Shelly Si Hijabista Beratus Ribu Followers IG

Shelly (bukan nama sebenar) seorang gadis hijabista yang popular dan mempunyai beratus ribu followers di Instagram. Berbekalkan wajah yang cantik, kulit yang mulus, mata yang galak, tinggi lampai, kurus ramping dan berlatar belakang keluarga berketurunan Sheikh maka peluang Shelly untuk melonjakkan namanya di bibir peminat begitu cerah bercahaya. Shelly tampak perfect..!

Nilai tambah paling ketara pada Shelly (maaf, nama mirip stesen minyak popular) yang membuatkan dia mudah mencuri perhatian peminat sudah semestinya kerana dia seorang HIJABISTA..! Ya, bukan gadis bertudung biasa, bukan gadis kampung tak habis tingkatan 4 mahupun gadis dari keluarga miskin bandar. Bukan..! Shelly adalah hijabista yang bergaya, urban, up to date dan sentiasa tampil menonjol di mana-mana.

Zaman sekarang orang suka gadis hijabista. Pakai ketat tak apa, janji hijabista.. Make up tebal pun tak apa, janji hijabista..! 

gambar sekadar hiasan

Baru-baru ni Shelly telah mendapat tawaran berlakon dalam drama adaptasi novel yang sangat menarik. Drama berangkai 43 episod itu bakal menampilkan Shelly di kaca tv buat pertama kali. Kalau sebelum ni wajah Shelly hanya menghiasi screen smartphone peminat-peminat, kini Shelly mengorak selangkah lagi. Impian Shelly bakal menjadi kenyataan. Syukur padaMu Ya Allah.

Watak yang bakal digalas oleh Shelly merupakan watak yang sangat berat. Watak antoganis. Watak gadis perampas je pun. Di dalam drama itu nanti Shelly perlu tampil daring dengan fesyen sedikit berlebih-lebihan from top to toe. Lenggok suara dan bahasa tubuh juga perlu berjaya buat penonton benci dan meluat.

Shelly tidak sedikit pun gentar. Shelly bersedia memikul tanggungjawab tersebut dan berjanji kepada peminat-peminat akan memberikan yang terbaik untuk watak tersebut. Tahniah Shelly, semangat ini yang kita perlukan daripada pelakon-pelakon muda dan berbakat macam Shelly.

Sehari sebelum drama tersebut ditayangkan di kaca tv, Shelly telah di datangi seorang wartawan untuk bertanyakan beberapa soalan kepadanya. Shelly dengan segala keberanian dan confident tahap dewa-dewa telah menjawab semua soalan wartawan tersebut tanpa sekali pun memberikan jawapan yang klise. Semua jawapannya berani dan 'fresh'.....

Salah satu soalan wartawan tu ialah :

"Shelly kan bertudung, apa yang membuatkan Shelly bersetuju untuk ambil watak jahat macam ni.. tak takut kena kecam dengan peminat ke...?"

Shelly pun jawab dengan senyuman manis tak lekang di bibir :

"Sebagai pelakon baru, saya mesti berani sahut cabaran dan buat kelainan. Lagipun memang ada perempuan bertudung yang jahat pun. Apa yang pelik sangat? Diaorang pun perampas, kacau rumah tangga orang.. biasa la..! Jangan ingat perempuan yang bertudung tu semua baik ye.. hehehehehe.. Saya kenal ramai perempuan bertudung yang hati busuk, mulut longkang. Bertudung tu sebab fesyen je. 

and boys kat luar sana, jadikan drama ni sebagai pengajaran tau..! u olls jangan nak cari makwe yang bertudung sebab u olls ingat diaorang confirm baik ke apa okey.. lebih baik u olls cari girls yang jujur dan jadi diri sendiri.. pakai tudung ni bila dah dapat hidayah nanti pakai juga.. hidayah kan Allah yang bagi.."

Selepas temubual itu disiarkan, beratus ribu peminat Shelly telah dilaporkan bunuh diri...! Ada yang tak sempat mati tapi cedera parah kerana didapati telah mencederakan diri sendiri dengan menghantukkan kepala mereka ke dinding konkrit dan mengilis diri sendiri dengan mesin tebu...!

Ya, memang susah nak terima kenyataan... kann..?



dik, lain kali jangan tahu hijab kepala je.. belajar hijab mulut dulu ye...!




cerita adalah rekaan semata-mata. sekian. 
Share:

1 comment: