Kecik Hati

Lamanya tak bercerita kat sini. Ada juga sesekali buka blog ni tapi tak ada apa-apa nak update. Jalan-jalan blogwalking pun macam tergesa-gesa je. Entah apa yang disibukkan, tak dapat nak describe.. huhuhuhuu. Rindu tak? Gilaaaaaaaa.. tak rindu..!! mesti la rindu. Cuma tu lah, tak ada apa yang menarik nak share dengan korang. Tambah pula bila masuk bulan Ramadhan yang mulia ni, makin lah macam sibuk je. Ehh.. bukan bulan Ramadhan banyak tidur je ke.. ekekekekk.. :p

Aku kecik hati.
Hari ni aku kecik hati kat seseorang.
Tapi aku tak tahu nak describe kecik hati yang macam mana.
Dan aku pun tak faham, kenapa aku beria nak kecik hati dengan dia sedangkan.. ermmm.. ermmm.. tak perlu kot nak kecik-kecik hati ni.. so childish la ko ain..! huhhhh... tapi namanya HATI, memang mengada-ngada...!

Susah juga bila dah kecik hati kat seseorang ni. Sebab dia tak tahu yang aku kecik hati kat dia, sebab aku tak bagitahu dia. Tak berani. Aku harap dia faham-faham sendiri je. Tapi bila dia tak faham, aku bengang la pula. Lagi bertambah bengang bila orang lain yang tak ada kena mengena pula yang terasa dan ingat aku kecik hati dengan dia sedangkan dia tak ada buat salah apa-apa pun. Haiihhh...! kan senang kalau aku boleh bagitahu je siapa yang buat aku kecik hati tu.. senang kan..!! :p

Bila kita bagitahu kita kecik hati, apa yang kita harapkan sebenarnya? Harapkan dia faham dan minta maaf la kan. Masalahnya, dia tak faham sebab dia tak tahu. So macam mana..? nak teruskan kecik hati ke atau perlahan-perlahan peluk hati sendiri, usap-usap sambil bawa hati sendiri tu pergi menangis kat belakang pintu bilik air..? Mana lagi senang...? Pujuk hati sendiri la senang kot...

Walau macam mana sakit pun orang kecik kan hati kita, kita tak la pula sampai hati nak balas dengan menyakitkan atau mengecilkan hati dia pula kan..? Kenapa eh..? Kenapa tak boleh kecik hati sama-sama..? Aku kecik hati kat kau, kau kecik hati kat aku, aku kecik hati kat kau balik, kau kecik hati kat aku balik.. pusing-pusing sampai kiamat tak abis bab kecik hati....

Actually, bila kita kecik hati atau ada rasa tersinggung perasaan dengan sesiapa tu sebenarnya petanda yang baik tau. Sebab itu tanda yang hati kita ni berfungsi dengan baik dan terbukti kita ni manusia yang normal. Serius la, kalau langsung tak pernah rasa kecik hati tu manusia tak normal kot.. robot...!

Aku ni mudah kecik hati dan rasa tersinggung ke..?

Kawan rapat pregnant tp tak bagitahu aku -- aku kecik hati sebab aku bukan orang first yang dia bagitahu dan aku rasa dia sisihkan aku, tak nak share kegembiraan dia dengan aku.

Kawan rapat yang selalu share cerita tiba-tiba masuk wad tapi rahsiakan daripada aku -- aku kecik hati juga sebab aku rasa useless tak pergi lawat dia kat hospital. Kenapa tak share dengan aku masalah dan sakit dia tu?

Kawan yang pernah bergurau-senda gelak ketawa sekarang dah tak mesra lagi malah dia mesra dan rapat dengan orang lain -- aku kecik hati sebab rasa what so called 'friend' tu dah jadi awkward je memanjang

Ya, mungkin betul. Aku memang jenis yang mudah kecik hati. So, deal with it.
Ok baiiii.... 

*flip shawl sambil buat muka kerek*






ehh.. aku tipu..! sebenarnya aku ada satu berita gembira nak share tapi bukan sekarang lah. tunggu sehari dua lagi, InsyaAllah aku share kat sini. So excited sebenarnya tapi kecik hati punya pasal terus tak ada mood nak share sekarang. Esok-esok lah ye.

By the way, Salam Nuzul Quran esok.. cuba tanya diri sendiri, dah berpuluh tahun hidup berapa kali kau khatam Quran..? berapa..?




Share:

13 comments:

  1. ya, aku bulan puasa memang terlebih tidur. siap set up port baru kat ofis. selesa dengan sofa, kipas angin (walau pun ada aircon) dan jugak sejadah. senang, bila bangun terus lompat solat zuhur.

    kalau kecik hati lepas tu bagitau, itu baru namanya mengada-ngada.

    sekian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh imagine macam mana la comelnya rupa melompat terus solat zuhur tu...!! hahahahahaa.. :p

      Delete
    2. lebih kurang la. lepas bagi salam, terus lompat balik atas sofa. sambung tido...

      Delete
  2. oooo kecik hati ke...ingatkan apalah tadi.oklaah byee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecik hati perkara serius okey...! boleh jadi barah... hahahahaa..

      *sila ambil berat*

      pffftttt... :p

      Delete
  3. Hi Ain,

    i penah gak rasa kecik hati. Kemudian pujuk hati sendiri. Kalau tak fikir sangat benda remeh temeh ni cepat sikit baiknya hati tu. Macam, persetankanlah orang lain gittewww (tapi aku selalu kisah apa org fikir pasal diri sendiri. Ah itu lain)

    Kalau bab kawan, i penah jadi someone yg care sgt pasal kawan. Kalau diorang tak share benda2 penting dgn i, i rasa kecik hati. Tapi bila difikirkan balik, benda ni terlalu remeh utk dikecik hatikan. Macam org tak nak share, eh nak kesah plak la kan.. Banyak lagi benda lain nak fikir.

    haha.. itu i la..

    I harap hati u tu cepat la baik.
    Jgn kecik hati lama-lama sangat.

    Take care
    xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama arr..!! gimipaif...! :)

      memang remeh pun hal tu.. tak patut kechik hati sebenarnya.. tapi TERkechik hati gak.. camne..? hahahahaha.. kalau tak luahkan nanti satu hari dari pagi ke malam mood swing.. so, luah kat sini.. lepas luah baru lega.. lepas tu okey je.. benda kechik kan.. kuis-kuis pakai jari je lepas tu buat tak nampak... haahaahaaa.. :)

      take care to you too..
      muaaahhhh..

      Delete
  4. erm..pnh gak kecik hati..tpi simpan sendiri..hm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummul ni suka simpan-simpan la.. nanti 'meletup' camne..?
      hehehehehee..

      *lama tak sembang2 dengan ummul kan.. ermm.. time rasa free mcm x de apa nak sembang, bila ada modal nak sembang time plak mcm tak kena.. hahahahahaa..*

      Delete
  5. Idup dh 33 tahun.
    khatam quran berapa kali ek.. jap nk kira..

    1... 2... 3... 6...

    Er skali jek :p

    K, nk dgr berita gembira. Moga terubat kecik ati tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. ok lah tu ada sekali qatam.. :)
      aku pun tak pernah kira berapa kali qatam.. bukan sebab banyak kali tapi sebab jarak tempoh masa dan tahun qatam tu Ya Allah Ya Rabbi jauuuuuuuuuuuhhhhhhh nyaaa..!! lupa kau bila last qatam.. :p

      Delete
  6. Salam. Selalunya saya kecil hati dengan orang yang saya rapat dan sayang. Dulu lagi selalu kecil hati, lama-lama sederhanakan; sebab orang tak selesa. Dan kadangkala diri sendiri penat. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss..! itu point nya.. kita akan kecil hati dengan orang yang kita rapat dan sayang je kan.. kalau orang yang biasa2 je, dia buat apa pun takpe.. takde plak kecik hati.. huhuhuu..

      maknanya, kalau kita kecik hati tu sebab kita sayang dan kita 'care' pasal dia.. kann..kann.. :)

      Delete