Berpuasa Dan Berterawikh Di Tanah Suci

Aku sebenarnya tak tahu macam mana nak karang ayat pasal beraya di Tanah Suci ni, tapi sebab ramai sangat tanya "Best ke raya kat sana..?" atau "Macam mana puasa kat sana..?" atau soalan-soalan yang sama waktu dengannya, maka biarlah aku jawab secara pukal je kat sini. Kalau penat nak jawab satu-satu nanti senang aku bagi je link entry ni dengan caption "Mohon Baca..".. hahahahaha..!! pemalasnya kau Ain oiii.. :p


Aku bagi point-point je lah ehh..

1.  Puasa kat sana panjang sikit berbanding kat Malaysia sebab waktu siangnya lebih panjang. Pukul 4:00 pagi dah azan Subuh dan azan Maghrib pula lebih kurang kat Malaysia je iaitu jam 7:10 petang macam tu lah. So, kira sendiri berapa jam kena puasa.

2.  Hari kami berangkat ke Jeddah tu kami berpuasa lebih 16 jam dan berbuka puasa dalam kapal terbang. Memang agak meletihkan la sebab tak pernah seumur hidup aku berpuasa lama macam tu sekali. Paling tak tahan sebab haus la, banyak bercakap sepanjang hari tu. Jadi bila dapat je air yang pramugari Saudi Airlines tu hidang.. Ya Allah, rasa nak sujud syukur.. hikkssss.. :)

3.  Sepanjang kami menunaikan Umrah kali ni, Madinah dan Mekah tengah musim panas. Cuaca kat sana saaaaaaangaatt lah panas..! Madinah sahaja sudah cecah 40-42 darjah celcius.. dan Mekah pula lebih panas lagi menghampiri 50 darjah celcius. Bayangkan punya bahang dan panasnya. Lepas tu, kat sana bukan panas macam kat Malaysia, kat sana panas yang kering dan berdebu. Angin kat sana walaupun agak kuat tapi sangat panas. Kena kat kulit muka rasa terbakar..! So, sila rajin-rajin pakai pelembap dan losyen kat mana-mana yang patut.

4.  Satu hal yang buat aku terkejut sangat-sangat adalah jumlah jemaah yang membanjiri Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Haram di Mekah.. Subahanallah.. Allahu Akhbar.. ramaaaaaaaiiiii nya umat..! Sampai penuh padat sendat masjid tu dengan jemaah. Yang solat di perkarangan luar masjid pun ramaaaiiiii sampai tak nampak lantai masjid tu. Bayangkan lah. Aku sendiri beberapa kali je dapat solat dalam Masjid Nabawi, selebihnya solat kat perkarangan luar masjid. Itu pun bersempit-sempit dan bertolak-tolak sebab semua rebutkan tempat. 

5.  Musim Haji pun Madinah tak sepadat ini, rasanya masa Haji hari tu jemaah 'keluar dan masuk' maksudnya bilangan jemaah yang masuk Madinah dengan keluar dari Madinah seimbang. Sedangkan sepanjang Ramadhan, aku difahamkan jemaah tu 'berumahtangga' kat Masjid Nabawi tu dari 1 Ramadhan sampai 1 Syawal malah bilangan jemaah semakin bertambah-bertambah-dan-bertambah lagi bila menuju penghujung Ramadhan. Bayangkan lah kalau semua masuk je tak keluar-keluar.. macam mana lah tak penuh-padat-sendat-ketat dibuatnya.. boleh lemas..!!

6.  Jemaah dari India, Pakistan dan negara-negara seangkatan dengannya adalah yang paling ramai kelihatan selain jemaah Arab la. Jemaah dari Malaysia, Indonesia, China atau negara-negara lain ni nampak selit-selit je. Masa ni memang jemaah India dan Pakistan memonopoli Masjid Nabawi sepenuhnya terutama waktu siang. Mereka ni tidur, bersahur dan berbuka puasa dalam masjid. Jadi kalau mereka dah duduk dan 'mark' ruang tu, kau memang tak ada chance nak duduk dan solat kat situ. Tempat kau cuma di celah-celah tiang, atas lantai tempat laluan yang ada getah kelabu tu atau sebelah tong air zam-zam yang dah kosong tu je.. Mohon bertabah.. :)

7.  Tolong bawa sejadah sendiri setiap kali ke masjid. Kalau tak bawa dari Malaysia, pandai-pandai lah beli kat Madinah tu. Sebab most of the time memang kau akan solat atas lantai. Kalau dapat solat dalam masjid pun, solat atas lantai apatah lagi kalau kena solat di luar masjid. Karpet merah kat dalam Masjid Nabawi tu kau nampak sipi-sipi je okehh..! Jangan harap dapat solat atas karpet tu. Kalau solat di luar masjid, lantai luar tu panas. Sangat panas..! Walaupun solat sebelah malam. Mungkin sebab tengah musim panas jadi lantai tu sentiasa panas. Kalau tak nak dahi melecur masa sujud, pakai lah sejadah.. :)

8.  Siapa pernah pergi Umrah dengan Andalusia mesti biasa dengan Hotel Mubarak Silver yang dekat beberapa meter je dengan Masjid Nabawi tu kan..? Tapi harap maklum, Andalusia sekarang dah tak guna hotel tu lagi. Dah pajak hotel lain yang sedikit lebih jauh. Hotel Mawaddah ni terletak sebelah kanan Masjid Nabawi, bermakna untuk muslimah u olls kena jalan jauh sikit untuk masuk ke ruang solat muslimah yang utama. Sebelah kanan masjid pun ada ruang solat muslimah tau, jangan tak tahu. Tapi kalau u olls bercadang nak masuk Raudhah, u oll kena pergi ke ruang solat muslimah yang utama iaitu yang sebelah kiri masjid. 

Jangan tunggu kat ruang solat muslimah sebelah kanan tu, jawabnya sampai ke Subuh esok kau tak dapat masuk Raudhah..! :p

9.  Waktu masuk Raudhah bagi muslimah sepanjang Ramadhan masih sama macam hari-hari biasa kecuali lepas Isyak TIDAK ADA peluang masuk Raudhah la sebab ada Solat Terawikh kan. Lepas solat terawikh pun tak ada peluang masuk Raudhah ye. Harap maklum. Jadi untuk muslimah, untuk masuk Raudhah selepas Subuh lah yang paling baik. Itu pun u oll kena siap sedia macam nak pergi berperang dan berjuang antara hidup dan mati (gitu lah perumpamaannya). Lepas solat Zohor pun diberi peluang muslimah masuk Raudhah tapi masa yang diberikan sangat-sangat terhad. 

10.  Solat Terawikh di Madinah dan Mekah memang 20 rakaat dengan satu-satu rakaat tu sangaaaaaattt panjang. Tapi bagi yang dah biasa solat terawikh kat Malaysia dengan Imam Tahfiz rasanya tak ada masalah nak ikut solat terawikh di Madinah dan Mekah sebab Imam-Imam Tahfiz kat Malaysia pun sekarang baca surah panjang-panjang masa solat terawikh kan. So, agak-agak nak praktis dulu boleh la rajin-rajin ikut terawikh kat masjid-masjid di Malaysia ni yang ada panggil Imam Tahfiz tu.

11.  Ada orang tanya aku, betul ke syahdu sampai nangis-nangis masa Solat Terawikh tu..? Ya Rabb.. memang syahdu wehh.. jangan kan solat terawikh, solat fardhu pun imam dah nangis-nangis. Aku apatah lagi, berjurai-jurai la airmata. Baru suara imam tu sebak-sebak je, aku dah tumpah airmata dah. Tak tahu la nak describe macam mana punya syahdu.. hanya yang dah pernah lalui je lah akan faham kot. Malam last Ramadhan tu kami di Mekah, masa solat Isyak tu Imam Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais pula yang imamkan, dia baca Surah Ar-Rahman. Dari mula dia sebut "Ar-Rahmaaaaannn" tu je dia dah sebak, aku masa tu dah soksek-soksek nangis tersedu-sedu. Walaupun hakikatnya aku tak paham sangat pun makna keseluruhan surah tu tapi Ar-Rahman tu je dah cukup mendalam maknanya kaaannnnnn...

Siapa yang tak pernah jejak kaki ke Mekah Madinah, aku mohon tolonglah usahakan untuk dapat pergi ke sana, korang akan dapat rasai sendiri kesyahduan dan kekhusyukkan menunaikan solat yang luar biasa. Sepanjang kat sana, aku doakan saudara-mara dan sahabat-sahabat aku semuaaaaa dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk ke sana. InsyaAllah ye, sikit masa lagi u oll pula dapat ke sana dan nantii share cerita dengan aku pula ok.. :)

12.  Sepanjang 10 malam terakhir Ramadhan, di Madinah dan Mekah akan di adakan Solat Tahajjud secara berjemaah di masjid. Kalau tak silap aku diaorang buat 10 ke 20 rakaat. Bagi yang larat silakan ikut ye Solat Tahajjud tu, bukan selalu dapat Tahajjud panjang-panjang macam tu kan. Di Tanah Suci pula tu. Tapi sayangnya aku tak sihat sepanjang di Madinah dan Mekah tu. Bila malam je aku demam, batuk dan selsema teruk jadi aku terpaksa la lepaskan niat nak turut sama Solat Tahajjud berjemaah tu. Kalau nak ikut serta, pastikan pukul 1 pagi dah ada kat masjid ye. Solat Tahajjud tu diadakan dari jam 2 hingga 3 pagi kalau tak silap.


13.  Berbuka puasa di Masjid Nabawi memang MERIAH u olls...! duduk bersila ramai-ramai kat perkarangan masjid tu tapi bersempit-sempit la sikit. Nanti ada je yang hulurkan makanan dan minuman yang orang sedekah. Aku yang ala-ala jakun ni memang super excited lah kan.. hahahahaa..! Sesekali rasa jadi gelandangan. Masa tu aku belajar erti bersyukur dengan rezeki yang ada, walaupun sikit seciput tapi rupa-rupanya cukup mengenyangkan sebab kita bersyukur.. :)

Hari terakhir aku di Madinah umat semakin ramai, ruang untuk berbuka tu penuh padat sampai nak duduk bersila pun tak muat. Kena duduk peluk lutut (bayangkan lah). Masa tu aku cuma dapat 3 biji kurma dan sekotak air mangga. Terdetik dalam hati "ini je..?" hahahahahaa.. tapi memang suasana masa tu sangat havoc, ada yang sampai berebut-berebut makanan.. bertarik-tarik.. dah macam kem pelarian pun ada. Aku pula jenis penakut dan tak pandai nak rebut-rebut maka redha la dengan kurma 3 biji tu. Memori berbuka puasa di Madinah ni akan aku simpan sampai akhir hayat aku. Walaupun tak selesa, juadah tak mewah, cuaca panas berdebu, bau macam-macam ada, perangai jemaah yang 'pelik-pelik' dan suasana yang sangat tragis tapi inilah kenangan tak ternilai harganya bagi aku. Alhamdulillah Ya Allah.. :)
  
14.  Macam biasa, sama macam arwah Ayah aku selalu pesan pada jemaah dia.. sepanjang berada di Madinah dan Mekah tu SILA LA JAGA MULUT dan jaga mata telinga juga. Paling penting JAGA HATI..!! jangan terdetik apa-apa yang buruk pun. Jangan fikir negatif, jangan fikir bukan-bukan, jangan fikir nak mengata mengutuk orang lain walaaaaaaauuuuupun mulut kau memang akan ringan je nak mengata itu mengata ini, merungut itu merungut ini.. tapi tahan je lah..! istighfar dan zikir banyak-banyak.. tu je eloknya..!

Bila berdepan dengan jemaah daripada pelbagai negara dan pelbagai mazhab ni, kau akan nampak macam-macam 'keburukan' dan 'kepelikkan' cara mereka beribadah, cara mereka bawa diri, cara mereka yang pentingkan diri yang kadang-kala sedikit kurang beradap dan berperangai 'ya hazaaabbbb kuang ajaq nyaaa...' tapiiiiii.. kau jangan ambik pusing sangat hal jemaah lain tu. Kau jaga diri sendiri je. Jaga ibadah dan amalan sendiri ok. Biar depa kurang ajar kat kita, kita jangan balas balik. Itu je yang arwah Ayah aku pesan dan aku akan pesan kat orang lain pula. Jaga hati, jaga mulut...! Pandai-pandai bawa diri.. Set dalam kepala siap-siap pergi sana nak buat banyak-banyaaaaaaakkkkk pahala bukan sebaliknya. InsyaAllah Allah pasti bantu dan permudahkan urusan kita.. :)

15.  Bagi yang pertama kali nak menunaikan Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci aku cadangkan jangan lah pergi time akhir Ramadhan sebab keadaan kurang selesa. Jemaah terlampau ramai. Terutama warga tua, selain penat berpuasa di sebelah siang, tambah pula penat sebab terpaksa bersesak-sesak di sebelah malam. Kalau jenis yang boleh tahan, tak apa silakan. Tapi kalau jenis lembik macam aku ni (harapkan badan je besar.. hahahahaha..!!) baik lah pergi Umrah tu bukan dalam Ramadhan. Sekurang-kurangnya yang dah pergi Umrah banyak kali, tahu mana kedudukan Raudhah, mana tempat nak tunggu, mana tempat nak keluar, mana ruang solat muslimah dan lain-lain. Kalau pertama kali pergi, memang korang akan terkial-kial cari semua tempat tu. Dengan jemaah yang padat tu, memang akan menyukarkan lagi keadaan.

Kalau nak pergi juga Umrah Ramadhan, sila siapkan mental dan fizikal anda sebaik-baiknya. Buat senaman-senaman ringkas seawal sebulan sebelum berangkat sebab keadaan fizikal yang sihat dan fit sangat diperlukan. Jaga kesihatan dan pemakanan sejak dari di Malaysia lagi supaya badan kita boleh cepat suaikan diri dengan cuaca di Madinah dan Mekah. Kalau boleh elakkan jatuh sakit sepanjang berada di sana. Kalau dah demam, batuk dan selsema macam aku hari tu, pergerakkan lebih terbatas. 

16.  Overall, aku sebenarnya tak puas hati sangat sepanjang berada di Madinah sebab aku rasa kurang selesa nak bersempit-sempit dan bertolak-tolak. Bayangkan lah tengah solat pun ada je orang tolak-tolak kita, tengah sujud orang langkah-langkah kepala kita, tengah duduk tahiyyat akhir ada orang tekan-tekan kepala kita, memang rasa nak mengamuk je kan..! tapi ku tahaaannn Jebat..! ! hehehehe.. Ziarah ke Madinah kali ni banyak mengajar aku bersabar dan redha dengan apa yang aku dapat seadanya.. Aku banyak muhasabah diri betapa selama ni aku tak hargai keselesaan dan kenikmatan yang ada di sekeliling aku.

Madinah yang dulunya sejuk, tenang dan mendamaikan rupanya boleh jadi sebegitu melemaskan, panas dan kacau-bilau. Aku lebih suka Madinah yang dulu, yang tak padat dan sesak. Aku rindu Madinah yang sejuk dan tenang. Aku rindu suasana masuk Raudhah dengan linangan airmata, dengan langkah yang perlahan-lahan penuh kerinduan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. yang dicintai bukan masuk Raudhah dalam keadaan bertolak-tolak, menyiku-nyiku, menjerit-jerit dan berlari-lari. Aku tak suka moment yang macam tu.

Apapun.. semoga semua amal ibadah kami walau sekecil-kecilnya telah diterima oleh Allah s.w.t. Aku insan yang lemah lagi penuh kekurangan, kadang hati ni tak tegap melawan ujian. Semoga segala dugaan yang aku lalui sepanjang berada di Tanah Suci itu menjadi bekalan pahala untuk aku di akhirat kelak dan bukan sebaliknya. Jangan kita asyik persoalkan apa yang tidak kita perolehi sedangkan apa yang Allah s.w.t. dah bagi ni jauuuuuuuhhhh lebih bernilai dan yang terbaik untuk kita.. :)

InsyaAllah sambung lagi esok.. aku cerita pengalaman tunaikan Umrah dalam bulan puasa dan pengalaman sambut Aidilfitri di Mekah Al-Mukarramah pula.

Semoga bermanfaat.







Post a Comment

4 Comments

  1. Masya-Allah. Seronoknya baca sampai habis. Sungguhlah jika sesebuah penulisan tu dari hati ia akan ke hati juga. Memang rasa dekat betul Mekah dan Madinah tu kalau baca penulisan awak ni. Moga satu hari nanti saya akan dapat ke sana juga. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. semoga diberi kesempatan nanti.. :)

      Delete
  2. terbayang-bayang diri dalam suasana yang ain ceritakan..

    ReplyDelete