Kelly Clarkson - Piece By Piece


Tiba-tiba terjumpa video ni di Youtube dan first time dengar je aku dah berjurai airmata. Terus search lirik lagu ni dan dengar versi asal. Aku lebih suka versi yang slow macam ni daripada versi asal yang agak rancak. Korang boleh google la lirik lagu ni kalau korang berkehendak ye. Aku malas nak tepek kat sini.

Khabarnya lagu ni ditulis untuk ayah Kelly Clarkson sendiri yang telah meninggalkan dia dan ibunya sejak dia kecil. Dan ini bukan lagu pertama yang Kelly dedikasikan kepada ayahnya. Siapa yang ikuti perkembangan kerjaya seni Kelly tentu sedar, betapa dalamnya perasaan dan 'dendam' Kelly kepada ayahnya tapi dia turning benda tu jadi sesuatu yang positif. Malah lagu-lagu Kelly terjual bermillion dollar sejak Kelly memenangi American Idol Musim Pertama. Syabas..!!

Moral of the story..

1.  Walau macam mana jahanam pun hidup anda, tukar ia kepada sesuatu yang boleh memberikan kau DUIT.. sama ada tulis lagu, tulis buku, create video viral, filemkan atau dramakan atau teaterkan kisah itu...!

2.  Jangan hancurkan perasaan perempuan terutama ANAK PEREMPUAN kamu sendiri, kerana kamu tak akan tahu sedalam mana luka yang telah kamu tanamkan di dalam hati mereka. Sampai akhir hayat dendam tu tak akan terlunas.

3.  Jadilah lelaki sejati yang bertanggungjawab di atas apa jua yang dipertanggungjawabkan kepada kamu walaupun ia bukan hal yang besar. Memang tidak mudah untuk memikul tanggungjawab itu tetapi kamu tidak dicipta untuk jadi seorang LELAKI kalau kamu 'lembik'....!!

Bagi aku, segarang mana pun ayah aku dulu tetap aku bangga kerana mempunyai ayah seperti beliau. Ayah menjaga dan melindungi kami dengan caranya sendiri. Walaupun aku tak pernah berani nak manja-manja atau bergurau-senda dengan ayah aku macam anak-anak orang lain dengan ayah mereka, tapi aku tahu dan sentiasa sedar kasih sayang ayah kepada kami tak pernah berkurang. Satu hal yang aku paling respect, ayah tak pernah naik tangan dengan mak. Macam mana dia mengamuk pun, dia tak pernah pukul mak waima acah-acah nak pukul pun. Ayah sendiri paling benci lelaki yang suka pukul perempuan atau senang-senang naik tangan ni. No respect at all...!!

Aku tak boleh imagine perasaan anak-anak yang ditakdirkan dapat bapa yang tak guna atau jahat macam dalam filem-filem 'seram' tu. Bapa yang rogol anak, bapa abaikan anak, bapa main kayu tiga dengan perempuan lain, bapa yang hisap dadah, bapa yang kaki dangdut sampai lupa anak bini, bapa yang liat solat, bapa yang mencuri menyamun atau merompak, bapa yang malas tak nak kerja, bapa yang kena queen control dek isteri muda.. dan sebagainya..!

Besar ujian tu, aku boleh faham tapi aku tak rasa aku mampu hadapinya.
Allah Maha Tahu kan, jadi Allah bagi aku ayah yang baik. Alhamdulillah.

Aku doakan siapapun yang diuji dengan perangai bapa yang macam 'tuuuuuttttt...' tu semoga tabah dan kuat menghadapi masa depan dan kehidupan. Jangan benci diri sendiri hanya kerana perangai bapa atau ibu kamu yang macam taik. Ingat tu. Kamu tak salah dan bukan kerana kamu mereka jadi macam tu. Allah beri ujian tu tentu ada hikmahnya. Jadi stay strong okey..! Semoga kamu dapat menjadi anak yang soleh solehah dan di akhirat kelak mungkin kamu dapat menjadi asbab kepada ibu dan bapa kamu diizinkan Allah untuk masuk syurga. Aamiin.. 

:(


*lepas ulang-ulang dengar lagu ni, tiba-tiba aku jadi murung*


.


Share:

6 comments:

  1. kelly clarkson? satu lagu dia yang paling aku suka mesti la "because of you". lagu yang nampak simple tapi aku tengok dia sendiri kadang semput nak bawak. lagu ni aku boleh ulang2 sepanjang hari sampaikan aku pernah download semua link kat youtube yang aku jumpa, terutama versi live.

    tapi aku tak murung, cuma letak tangan atas dahi sambil tersandar merenung siling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tenung lama-lama siling tu.. retak jap lagi.. :p

      Delete
    2. dan kami (aku dan siling) saling berbalas renungan sambil mempersendakan apa yang berlaku atas diri masing2. kah!

      Delete
  2. Alaaa.. Kalau dengar lagu jadi murung, tak payah dengar la k.
    Pegi dengar lagu yang boleh buat hati gembira.
    Lagu raya misalnya.. heh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat raya pun murung juga.. hahahahaaa.. cepatnya masa berlalu, kurus tak juga..!! ehhh.. terkeluar tajuk.. :p

      Delete
  3. Nyanyian dari hati.
    Terkesan kat hati.

    ReplyDelete