Berita Gembira Yang Tertangguh

Ya ampuuunnn...! Berita gembira yang aku kata nak kongsi tu last-last aku terlupa nak kongsi. Bertangguh je sampai dah terlepas dah pun. Harap diampunkan lah ye kekhilafan aku ni. Maaflah kalau ada yang tertunggu-tunggu berita gembira tu.. (bajet macam ramai sangat pembaca blog ni kaannnnn.. kikikikiii..)

Di ringkaskan cerita, berita gembira yang aku nak kongsi tu sebenarnya pasal kesempatan aku pergi berangkat menunaikan Umrah pada penghujung Ramadhan yang lepas sekali gus dapat meraikan Aidilfitri di Tanah Suci tahun ni. Alhamdulillah. Mungkin bagi sesetengah orang, beraya di luar negara ni perkara biasa tapi tidak bagi aku. First time beraya di luar negara walaupun impian dan hajat nak beraya di Mekah Madinah ni aku dah pendam sejak 2013 lagi.

Al-kisahnya, 2013 tu aku dan suami memang ada mohon nak buat Umrah penghujung Ramadhan, tapi sebab dah terlambat mohon jadi tak dapat visa. Pun begitu Allah s.w.t. kan Maha Pemurah Maha Pengasih Maha Mendengar dan perancangan Allah s.w.t. tu tidak ada lah yang lebih baik selainnya. Tahun 2014 dua kali Allah izinkan aku ke Tanah Suci. Awal tahun pergi buat Umrah dan hujung tahun pergi buat Haji. Ya Allah, tak terungkap betapa aku bersyukur dan terharu. Banyak airmata tumpah sepanjang 2014 tu. Airmata gembira, terharu, sedih dan macam-macam lagi.

Di ringkaskan lagi cerita, awal bulan Mei tu tiba-tiba je Pokchik tu sebut pasal nak pergi Umrah lagi. Dia nak try mohon Umrah Ramadhan lagi katanya. Pokchik tu memang kalau buat perancangan apa-apa bukan reti nak bincang habis-habis dengan aku. Mula-mula tu dia kata nak tanya-tanya je dulu, tup-tup terus je letak deposit dan daftar nama kami bertiga (dia, ayah dia dan aku). Ehh...! terkejut aku, biar betul Pokchik ni.. nak gi Umrah lagi..! Dia kata kebetulan ada kosong, kalau lambat-lambat nanti penuh pula. Dia pun dah bincang dengan ayah dia, ayah dia setuju nak ikut. Jadi semuanya on je lah.. aku pun dalam sedar tak sedar setuju lah juga. Lagipun Pokchik yang tanggung semua kos aku.. hehehehee.. pucuk di cita ulam mendatang lah namanya..! :)

Kali pertama kami pergi Umrah pada Januari 2014 dulu, kami pergi dengan pakej syarikat Andalusia. Kali ni pun kami pilih Andalusia memandangkan harga  dan perkhidmatan yang mereka tawarkan nampak berbaloi. Kalau dulu kami pilih pakej Umrah dan Ziarah (dengan transit di Oman) kali ni pula tak ada transit-transit dah, 4 hari di Madinah dan 8 hari di Mekah. Tarikh asal kami patut berangkat pada 4 Julai iaitu dua hari sebelum Aidilfitri, jangka-jangkanya kami akan sempat berpuasa di Madinah satu hari sahaja dan sambut Aidilfitri di Madinah juga.

Tapi sekali lagi perancangan Allah s.w.t. tu sangat indah dan penuh rahmat, rupa-rupanya Allah izinkan kami pergi lebih awal. Kami berangkat pada 30 Jun 2016 yang mana memberi kami peluang berpuasa 4 hari di Madinah, berpuasa 2 hari di Mekah dan sambut Aidilfitri di Mekah. Paling special kami dapat menunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan yang mana pahala menunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan ni bersamaan pahala 1 kali Haji.

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah..
Besar dan luasnya kasih sayang-Mu Ya Allah..
Sayang dan kasihnya Kau kepada kami hamba-hamba-Mu yang lemah dan kerdil ini Ya Allah.. Kau berikan kami kesempatan berharga ini.. Terima kasih Ya Allah..

:)





Share:

0 comments:

Post a Comment