Sumpahan Pagi Isnin

Sebenarnya bila kau suka pada sesuatu tu, susah macam mana pun kau tak akan rasa susah dan kau jarang nak merungut tentang satu apapun mengenainya. Sebab kau memang serius suka benda tu. Sebaliknya bila kau dah tak suka sesuatu tu, silap sikit pun kau akan nampak besar dan selalu nak besar-besarkan. Semua benda tak kena, semua benda kau nak rungutkan, semua benda nak kau kaitkan dan salahkan. Paling teruk, mood kau boleh jadi jahanam sepanjang hari tu hanya sebab satu dua benda kecil yang pada mata kau sangat BESAR dan menyakitkan hati.. daammm..!!

Contohnya pagi Isnin la kan..

Padahal kau dah prepare cantiiiiikkk sehari lebih awal. Baju tudung kain dalam semua kau dah siapkan. Demi nak menghadapi pagi Isnin yang paling smooth dalam hidup kau. Tapi at the end, celik-celik mata je dah spoiled..!! Kejadah apa entah, aku dengan pagi Isnin selalu bermusuh. Pagi Isnin tu suka busuk hati dengan ketenangan dan tahap professional aku. Perangai macam budak-budak..! Cuba jadi macam pagi Jumaat tu, selalu buat aku senyum apa......

***

Dengar cerita jenama tudung F tu buat hal lagi..! hahahahahaa.. aku mampu gelak je lah. Tak tahu nak kata apa lagi sebab duluuuuuuuuuu aku dah cakap pasal ni. Cuma tak sangka jadi macam yang terbaru ni lah. Siapa yang tak belajar daripada kesilapan ni sebenarnya? Korang memang kaki wayang kan.. suka kan orang tengok 'persembahan' world class korang yang menghiburkan tu.. korang suka kan kena maki, kena kutuk, kena syarah agama.. suka kan diMALUkan.. suka..!!

Aku harap kali ni, ada yang betul-betul insaf la eh. Dan aku harap tak payah la turun semua ustaz ustazah mahupun selebriti sorang-sorang semata-mata untuk tazkirah kan korang. Perlu ke? Tak malu eh? Semua orang kasihan kau.. Tak nak kau tambah dosa.. Faham? Ambil la serius sikit bile orang tegur ni, untuk kebaikan kau ni bohh.. 

***

Aku cucuk duit RM300 sebelum masuk Guardian. Konon-konon nak beli make-up sikit. Alah yang basic je macam mascara, eye liner dan lipstik baru. Tapi belek punya belek, satu biji pun aku tak beli. Tiba-tiba rasa macam dah tua sangat nak make-up segala bagai. Pakai compact powder dengan lip balm je pun cukup lah kot. Nantilah bila jerawat-jerawat ni dah betul baik nanti baru aku fikir balik pasal make up ekk.. *salahkan jerawat*

Keluar dari Guardian, aku masuk MPH..! Tak plan nak beli apa-apa pun, tapi lepas setengah jam aku berjaya habiskan RM150 kat kaunter casher. Ya, buku-buku selalu buat aku rasa muda. Dasaaarrrr..! hikksss.. :)  Aku kadang-kadang rasa fobia nak masuk MPH sebab setiap kali masuk MPH kalau tak habis seratus dua duit saku, macam berdosa sangat rasa. 

Dulu aku selalu juga snap gambar buku-buku yang aku beli. Dengan tujuan nak show-off lah, kononnya aku budak baik-rajin baca buku-suka beli buku. Tapi lepas aku baca satu statement ni, aku rasa mata aku berair, tekak berpasir. Hawau betul lah...!

"..Siapa yang suka up gambar buku baru beli tu sebenarnya bukan baca pun buku tu.. nak menunjuk je lebih..! Berlagak secara bersopan.. phuuiiiii...!!.." 
Pedih duh..!
Sekarang aku dah taubat.. tak nak up gambar buku-buku yang aku baru beli. Nanti bila aku dah habis baca dan bersedia nak review pasal buku tu baru aku share gambar ok. Masalahnya aku sekarang rasa tak sabar-sabar nak share juga buku-buku yang aku beli.. hahahahahaha...!! lahanat betul penyakit hati ni.. :p

***

Minggu lepas aku menonton Bajirao Mastani seorang diri. 
Aduuuhh..! Tak boleh move on lagi sampai hari ni. Asyik teringat je. Ni lah yang malas nak tengok cerita 'besar-besar' macam ni. Aku mudah larut lah. Mata Mastani tu buat aku tak boleh tidur malam. Cinta sejati tu mesti kena mati eh? mesti ke..?




.
Share:

4 comments:

  1. KAnnnn.. kadang dah prepare untuk isnin yg bermakna memang tak kan berjaya. Ada je benda yg jadi. Tapi saya skg bukan Isnin je Monday Blues. Tapi 7 hari seminggu Blues. ahahhaa..

    Hey ! Good Day.!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhee.. maybe kita sama2 perlu berhenti terlalu bersungguh buat preparation..
      hadapi dengan senyuman je lah kekdahnya.. hikksss.. :)

      Delete
  2. Dlm 6 tahun ni tiap2 pagi adalah pagi isnin.

    Bgn pg2 siapkan semua org except bapak bdk :>

    Cuci montot, mandikan, sapu ubat, siapkn bkal, diselang iklan2 ragam nak berdukung nak meleleh ngantuk etc pastu baru melangkah kluar pintu rumah ada suara cumel 'mama nk berak'..

    Semua org yg disiapkan cantik dan wangi tp yg menyiapkan tu kalau duk sblah bibik agaknya bibik lg lawa. Bygkan masuk keja dgn ketiak berpeluh, muka mcm xsiap, n kat baju ada unidentified stain yg masa pakai tu xde pn kesan2 tu. Sbb tu aku xboleh pkai tudung2 mahal selain sbb xmampu. Eheh.

    Tp not bad sbnarnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaaa...! mencabarnya jadi mama..
      tapi 'mama nak berak' tu Ya Allah comel nyaaaaa..!! kahh kahhh.. :p

      Delete