Pemandu Malaysia Pembunuh, Pembuli dan Pem'pondan' Kronik

Semalam kecoh di Facebook kes kemalangan di lebuhraya dan pemandu-pemandu yang menggunakan lorong kecemasan dianggap sebagai pembunuh tu. Mungkin itu satu dari berpuluh kes yang sama berlaku setiap hari di negara ni. Ya, bukan kes pertama..! Malah sudah jelak dan muak sebenarnya membaca dan menonton kes-kes yang sama setiap kali. Walaupun sebagai pembaca sahaja, aku tersinggung dan sedih sangat-sangat. Membayangkan perasaan ahli keluarga dan sahabat handai mangsa yang terlibat kemalangan tu, mesti berganda rasa sedih dan kecewa. Bagaimana harga nyawa seorang manusia nak dibalas semula hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri pemandu-pemandu itu.

Nyawa tau..! boleh ke diganti-ditukar-dibayar..??

Memang patut pun viralkan kes tu, biar lebih ramai baca dan ambil pelajaran daripadanya. Memang majoriti daripada kita yang memandu ni mesti pernah sekali dua cilok tang lorong kecemasan juga kan..? Jangan nak bohong la. Tapi beragak-agak la nak ikut lorong kecemasan tu, orang kata tengok-tengok lah sekeliling jangan nak fikir lepas Ferarri kau je..! Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang sedang menanti kat depan sana, mungkin yang sedang bertarung dengan hidup dan mati itu sedang menagih perhatian dan keprihatinan anda. Tergamak ke nak keraskan hati ikut juga lorong kecemasan lepas ni?

Dan bayangkan kalau mangsa tu adalah ahli keluarga kita sendiri..! Orang lain buat macam tu pada ahli keluarga kita, rasa nak maki tak..? rasa nak mencarut tak..? so, beringat ok..!

Aku harap pihak polis trafik dapat buat lebih banyak penguatkuasaan bagi menyaman pemandu-pemandu yang pentingkan diri sendiri ni. Sebab hanya dengan penguatkuasaan yang tegas dapat mengajar pemandu-pemandu ni. Buat roadblock banyak-banyak dan buat selalu..! Saman je diaorang ni, jangan nak simpati sangat. Diaorang banyak duit boleh bayar...!! :p

***

Pagi tadi, aku keluar ke pejabat sedikit awal dari kebiasaan. Langit masih gelap masa aku keluar dari rumah tu, walaupun dalam hati aku terdetik "sampai bila la aku nak kerja pergi gelap balik gelap macam ni...?" tapi jauh dalam sanubari, aku bersyukur sebab masih ada kerja, dan kerja yang tak merumitkan.. kalau dibandingkan dengan mereka yang masih tak ada kerja tu, aku tak layak nak merungut apa-apa pun. Lagipun hari ni hari gaji... ehhh..! tetiba.. kekekekee.. 

Aku memandu tenang sambil layan radio IKIM FM. Masa DJ putar petikan bacaan ayat Al-Quran tu, hati aku tiba-tiba sebak. Tak lama lagi Ramadhan tiba, kurang lebih dua minggu lagi.. InsyaAllah. Syahdunya..! sebab setiap kali tiba Ramadhan mesti aku teringat AYAH. Dua tahun lepas, lagi dua minggu sebelum Ramadhan lah AYAH pergi tinggalkan kami buat selamanya.. Al-Fatihah untuk AYAH. Sungguh..! aku rindu AYAH.

Sambil memandu, sambil menikmati udara pagi.. saje aku off kan aircond.. pagi ni kan sejuk, hujan renyai-renyai.. sampai la kat satu traffic light ni. Setiap pagi pun kat trafik light ni akan jem sikit sebab traffic light kurang efisen kot, tambah pula tu laluan utama yang memang banyak kereta lalu situ. Depan kereta aku ada Myvi colour silver, aku tak tahu kenapa dia memandu ala melodrama, semput macam siput sedut sangat. Mengantuk agaknya. Tapi disebabkan mood aku baik pagi tadi, aku follow je lah belakang Myvi yang siput ni..

Tiba-tiba datang satu Avanza colour gold potong barisan, aku dan lain-lain kereta beratur dekat 300 meter panjang, sedap dia je nak potong line..!! tak signal pula tu. Lepas Avanza gold tu datang pula Toyota Wish colour silver, pun potong line juga.. lepas tu Myvi colour putih follow belakang dia potong line. Bayangkan..!! 3 biji sekali cilok betul-betul depan Myvi silver depan aku ni.

Bila tiba kat simpang tu, aku tengok Myvi silver ni masih dengan sikap siputnya, aku berjaya cilok ke kanan dan potong ke depan Myvi silver ni. Sambil-sambil tu aku jengah la apa yang menyiputkan Myvi ni, aku just curious lah kan.. pagi-pagi macam ni biasanya semua macam lipas kudung nak cepat, dia pula menyiput. Rupa-rupanya seperti yang dijangka la -- MAIN HENPON...!!

Aku cuma mampu geleng kepala je (mood aku baik pagi tadi - diulangi..!)

Pada pandangan korang, siapa PEMBULI jalan raya dalam situasi ni? Avanza Gold ke.. Wish Silver ke.. Myvi Putih ke.. atau Myvi Silver yang menyiput tadi...?

Belakang dia ada lebih kurang 20 biji kereta beratur dengan penuh tertib dan adab termasuk aku..! Tetiba dia boleh dengan bahagianya main henpon menyebabkan 3 biji kereta berjaya cilok depan dia. Itu kira khidmat masyarakat di jalan raya ke? grgrgrgrr...!! Suci ke pagi-pagi buta orang semua rushing nak pergi kerja, kau pula main henpon sambil memandu dan menafikan hak 20 biji kereta lain kat belakang kau..? Kalau kau masuk pejabat pukul 8:30 pagi dan office kau sekangkang kera je boleh la.. tapi belakang kau ni ramai lagi yang berkejar tak cukup jalan tar nak sampai office on time.. faham..?!!

Aku tak kata 3 biji kereta yang cilok depan Myvi siput tadi tu tak salah. Salah tetap salah..! Tapi masing-masing ada cara dan kecekapan masing-masing nak cepat sampai ke office. Tapi yang kau main henpon macam boleh mati kalau tak main henpon seminit tu macam mana kira pula..??! Aku pun kadang-kadang main henpon juga bro.. tapi agak-agak la.. tengok la keadaan masa tu dan kat mana kau berada. Kau kenyang ke makan maki hamun orang..? Pagi-pagi orang cepat hilang sabar... tahu..?

haiihhh...!! entah lah.. sampai bila la kes pembuli-pembunuh-pencilok-pem'pondan' jalan raya ni akan terus menghantui. Sampai bila..? Entah di mana silapnya, pemandu-pemandu kat Malaysia ni kurang beradab sedangkan kita orang Timur ni terkenal dengan budi bahasa dan sopan-santun, asal tiba bab jalan raya je habis hancur semua.. :(

jom audit diri.. tengok balik ke dalam diri kita ni..
macam mana sikap kita sebagai pemandu dan pengguna jalan raya..?







Share:

1 comment: