Tawaran Yang Tak Mampu Ditolak

Baru-baru ni, aku dengar kat Era FM tentang tajuk yang sama dan ia berjaya membuatkan aku berfikir lama dan dalam. Salah seorang caller dalam segmen tu bercerita yang dia dapat tawaran menjadi pembantu peribadi kepada seorang Datin dengan gaji RM8k sebulan. Tapi dengan satu syarat, dia mesti ikut Datin tu tinggal di London selama satu tahun. Kerja dia sekarang hanyalah sebagai pemandu dengan gaji yang jauh lebih rendah. Jadi dia rasa, tawaran RM8k sebulan tu adalah tawaran yang tak mampu ditolak walaupun sepanjang satu tahun tu dia terpaksa tinggal berjauhan daripada isteri dan anak-anak.

Seriously..?

Sanggup ye tak jumpa isteri dengan anak-anak semata-mata untuk RM8k sebulan? Tak berbaloi kot. Tambahan pula kerja jadi pembantu peribadi ni bukan mudah tau. Kena mengekor je Datin tu kemana-mana. Tak ada life okeyy..! Walaupun duduk kat London tu bunyi macam best tapi ni bukan pergi bercuti, ni pergi bekerja. Bukan dapat nak jalan-jalan ikut suka hati kita nanti. Semua terikat dengan jadual kerja Datin tu. Sanggup ye..?

Tapi aku faham, desakan ekonomi zaman sekarang ni kadang-kala memaksa seorang ketua keluarga berkorban dan membuat keputusan yang sukar. Mungkin niat dia nak bagi kehidupan yang lebih selesa kepada anak-anak dan isteri. Dengan gaji RM8k tu dapatlah dia menyara keluarga dengan lebih baik. Terpaksa berjauhan daripada anak-anak dan isteri tu adalah harga yang dia perlu bayar atas keputusan yang dia buat. Mungkin bagi dia yang penting anak-anak dan isteri cukup makan, dapat sekolah, dapat hidup macam orang lain.. kan.. :)

Sesuatu yang ditakdirkan untuk kita tu kadang-kala nampak kecil pada mata kita dan kita merungut mengenainya, sedangkan di mata orang lain sangat besar dan mereka menganggap kita ni bertuah. Begitu juga sebaliknya. Sebab tu juga, bila kita nak buat satu-satu keputusan buatlah kerana diri kita sendiri bukan kerana orang lain. Hanya kita yang tahu apa yang kita inginkan dalam hidup ni. 

Mungkin keputusan kita tu salah di mata orang lain, tapi jauh di dalam hati kita tahu yang itulah keputusan terbaik sekurang-kurangnya buat masa tu. Selebihnya kita berlapang dada sahaja lah.

Berbalik kepada tajuk tawaran yang tak mampu ditolak tu, aku pun baru-baru ni berhadapan dengan situasi yang lebih kurang sama. Tapi dalam hal aku bukan soal tawaran tu sendiri tapi soal orang yang membuat tawaran tu. Aku kalau dengan sorang manusia ni, aku susah nak tolak. Aku susah nak kata NO. Bukan sebab apa-apapun, its just that..! Aku susah nak kata NO atau TAK NAK dengan dia. Apa-apa dia minta atau tanya, selalunya aku akan buat juga walaupun aku tak tahu apa kelebihan yang aku dapat.

Ya, aku tolong dia for free...!

Kenapa..? Aku tak tahu kenapa. Yang aku tahu, dia tak akan minta tolong kat aku kalau dia tahu aku tak boleh nak tolong. Dia dah minta tolong, aku tolonglah seberapa yang mampu. Lagipun bukan susah sangat pun apa yang dia minta tu. Aku buat seberapa yang termampu lah.

Soalnya kenapa aku susah nak kata NO kalau dengan dia..?
Dia bukan siapa-sapa dengan aku pun.. haiihh..!! rahsia Allah apa lagi yang disembunyikan ni.. aku tak faham. Kenapa hati aku cepat lembut sedangkan sebelum ni aku dah nekad tak nak 'baik-baik' dengan dia lagi. Kenapa?






Share:

2 comments:

  1. aku pernah ditawarkan untuk berkahwin satu lagi, 10 kali ditanya..10 kali aku tolak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ke 11 baru terima kot..!!

      *krikk krikk krikkk*

      Delete