Kesesakkan dan kepadatan umat tu buat langkah kami jadi pendek, nak masuk masjid sahaja sudah satu jam lamanya. Sakit-sakit badan tak payah cerita la. Istighfar sahaja jangan berhenti. Kumpulan kami terpisah-pisah seawal mula 'memasuki' lautan manusia lagi. Jika di luar masjid sudah padat, di dalam masjid apatah lagi. Ruang tawaf penuh dengan manusia berkain ihram, nampak putih sahaja semua. Masing-masing berjuang untuk menyelesaikan Umrah mereka. Jadi kami pun menyelit sama. Tak boleh tunggu dan congak-congak lagi, sesungguhnya masa itu emas...!
7. Alhamdulillah, Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mendengar segala keluh kesah, doa dan pengharapan hamba-hambaNya. Dalam kepadatan dan kesakitan di sini sana, kami berjaya juga menyempurnakan (InsyaAllah sempurna) ibadat Umrah wajib kami pada petang akhir Ramadhan itu dengan jayanya. Selesai tawaf, kami tunaikan sa'ie dan kemudian bertahlul. Airmata menjadi saksi betapa ibadat Umrah kali ini PALING MENCABAR dari semua pengalaman Umrah kami terdahulu. Selesai bertahlul, kami mengorak langkah pulang dengan longlai keletihan tapi penuh kesyukuran. Baru separuh perjalanan, masih di lantai sa'ie tiba-tiba azan Maghrib dilaungkan. Airmata jatuh semakin laju tanpa dapat di tahan.
Kami berbuka di lantai sa'ie dengan kurma dan air zam-zam sahaja itu pun ada orang sedekah. Waktu tu tak kira dengan apa sahaja juadahnya, kami sudah sangat-sangat bersyukur. Ramadhan terakhir kami di bumi Mekah Al-Mukarramah -- selepas selesai menunaikan Umrah -- dan dengan segala keringat dan airmata yang tumpah. Insaf. Sungguh kasih sayang Allas s.w.t. amat melimpah-ruah.
8. Dalam letih-letih tu sempat berlari ke toilet di luar bahagian Safa Marwah tu untuk segarkan badan dan perbaharui wudhuk, kemudian kami ikut berjemaah solat Maghrib di lantai sa'ie dan selesai solat, perlahan-lahan berjalan balik ke hotel.
Jemaah masih sangat padat. Badan dah sakit-sakit tak terkira lagi, di himpit tolak, di siku, kaki kena pijak entah berapa kali, muka dah sememeh tak rupa rakyat Malaysia lagi (if you know what i means.. :p). Kami kelelahan. Tak berdaya menunggu lagi. Sampai hotel, jamu selera di Ruang Makan dahulu kemudian naik ke bilik masing-masing -- mandi -- solat Isyak -- dan boooommmmm...! tidur tak sedar apa dah.. hanyut dalam senyuman tak lekang sampai ke Subuh. Pokchik dan ayah dia lepas mandi tu turun semula ke masjid untuk tunaikan solat Isyak berjemaah tapi katanya tak dapat masuk masjid pun, solat kat tepi jalan raya je.. kira-kira 500 meter dari pintu masuk hotel kami.. hehehehehee.. :) tak apa lah, InsyaAllah dapat juga pahala berjemaah kan..
Jemaah masih sangat padat. Badan dah sakit-sakit tak terkira lagi, di himpit tolak, di siku, kaki kena pijak entah berapa kali, muka dah sememeh tak rupa rakyat Malaysia lagi (if you know what i means.. :p). Kami kelelahan. Tak berdaya menunggu lagi. Sampai hotel, jamu selera di Ruang Makan dahulu kemudian naik ke bilik masing-masing -- mandi -- solat Isyak -- dan boooommmmm...! tidur tak sedar apa dah.. hanyut dalam senyuman tak lekang sampai ke Subuh. Pokchik dan ayah dia lepas mandi tu turun semula ke masjid untuk tunaikan solat Isyak berjemaah tapi katanya tak dapat masuk masjid pun, solat kat tepi jalan raya je.. kira-kira 500 meter dari pintu masuk hotel kami.. hehehehehee.. :) tak apa lah, InsyaAllah dapat juga pahala berjemaah kan..
9. Dalam tidur paling nyenyak aku malam tu, aku bermimpi melayang-layang terbang di angkasa lepas.. lihat bintang-bintang bergemerlapan bersepah di dada angkasa.. bulan sangat-sangat-sangat cantik dan bercahaya. Ya Allah, indahnya mimpi tu tak akan aku lupakan. Rasa bahagia dan lapangnya dada masa tu masih aku ingat sampai hari ni. Terima kasih Ya Allah. Alhamdulillah.
10. Pagi subuh Aidilfitri itu aku bangun agak lewat sebab letih tak habis lagi. Jadi agak terkocoh-kocoh bersiap dan bergerak ke masjid untuk tunaikan solat Subuh. Sekali lagi bersesak-sesak melawan arus manusia yang sangat ramai. Ada yang nak masuk masjid, ada yang nak keluar. Bersimpang-siur masing-masing mencari arah. Dah la suasana masa tu langit masih gelap, bersesak-sesak pula tu, memang mencabar..! Cuaca Mekah pun panas ye walaupun waktu malam dan subuh pagi. Jadi sampai-sampai je kami dalam masjid jubah masing-masing dah lokos dengan peluh. Nasib baik tak pakai jubah raya lagi.. hehehehehe.. :p
11. Selesai solat Subuh, kami rehat-rehat sahaja dalam masjid sebab tak larat nak lawan arus manusia lagi untuk balik ke hotel. Keadaan jemaah bertambah padat. Maklumlah penduduk tempatan mula memenuhi ruang masjid untuk menunggu Solat Sunat Aidilfitri dan khutbah raya. Aku berhajat nak buat tawaf sunat tapi terbantut. Manusia terlalu ramai. Sudahnya duduk sahaja tak berganjak sambil berzikir dan hadam Al-Quran.
12. Selesai solat sunat Aidilfitri dan khutbah raya yang aku pun tak faham sepatah habuk tu, baru lah jemaah beransur-ansur meninggalkan ruang masjid. Ada la nampak juga lantai masjid. Kalau sebelum ni, 'tak nampak' lantai masjid tau sebab manusia je penuh.. hehehehehe. Aku sengaja keluar lambat sikit sebab nak bagi laluan kepada lautan manusia tu surut dulu. Tapi perut dah berkeroncong alahai dondang sayang kemain kuat lagi. Maklumlah tak makan apa-apa sejak sebelum Subuh lagi.
13. Balik ke hotel, ada Jamuan Raya kecil-kecilan di Ruang Makan. Semua jemaah turun dan menjamu selera sambil bermaaf-maafan. Tak lupa bergambar kenang-kenangan. Ada juga sesi bergambar beramai-ramai untuk di post di Facebook Andalusia, tapi kami tak join. Sibuk makan tak habis-habis.. hahahaha..!! Lagipun aku dan Pokchik bukanlah camera friendly. Harap memahami. Makan lebih penting kot.. gagagagagaga. Ada nasi impit, kuah lontong, sambal kacang, sambal udang dan paling special ada satey ayam dan daging. Alhamdulillah terasa macam beraya di tanah air je.. :)
Dah..!! tu je cerita raya kami di Tanah Suci. Memang macam tak raya pun suasana kat sana. Macam pagi yang biasa je. Cuma ada solat sunat Aidilfitri dan khutbah tu je yang membezakan sikit. Selebihnya hari berjalan seperti biasa. Orang-orang di sana pun mengenakan pakaian sama je macam nak pergi solat di hari biasa. Tak nampak 'baju raya' pun sebab masing-masing pakai jubah putih bagi muslimin dan jubah hitam bertutup penuh bagi muslimah. Tapi kan, anak-anak orang Arab akan 'dihias' cantik-cantik oleh mak ayah mereka pada pagi raya tu. Korang boleh tengok anak-anak Arab ni pakai cantik-cantik, kilat-kilat, rambut siap ikat dan berfesyen, yang anak perempuan siap disolek bagai.. hehehehehee.. Mungkin itu lah raya bagi mereka..!
14. Hari-hari seterusnya di bumi Mekah seperti biasa, ulang-alik pergi masjid untuk solat dan tawaf sunat selain 3 kali lagi Umrah sunat kami laksanakan. Jemaah mulai berkurangan tapi masih ramai. Sempat lah kami menerokai segenap ruang Masjidil Haram yang baru. Maklum lah Masjidil Haram kan dalam proses diperluaskan. Sampai lenguh kaki kami berjalan dalam bahagian masjid yang baru tu.
15. Aktiviti ziarah kali ni kami cuma ikut sama sekali sahaja. Singgah di Jabar Rahmah dan kali ni aku turut ikut panjat 'bukit jodoh' tu. Kalau dulu aku tak sempat ikut sebab masa sangat singkat, kali ni alhamdulillah sempat sampai ke atas bukit tu dan berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t. panjangkan jodoh aku dengan Pokchik sampai syurga.. dan semoga kami terus saling kasih-mengasihi, sayang-menyayangi, hormat-menghormati dan bahagia-membahagiakan antara satu sama lain sampai akhir hayat kami. Aku nak tua dengan Pokchik. Kalau boleh aku nak meninggal dunia atas pangku Pokchik. Dia lah cinta aku dunia akhirat. Aamiin.. :)
Nota 1 : masa berdoa di puncak Jabar Rahmah tu, berdoa menghadap kiblat ye BUKAN menghadap monument batu putih yang tinggi tu. Dan jangan la pergi meratap-ratap, menangis-nangis dan menyeru-nyeru pada batu putih tu. Islam tak ajar semua tu.
Nota 2 : dekat Jabar Rahmah tu akan ada ramaaaaaaiiii photographer tak bertauliah mengusung kamera mereka dan offer nak ambil gambar kita. Tapi semua tu BERBAYAR ye, bukan percuma. Jangan terpedaya dengan kata-kata mereka "halal.. halal.. haji.. photo.. halal.." sebab harga yang kalian kena bayar selepas tu sangat tak berbaloi. Bayangkan 10 keping gambar anda diminta bayaran SR100 (seratus riyal) lebih kurang RM100 juga duit kita.. haaaaa...?? Dah la gambar entah apa-apa di'snap'nya. Celah-celah batu tak nampak Jabar Rahmah pun dikiranya. Maka, hati-hati. Jangan terpedaya. Kalau nak bersedekah, bagi sahaja kepada penyapu sampah di sekitar kawasan tu. Ada ramai menunggu.
16. Ramai yang dah tahu sekarang jemaah Umrah atau Haji dah tak dibenarkan melawat ladang unta lagi atas faktor-faktor kesihatan. Waktu aku pergi menunaikan Umrah kali pertama 2014 dahulu, sempat juga ke ladang unta dan merasa sendiri susu unta yang fresh..! Kenangan manis yang tak akan dilupakan sebab rupa-rupanya unta-unta ni pandai bergambar. Bila halakan kamera, mereka akan 'possing' ala-ala manja.. hehehehehe.. Susu unta aku rasa seteguk je, tapi tekak tak boleh terima. Memang pesen tak minum susu...! Tapi kalau kalian sejenis suka minum susu, MESTI CUBA susu unta yang segar tu. Banyak khasiatnya.. InsyaAllah.
17. Tak sihat ; batuk, selsema, demam, sakit tekak sampai tak ada suara nampaknya memang tak boleh dipisahkan dengan aku. Dah tiga kali jejak kaki ke Mekah dan tiga kali tu juga aku dapat batuk dan sakit tekak yang berpanjangan dan tak baik-baik walaupun dah minum banyak air zam-zam yang sejuk atau pun tak sejuk. Masih tak mujarab. Mungkin itu ujian daripada Allah s.w.t. supaya aku menjaga percakapan. Aku kan banyak cakap, banyak complaint. Bila dah sakit tekak baru tahu nak diam.. hikssss.. :)
18. Kali ni tak banyak gambar yang aku berjaya snap. Entah lah, tak ada mood nak bergambar sangat. Mungkin sebab letih bersesak-sesak jadi dalam kepala fikir nak selesaikan ibadat je. Lagipun sejak dah MAKIN GEMUK ni, aku jadi seakan fobia dengan kamera. Nak selfie lagi lah jauh sekali. Terkilan juga sebab tak banyak gambar yang boleh dibuat kenang-kenangan pergi Umrah kali ni. Tapi tak apa lah, ada hikmah juga tak banyak gambar jadi tak banyak boleh 'menunjuk'... ehh.. :p
Tapi kan, cuba korang tengok macam Neelofa tu, pergi tunaikan Haji dah la dengan quota Furada. Pergi dengan pakej yang mahal dan selesa. Dapat masuk Raudhah secara in person. Lepas tu cantiiiiiikkkkkk je 24 jam walau tanpa make up. Suka aku intai-intai instagram Neelofa sepanjang dia tunaikan Haji tu. Sejuk je mata memandang. Untungkan dia, tak penat agaknya jadi cantik.. hehehehehee..
Kalau aku, dengan muka sememeh.. telekung dengan jubah tak match color.. dengan camera tak canggih.. sedihhhh je tengok gambar sendiri.. naik stress pula bila setiap kali nak bergambar sebab tak dapat shoot yang cantik-cantik.. hahahahahaa.. muka bulat aku ni je dah penuh frame.. camno...?!! :p
Seperti kebanyakkan orang yang dah pernah sampai di Tanah Suci, aku juga sama. Ketenangan dan aura kedamaian di dua Tanah Suci ni sentiasa melambai-lambai hati dan menggamit keinginan untuk pergi dan pergi ke sana lagi. Orang kata, kalau dah pergi sekali mesti nak pergi lagi dan lagi. Aku pun begitu lah juga. Setiap kali ada je rasa yang tak puas dan tak cukup. Ada sahaja yang membuatkan kita nak perbaiki amalan dan perbuatan kita di sana. Setiap kali tu berazam "kalau ada rezeki datang lagi, aku nak buat lebih baik.. nak beribadah lebih banyak.. nak perkemaskan Umrah.. dan sebagainya.."
Jadi aku harap ini bukan kunjungan ibadat aku yang terakhir. Aku nak pergi lagi. InsyaAllah kalau memang Allah s.w.t. rezekikan aku dan keluarga, aku harap dapat ke sana setiap dua atau tiga tahun sekali bergantung kepada keadaan dan kesihatan. Soal masa dan duit, boleh cari dan boleh diusahakan.. betul tak..? Aku cemburu tengok mereka yang berduit tu dah la dapat pergi buat Umrah setiap tahun, pergi dengan pakej mahal pula tu. Turun-turun hotel je terus pijak lantai perkarangan masjid. Untung sangat.
Marilah kita sama-sama menanamkan azam dan kesungguhan untuk bekerja lebih kuat lagi, menabung dengan lebih gigih lagi supaya dapat ke Tanah Suci setiap tahun. InsyaAllah.. Aamiin Ya Rabb.. :)
Okey, habis dah cerita Umrah Aidilfitri aku... Semoga bermanfaat..
Assalamualaikum..
(^___^)"
PS : kalau ke sana lagi terutama di bulan Ramadhan, bawa la duit banyak-banyak.. bukan untuk shopping tak tentu hala tapi untuk BERSEDEKAH.. seronok tau perasaan dapat bersedekah tu walaupun sekecil-kecil benda.. Mudah-mudahan murah rezeki kita dapat ke sana lagi.. Aamiin.. :)
PS : kalau ke sana lagi terutama di bulan Ramadhan, bawa la duit banyak-banyak.. bukan untuk shopping tak tentu hala tapi untuk BERSEDEKAH.. seronok tau perasaan dapat bersedekah tu walaupun sekecil-kecil benda.. Mudah-mudahan murah rezeki kita dapat ke sana lagi.. Aamiin.. :)
6 Comments
Lama benor tunggu sambungan ni. Hehe.
ReplyDeletebtw klau nampak xlawa xpelah nk buat camana, cuba2 perasan lawa pn ok dah.
amin utk segala doa n harapan.
hehehehee.. yang penting confident.. kann..! kann..!
Deletelagipun ada apa pada kecantikan fizikal, yang utama kan kecantikan hati dan keimanan.. perrrghhh.. ayat cover baiiikkk punyaaa.. hahahahaha..
:)
Seronoknya,
ReplyDeleteTeringin juga nak ada pengalaman macam ni .
InsyaaAllah. Moga Allah murahkan rezeki dan tetapkan hati supaya saya pun dapat pegi.
Take care.
InsyaAllah.. Aamiin.. Aamiin.. :)
Deletemoga dapat kembali lagi ke sane...rindunye.. :(
ReplyDeletemoga dipermudahkan Mas.. :)
Delete