Lama tertangguh nak menulis tentang filem epik ni. Buah tangan terbaru daripada pengarah tersohor Sanjay Lela Bansali yang terbukti tidak menghampakan. Dia punya pembinaan set, lagu-lagu dan kejituan lakonan para pelakon kelas pertama Bollywood begitu memuaskan takat penilaian aku sehingga rasa tak puas. Paling aku suka tengok adalah rekaan costume para pelakonnya -- perfect..! Pun begitu kalau perlu memilih antara semua filem Sanjay Lela Bansali yang mana paling mantap, aku tetap akan memilih filem Devdas (sebab ada Shah Rukh Khan) kerana sehebat manapun Bajirao Mastani ni tetap dibayangi oleh filem Devdas malah ada beberapa perkara yang tampak 'sangat meniru' Devdas. Itu yang aku kecewa sedikit.
Kenapa aku teruja nak menonton Bajirao Mastani? Sudah tentu kerana ada Deepika Padukone di situ. Ironinya, watak lakonan Deepika Padukone dalam filem ni iaitu Mastani akhirnya mati di hujung cerita. Begitu juga watak Dev lakonan Shah Rukh Khan di dalam filem Devdas yang juga mati di hujung cerita. Aku benci betul la bila hero atau heroin aku suka mati kat hujung cerita. Benci sebab aku akan nangis macam nak pengsan sampai bengkak-bengkak mata tanpa dapat di cover... cissss...!!
Baca sinopsis Bajirao Mastani DI SINI
Kenapa Cinta Sejati Harus Berakhir Dengan Mati ?
Filem ini sebenarnya berkisar tentang cinta tiga segi antara seorang suami dengan kedua-dua orang isterinya. Isteri pertama seorang Hindu dan isteri kedua seorang Muslim. Yang satu dikahwini kerana wanita itu sahabatnya sejak kecil, manakala seorang lagi dinikahi kerana sudah terhutang budi. Yang isteri pertama tu diraikan, diangkat dan diiktiraf manakala yang isteri kedua dinikahi tanpa akad yang jelas, hubungan terpaksa di sorok-sorok dan kewujudannya tidak pernah dikompang-palukan. Yang seorang itu mengajarnya erti cinta dan setia manakala yang seorang lagi mengajarnya erti cinta dan pengorbanan.
Jadi bagitahu aku, macam mana Bajirao bisa memilih wanita mana yang lebih dicintai?
Sedangkan kedua-duanya sanggup mati untuk dirinya.
Kedua-duanya berhasil memberikan putera sebagai warisnya yang sah.
Kedua-duanya tidak pernah bermusuh kerana berebutkan suami tetapi bermusuh kerana ingin berlumba memberi cinta dengan banyaknya.
Tapi sudah resam cinta 3 segi, salah seorangnya perlu 'pergi'.
Di dalam kes ini Mastani yang harus pergi dan mati. Kerana kewujudannya tidak pernah tertulis sejak asal lagi. Mastani yang perlu mengorbankan diri demi membuktikan dia betul-betul mencintai suami sendiri dan ya, Mastani kena mati supaya Bajirao dapat terus hidup..!
Malangnya... Mastani tidak mati sendiri.
Satu nyawa tidak cukup untuk berjuang menegakkan cinta sejati.. kan..?!!
Kita sedia maklum agama lain tidak pernah menerima konsep poligami. Berkongsi suami.. what..? never..!! kata mereka. Apatah lagi golongan di raja, golongan bangsawan mahupun keluarga terhormat mereka. Duit boleh membeli segala-galanya termasuk perempuan. Mereka boleh bersabar jika suami mereka ternyata ada perempuan simpanan, tetapi isteri kedua... no..!! big no..!! Kerana nama, darjat, maruah dan keturunan mereka anggap poligami itu sesuatu yang hina lantas mereka menghinakan.
Mastani pula digambarkan sebagai seorang Muslim yang menerima konsep poligami dengan baik sekali. Tapi tidak pula nampak Muslim dari segi yang lain.. oppsss..!! :( Cuma ada satu scene Mastani berdoa selepas solat, itu sahaja. Sebagai Muslim, aku sedikit kecewa lah cara pengarah dan penulis menggarap ciri-ciri Muslim tu. Tak nampak 'dakwah' di situ sebab aku percaya kalau Bajirao Mastani sebuah filem Islamik atau ditulis oleh seorang Muslim sebenar, banyak ruang untuk menerangkan keindahan Islam boleh disumbatkan dalam filem sehebat ini.
but well, what do you expect kan..? Ini bukan filem Islam..
and at the first place, dalam Islam yang sebenar tidak ada istilah bernikah dengan bukan Islam. Tak ada kahwin campur. Kedua-dua bakal suami dan isteri perlu memeluk Islam dan berakad dengan Islam dahulu barulah boleh bernikah. Jadi kalau merujuk kepada cerita Bajirao Mastani ni, Mastani bukan isteri Bajirao dan anak yang Mastani lahirkan itu adalah anak luar nikah, tidak boleh menjadi waris Bajirao pun.
Khabarnya kisah Bajirao Mastani ni memang kisah epik mereka, kisah benar (tapi mungkin ada garapan yang ditambah dan dibuang bagi mencantikkan cerita). Jadi kalau betul Mastani, Bajirao dan Kashibai itu wujud, aku ingin tahu bagaimana agaknya kehidupan keturunan mereka sekarang..? Anak lelaki Mastani masih Islam kah atau sebaliknya..? Dan apakah waris Kashibai akhirnya mengiktiraf adik-beradik tiri mereka daripada keturunan Mastani..? Nak tahu sangat..... ermmm...
Kesimpulan
Seperti yang aku tuliskan di awal tadi, aku menonton filem ini kerana Deepika Padukone dan aku lebih dari puas hati menonton hasil lakonan dan penghayatan dia dalam filem ni. Kalau la filem ini tidak dicalonkan bersama-sama Piku, aku tetap merasakan Best Astor (Female) akan jadi milik Deepika Padukone juga untuk hasil lakonan mantapnya dalam Bajirao Mastani.
Aku paling suka mata dia. Dalam filem ni, memang dia banyak main dengan mata dan memek muka yang deep dan ala-ala pasrah menyerah tu. Aku suka. Dia patut bangga la sebab terpilih lakonkan watak Mastani ni. Epik kot..!
Lakonan Ranveer Sigh dan Priyanka Chopra pun mantap juga.. tapi sebab aku bukan peminat kedua-duanya jadi aku kurang memerhatikan mereka lah. Pun begitu tahniah untuk Ranveer menang Best Actor (Male) dan Priyanka Best Supporting Actor (Female) dari filem ni. Mantap..!
Untuk Sanjay Lela Bansali tahniah juga sebab menang Best Director, Best Film dan banyak lagi award menerusi filem ni. Walaupun ada beberapa scene yang CGI kurang kemas, nampak kartun dan set yang nampak sangat pentas, tapi overall aku suka Sanjay buat filem macam ni. Kurang aksi-aksi bercium berpeluk macam filem Ram-Leela dulu. Aku harap lebih banyak filem daripada Sanjay yang macam ni. Lagend ni woiii...! :)
Cinta tak semestinya bersatu.. Cinta tak semestinya memiliki..!
Bunyinya klise.. tapi begitulah hakikatnya dik.... mohon redha..! hahahahahaa.. :)
kecuali kalau kau betul-betul faham Islam dan konsep poligami dalam Islam. Akak ulang ye, BETUL-BETUL FAHAM dan hadam poligami tu macam mana, then boleh la cuba-cuba berkongsi cinta.. berkongsi suami.. berkongsi perhatian.. berkongsi nyawa.. berkongsi segala-galanya..!
akak okey je bab poligami..
nak jadi Mastani akak..? sila whatsapp biodata dengan selfie sekeping..
pfftttt...!! :p
2 Comments
Tiba2 teringat kwn baik hubby zaman skolah dia. Bapak dia bahai, mak dia hindu. Bahai ni konsep ketuhanan dia tuhan itu satu n tanah suci dia di baitulmaqdis.
ReplyDeleteceritanya kwn hubby ni (ntahlah agama apa) kawen dgn yahudi iran. Kitorg pn ada pegi wedding diorg.
Tp wpn bapaknya bahai n wife dia yahudi tp kat dewan ada je berhala2 hindu.
zaman skrg org dh xkisah dh psl campur2 agama. Shiah iran pn ada je yg kawen hindu.
harap2 kita n generasi kita masih mampu bertegas dlm mnjaga kesucian agama n keturunan.
betul tu..! harap-harap kita dapat jaga keturunan kita dan pelihara kesucian Islam itu sendiri. Dah jadi kebiasaan sangat kahwin lain-lain agama ni, tapi apa nak pelik kan.. sedangkan lelaki boleh kahwin lelaki, perempuan boleh kahwin perempuan. Nauzubillah.. :(
Delete