Hak Eksklusif

Dalam sesebuah perhubungan, rasa eksklusif tu mesti ada. Kalau tak ada, mesti wujudkan. Supaya daripada rasa eksklusif ni munculnya rasa istimewa, rasa memiliki, rasa menghormati dan seterusnya akan menyedarkan kita tentang had dan batas-batas yang kita perlu jaga bila dah ada pasangan terutama pasangan yang sah. Senang cakapnya, kalau dah bersuami buat cara dah bersuami. Bukan bermakna kita perlu tukar cara hidup 100% tapi tukar mana yang perlu sahaja lah. Contoh paling mudah ; selfie

(siapa faham, angkat tangan say I..) 

Bagi yang suami begitu juga, kalau dah beristeri buat cara dah beristeri. Nak keluar lepak dengan kawan-kawan tengok bola kat mamak boleh, tapi beringat dan berpada-pada lah. Jangan biar isteri dan anak di rumah ditinggalkan kesunyian macam orang kurang kasih sayang. Simple kan.

Kena bagi hak eksklusif ni kepada pasangan kita supaya dia rasa dihargai. Bagi seorang isteri, seluruh tubuh dan setiap inchi tubuh kita ini adalah hak eksklusif suami kita maka jangan suka-suka dedahkan kepada umum. Itu lah konsep aurat bagi seorang muslimah, bukan asal pakai tudung dah kira tutup aurat. Faham kan..?

Bagi seorang suami pun, bagi hak eksklusif tu kepada isteri walaupun kamu ada lebih daripada seorang isteri. Bila berkawan dengan perempuan bukan isteri kamu, jaga batas pergaulan tu. Jangan berlebih-lebih caring perempuan yang ajnabi dengan kamu walaupun dengan niat yang ikhlas nak membantu. Hormat perasaan isteri-isteri kamu, jangan mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati mereka walaupun dengan nada bergurau.

(banyak pula 'walaupun' dalam entri kali ni)

Kalau ada apa-apa berita, bagitahu pasangan kamu dahulu..! Bukan canang cerita satu dunia dan orang terakhir yang tahu perkara tu adalah pasangan kamu sendiri. Mana eksklusif nya mereka dalam hidup kamu..? Kalau ada masalah pun minta tolong daripada pasangan kamu dahulu walaupun kamu tahu mungkin pasangan tu tak dapat bantu selesaikan masalah kamu, tapi bagitahu dia dahulu..! Jangan sorok daripada dia konon tak nak buat dia risau tapi at the end dia tahu juga dan berganda-ganda lah kecewanya hati dia. Faham tak..?

Perkahwinan adalah perkongsian.
Kita berkongsi apa sahaja daripada hal yang baik hingga hal terburuk. Daripada sihat sampai sakit, sama-sama melaluinya. Bukan berkahwin tapi macam hidup sorang-sorang..! Pergi makan dengan member, tengok tv sanggup pergi mamak, rasa nak bercuti pakat dengan member pergi backpackers je, bila tak cukup duit minta bapak, bila nak shopping ajak kawan, bila sakit call mak... apa ni..? pasangan kamu mana...? kenapa belakangkan mereka...?


Melainkan lah kalau pasangan kamu IKHLAS mengizinkan kamu buat semua perkara di atas. Bab izin ni hak masing-masing tapi kena hati-hati ya. Dosa isteri di atas bahu suami. Ingat tu..!


Bagi yang belum berkahwin pula, jaga diri dan cuba latih diri jangan terlalu banyak berkongsi kecantikan dan keistimewaan diri kamu kepada manusia yang tidak ada apa-apa hubungan dengan kamu. Simpan sikit untuk pasangan kamu nanti. Mungkin sekarang kamu tak nampak lagi hikmahnya tapi InsyaAllah bila dah berkahwin nanti baru kamu betul-betul faham perasaan memiliki dan memberi hak eksklusif tu. 

Till then, jaga diri.
Ingat Allah s.w.t. Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Allah knows best...!



...
Share:

2 comments:

  1. alamak cerita kawin-kawin ke ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kahwin bukan cara dah kahwin..

      #gituueewww

      :p

      Delete