Sejenis Keseronokan Dan Kepuasan Apakah Yang Kau Cari..?

Ada sesetengah kaum hawa yang bersusah payah jaga badan, jaga kulit, ikat perut dan berhabis ribuan ringgit sebulan untuk kecantikan tubuh semata-mata supaya nanti tubuhnya itu boleh digunakan untuk tujuan peragaan dan pameran. Aku pun bersusah payah juga nak faham sejenis apakah pemikiran yang begitu, tapi tu lah semakin difikir semakin tak faham dibuatnya.

Musim perayaan dah dekat ni, berlambak-lambak gambar artis wanita memperagakan fesyen Aidilfitri daripada pereka fesyen terkenal tanah air. Macam-macam gaya ada. Yang balut tubuh, yang sendat, yang ketat, yang singkat.. semua ada..! Tak payah cakap pasal aurat lah, ini fesyen katanya. Lagipun mereka artis, memang dah 'kerja' mereka begitu (kot).

Sedar tak, kau susah-susah lansingkan tubuh kau tu sebenarnya untuk pereka fesyen 'gantungkan' rekaan mereka dan pamerkan kepada umum sahaja..! Orang gunakan tubuh kau untuk promosikan produk mereka.. kau seronok ye diguna-gunakan..?

Sedar tak, aset-aset kau yang berharga tu di sampul dan di bungkus sekadarnya sahaja.. lepas tu dipersembahkan untuk tontonan umum. Ada pula yang siap bagi tambahan push-up di bahagian aset kau tu bagi nampak lebih kebaboom..!

Kau dapat apa...?

Kemasyhuran..? Rasa lawa..? Ribuan ringgit..?
Dosa kau kira sekali tak...? Sebab dosa lah yang paling BANYAK kau dapat.. sedar..?

Tujuan asal jadi artis untuk apa? Untuk kongsikan bakat yang Allah s.w.t. bagi kat kau.. guna bakat tu untuk sedarkan orang, untuk berdakwah, untuk bagi pelajaran dan pengajaran. Kalau kau jadi pelakon, jadi lah pelakon yang baik dan berguna kepada bangsa dan agama. Begitu juga, kalau kau jadi penyanyi, nyanyi lah lagu-lagu yang bagus. Yang kau sibuk nak jadi model-sarung-nangka tu juga kenapa...?

Kerja jadi model bagi pada si model la.
Atau lebih elok bagi pada 'patung' yang sahih tak ada agama, tak tahu halal haram.
Kau jadikan tubuh kau sebagai patung kenapa...?
Patung tak ada otak.. Tak ada maruah.. 

sedar tak....? 




Share:

7 comments:

  1. Sebab duit dan glamor.
    Dosa letak tepi. kita doakan je diorg berubh klau ternmpk gmbar yg tak enak huhu

    ReplyDelete
  2. Kadang2 i pun tak faham dengan benda ni. Tapi memang boleh nampak sesetengah orang tak kisah jadi patung hidup untuk orang lain. Tak kisah sendat macam mana baju tu asalkan dia rasa cantik dan nampak bentuk badan dia yang mengiurkan tu (kalau lah betul mengiurkan) utk jadi peragaan. Masa tu lah dia nak berbangga dengan benda yang tak patut pun untuk dia banggakan.

    Bak kata Zyra, kita doakan je diorang berubah.
    insyaaAllah.

    xoxo

    ReplyDelete
  3. hmm.sebab tu bulan puasa ni saya kurangkan aktiviti modelling saya.terima kasih utk teguran

    ReplyDelete
  4. Mereka dibayar.
    Kita yg tak dibayar pakai camtu melebih-lebih lah ruginya.
    -bekas pemakai pakaianketatsendat :p

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. kejar dunia... nak buat camne.

    ReplyDelete
  7. yg pertama sbb duit.. yg kedua glamour tuje hehe..tu je matlamat yg menghalalkan segala.

    ReplyDelete