Yang Haram Tetap Haram, Yang Dibolehkan Jangan Pula Diharamkan Sesuka Hati

Siapa yang 24 jam menghadap Facebook mungkin akan faham apa yang aku nak sampaikan ni. Kalau jenis yang bermusuh dengan Facebook tu, mungkin tak berapa faham atau sedikit kepelikkan kenapa aku timbulkan isu ni. Sebelum tu, suka lah aku nak bagitahu isu ni aku bangkitkan bukan nak ajak korang sama-sama sakit mental macam aku, tapi sekadar suka-suka sahaja sambil boleh kita buat asas untuk difikir-fikirkan bersama.

Mohon check diri sendiri.

1.

Bila orang viralkan isu seorang wanita yang sudah berkahwin, HARAM keluar dengan lelaki lain yang bukan mahramnya (sama ada lelaki bujang atau suami orang) walaupun selepas mendapat izin suami dan walaupun atas urusan kerja dan sebagainya tetap HARAM hukumnya terutama jika keluar berdua-duaan sahaja. Apatah lagi jika keluar berdua dengan lelaki tu tanpa keperluan (darurat hakiki). Jadi setakat menumpang kereta secara berdua-duaan dengan rakan sepejabat yang berlainan jantina tu, hukumnya HARAM. Setakat keluar lunch berdua dengan kawan lelaki (walaupun di tempat umum) juga hukumnya HARAM.

Ramai lah yang melenting bila baca hukum ini di viralkan. Kononnya hukum itu kejam lagi mengejamkan. Katanya, kalau suami dah izinkan,  tak apa lah. Kalau setakat keluar lunch sama-sama tak apa lah. Kalau si perempuan jaga aurat dan tak ada pegang-pegang dengan lelaki bukan mahram tu, tak apa lah. Kalau sebab urusan kerja (boss yang suruh), tak apa lah. Katanya lagi, kalau semua tak boleh, itu tak boleh ini tak boleh, baik simpan isteri dalam almari dan kunci ketat-ketat...!

Sanggup pula kau duduk dalam almari je..?


2.

Bila orang viralkan tentang keperluan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang isteri kerana ingin mengelakkan maksiat, kerana ingin membela nasib wanita, kerana ingin mengembangkan umat Muhammad s.a.w., kerana ingin berkongsi harta dunia dengan orang lain, kerana ingin menyelamatkan ibu tunggal dan sebagainya. 

Ramai pula yang kecam..! Kata lelaki tu gatal, kata lelaki tu kejam, kata lelaki tu tak sayang isteri, tak tahu bersyukur dah ada isteri, lelaki tu nafsu melangit, lelaki gelenya, lelaki miang, lelaki tak sedar diri. Katanya lagi, lelaki macam tu patut mati pucuk awal, lelaki macam tu nanti akan kena hukum qarma, lelaki macam tu nanti kalau ada anak perempuan, biar anak perempuannya pula dimadukan. Baru dia rasa sakitnya.

Wahh.. sampai macam tu sekali...!





Manusia memang suka menghukum ikut logik akal fikiran kan..? Apa yang 'cantik' di mata mereka maka elok, baik dan dibolehkan. Begitu juga sebaliknya. Aku tak pelik kenapa manusia terlalu cepat menghukum, sebab aku pun tak kurang juga. Tapi sedar lah hukum yang manusia cipta tak akan mampu mengatasi hukum yang telah Allah s.w.t tetapkan untuk kita. Allah s.w.t. yang menciptakan kita dan seluruh dunia ini, hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.

Ayuh, hentikan sikap terlalu cepat menghukum ni...!
Setiap dua perkara yang pahit itu pasti ada kemanisan di sebaliknya.





Share:

4 comments:

  1. Ada 1 perkara je yang orang tau HARAM dan tidak akan mempertikaikan keharamannya walaupun dalam apa cara sekalipun.. "BABI" ... hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetiba teringat isu cokelat "kedbeyrii" dulu.. hahahahaa..!!

      .

      Delete
  2. Ye lah. Kadang kita ni mcm bdk2. Yg mak bapak larang utk kebaikan tp bdk2 xdpt nk terima. Akal bdk2 yg blm matang blm dpt nk proses n terima logiknya larangan mak ayah dia.

    Kita dgn Allah pn mcm tu.

    Pulak tu kita menghukum ikut logik akal kita je. Btw betul ke logik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaannn...! selagi tak nampak mudarat depan mata, selagi tu kita rasa apa yang kita percaya tu yang betul... bila dah terhantuk baru terngadah katanya..

      :)

      Delete