Umrah Bulan Ramadhan Dan Aildilfitri Di Tanah Suci (II)

.. sambungan ..


Kesesakkan dan kepadatan umat tu buat langkah kami jadi pendek, nak masuk masjid sahaja sudah satu jam lamanya. Sakit-sakit badan tak payah cerita la. Istighfar sahaja jangan berhenti. Kumpulan kami terpisah-pisah seawal mula 'memasuki' lautan manusia lagi. Jika di luar masjid sudah padat, di dalam masjid apatah lagi. Ruang tawaf penuh dengan manusia berkain ihram, nampak putih sahaja semua. Masing-masing berjuang untuk menyelesaikan Umrah mereka. Jadi kami pun menyelit sama. Tak boleh tunggu dan congak-congak lagi, sesungguhnya masa itu emas...!

7.  Alhamdulillah, Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mendengar segala keluh kesah, doa dan pengharapan hamba-hambaNya. Dalam kepadatan dan kesakitan di sini sana, kami berjaya juga menyempurnakan (InsyaAllah sempurna) ibadat Umrah wajib kami pada petang akhir Ramadhan itu dengan jayanya. Selesai tawaf, kami tunaikan sa'ie dan kemudian bertahlul. Airmata menjadi saksi betapa ibadat Umrah kali ini PALING MENCABAR dari semua pengalaman Umrah kami terdahulu. Selesai bertahlul, kami mengorak langkah pulang dengan longlai keletihan tapi penuh kesyukuran. Baru separuh perjalanan, masih di lantai sa'ie tiba-tiba azan Maghrib dilaungkan. Airmata jatuh semakin laju tanpa dapat di tahan.

Kami berbuka di lantai sa'ie dengan kurma dan air zam-zam sahaja itu pun ada orang sedekah. Waktu tu tak kira dengan apa sahaja juadahnya, kami sudah sangat-sangat bersyukur. Ramadhan terakhir kami di bumi Mekah Al-Mukarramah -- selepas selesai menunaikan Umrah -- dan dengan segala keringat dan airmata yang tumpah. Insaf. Sungguh kasih sayang Allas s.w.t. amat melimpah-ruah.

8.  Dalam letih-letih tu sempat berlari ke toilet di luar bahagian Safa Marwah tu untuk segarkan badan dan perbaharui wudhuk, kemudian kami ikut berjemaah solat Maghrib di lantai sa'ie dan selesai solat, perlahan-lahan berjalan balik ke hotel.

Jemaah masih sangat padat. Badan dah sakit-sakit tak terkira lagi, di himpit tolak, di siku, kaki kena pijak entah berapa kali, muka dah sememeh tak rupa rakyat Malaysia lagi (if you know what i means.. :p). Kami kelelahan. Tak berdaya menunggu lagi. Sampai hotel, jamu selera di Ruang Makan dahulu kemudian naik ke bilik masing-masing -- mandi -- solat Isyak -- dan boooommmmm...! tidur tak sedar apa dah.. hanyut dalam senyuman tak lekang sampai ke Subuh. Pokchik dan ayah dia lepas mandi tu turun semula ke masjid untuk tunaikan solat Isyak berjemaah tapi katanya tak dapat masuk masjid pun, solat kat tepi jalan raya je.. kira-kira 500 meter dari pintu masuk hotel kami.. hehehehehee.. :)  tak apa lah, InsyaAllah dapat juga pahala berjemaah kan.. 

9.  Dalam tidur paling nyenyak aku malam tu, aku bermimpi melayang-layang terbang di angkasa lepas.. lihat bintang-bintang bergemerlapan bersepah di dada angkasa.. bulan sangat-sangat-sangat cantik dan bercahaya. Ya Allah, indahnya mimpi tu tak akan aku lupakan. Rasa bahagia dan lapangnya dada masa tu masih aku ingat sampai hari ni. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

10.  Pagi subuh Aidilfitri itu aku bangun agak lewat sebab letih tak habis lagi. Jadi agak terkocoh-kocoh bersiap dan bergerak ke masjid untuk tunaikan solat Subuh. Sekali lagi bersesak-sesak melawan arus manusia yang sangat ramai. Ada yang nak masuk masjid, ada yang nak keluar. Bersimpang-siur masing-masing mencari arah. Dah la suasana masa tu langit masih gelap, bersesak-sesak pula tu, memang mencabar..! Cuaca Mekah pun panas ye walaupun waktu malam dan subuh pagi. Jadi sampai-sampai je kami dalam masjid jubah masing-masing dah lokos dengan peluh. Nasib baik tak pakai jubah raya lagi.. hehehehehe.. :p

11.  Selesai solat Subuh, kami rehat-rehat sahaja dalam masjid sebab tak larat nak lawan arus manusia lagi untuk balik ke hotel. Keadaan jemaah bertambah padat. Maklumlah penduduk tempatan mula memenuhi ruang masjid untuk menunggu Solat Sunat Aidilfitri dan khutbah raya. Aku berhajat nak buat tawaf sunat tapi terbantut. Manusia terlalu ramai. Sudahnya duduk sahaja tak berganjak sambil berzikir dan hadam Al-Quran.

12.  Selesai solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya yang aku pun tak faham sepatah habuk tu, baru lah jemaah beransur-ansur meninggalkan ruang masjid. Ada la nampak juga lantai masjid. Kalau sebelum ni, 'tak nampak' lantai masjid tau sebab manusia je penuh.. hehehehehe. Aku sengaja keluar lambat sikit sebab nak bagi laluan kepada lautan manusia tu surut dulu. Tapi perut dah berkeroncong alahai dondang sayang kemain kuat lagi. Maklumlah  tak makan apa-apa sejak sebelum Subuh lagi.

13.  Balik ke hotel, ada Jamuan Raya kecil-kecilan di Ruang Makan. Semua jemaah turun dan menjamu selera sambil bermaaf-maafan. Tak lupa bergambar kenang-kenangan. Ada juga sesi bergambar beramai-ramai untuk di post di Facebook Andalusia, tapi kami tak join. Sibuk makan tak habis-habis.. hahahaha..!! Lagipun aku dan Pokchik bukanlah camera friendly. Harap memahami. Makan lebih penting kot.. gagagagagaga. Ada nasi impit, kuah lontong, sambal kacang, sambal udang dan paling special ada satey ayam dan daging. Alhamdulillah terasa macam beraya di tanah air je.. :)

Dah..!! tu je cerita raya kami di Tanah Suci. Memang macam tak raya pun suasana kat sana. Macam pagi yang biasa je. Cuma ada solat sunat Aidilfitri dan khutbah tu je yang membezakan sikit. Selebihnya hari berjalan seperti biasa. Orang-orang di sana pun mengenakan pakaian sama je macam nak pergi solat di hari biasa. Tak nampak 'baju raya' pun sebab masing-masing pakai jubah putih bagi muslimin dan jubah hitam bertutup penuh bagi muslimah. Tapi kan, anak-anak orang Arab akan 'dihias' cantik-cantik oleh mak ayah mereka pada pagi raya tu. Korang boleh tengok anak-anak Arab ni pakai cantik-cantik, kilat-kilat, rambut siap ikat dan berfesyen, yang anak perempuan siap disolek bagai.. hehehehehee.. Mungkin itu lah raya bagi mereka..!

14.  Hari-hari seterusnya di bumi Mekah seperti biasa, ulang-alik pergi masjid untuk solat dan tawaf sunat selain 3 kali lagi Umrah sunat kami laksanakan. Jemaah mulai berkurangan tapi masih ramai. Sempat lah kami menerokai segenap ruang Masjidil Haram yang baru. Maklum lah Masjidil Haram kan dalam proses diperluaskan. Sampai lenguh kaki kami berjalan dalam bahagian masjid yang baru tu.

15.  Aktiviti ziarah kali ni kami cuma ikut sama sekali sahaja. Singgah di Jabar Rahmah dan kali ni aku turut ikut panjat 'bukit jodoh' tu. Kalau dulu aku tak sempat ikut sebab masa sangat singkat, kali ni alhamdulillah sempat sampai ke atas bukit tu dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t. panjangkan jodoh aku dengan Pokchik sampai syurga.. dan semoga kami terus saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi, hormat-menghormati dan bahagia-membahagiakan antara satu sama lain sampai akhir hayat kami. Aku nak tua dengan Pokchik. Kalau boleh aku nak meninggal dunia atas pangku Pokchik. Dia lah cinta aku dunia akhirat. Aamiin.. :)

Nota 1 : masa berdoa di puncak Jabar Rahmah tu, berdoa menghadap kiblat ye BUKAN menghadap monument batu putih yang tinggi tu. Dan jangan la pergi meratap-ratap, menangis-nangis dan menyeru-nyeru pada batu putih tu. Islam tak ajar semua tu.

Nota 2 : dekat Jabar Rahmah tu akan ada ramaaaaaaiiii photographer tak bertauliah mengusung kamera mereka dan offer nak ambil gambar kita. Tapi semua tu BERBAYAR ye, bukan percuma. Jangan terpedaya dengan kata-kata mereka "halal.. halal.. haji.. photo.. halal.." sebab harga yang kalian kena bayar selepas tu sangat tak berbaloi. Bayangkan 10 keping gambar anda diminta bayaran SR100 (seratus riyal) lebih kurang RM100 juga duit kita.. haaaaa...?? Dah la gambar entah apa-apa di'snap'nya. Celah-celah batu tak nampak Jabar Rahmah pun dikiranya. Maka, hati-hati. Jangan terpedaya. Kalau nak bersedekah, bagi sahaja kepada penyapu sampah di sekitar kawasan tu. Ada ramai menunggu.

16.  Ramai yang dah tahu sekarang jemaah Umrah atau Haji dah tak dibenarkan melawat ladang unta lagi atas faktor-faktor kesihatan. Waktu aku pergi menunaikan Umrah kali pertama 2014 dahulu, sempat juga ke ladang unta dan merasa sendiri susu unta yang fresh..! Kenangan manis yang tak akan dilupakan sebab rupa-rupanya unta-unta ni pandai bergambar. Bila halakan kamera, mereka akan 'possing' ala-ala manja.. hehehehehe.. Susu unta aku rasa seteguk je, tapi tekak tak boleh terima. Memang pesen tak minum susu...! Tapi kalau kalian sejenis suka minum susu, MESTI CUBA susu unta yang segar tu. Banyak khasiatnya.. InsyaAllah.

17.  Tak sihat ; batuk, selsema, demam, sakit tekak sampai tak ada suara nampaknya memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Dah tiga kali jejak kaki ke Mekah dan tiga kali tu juga aku dapat batuk dan sakit tekak yang berpanjangan dan tak baik-baik walaupun dah minum banyak air zam-zam yang sejuk atau pun tak sejuk. Masih tak mujarab. Mungkin itu ujian daripada Allah s.w.t. supaya aku menjaga percakapan. Aku kan banyak cakap, banyak complaint. Bila dah sakit tekak baru tahu nak diam.. hikssss.. :)

18.  Kali ni tak banyak gambar yang aku berjaya snap. Entah lah, tak ada mood nak bergambar sangat. Mungkin sebab letih bersesak-sesak jadi dalam kepala fikir nak selesaikan ibadat je. Lagipun sejak dah MAKIN GEMUK ni, aku jadi seakan fobia dengan kamera. Nak selfie lagi lah jauh sekali. Terkilan juga sebab tak banyak gambar yang boleh dibuat kenang-kenangan pergi Umrah kali ni. Tapi tak apa lah, ada hikmah juga tak banyak gambar jadi tak banyak boleh 'menunjuk'... ehh.. :p

Tapi kan, cuba korang tengok macam Neelofa tu, pergi tunaikan Haji dah la dengan quota Furada. Pergi dengan pakej yang mahal dan selesa. Dapat masuk Raudhah secara in person. Lepas tu cantiiiiiikkkkkk je 24 jam walau tanpa make up. Suka aku intai-intai instagram Neelofa sepanjang dia tunaikan Haji tu. Sejuk je mata memandang. Untungkan dia, tak penat agaknya jadi cantik.. hehehehehee..


Kalau aku, dengan muka sememeh.. telekung dengan jubah tak match color.. dengan camera tak canggih.. sedihhhh je tengok gambar sendiri.. naik stress pula bila setiap kali nak bergambar sebab tak dapat shoot yang cantik-cantik.. hahahahahaa.. muka bulat aku ni je dah penuh frame.. camno...?!! :p

Seperti kebanyakkan orang yang dah pernah sampai di Tanah Suci, aku juga sama. Ketenangan dan aura kedamaian di dua Tanah Suci ni sentiasa melambai-lambai hati dan menggamit keinginan untuk pergi dan pergi ke sana lagi. Orang kata, kalau dah pergi sekali mesti nak pergi lagi dan lagi. Aku pun begitu lah juga. Setiap kali ada je rasa yang tak puas dan tak cukup. Ada sahaja yang membuatkan kita nak perbaiki amalan dan perbuatan kita di sana. Setiap kali tu berazam "kalau ada rezeki datang lagi, aku nak buat lebih baik.. nak beribadah lebih banyak.. nak perkemaskan Umrah.. dan sebagainya.."

Jadi aku harap ini bukan kunjungan ibadat aku yang terakhir. Aku nak pergi lagi. InsyaAllah kalau memang Allah s.w.t. rezekikan aku dan keluarga, aku harap dapat ke sana setiap dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada keadaan dan kesihatan. Soal masa dan duit, boleh cari dan boleh diusahakan.. betul tak..? Aku cemburu tengok mereka yang berduit tu dah la dapat pergi buat Umrah setiap tahun, pergi dengan pakej mahal pula tu. Turun-turun hotel je terus pijak lantai perkarangan masjid. Untung sangat.

Marilah kita sama-sama menanamkan azam dan kesungguhan untuk bekerja lebih kuat lagi, menabung dengan lebih gigih lagi supaya dapat ke Tanah Suci setiap tahun. InsyaAllah.. Aamiin Ya Rabb.. :)

Okey, habis dah cerita Umrah Aidilfitri aku... Semoga bermanfaat.. 
Assalamualaikum..

(^___^)"


PS : kalau ke sana lagi terutama di bulan Ramadhan, bawa la duit banyak-banyak.. bukan untuk shopping tak tentu hala tapi untuk BERSEDEKAH.. seronok tau perasaan dapat bersedekah tu walaupun sekecil-kecil benda.. Mudah-mudahan murah rezeki kita dapat ke sana lagi.. Aamiin.. :)


spacer

Umrah Bulan Ramadhan Dan Aildilfitri Di Tanah Suci (I)

Sebenarnya nak lunaskan janji cerita pasal beraya kat Tanah Suci. Bukan raya Aidiladha ye, raya Aidilfitri.. hahahahaha..! Lama gila peram cerita sampai bulan Aidilfitri pun berlalu, malah Aidiladha pun dah lepas dah.. Tak kedengaran laungan takbir raya lagi.. hehehehehe. Maaf lah hutang lama sangat tertangguh maklum saje mood aku tak berapa baik sejak sebulan dua ni. Bila ada mood tak sempat pula nak update blog, gitu lah putaran hidup manusia kadang kita di atas, kadang kita di bawah.. ehh.. tetiba..!

Aku cerita la sikit eh.. bagi puaskan hati yang menunggu-nunggu cerita Aidilfitri aku kat Mekah tempoh hari (ada ke yang tunggu.. kehhh..!!) Tapi jujurnya aku dah lupa apa aku nak cerita. Moment beraya tu masih ingat, tapi hal-hal lain yang aku dah noted dalam kepala tu yang dah lupa. Maaf sekali lagi, aku jenis tak simpan memori sangat sebenarnya (baca : pesen pelupa).. denggggg..! Ok jom start....


Sebelum tu. bagi yang belum baca memori aku berpuasa di Madinah boleh KLIK ENTRY ni ye. Penat panjang lebar aku dah taip kat situ. Kalau malas baca takpe, tapi kau yang rugi..!! kahh kahh kahh.. (kenapa banyak sangat gelak nii...?) ..ok ..ok.. dah.. 

1.  Kami berangkat daripada Madinah ke Mekah sehari sebelum Aidilfitri. Pagi tu aku diizinkan Allah buat Pertama Kali dapat bersahur di dalam Masjid Nabawi sebab pagi tu aku sengaja datang awal sikit ke Masjid. Jadi masa jemaah berpusu-pusu keluar untuk bersahur, aku menyelit masuk dan dapat solat di barisan paling hadapan (atas carpet). ALHAMDULILLAH aku sangat bersyukur dan macam biasa lah, menitiskan airmata tak habis-habis sebab 5 hari sebelum tu tak berkesempatan langsung Solat Subuh dalam masjid, asyik kena solat di luar masjid (perkarangan luar) sahaja.

Sebelum ke masjid, aku dah minum air susu strawberry dan biskut coklat dua keping. Sampai-sampai masjid macam biasa aku solat sunat dulu mana yang sempat. Selesai tu ada makchik Arab hulurkan roti, kuah dal dan kurma untuk aku. Alhamdulillah lagi. Dengan rezeki tu dan air zam-zam sebotol aku bersahur dengan linangan airmata. Syukur sangat-sangat. Sedang elok aku sudah makan, azan Subuh pertama dilaungkan. Syahdunya azan pagi tu hanya Allah yang tahu.. *nangis lagi*

Selesai solat Subuh aku bergegas buat Ziarah Wida (ziarah selamat tinggal) kepada junjungan Rasulullah s.a.w. daripada luar masjid sahaja. Nak masuk Raudhah lagi tak sempat sebab Ustaz dah pesan kena berkumpul di lobi sebelum pukul 7 pagi. Nak ziarah selamat tinggal tu kena jalan jauh juga, pusing sebelah kiri masjid.. jalaaaaaaaannnnnnn kaki sampai nampak Kubah Hijau. Daripada perkarangan masjid tu, aku menghadap kiblat dan berdoa. JANGAN menghadap kubah hijau tu pula ye.. ingat tu...!!

Masa tu "cakap-cakap lah dengan Rasulullah s.a.w." dan rasakan keberadaan Baginda di situ. Jangan lupa mulakan dengan Salam -- Al-Fatihah -- Selawat -- dan seterusnya berdoa lah. Aku minta KETENANGAN hati. Aku minta Allah s.w.t. berikan aku ketenangan hati macam Baginda, kebesaran jiwa yang pemurah dan penyayang macam Baginda. Aku minta mudah-mudahan Allah s.w.t. buangkan jauh-jauh sifat panas baran aku, sifat tak menyabar aku, sifat selalu fikir negatif tak kena tempat dan macam-macam lagi. Tapi paling utama, aku minta ketenangan hati dan minta-minta Allah s.w.t. jemput aku ke Bumi Bercahaya yang aku cintai ni lagi nanti.

2.  Proses nak naik bas, punggah beg, dengar taklimat dan bla bla bla tu agak kurang tersusun. Naik stress juga sebab lama berdiri. Tapi istighfar banyak-banyak itu je ubatnya. Aku pun tak faham kenapa urusan tu tak boleh dimudahkan. Petugas Andalusia ke hulu ke hilir siapkan itu ini begitu begini, semoga Allah s.w.t. berikan ganjaran pahala melimpah-ruah buat mereka. Dah la dalam bulan Ramadhan, mudahkan urusan orang nak buat Umrah.. Ya Allah, untung Andalusia pilih mereka.. :)

Sambil tunggu semua urusan berangkat selesai, kami sempat dengar taklimat ringkas daripada Ustaz Dato Hj Daud Che Ngah sendiri. Ini kali ketiga aku jumpa Ustaz Daud secara live. Dia nampak keletihan. Kalau tak silap, dia baru sampai daripada Mekah bawa jemaah VIP yang menunaikan Umrah di 10 malam terakhir Ramadhan. Dia singgah sekejap di Madinah sebelum berangkat balik ke Malaysia petang tu. Kira-kira pagi raya Ustaz Daud akan tiba di KLIA. Best nya....!! *imagine*

3.  Berangkat menuju ke Mekah pukul berapa aku tak ingat, tapi sudah agak lewat juga. Cuaca dah panas masa tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan singgah dua kali sahaja iaitu di Bir Ali untuk Miqat (berniat Umrah). Kali pertama aku menunaikan Umrah tahun 2014 dulu, aku sesat di Bir Ali ni.. hahahahahaha. Masuk pintu lain, keluar pintu lain.. memang la sesat..! Berpusing-pusing kami mencari bas. Semua nampak sama sahaja. Sampai Ustaz Mutawwif yang bawa kumpulan kami tu penat cari kami. Rupanya kami dah sampai belah barat sedangkan bas kat belah timur. Sadis..!

Kali ni, aku beringat dan tak nak sesat lagi. Malu lah muda-muda pun sesat.. hehehehehee. Aku tak ambil banyak masa di Bir Ali sebab cuma berwudhuk dan kemudian solat dua rakaat. Naik bas baru aku niat ihram. Lepas tu kami singgah di R&R untuk solat Zohor. Cuaca masa tu Ya Allah panasssssss...! menyucuk atas kepala dan tiba-tiba aku rasa sahur tadi aku tak minum cukup air. Hausnya hanya Allah s.w.t. yang tahu.

Satu hal tentang R&R kat negara Arab ni.. tak cantik dan smart macam kat Malaysia ya, harap maklum. Keadaan surau agak daif dan berdebu sementah bercarpet penuh. Jadi pandai-pandai la masa nak solat tu cari ruang yang bersih untuk solat. Tak bersih maksud aku bukan lah bernajis, jangan salah faham pula. Pun begitu keadaan toilet dan tempat wudhuk sudah JAUH LEBIH BAIK berbanding tahun 2014. Alhamdulillah ada peningkatan. Cuma air paip memang panassssss...!! hati-hati bila nak beristinjak.. hehehehehe.. :p

4.  Alhamdulillah kami tiba di bumi Mekah Al-Mukarramah menghampiri waktu Asar. Keadaan Mekah waktu tu panas dan padat..! Jemaah di mana-mana. Di tepi jalan, di kaki lima hotel, dalam kenderaan, berjalan kaki.... penuh manusia di mana sahaja mata memandang. Dah macam musim haji..! Aku masa tu dah risau dan berdebar-debar sebab takut tak boleh nak masuk Masjidil Haram dek kerana kepadatan jemaah. Aku kalau boleh tak nak berada dalam ihram lama-lama sebab bimbangkan pantang larang di dalam ihram selain kalau boleh nak sangat-sangat tunaikan Umrah semasa masih dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah pahala satu Umrah di bulan Ramadhan bersamaan satu pahala menunaikan Haji. Mesti la nak... kan..?!!

5.  Tiba di hotel, proses check in dan menunggu lift yang macam kura-kura memakan masa hampir satu jam. Bayangkan..! Kenapa lama sangat..? Sebab check in hotel di sana bukan macam hotel di Malaysia ya. Selain daripada kepadatan jemaah Andalusia tu sendiri. Jumlah keseluruhan kumpulan kami 4 buah bas semuanya, nak check in semua jemaah dari 4 buah bas ni bukan mudah. Dengan beg-beg lagi, dengan jemaah ada yang nak check out lagi, banyak prosesnya. Mohon bertabah. Haus..? Tahan je.. jangan merungut..! istighfar banyak-banyak. Ingat, itu sahaja ubatnya...!!

Ustaz pesan, naik bilik masing-masing dan selesakan diri tapi JAGA PANTANG LARANG IHRAM. Masuk je waktu solat Asar, terus solat Asar di bilik masing-masing. Kami difahamkan oleh petugas Andalusia yang memang sudah seminggu berada di Mekah, Masjidil Haram memang tengah padat dan sesak. Tak boleh masuk. Saf solat pun sampai ke jalan raya. Bayangkan...! Petugas Andalusia tu cadangkan kami selesaikan Umrah malam nanti selesai solat Isyak. Maknanya tak dapatlah Umrah dalam bulan Ramadhan. Tapi atas faktor keselamatan, itu lah jalan terbaik.

Pun begitu, kumpulan kami yang kebanyakkannya bukan first time sampai ke Masjidil Haram ni, ada yang dah berkali-kali sampai dan tunaikan Umrah atau Haji. Jadi masing-masing confident boleh buat Umrah sendiri-sendiri kalau terlepas daripada seliaan Ustaz. Cuma sekumpulan kecil (dalam 5-6 orang) yang pertama kali sampai jadi kena ikut Ustaz sepenuhnya. Oleh kerana masing-masing yakin boleh tunaikan Umrah sendiri-sendiri dan berazam nak juga tunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan, maka kumpulan kami 'diizinkan' untuk masuk ke Masjidil Haram dan selesaikan Umrah wajib kami.

6.  Maka bermulalah episod bersesak-sesak, bertolak-tolak dan berhimpit-himpit kami di dalam lautan manusia yang maha ramai di sekitar Masjidil Haram. Bayangkan keadaan di mana sebahagian jemaah yang selesai menunaikan solat Asar nak keluar daripada masjid dan sebahagiannya pula nak masuk masjid. Keadaan yang begitu sesak dan padat buat kami sangat-sangat cemas sehingga ada yang menitiskan airmata. Masa tu kami betul-betul bergantung HANYA KEPADA ALLAH s.w.t. Sempat atau tidak kami selesaikan Umrah sebelum azan Maghrib hari tu adalah ketentuanNya jua.




.. bersambung ..



.
spacer

Aku Sombong Pada Tuhan

Mari aku kongsikan peringatan simple pagi ni. Aku terima daripada whatsapp. Entah kenapa aku rasa sangat tak patut kalau aku tak kongsi dengan orang lain peringatan ni.

Selebihnya aku cuma nak ingatkan diri sendiri. Mudah-mudahan bermanfaat untuk orang lain juga..

***

02 Zulhijjah 1437H
04 September 2016M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Nilai-nilai buruk seorang hamba, jauhilah ia demi cinta Rabbil Jalil...

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الْأَزْدِيُّ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا هَاشِمٌ وَهُوَ ابْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنِي زَيْدٌ الْخَثْعَمِيُّ 
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ الْخَثْعَمِيَّةِ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ تَخَيَّلَ وَاخْتَالَ وَنَسِيَ الْكَبِيرَ الْمُتَعَالِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ تَجَبَّرَ وَاعْتَدَى وَنَسِيَ الْجَبَّارَ الْأَعْلَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ سَهَا وَلَهَا وَنَسِيَ الْمَقَابِرَ وَالْبِلَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ عَتَا وَطَغَى وَنَسِيَ الْمُبْتَدَا وَالْمُنْتَهَى بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ يَخْتِلُ الدُّنْيَا بِالدِّينِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ يَخْتِلُ الدِّينَ بِالشُّبُهَاتِ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ طَمَعٌ يَقُودُهُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ هَوًى يُضِلُّهُ بِئْسَ الْعَبْدُ عَبْدٌ رَغَبٌ يُذِلُّهُ
(سنن الترمذي)


Dari Asma` binti 'Umais Al Khats'amiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda:

"Seburuk buruk hamba adalah hamba yang sombong, berbangga diri dan lupa terhadap Zat Yang Maha Besar dan Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang keras dan kejam dan dia lupa terhadap Zat Yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang lupa dan lalai dan lupa akan kubur dan ujian.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang melampaui batas dan berlebih-lebihan, lupa terhadap adanya permulaan dan kesudahan.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang mencari dunia dengan mengorbankan agama.

Seburuk- buruk hamba adalah hamba yang mencari agama dengan hal hal yang syubhat.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikendalikan oleh sifat tamak.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikuasai oleh hawa nafsu yang menyesatkannya.

Seburuk-buruk hamba adalah hamba yang dikuasai sifat rakus yang menjadikannya hina.
(Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

Kenapa hati tidak berasa silap dan bersalah, tidak rasa berdosa, sedangkan hidup penuh dengan silap, salah dan dosa. Itulah akibatnya bila tiada kehalusan hati dan jiwa.

عن ابن مسعود ما رواه البخاري في صحيحه عنه رضي الله عنه، ورواه مسلم انه قال :

Daripada Ibn Mas'ud apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ia telah berkata:

إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه, وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا فذبه عنه.

Dosa dilihat oleh seorang beriman bagaikan bukit yang besar yang dibimbangi akan menghempap dirinya, namun bagi seorang fajir (pendosa) dosa hanya bagaikan lalat kecil yang kecil yang hinggap di batang hidungnya lalu ia menepis2...

Puncanya bila:

1. Iman tidak menguasai hati
2. Tidak merasai jijiknya dosa
3. Tidak takut dengan cercaan dan azab terhadap pendosa
4. Dosa terlalu banyak dan besar
5. Memperkecilkan dosa

Justeru, didiklah dan asuhlah nafsumu, hatimu, dirimu dan mohonlah kekuatan dariNya agar jiwamu terjauh dari sifat-sifat buruk itu dan muhasabahlah dirimu...

***

Kadang-kala dalam menjalani hidup ni memang kita akan jadi SOMBONG pada Tuhan tanpa kita sedar dan tanpa kita sengaja. Perkataan-perkataan yang kita sebutkan barangkali boleh jadi asbab untuk kita menjadi SOMBONG dan lupa kebesaran Tuhan Pemilik Seluruh Alam ini. 

Aku akui sejak sebulan dua ni aku SOMBONG dengan Tuhan. Aku lupa segala masalah, sakit, kerunsingan, kebingungan semua ni datangnya dari Tuhan. Dan Tuhan tak datangkan semua ni kerana sia-sia. Tuhan tak uji aku untuk jadikan aku seorang yang SOMBONG... betul tak...? 

Aku ni pendosa. Banyak dosa. Selama ni Allah simpankan dosa-dosa aku supaya orang tak nampak aku pendosa.. sampai aku sendiri kadang-kadang tak nampak dan terlupa yang aku ni pendosa.

Besarnya rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. 

Aku yang sombong
Aku yang pelupa
Aku memang pendosa



.
spacer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...