Yang Haram Tetap Haram, Yang Dibolehkan Jangan Pula Diharamkan Sesuka Hati

Siapa yang 24 jam menghadap Facebook mungkin akan faham apa yang aku nak sampaikan ni. Kalau jenis yang bermusuh dengan Facebook tu, mungkin tak berapa faham atau sedikit kepelikkan kenapa aku timbulkan isu ni. Sebelum tu, suka lah aku nak bagitahu isu ni aku bangkitkan bukan nak ajak korang sama-sama sakit mental macam aku, tapi sekadar suka-suka sahaja sambil boleh kita buat asas untuk difikir-fikirkan bersama.

Mohon check diri sendiri.

1.

Bila orang viralkan isu seorang wanita yang sudah berkahwin, HARAM keluar dengan lelaki lain yang bukan mahramnya (sama ada lelaki bujang atau suami orang) walaupun selepas mendapat izin suami dan walaupun atas urusan kerja dan sebagainya tetap HARAM hukumnya terutama jika keluar berdua-duaan sahaja. Apatah lagi jika keluar berdua dengan lelaki tu tanpa keperluan (darurat hakiki). Jadi setakat menumpang kereta secara berdua-duaan dengan rakan sepejabat yang berlainan jantina tu, hukumnya HARAM. Setakat keluar lunch berdua dengan kawan lelaki (walaupun di tempat umum) juga hukumnya HARAM.

Ramai lah yang melenting bila baca hukum ini di viralkan. Kononnya hukum itu kejam lagi mengejamkan. Katanya, kalau suami dah izinkan,  tak apa lah. Kalau setakat keluar lunch sama-sama tak apa lah. Kalau si perempuan jaga aurat dan tak ada pegang-pegang dengan lelaki bukan mahram tu, tak apa lah. Kalau sebab urusan kerja (boss yang suruh), tak apa lah. Katanya lagi, kalau semua tak boleh, itu tak boleh ini tak boleh, baik simpan isteri dalam almari dan kunci ketat-ketat...!

Sanggup pula kau duduk dalam almari je..?


2.

Bila orang viralkan tentang keperluan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri kerana ingin mengelakkan maksiat, kerana ingin membela nasib wanita, kerana ingin mengembangkan umat Muhammad s.a.w., kerana ingin berkongsi harta dunia dengan orang lain, kerana ingin menyelamatkan ibu tunggal dan sebagainya. 

Ramai pula yang kecam..! Kata lelaki tu gatal, kata lelaki tu kejam, kata lelaki tu tak sayang isteri, tak tahu bersyukur dah ada isteri, lelaki tu nafsu melangit, lelaki gelenya, lelaki miang, lelaki tak sedar diri. Katanya lagi, lelaki macam tu patut mati pucuk awal, lelaki macam tu nanti akan kena hukum qarma, lelaki macam tu nanti kalau ada anak perempuan, biar anak perempuannya pula dimadukan. Baru dia rasa sakitnya.

Wahh.. sampai macam tu sekali...!





Manusia memang suka menghukum ikut logik akal fikiran kan..? Apa yang 'cantik' di mata mereka maka elok, baik dan dibolehkan. Begitu juga sebaliknya. Aku tak pelik kenapa manusia terlalu cepat menghukum, sebab aku pun tak kurang juga. Tapi sedar lah hukum yang manusia cipta tak akan mampu mengatasi hukum yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk kita. Allah s.w.t. yang menciptakan kita dan seluruh dunia ini, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ayuh, hentikan sikap terlalu cepat menghukum ni...!
Setiap dua perkara yang pahit itu pasti ada kemanisan di sebaliknya.





Share:

Doa Terakhir

Senario politik dan ekonomi negara yang seakan-akan makin parah dan berdarah ni, tak mampu nak aku ulas satu per satu sebab aku bukan pakar ekonomi jauh sekali pemerhati politik yang tahu semuanya. Tapi kalau kita ni bukan pakar pun boleh tahu, boleh faham, boleh rasa dan boleh meneka sememangnya keadaan negara kita sekarang ni sangat-sangat-sangat 'sesuatu'...kan..? Kalau pun mungkin tidak sampai perang atau darurat, tapi nak rasa selesa.. nak rasa selamat.. nak rasa percaya.. tu semua dah semakin tak ada. Dah hilang semua rasa tu.. betul tak..? Wallahualam.

Teringat aku tazkirah di Nasional FM yang aku dengar beberapa hari lepas. Tazkirah tentang doa terakhir  Rasulullah s.a.w. Kita ni memang kalau dengar cerita pasal Rasulullah s.a.w. automatik hati jadi sejuk je kan.. Aku sendiri kalau masuk bab Rasulullah s.a.w. ni aku cepat sayu dan mudah sangat mengalirkan airmata. Kenapa ehh..? 

Dalam tazkirah tu, Ustaz kata (maaf aku lupa nama ustaz tu) diriwayatkan kisah suatu masa di zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, Baginda telah datang menziarahi anak Baginda iaitu Fatimah r.a. dan cucu-cucu Baginda (anak kepada Fatimah) iaitu Husin dan Hasan. Lalu Baginda pun memeluk Husin kemudian mencium leher Husin, selepas itu Baginda memeluk Hasan dan mencium pula perut Hasan. Fatimah r.a. yang sedang melihat perbuatan ayahandanya itu kemudian menitiskan airmata kerana tahu lah oleh Fatimah r.a. yang anaknya Husin akan meninggal kerana dipenggal lehernya dan Hasan pula akan meninggal kerana di tikam/di racun di perutnya. Lalu dengan linangan airmata, Fatimah r.a. pun berkata :

"Ya Rasulullah.. Ya Ayahanda ku.. bukankah setiap Nabi itu ada DOA TERAKHIR yang paling segera termakbul. Jadi tidak boleh kah Ya Rasulullah kau doakan untuk Husin dan Hasan agar takdir hidup mereka dapat diubah...?"

Rasulullah s.a.w. sambil menggelengkan kepalanya seraya berkata :

"Tidak Ya Fatimah. Doa terakhir itu aku khususkan untuk UMAT KU.."

(Dipetik daripada blog http://ainakasturi.blogspot.my/)
Setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon bala bencana kepada ummatnya (rujuk kisah-kisah para Nabi). Contoh macam Nabi Yunus, bila umat baginda tak mahu menerima ajarannya, baginda pun berdoa kpd Tuhan supaya didatangkan bala supaya mereka sedar. Nabi Nuh pula dengan banjir besar dan sebagainya.

Lihatlah betapa Rasulullah s.a.w. yang kita cintai tu tak pernah pentingkan diri sendiri. Baginda sentiasa mendahulukan kita ni. Boleh sahaja Baginda menggunakan segala kelebihan yang Baginda ada untuk anak-anak dan isteri Baginda, tetapi bukan begitu sikap seorang lelaki budiman lagi mulia hatinya. Di saat-saat akhir hayat Baginda pun hanya "Ummati.. Ummati.. Ummati.." yang Baginda ucapkan.. Dan lihat lah sikap dan cara pemimpin kita pada masa ini..? Jangankan nak ingat pada kita ni, nak doakan kita ni.. emmpphhh..! fikir sendiri lah.. :(

Tapi lihatlah betapa mulianya hati Rasulullah s.a.w. kepada kita. Baginda doa dan minta segala-galanya daripada Allah s.w.t untuk kita. Untuk mudahkan hidup kita. Untuk jauhkan kita daripada seksa neraka. Untuk bolehkan kita SEMUA masuk syurga. Untuk kita selalu taat menyembah Allah s.w.t.

Baginda saaaaaaaangaattt bimbangkan kita.
Sedangkan diri kita sendiri ni ada tak rasa bimbang dengan diri sendiri..? Ada..?

Baginda yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut yang sangat menyakitkan itu pun masih sempat ingat kepada kita, sedangkan mak ayah kita sendiri atau suami/isteri kita sendiri yang hari-hari sebut "sayang" atau "I love you" pada kita tu pun belum tentu akan ingat untuk doakan kesejahteraan kita di saat-saat akhir hayat mereka.. betul tak..?

Besarnya kasih sayang Rasulullah s.a.w. tu kan.. setiap saat dia fikir pasal kita tau.. 
Bayangkan lah.. dan ingaaaattt lahh....!! semat betul-betul dalam hati kita. Kalau ada seorang manusia di dunia ini yang paling sayangkan kita tak lain tak bukan, tentulah Rasulullah s.a.w. orangnya. Hanya Baginda yang sayangkan kita sebanyak-banyaknya.

***

Pertama kali aku jejak kan kaki ke Masjid Nabawi di Madinah duluuuuuu di awal tahun 2014, hati aku sebak.. betul-betul sebak sampai berkaca-kaca mata. Tak tahu lah kan, memang sayu betul hati mengenangkan di situ terabadinya jasad seorang manusia teragung yang berhati mulia. Dan betapa besarnya kasih sayang Rasulullah s.a.w. tu akan buat hati kau automatik menangis. Serius..!

Bila dapat jejakkan kaki ke Raudhah, airmata aku dah berkolam-kolam dah. Basah telekung. Sayunya hati Ya Allah. Walaupun dapat tengok besi-besi yang mengepung makam Baginda tu je, tapi rasa bertuahnya diri, rasa dirahmati, rasa disayangi.. sangat-sangat..! Walaupun aku banyak dosa, banyak silap, tapi Allah izinkan aku masuk Raudhah.. dapat solat taubat dan solat hajat di dalam Raudhah, airmata aku memang menderu-deru jadinya. Kerdilnya aku. Hinanya aku. Tapi dapat 'duduk' dekaaaaaattttt dengan jasad Rasulullah s.a.w. 

dan biar dah 8 ke 9 kali aku dapat masuk Raudhah, tapi hati tetap berdebar-debar setiap kali nak menuju ke sana.. dan setiap kali itu juga airmata aku menitik-nitik.. Dan bila dah balik Malaysia, setiap kali rasa diri ni tak kuat ke, rasa malas nak solat ke, rasa putus asa ke.. aku akan ingat kisah-kisah Rasulullah s.a.w. terutama yang "Ummati.. Ummati.." tu.. Aku percaya setiap kali kita mengingati dan berselawat kepada Baginda, hati kita akan jadi lembut. InsyaAllah..

Setiap kali dengar ceramah atau tazkirah berkaitan Baginda, hati bagai disagat-sagat kerinduan. Ya Allah.. rindunyaaaaaa pada Raudhah dan Masjid Nabawi.. Rinduuuuuunya kepada Baginda Rasulullah s.a.w.









Share: