Nasi Lemak Seringgit

Pagi kelmarin Pokchik belikan nasi lemak untuk breakfast. Aku sebenarnya kurang minat makan nasi lemak sebab satu : dah jemu, yang kedua : sebab susah nak jumpa nasi lemak yang sedap dan betul-betul rasa lemak nasinya. Sambal nasi lemak tu paling kritikal sekali. Susah la nak dapat sambal nasi lemak yang sedap. Hanya sambal nasi lemak yang sedap akan betul-betul berjaya memikat hati aku. Kalau sambal failed, keseluruhan nasi lemak akan failed dan aku tak akan ulang beli di tempat yang sama melainkan satu dunia ni dah kehabisan sumber makanan (baca : melainkan betul-betul terpaksa)

Antara nasi lemak yang paling sedap aku pernah makan ialah nasi lemak yang arwah mak mertua aku sendiri masak. Nasi lemaknya lembut dan rasa lemak santan tu. Makan pula dengan sambal tumis bilis atau kadang-kadang arwah masakkan rendang kerang... perrrgghh...!! bertambah woii.. :)

Al-Fatihah untuk arwah mak mertua aku. Rindu dia.

Berbalik kepada nasi lemak yang aku buat breakfast pagi kelmarin, bungkusannya comel sangat. Jadi bila Pokchik kata harganya seringgit je, aku tak pelik sangat lah. Di kawasan tempat tinggal kami tu, harga makanan setara harga makanan kat KL.. tak mahal tak sah..!

Aku buka je bungkusan nasi lemak tu, aku kuis-ukis la kandungannya. Nasi sejemput, telur rebus sehiris.. ya, sehiris sebab aku tak tahu nak bagi penjodoh bilangan apa.. Nipis sangat telur rebusnya sampai tang telur kuning tu hampair lenyap tidak kelihatan. Ikan bilis 3 helai. Kacang tanah goreng sebutir dan sambal tumis sesudu teh. Aku gamam. Serius eh makcik, gini punya nasi lemak pun jual seringgit...? 

diam 5 saat.. diam lagi 3 saat.. sambung pula diam 2 saat

Perlahan-lahan aku sudukan nasi lemak ke mulut, mata berkaca. Hati bagai dihempas ke batu..!
*ehh.. drama nya kau Ain.. panggg nak..??* 

gambar sekadar hiasan. copy dari google image

Sekurang-kurang aku harus bersyukur, ada nasi lemak sebagai juadah bersarapan. Malah aku harus bersyukur sekurang-kurangnya nasi lemak singgit tu cukup sifat -- ada telur walaupun sehiris, ada kacang walaupun sebutir, ada sambal walaupun sesudu teh.. Syukur lah kan..! Nasi lemak seringgit tu akau habiskan dalam 3 kali suapan. Bayangkan betapa bersyukurnya aku.. *muka pasrah*

Aku boleh terima nasi lemak seringgit di kota metropolitan ni, aku juga boleh faham kenapa dengan seringgit aku hanya mampu dapat cenggitu punya nasi lemak. Dan aku baru sedar kenapa Pokchik kalau makan nasi lemak kat kedai makcik tu tak pernah cukup dua bungkus. Dia selalu beli 3 bungkus untuk dia seorang makan...! 

Aku membayangkan orang yang lebih kurang berkemampuan daripada aku. Kalau macam tu punya nasi lemak pun dah seringgit harganya, apatah lagi menu yang lain. Kalau tiga kali suap dah habis, boleh ke kenyang sampai tengahri. Ya Allah, bayangkan lah.. sedih kan.. :(

Apapun, di pagi yang mulia ni marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Pencipta lagi Maha Pemberi Rezeki.. semoga rezeki yang kita perolehi hari ini rezeki yang berkat dan berlimpah-ruah.. Aamiin.. 


Life must go on..!






5 comments:

  1. Kalau dekat kL ni susah nak dpat nasi lemak yg betul2 sedap. Kalau kat kampung pun dah kurang orang jual nasik lemak sambal merah sedap tu. Biasa sambal sikit atau macam cair je color dia. Tak semangat nak makan. Puas hati je kalau dapat nasi lemak mak. Siap penah bagi idea, kalau jual mmg akan laku keras. Tapi mak selalu menafikan idea kami adik beradik. Padahal sy tahu. Hati mak mesti berbunga tiap kali kami puji masakan mak... heh...

    Have a good day Ain.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheheee.. kena pujuk lagi mak tu.. kita orang bandar memang melalui krisis 'tak ada nasi lemak yang sedap' kat KL ni.. hahahahaa..!!

      atau

      mungkin sebab nasi lemak dan karipap yang sedap sekarang semua dah dijual di Jepun dan Korea sahaja sampai jadi viral... kan..? hahahahaha.. :p

      Delete
  2. Teringat cerita org yg bli nasi lmk 50sen jumpa lalat dlm nasi lmk.

    Dia pn bgtau lah mk cik nasi lmk tu dlm nasi lmk mk cik ada lalat.

    Sekali mk cik tu jwb 'udah nasi lmk 50sen takkan nk taruk ayam pulok...'

    Moralnya nasib baik nasi lmk kau singgit. He2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar juga lawak ni.. sampai fobia pula setiap kali nak buka bungkusan nasi lemak tu.. kikikikiii... :p

      *kalau jumpa lalat nanti agak-agak tergamak ke nak complaint..?? lol.. hahahaha..*

      Delete
  3. Kelakar lah kak ain ni! rindunyaaaa nasi lemakkk! sobs.

    ReplyDelete