita sebagai orang tua, pandai-pandailah kita hadam dan telan. Tak boleh marah mereka balik sebab di usia itu mereka memang jujur. Belum pandai cakap selindung-selindung lagi.

Ada sekali tu kan, masa kami ambil anak-anak.. macam biasa lah kami akan tanya hal-hal persekolahan. Sekali tu aku cakap lah "nanti hari penyampaian hadiah Ummi dengan Ayah nak datang lah tengok u all ambik hadiah.." Sengaja lah aku cakap macam tu depan diaorang sebab aku sebenarnya memang berhajat sangat nak tengok diaorang kat sekolah. Selain tanda support, aku dan Pokchik nak mereka tahu walaupun kami jauh tapi kami tetap ambil berat urusan persekolahan mereka. 

Sekali tu, kau tahu dia jawab apa..?

"..tak payah la..! kawan-kawan saya tak tahu pasal Ummi. Diaorang tahu saya ada mak je, tak tahu pasal Ummi pun..."

okey.. serius.. aku sentap 23 kali ganda...!! *bunyi guruh berdentum..!!*

Nampak sangat dia tak pernah cerita pasal aku kat kawan-kawan dia kan..! hahahahahaha.. Yang si kakak tu ada juga cerita dengan kawan-kawan dia pasal aku sebab ada juga kawan dia yang ada "dua mak" atau "dua ayah". Jadi dia tak rasa janggal sangat bila bercerita dengan kawan-kawan. Beza dengan si adik tu, dia macam malu nak bagitahu kawan-kawan dia yang dia ada "dua mak". Maklumlah anak lelaki kan, kecik-kecik pun dah pandai control ego...! huuuuhhh...!!

Aku cakap dengan Pokchik aku sentap dengar anak dia cakap macam tu. Ye lah kan, macam tak suka kat Ummi ni je. Padahal Ummi bukan main manjakan diaorang berdua tu tau. Pokchik pujuk aku jangan ambik hati dengan cakap anak-anak. Anggap je diaorang budak lagi, tak paham apa-apa. Nanti bila dah besar sikit faham lah tu. InsyaAllah.

Ya, jadi mak tiri ni kita tak leh cepat sangat sentap macam drama sinetron kat tv tu. Kita kena cool dan bertabah je selalu. Kita tak boleh berkasar dengan anak-anak tiri sebab sekali diaorang benci kita, percayalah sampai bila-bila diaorang tak akan lupa.

Aku tak ambik hati pun sebenarnya, sentap sekejap je dan saje je buat-buat terasa sebab nak tengok reaksi Pokchik. Memang dia nampak serba salah pun. Tapi again, bukan salah Pokchik kan. Memang anak-anak kalau cakap jujur je, tak pandai nak jaga hati kita ke apa. Bagi mereka, apa mereka cakap tu betul. Memang betul pun. Jadi kenapa nak sentap..?!

haiiiihhh... best nya jadi budak-budak... kan... :)





** sebenarnya aku rindu diaorang.. rasa macam lama sangat tak jumpa padahal Cuti Hari Wilayah hari tu ada jumpa sekejap.. errrmmm, minggu depan ambil diaorang.. cuti sekolah kan..! tak sabarnya.. :)


Share:

4 comments:

  1. Wow. satu cerita dari sisi lain antara hubungan mak tiri dan anak tiri. saya setuju. benda benda macam ni memang kena pandai kawal emosi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masing-masing main peranan, InsyaAllah everything will be fine.. :)

      Delete
  2. salam. blog baru atau sy yg tak tahu??

    maaf. terus baca n3 ni dan nampak "pokchik" terus kenal siapa pemilik blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe.. cekap cik alis ni...!
      saya mcm biasa lah.. kejenya tutup blog lama buka blog baru.. dah berapa kali entah.. harap2 yang ni kekal... *kenyit mata skit*

      :)

      Delete