Sebenarnya nak lunaskan janji cerita pasal beraya kat Tanah Suci. Bukan raya Aidiladha ye, raya Aidilfitri.. hahahahaha..! Lama gila peram cerita sampai bulan Aidilfitri pun berlalu, malah Aidiladha pun dah lepas dah.. Tak kedengaran laungan takbir raya lagi.. hehehehehe. Maaf lah hutang lama sangat tertangguh maklum saje mood aku tak berapa baik sejak sebulan dua ni. Bila ada mood tak sempat pula nak update blog, gitu lah putaran hidup manusia kadang kita di atas, kadang kita di bawah.. ehh.. tetiba..!
Aku cerita la sikit eh.. bagi puaskan hati yang menunggu-nunggu cerita Aidilfitri aku kat Mekah tempoh hari (ada ke yang tunggu.. kehhh..!!) Tapi jujurnya aku dah lupa apa aku nak cerita. Moment beraya tu masih ingat, tapi hal-hal lain yang aku dah noted dalam kepala tu yang dah lupa. Maaf sekali lagi, aku jenis tak simpan memori sangat sebenarnya (baca : pesen pelupa).. denggggg..! Ok jom start....
Sebelum tu. bagi yang belum baca memori aku berpuasa di Madinah boleh KLIK ENTRY ni ye. Penat panjang lebar aku dah taip kat situ. Kalau malas baca takpe, tapi kau yang rugi..!! kahh kahh kahh.. (kenapa banyak sangat gelak nii...?) ..ok ..ok.. dah..
1. Kami berangkat daripada Madinah ke Mekah sehari sebelum Aidilfitri. Pagi tu aku diizinkan Allah buat Pertama Kali dapat bersahur di dalam Masjid Nabawi sebab pagi tu aku sengaja datang awal sikit ke Masjid. Jadi masa jemaah berpusu-pusu keluar untuk bersahur, aku menyelit masuk dan dapat solat di barisan paling hadapan (atas carpet). ALHAMDULILLAH aku sangat bersyukur dan macam biasa lah, menitiskan airmata tak habis-habis sebab 5 hari sebelum tu tak berkesempatan langsung Solat Subuh dalam masjid, asyik kena solat di luar masjid (perkarangan luar) sahaja.
Sebelum ke masjid, aku dah minum air susu strawberry dan biskut coklat dua keping. Sampai-sampai masjid macam biasa aku solat sunat dulu mana yang sempat. Selesai tu ada makchik Arab hulurkan roti, kuah dal dan kurma untuk aku. Alhamdulillah lagi. Dengan rezeki tu dan air zam-zam sebotol aku bersahur dengan linangan airmata. Syukur sangat-sangat. Sedang elok aku sudah makan, azan Subuh pertama dilaungkan. Syahdunya azan pagi tu hanya Allah yang tahu.. *nangis lagi*
Selesai solat Subuh aku bergegas buat Ziarah Wida (ziarah selamat tinggal) kepada junjungan Rasulullah s.a.w. daripada luar masjid sahaja. Nak masuk Raudhah lagi tak sempat sebab Ustaz dah pesan kena berkumpul di lobi sebelum pukul 7 pagi. Nak ziarah selamat tinggal tu kena jalan jauh juga, pusing sebelah kiri masjid.. jalaaaaaaaannnnnnn kaki sampai nampak Kubah Hijau. Daripada perkarangan masjid tu, aku menghadap kiblat dan berdoa. JANGAN menghadap kubah hijau tu pula ye.. ingat tu...!!
Masa tu "cakap-cakap lah dengan Rasulullah s.a.w." dan rasakan keberadaan Baginda di situ. Jangan lupa mulakan dengan Salam -- Al-Fatihah -- Selawat -- dan seterusnya berdoa lah. Aku minta KETENANGAN hati. Aku minta Allah s.w.t. berikan aku ketenangan hati macam Baginda, kebesaran jiwa yang pemurah dan penyayang macam Baginda. Aku minta mudah-mudahan Allah s.w.t. buangkan jauh-jauh sifat panas baran aku, sifat tak menyabar aku, sifat selalu fikir negatif tak kena tempat dan macam-macam lagi. Tapi paling utama, aku minta ketenangan hati dan minta-minta Allah s.w.t. jemput aku ke Bumi Bercahaya yang aku cintai ni lagi nanti.
2. Proses nak naik bas, punggah beg, dengar taklimat dan bla bla bla tu agak kurang tersusun. Naik stress juga sebab lama berdiri. Tapi istighfar banyak-banyak itu je ubatnya. Aku pun tak faham kenapa urusan tu tak boleh dimudahkan. Petugas Andalusia ke hulu ke hilir siapkan itu ini begitu begini, semoga Allah s.w.t. berikan ganjaran pahala melimpah-ruah buat mereka. Dah la dalam bulan Ramadhan, mudahkan urusan orang nak buat Umrah.. Ya Allah, untung Andalusia pilih mereka.. :)
Sambil tunggu semua urusan berangkat selesai, kami sempat dengar taklimat ringkas daripada Ustaz Dato Hj Daud Che Ngah sendiri. Ini kali ketiga aku jumpa Ustaz Daud secara live. Dia nampak keletihan. Kalau tak silap, dia baru sampai daripada Mekah bawa jemaah VIP yang menunaikan Umrah di 10 malam terakhir Ramadhan. Dia singgah sekejap di Madinah sebelum berangkat balik ke Malaysia petang tu. Kira-kira pagi raya Ustaz Daud akan tiba di KLIA. Best nya....!! *imagine*
3. Berangkat menuju ke Mekah pukul berapa aku tak ingat, tapi sudah agak lewat juga. Cuaca dah panas masa tu. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam dan singgah dua kali sahaja iaitu di Bir Ali untuk Miqat (berniat Umrah). Kali pertama aku menunaikan Umrah tahun 2014 dulu, aku sesat di Bir Ali ni.. hahahahahaha. Masuk pintu lain, keluar pintu lain.. memang la sesat..! Berpusing-pusing kami mencari bas. Semua nampak sama sahaja. Sampai Ustaz Mutawwif yang bawa kumpulan kami tu penat cari kami. Rupanya kami dah sampai belah barat sedangkan bas kat belah timur. Sadis..!
Kali ni, aku beringat dan tak nak sesat lagi. Malu lah muda-muda pun sesat.. hehehehehee. Aku tak ambil banyak masa di Bir Ali sebab cuma berwudhuk dan kemudian solat dua rakaat. Naik bas baru aku niat ihram. Lepas tu kami singgah di R&R untuk solat Zohor. Cuaca masa tu Ya Allah panasssssss...! menyucuk atas kepala dan tiba-tiba aku rasa sahur tadi aku tak minum cukup air. Hausnya hanya Allah s.w.t. yang tahu.
Satu hal tentang R&R kat negara Arab ni.. tak cantik dan smart macam kat Malaysia ya, harap maklum. Keadaan surau agak daif dan berdebu sementah bercarpet penuh. Jadi pandai-pandai la masa nak solat tu cari ruang yang bersih untuk solat. Tak bersih maksud aku bukan lah bernajis, jangan salah faham pula. Pun begitu keadaan toilet dan tempat wudhuk sudah JAUH LEBIH BAIK berbanding tahun 2014. Alhamdulillah ada peningkatan. Cuma air paip memang panassssss...!! hati-hati bila nak beristinjak.. hehehehehe.. :p
4. Alhamdulillah kami tiba di bumi Mekah Al-Mukarramah menghampiri waktu Asar. Keadaan Mekah waktu tu panas dan padat..! Jemaah di mana-mana. Di tepi jalan, di kaki lima hotel, dalam kenderaan, berjalan kaki.... penuh manusia di mana sahaja mata memandang. Dah macam musim haji..! Aku masa tu dah risau dan berdebar-debar sebab takut tak boleh nak masuk Masjidil Haram dek kerana kepadatan jemaah. Aku kalau boleh tak nak berada dalam ihram lama-lama sebab bimbangkan pantang larang di dalam ihram selain kalau boleh nak sangat-sangat tunaikan Umrah semasa masih dalam bulan Ramadhan. InsyaAllah pahala satu Umrah di bulan Ramadhan bersamaan satu pahala menunaikan Haji. Mesti la nak... kan..?!!
5. Tiba di hotel, proses check in dan menunggu lift yang macam kura-kura memakan masa hampir satu jam. Bayangkan..! Kenapa lama sangat..? Sebab check in hotel di sana bukan macam hotel di Malaysia ya. Selain daripada kepadatan jemaah Andalusia tu sendiri. Jumlah keseluruhan kumpulan kami 4 buah bas semuanya, nak check in semua jemaah dari 4 buah bas ni bukan mudah. Dengan beg-beg lagi, dengan jemaah ada yang nak check out lagi, banyak prosesnya. Mohon bertabah. Haus..? Tahan je.. jangan merungut..! istighfar banyak-banyak. Ingat, itu sahaja ubatnya...!!
Ustaz pesan, naik bilik masing-masing dan selesakan diri tapi JAGA PANTANG LARANG IHRAM. Masuk je waktu solat Asar, terus solat Asar di bilik masing-masing. Kami difahamkan oleh petugas Andalusia yang memang sudah seminggu berada di Mekah, Masjidil Haram memang tengah padat dan sesak. Tak boleh masuk. Saf solat pun sampai ke jalan raya. Bayangkan...! Petugas Andalusia tu cadangkan kami selesaikan Umrah malam nanti selesai solat Isyak. Maknanya tak dapatlah Umrah dalam bulan Ramadhan. Tapi atas faktor keselamatan, itu lah jalan terbaik.
Pun begitu, kumpulan kami yang kebanyakkannya bukan first time sampai ke Masjidil Haram ni, ada yang dah berkali-kali sampai dan tunaikan Umrah atau Haji. Jadi masing-masing confident boleh buat Umrah sendiri-sendiri kalau terlepas daripada seliaan Ustaz. Cuma sekumpulan kecil (dalam 5-6 orang) yang pertama kali sampai jadi kena ikut Ustaz sepenuhnya. Oleh kerana masing-masing yakin boleh tunaikan Umrah sendiri-sendiri dan berazam nak juga tunaikan Umrah dalam bulan Ramadhan, maka kumpulan kami 'diizinkan' untuk masuk ke Masjidil Haram dan selesaikan Umrah wajib kami.
6. Maka bermulalah episod bersesak-sesak, bertolak-tolak dan berhimpit-himpit kami di dalam lautan manusia yang maha ramai di sekitar Masjidil Haram. Bayangkan keadaan di mana sebahagian jemaah yang selesai menunaikan solat Asar nak keluar daripada masjid dan sebahagiannya pula nak masuk masjid. Keadaan yang begitu sesak dan padat buat kami sangat-sangat cemas sehingga ada yang menitiskan airmata. Masa tu kami betul-betul bergantung HANYA KEPADA ALLAH s.w.t. Sempat atau tidak kami selesaikan Umrah sebelum azan Maghrib hari tu adalah ketentuanNya jua.
.. bersambung ..
.
2 Comments
waaa seronok nya beraya dekat tanah suci, lela pon harap 1 day boleh beraya kat sana. suasana mesti lain kan.
ReplyDeleteInsyaAllah Leyla.. aamiin.. :)
Delete