Lelaki Dan Hobi

Siapa dah tengok video Facebook Live Faizal Tahir tengah pasang Lego kereta Batman tu..? Fuhhh.. aku yang perempuan pun rasa teruja tengok kesungguhan FT siapkan lego tu.. bersungguh...!! Dan boleh nampak la dia betul-betul minat benda tu. Walaupun aku tak suka sebab hobi tu agak mahal, tapi kepuasan tu aku faham. FT kata kalau wife dia tahu harga Lego tu, mesti wife dia not happy.. hahahahaha..! memang la tak happy sebab rasa macam membazir tapi kalau duit dia, suka hati dia lah. Janji nafkah zahir batin terjaga... ehhhh..! tutup mata.. :p

Jujurnya aku suka lelaki yang ada hobi.

Expecially hobi yang mencabar macam pasang kompenan Lego tu. Syok woo..! Hobi macam tu menunjukkan seorang lelaki tu mampu fokus, disiplin tinggi, imiginasi hebat, tekun, tak mudah give-up dan paling penting ada daya kesabaran yang membanggakan selain tall, dark and handsome (ehhh.. tetiba..). Satu lagi kan, aku rasa lelaki yang suka main Lego ni sebenarnya ada sisi kanak-kanak dalam diri dia. Manja tapi sangat berdikari. Luar nampak keras, tapi dalam diri dia sangat lembut.. Comel apa.....! :)

Tak kisah la hobi apa-apa pun.. hobi main bola ke, memancing ke, melukis ke, mengembara ke, bertukang ke, berkebun ke.. asalkan namanya hobi. Benda-benda yang dia buat semasa waktu lapang yang melaluinya kita dapat melihat sisi lain dari dalam diri dia. Best kan..? Sebab lelaki ni kadang-kala ego melangit, dia tak nak kita tahu titik kelembutan dalam jiwa dia. Malah dia nak selalu nampak gagah-perkasa-lelaki-sejati-kopi-jantan-what-so-ever di mata kita. Sedangkan manusia itu, lelaki atau perempuan tetap ada lembut dan kerasnya.. betul tak..? hehehehehe.. tak caya gi tengok Boboboi The Movie.. :)

Aku selalu berangan, nanti bila dah kahwin aku akan buat macam-macam aktiviti dengan suami aku sama-sama. Main lego sama-sama, tonton perlawanan bola sepak sama-sama, berkebun dan bertukang sama-sama. Mungkin sebab aku dah biasa sejak kecil dibesarkan dengan permainan budak-budak lelaki jadi aku tak ada masalah dengan semua tu. Setakat teman suami tonton EPL tengah-tengah pagi buta, aku sanggup..! takde hal...!

Tapi sayangnya suami aku adalah sejenis lelaki yang tak ada hobi.. hahahahaha.. :p

Mula-mula dulu aku tak faham juga, kenapa suami aku tak ada hobi. Sejenis manusia apakah yang tak ada hobi..?!! tapi tu lah, ciptaan Allah tu berbeza-beza dan pasangan suami isteri itu saling melengkapi. Kalau dua-dua ada minat yang sama sahaja, tak ada lah warna-warni nanti. Memang lah rasa sedikit kecewa dan sedikit cemburu bila tengok orang lain seronok teman suami buat hobi macam-macam, tapi aku fikir-fikir balik ada elok juga suami aku tak ada hobi.

Bila tak ada hobi, maknanya suami aku selalu ada kat rumah tak ada lah asyik merayap. Bila tak ada hobi, maknanya suami aku tak akan kejut aku tengah-tengah malam suruh bancuh kopi sebab dia nak berjaga tengok bola. Bila tak ada hobi, bermakna aku boleh selalu bermalas-malas je dalam rumah tak payah teman dia berkebun bertukang di bawah terik matahari..! rumput kalau dah tinggi sikit order je Bangla tolong mesinkan. Paling penting, bila tak ada hobi bermakna kami boleh berjimat dan lebih menabung. Tak perlu bazirkan duit untuk benda-benda tak ada faedah...!

Nampak tak betapa redha dan memahaminya hati seorang isteri..?

*flip shawl*







Share:

8 comments:

  1. The writing style still the same as dramati dot dot dot..
    PapaG singgah di sini.. Keep it up my Ahkak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal ada perkataan shawl je mesti ada papaG... ok fine..! :p

      Delete
  2. titik kelembutan saya yg paling ketara adalah saya suka nau main fifa

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalalala... lembut suwit soft suci nyaaa...!!

      nanti aku belanja kopi jantan secawan.. :p

      Delete
  3. Suami sy gila bola. Faham2 je lah. K bai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa.. paham paham.. suami aku pun suka bola gak.. tp perlawanan waktu perdana je dia akan tonton... yg oversi punya kul 2 3 pagi tu jgn harap dia nak layan... :p

      Delete
  4. hobi saya = menconteng arang ke blog MB ni........

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.. boleh boleh.. tp jangan bazirkan sangat arang tu.. arang dah mahal skrng... :p

      Delete