Aku Dan Make-Up


Siapa yang kenal aku personally tahu yang aku bukan kaki make-up tapi bukan lah bermakna aku tak pernah make-up langsung dan bukan juga kerana aku 'bermusuhan' dengan make-up selama ni. Cuma ada beberapa hal yang buat aku dengan make-up seolah-olah bermusuh. Jom aku cerita sikit apa pandangan aku tentang make-up selama ni......

1.   Majlis pertunangan aku 6 tahun lepas BUKAN lah satu moment yang manis sangat untuk diingat bila tiba bab make-up. Tak nak ulas lanjut, nanti sakit hati kembali berbunga. Kesimpulannya aku sebenarnya tak puas hati dengan hasil solekan masa tu, muka aku jadi BADUT... huhh..!! Maka, jangan tanya mana gambar aku masa bertunang. Sakit hati..!

2.   Tapi rata-rata yang datang majlis bertunang aku tu tak ada la komen atau kutuk solekan tu. Cuma diaorang kata "muka ain nampak lain la... LAIN SANGAT.." so, aku paham-paham sendiri lah betapa badutnya muka aku masa tu. Sendiri tengok kat cermin pun terkejut. Macam mak nyah pun ada, padahal yang solek kan aku tu kakak original tau bukan 'kakak separuh-separuh'... hahahahahaaa... :p

3.   Ironinya pula, masa majlis nikah dan sanding aku 3 bulan lepas bertunang tu, aku still ambik mak andam yang sama. Kenapa la 'slow' sangat akal aku berfikir time tu.. denggggg..!! Maka solekan masa kahwin pun agak BADUT juga. Aku tak suka tapi mulut ni berat nak membantah. Tu la masalahnya. Tapi solekan masa kahwin better sikit lah daripada masa bertunang sebab aku dah minta awal-awal secara lemah lembut yang aku nak solekan simple je a.k.a solekan nipis bukan macam badut...!

pun begitu banyak pula 'mulut-mulut terlebih gula' yang komen macam ni ; ehh.. jadi pengantin kena la make up tebal sikit baru naik seri.. atau.. kena make up tebal sikit sebab nak cover jerawat-jerawat ain ni.. atau.. make up tebal la sikit nanti dalam gambar cantik.. dan bla bla bla.. macam-macam lagi komen ala jurumake up professional yang akhirnya buat aku malas nak pertahankan kehendak aku sendiri. Ahh.. aku wanita insan yang lemah.. gituuuuwww...

4.   Aku rasa aku jenis tak cantik semulajadi, jadi make up la macam mana pun tak akan nampak cantik macam orang lain. Aku rasa lah. Cuba tengok Siti Nurhaliza, Neelofa, Fatia Latiff, Mira Filzah dan ramai lagi tu.. tak make up pun cantik u ollsssss...!! Untung kan mereka yang memiliki kulit wajah semulajadi sihat dan cantik ni. Beruntung sangat.. :)


5.   Aku tak pandai make up sendiri. Sebab aku malas nak belajar macam mana nak make up dengan betul -- macam mana nak pilih make up yang sesuai dengan kulit muka aku -- dan aku malas nak berlama-lama kat make up stall tu sebab nak belek-belek barang make up -- kesimpulannya AKU MALAS...! hahahhaa.. dasaaaaarrrrr...!

6.   Aku rasa barang-barang make up ni MAHAL dan agak membazir kalau nak keluar beratus-ratus ringgit untuk beli make up. Lepas pakai make up tu nanti bila nak solat kena cuci juga kan make up tu semua.. kan membazir tu..!! duit tu semua.. duit...! lolss..

7.   Muka aku jenis berminyak dan BERJERAWAT jadi nak make up bukan senang tau. Kalau orang lain make up tak sampai 15 minit, aku mungkin perlukan lebih 30 minit untuk selesai make up. Tepek foundation je 15-20 minit tau sebab banyak nak kena 'tampal' dan terpaksa pakai foundation ber'layer-layer'. 

8.   Fakta membuktikan jerawat bukan disebabkan oleh make up sedikit menggembirakan aku sebab selama ni aku takut nak cuba make up sebab aku takut jerawat aku makin teruk. Tapi berbalik kepada pemilihan make up yang betul dan sesuai la kan. Kalau kau main belasah je pakai make up entah apa-apa bukan jerawat je makin teruk, kulit pun boleh jadi 'sakit'... tak baca surat khabar ke..? macam-macam berita pasal produk kecantikkan penipu kan..

9.   Walaupun aku tak bermake up tapi aku selalu kagum dengan orang yang rajin make up ni tau. Aku suka perhatikan diaorang make up dengan gigih. Make up ni HASIL SENI juga ye, jangan tak tahu. Jadi kena la hargai mereka yang rajin make up. Bukan sikit-sikit masa dan kos yang dah dilaburkan untuk nampak cantik.

10.  Aku suka make yang "make up like no make up" tu.. dah beberapa kali aku tengok kat Youtube. Memang nampak natural je muka. Tapi untuk mereka yang berkulit cantik halus mulus sesuai la kan. Kalau kulit macam aku ni lupa kan je lah nak make up like no make up tu... hehehehehee.


11.  Tapi kalau dah perempuan tu, perempuan lah juga. Tak banyak sikit mesti suka kepada kecantikan dan keindahan. Perempuan dan make up tak boleh dipisahkan. Aku tak suka bermake up tak bermakna aku tak suka make up.. hehehehehee. Sesekali tu terpanggil juga hati ni nak bermake up dan belajar selok belok dunia make up yang betul... siapa volunteer nak ajar saya..?? hehehehee.. :)

12.  Aku percaya make up ni salah satu SENJATA perempuan untuk tampil confidence dan nampak professional. Aku sendiri lah kalau dibandingkan dengan kawan-kawan lain yang bekerja, rasanya aku ni macam makchik cleaner je gayanya. Tak ada gaya macam orang bekerja pun. Sedih tak..? Bila tengok kawan-kawan lain yang cantik bergaya dan bermake up tu memang ada rasa rendah diri sikit tapi pujuk la hati perlahan-lahan. 

13.  Bila perempuan make up kan automatik rasa bersemangat dan CONFIDENT tu datang. Macam mana stress pun kerja hari tu tapi bila tengok diri sendiri kat cermin, datang balik semangat tu. Tapi orang macam aku yang malas make up ni dah la selekeh, stress pula kat tempat kerja.. bila tengok muka kat cermin alahaaaiiii rasa nak tumbuk je cermin tu.. bertambah stress..!! Jadi kuasa make up sebenarnya bukan biasa-biasa bagi seorang perempuan.


14.  Aku harap satu hari nanti aku diberi kekuatan dan kerajinan nak bermake up. Bukan make up tebal-tebal macam pramugari kapal terbang pun, maksud aku make up yang simple tapi dapat bagi kekuatan dan confident untuk diri aku. 

15.  Apa-apapun.. yang penting ingat batas-batas sebagai seorang perempuan muslim jangan sampai melampaui had yang sepatutnya. Ustazah kata ; perempuan yang bekerja ke luar rumah ni perlu bermake up supaya orang rasa selesa bekerja dengan kita bukan bermake up untuk buat orang jatuh cinta pada kita.. fikir-fikirkan.. :)


.. see, kalau bebel pasal make up kemain panjang berjela lagi.. konon je tak suka make up kan..! tiba-tiba ada video tutorial make up lepas ni... hahahahahaa.. what the pfffttt...!! :p




.

Share:

9 comments:

  1. Replies
    1. kamu memang dah baby face.. tak perlu make up lah...!! hehehehhee... ;)

      .

      Delete
  2. Dulu aku tak pnah gi keja tak mekap. Paling kurang eyeliner, blusher n lipbalm mesti ada. Natural lah konon. Spek tolak tepi. Pkai lense. Clear lense sebab mata aku mmg dh ada kaler.
    skrg?
    gi ofis mcm mkcik2. Jgn kata eyeliner, bdak pn dh lama xsentuh. Spek tebal lg.
    sbab pg2 nk siapkan semua org tu lebih pnting drp nk siapkan diri sniri.
    tgu ank2 dh bsar sok bolehlah mekap blk. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perrgghh..! siap pakai lens.. hehehehee.. :p

      di doakan anak2 cepat membesar dgn sihat dan bagai juara.. so, dapat lah depa tengok mummy gojes depa kembali beraksi.. ahaakksssss...

      :)

      Delete
  3. kalau dah cantik... x make up pun cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la masalahnya..
      yang dah memang cantik takpe le tak make up..

      abis aku yang tak cantik ni tak nak (baca : malas) make up ni camno citer...?? hahahahahaa... sedor diri tak cantik lagi malas.. alahaaiiiii.. sedeeeyyy hidop..

      :p

      Delete
  4. Saya jenis tak makeup juga. Sebab muka dah cantik macam NEelofa .
    Ok itu imaginasi saja.
    Padahal muka macam makcik cleaner.
    Nanti nak update entry pasal makeup jugak lah sebab haritu baru kena makeup..eheks!
    kbai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaa.. makchik cleaner pun ada yang cantik la (ada orang bagitahu saya) sebab kecantikkan sebenar kan lahir dari dalam.. dari hati yang cantik terpancar pada wajah.. gituuewww...

      kihh kihh... :p

      Delete
  5. Makcik cleaner pun dah pandai bermekap dah skng uolsss

    ReplyDelete