Biarlah Hanya Allah Yang Tahu

Ada dua benda dalam dunia ni yang bisa buat aku mengalirkan airmata selain CINTA. Dua benda tu adalah PERSAHABATAN dan KASIH SAYANG. Aku tak tahu nak jelaskan bagaimana dan seperti apa tapi biar aku pesan siap-siap.. Jika suatu hari nanti kau perlu membunuh aku, bunuhlah aku dengan 3 perkara ini. Aku tidak akan pernah menjadi kebal dengan 3 perkara ini. Aku boleh mati dengan sendiri.

Dan hari ini, aku mengalirkan airmata lagi untuk Persahabatan dan Kasih Sayang yang entah daripada mana Allah turunkan. Setahun cukup panjang untuk aku. Setahun yang mengajar aku banyak hal. Setahun yang telah mengikat aku dengan erti persahabatan, sokong menyokong, saling berkongsi, saling mentertawakan, saling membahagiakan dan saling bergantungan. Suatu rasa saling yang tak pernah aku sangkakan begitu hebat sekali kesannya.

Kalian, terima kasih untuk satu tahun yang penuh kasih sayang....!

Aku mencari perkataan-perkataan yang sesuai untuk aku tuliskan perasaan aku yang sebenar. Supaya mereka faham, aku juga sedang bersedih dan aku juga berasa berat untuk pergi. Tetapi aku tak ingin menuliskan perkataan-perkataan pilu kerana aku tidak mahu mereka merasa duka atau terganggu. Selebihnya, aku sendiri tidak mahu menitiskan airmata di depan mereka. Aku mahu menjadi kuat kerana keputusan yang aku buat.

Bukankah setiap keputusan hidup itu adalah pintu baru..
Pintu baru untuk aku dan untuk mereka.......

Sayangnya, air yang tenang itu semakin keruh. Aku cuba sekuatnya untuk tidak mahu melukakan, tapi ternyata aku tidak sengaja telah melukakan juga akhirnya. Kini aku dihambat satu perasaan bersalah yang aku tak tahu nak gambarkan bagaimana. Sangat-sangat rasa bersalah. Entahlah..! Mungkin hanya diam yang dapat menjawab persoalan mereka; dan..

Biarlah hanya Allah sahaja yang tahu..

Aku di sini bercucuran airmata..
Aku di sini bercucuran airmata..
Aku di sini bercucuran airmata..





Share:

1 comment: