Doa Terakhir

Senario politik dan ekonomi negara yang seakan-akan makin parah dan berdarah ni, tak mampu nak aku ulas satu per satu sebab aku bukan pakar ekonomi jauh sekali pemerhati politik yang tahu semuanya. Tapi kalau kita ni bukan pakar pun boleh tahu, boleh faham, boleh rasa dan boleh meneka sememangnya keadaan negara kita sekarang ni sangat-sangat-sangat 'sesuatu'...kan..? Kalau pun mungkin tidak sampai perang atau darurat, tapi nak rasa selesa.. nak rasa selamat.. nak rasa percaya.. tu semua dah semakin tak ada. Dah hilang semua rasa tu.. betul tak..? Wallahualam.

Teringat aku tazkirah di Nasional FM yang aku dengar beberapa hari lepas. Tazkirah tentang doa terakhir  Rasulullah s.a.w. Kita ni memang kalau dengar cerita pasal Rasulullah s.a.w. automatik hati jadi sejuk je kan.. Aku sendiri kalau masuk bab Rasulullah s.a.w. ni aku cepat sayu dan mudah sangat mengalirkan airmata. Kenapa ehh..? 

Dalam tazkirah tu, Ustaz kata (maaf aku lupa nama ustaz tu) diriwayatkan kisah suatu masa di zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, Baginda telah datang menziarahi anak Baginda iaitu Fatimah r.a. dan cucu-cucu Baginda (anak kepada Fatimah) iaitu Husin dan Hasan. Lalu Baginda pun memeluk Husin kemudian mencium leher Husin, selepas itu Baginda memeluk Hasan dan mencium pula perut Hasan. Fatimah r.a. yang sedang melihat perbuatan ayahandanya itu kemudian menitiskan airmata kerana tahu lah oleh Fatimah r.a. yang anaknya Husin akan meninggal kerana dipenggal lehernya dan Hasan pula akan meninggal kerana di tikam/di racun di perutnya. Lalu dengan linangan airmata, Fatimah r.a. pun berkata :

"Ya Rasulullah.. Ya Ayahanda ku.. bukankah setiap Nabi itu ada DOA TERAKHIR yang paling segera termakbul. Jadi tidak boleh kah Ya Rasulullah kau doakan untuk Husin dan Hasan agar takdir hidup mereka dapat diubah...?"

Rasulullah s.a.w. sambil menggelengkan kepalanya seraya berkata :

"Tidak Ya Fatimah. Doa terakhir itu aku khususkan untuk UMAT KU.."

(Dipetik daripada blog http://ainakasturi.blogspot.my/)
Setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon bala bencana kepada ummatnya (rujuk kisah-kisah para Nabi). Contoh macam Nabi Yunus, bila umat baginda tak mahu menerima ajarannya, baginda pun berdoa kpd Tuhan supaya didatangkan bala supaya mereka sedar. Nabi Nuh pula dengan banjir besar dan sebagainya.

Lihatlah betapa Rasulullah s.a.w. yang kita cintai tu tak pernah pentingkan diri sendiri. Baginda sentiasa mendahulukan kita ni. Boleh sahaja Baginda menggunakan segala kelebihan yang Baginda ada untuk anak-anak dan isteri Baginda, tetapi bukan begitu sikap seorang lelaki budiman lagi mulia hatinya. Di saat-saat akhir hayat Baginda pun hanya "Ummati.. Ummati.. Ummati.." yang Baginda ucapkan.. Dan lihat lah sikap dan cara pemimpin kita pada masa ini..? Jangankan nak ingat pada kita ni, nak doakan kita ni.. emmpphhh..! fikir sendiri lah.. :(

Tapi lihatlah betapa mulianya hati Rasulullah s.a.w. kepada kita. Baginda doa dan minta segala-galanya daripada Allah s.w.t untuk kita. Untuk mudahkan hidup kita. Untuk jauhkan kita daripada seksa neraka. Untuk bolehkan kita SEMUA masuk syurga. Untuk kita selalu taat menyembah Allah s.w.t.

Baginda saaaaaaaangaattt bimbangkan kita.
Sedangkan diri kita sendiri ni ada tak rasa bimbang dengan diri sendiri..? Ada..?

Baginda yang sedang berhadapan dengan sakaratul maut yang sangat menyakitkan itu pun masih sempat ingat kepada kita, sedangkan mak ayah kita sendiri atau suami/isteri kita sendiri yang hari-hari sebut "sayang" atau "I love you" pada kita tu pun belum tentu akan ingat untuk doakan kesejahteraan kita di saat-saat akhir hayat mereka.. betul tak..?

Besarnya kasih sayang Rasulullah s.a.w. tu kan.. setiap saat dia fikir pasal kita tau.. 
Bayangkan lah.. dan ingaaaattt lahh....!! semat betul-betul dalam hati kita. Kalau ada seorang manusia di dunia ini yang paling sayangkan kita tak lain tak bukan, tentulah Rasulullah s.a.w. orangnya. Hanya Baginda yang sayangkan kita sebanyak-banyaknya.

***

Pertama kali aku jejak kan kaki ke Masjid Nabawi di Madinah duluuuuuu di awal tahun 2014, hati aku sebak.. betul-betul sebak sampai berkaca-kaca mata. Tak tahu lah kan, memang sayu betul hati mengenangkan di situ terabadinya jasad seorang manusia teragung yang berhati mulia. Dan betapa besarnya kasih sayang Rasulullah s.a.w. tu akan buat hati kau automatik menangis. Serius..!

Bila dapat jejakkan kaki ke Raudhah, airmata aku dah berkolam-kolam dah. Basah telekung. Sayunya hati Ya Allah. Walaupun dapat tengok besi-besi yang mengepung makam Baginda tu je, tapi rasa bertuahnya diri, rasa dirahmati, rasa disayangi.. sangat-sangat..! Walaupun aku banyak dosa, banyak silap, tapi Allah izinkan aku masuk Raudhah.. dapat solat taubat dan solat hajat di dalam Raudhah, airmata aku memang menderu-deru jadinya. Kerdilnya aku. Hinanya aku. Tapi dapat 'duduk' dekaaaaaattttt dengan jasad Rasulullah s.a.w. 

dan biar dah 8 ke 9 kali aku dapat masuk Raudhah, tapi hati tetap berdebar-debar setiap kali nak menuju ke sana.. dan setiap kali itu juga airmata aku menitik-nitik.. Dan bila dah balik Malaysia, setiap kali rasa diri ni tak kuat ke, rasa malas nak solat ke, rasa putus asa ke.. aku akan ingat kisah-kisah Rasulullah s.a.w. terutama yang "Ummati.. Ummati.." tu.. Aku percaya setiap kali kita mengingati dan berselawat kepada Baginda, hati kita akan jadi lembut. InsyaAllah..

Setiap kali dengar ceramah atau tazkirah berkaitan Baginda, hati bagai disagat-sagat kerinduan. Ya Allah.. rindunyaaaaaa pada Raudhah dan Masjid Nabawi.. Rinduuuuuunya kepada Baginda Rasulullah s.a.w.









Share:

6 comments:

  1. Erm..tgk kt tv pun da sayu.inikan lagi live..mmg banjir ler.dpt rasakan..bygkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannnn... memang sayu.. bile dengar je pasal kasih sayang Rasulullah s.a.w. ni automatik sayu.. nangisssss... :)

      Delete