Pura-Pura Sempurna

Jujurnya aku kasihan dengan manusia yang hidup pura-pura sempurna ni. Bila dia terlalu mencuba untuk MEMBUKTIKAN hidup dia terbaik, tersusun dan super-perfect sedangkan aku tahu di sebaliknya, hidup dia sangat sedehhhh...! Aku rasa nak pergi peluk dia dan usap belakang dia perlahan-lahan sambil kata..

"Its okey beb..!" 

Kalian pernah jumpa tak manusia yang 'terlalu mencuba' macam ni..? Manusia yang suka nak menonjol tapi tak nak pikul tanggungjawab. Manusia yang nak kan perhatian, tapi bila dah dapat perhatian buat-buat menolak. Manusia yang selalu kata dia okey, tapi tingkah-laku dia langsung tak menampakkan dia okey. Manusia yang nampak macam tahu semua benda.. semua..! tapi end up dia tak tahu apa benda pun sebenarnya. Tin kosong..? Aku tak tahu lah sesuai tak simpulan bahasa tu tapi lebih kurang macam tu lah. Tin kosong. Bunyi je bising tapi dalamnya kosong. Zero..! Yelek..! 

Bila datang sakit mental aku ni, serius aku memang tak boleh blah dengan manusia macam ni. Rasa nak tampar..! Sebab aku tak tahan tengok dia punya lakonan yang super poyo yang aku pun tak faham dia nak tunjuk kat siapa sebenarnya. Kalau datang sakit mental aku ni juga, aku rasa nak sound je dia depan-depan atau komen je pedas-pedas kat status facebook dia supaya dia sedar yang sikap dia tu annoying dan biar kawan-kawan dia sedar juga yang perangai sebenar dia BUKAN macam status-status facebook dia yang suci tu.

Itu kalau datang gila aku la..!

Tapi setakat hari ni aku masih mampu tahan kebengangan aku ni sebab aku hormat airmuka dan maruah dia. Nak malukan orang depan public ni sooooooo kanak-kanak punya perangai kan. Lagipun aku tak rasa manusia macam ni boleh terima kalau orang tegur dia depan-depan. Dia hidup dalam denial dan biar dah kantoi terang-terang pun dia tetap akan berusaha bela diri dan cakap diri dia betul dan dia TAK PERNAH berpura-pura.. bullshit..!! hahahahaha.. mamposss la kau situ..!

Paling aku bengang dengan orang macam ni bila dia start cakap pasal semua salah dan ketidaksempurnaan orang lain. Bab mengata orang tu, mengata orang ni, orang tu salah, orang ni tak pandai, orang tu jahat, orang ni tak professional... ohh..! dia memang juara. Sampai kau yang mendengar ni akan percaya orang yang dicakapkan tu memang betul-betul punya celaka. Tapi bagi aku yang memang dah tahu perangai dia, sorry.. aku tak akan terjebak dalam perangkap dia lah. Dia nak ajak aku sekali kutuk si polan si polan, memang aku tak layan lah ye. Kau nak kutuk orang, kutuk la sorang-sorang. Lagipun aku tengok orang yang kau kutuk tu tak ada lah teruk sangat macam yang kau cerita malah kalau teruk sangat pun perangai dia, kau apa kurangnya...? haiiihhhh...

Baru-baru ni (sejak tiga empat bulan) ni aku dah ambil langkah 'abaikan' je manusia pura-pura sempurna ni..! Ada masa mood aku baik, time aku tak gila tu.. kadang-kadang aku layankan juga la dia punya cerita. Saje galakkan lagi dia bercerita dan bersandiwara sebab nak tengok jauh mana dia boleh hidupkan watak poyo dia tu. Seronok juga layan manusia hidup dalam penafian ni.. hahahahaha..! Dalam hati hanya Tuhan yang tahu berapa banyak aku punya istighfar... 

*sambil kepal penumbuk.. haihhh.. lebam juga mata budak ni jap lagi..!*
*acah-acah terror sangat nak tumbuk orang pun.. hahahahaa..*

Petang ni dia buat lagi perangai Prof Serba Tahu dia tu.. sakit betul hati aku sebab dia punya 'serba tahu' tu bukan nak tolong selesaikan masalah aku. Pandai cakap je, buat tak nak.. blahhh arr kau..!! Lepas tu cakap kuat biar semua orang dengar.. seolah-olah masalah aku tu 'kecik' je.. macam simple sangat la.. kalau dia yang handle, sekejap boleh settle.. tapi bila aku buat-buat bodohkan diri tanya dia macam mana nak selesaikan, perlahan je dia jawab..

"errmmm.. susah juga ek benda ni.."

ko rasa...?? haiiihhh... nak je aku azankan telinga kiri kanan dia 44 kali berturut-turut. Lain kali jangan perkecilkan masalah orang. Kalau kau tak dapat bantu, mohon diam. Bukan bising-bising-pung-pang-pung-pang lepas tu bila aku minta tolong kau selesaikan rupa-rupanya kau pun tak tahu.. grgrgrgrrr...!! memang sakit betul hati tadi, tapi aku tahan la.. hari Jumaat penuh barakah kan.. tak nak la aku berdarahkan hidung anak orang walaupun penumbuk aku dah ringan sangat tadi.

huhh...! nasib baik ada blog.
ehh.. nasib baik ada followers... hahahahaha.. :p

ok baiii.. nak jemput Pokchik balik dari Cameron Highland.. dah 5 hari tak jumpa Pokchik.. rinduuuuu weiii.. hehehehehee.. :)



.
Share:

9 comments:

  1. errmmm.. susah juga ek benda ni.

    ReplyDelete
  2. orang yg bajet serba tahu ni kalau dia tak kacau aku takpe, tapi kalau semua kita buat katanya tak betul..cara dia ke yg betul, memang tak sedap kalau dibiarkan.

    cthnya aku beli satu barang, kemudian si serba tahu kata kalau dia , boleh dpt lagi murah dan lagi bagus, pastu terus aku keluarkan duit kirim kat dia, lepas tu apa lagi...berderet alasan keluar mcm itik pulang petang, sampai akhirnya dia dah takde alasan dan tak tahan dgn aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaa... bagus juga idea tu.. tapi kena tahan la dengan dia punya drama tu untuk beberapa ketika.. :)

      and yes.. bagi duit ngam2 je.. jangan lebi satu sen pun.. duit minyak ke, kos masa ke tenaga ke kira free je.. hahahahaa..

      Delete
  3. Manusia jenis ni rasa dirinya suci bila dia dpt cerita kekurangan org. Mcm lah silap org tu sesuatu yg dia xpnah n xkan lakukan.
    Lps tu cpt benar nk hukum org.
    Golongan ni nk didekati buat sakit jiwa, nk dijauhi kadang tu dtg juga rasa kesian n bsalah.

    errmmm.. susah juga ek benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. dunia kan roda..! dia tak pernah belajar ke perumpamaan ni kat sekolah dulu.. pesen tido dalam kelas ni.. confirm..!!

      hahahahaha.. :p

      Delete