Masa Kita Bersama Akan Tiba

Malam tadi aku mimpi buat pregnancy test sendiri dan keputusannya ; POSITIVE ..!! airmata aku menitis satu-satu dan masa seolah-olah freeze untuk 10 minit. Bahagianya Ya Allah..! Perasaan yang tak boleh aku nak describe macam mana punya happy walau ini bukan kali pertama aku mimpi benda yang sama, tapi kan perasaan bahagia tu sangat meluap-luap macam kali pertama..! Bahagianya tu.. ya ampunnnn.. tak nak tersedar rasanya.. biar mimpi tu panjaaaaaaaannnngggg sampai bila-bila..

Mungkin korang akan kata alahh, baru tengok dua jalur merah kat pregnancy test je.. tu pun nak excited lebih..! Mungkin kecil sangat hal ni kepada korang, tapi sangat besar bagi aku. Korang tak faham tak apa, tak ada siapa nak salahkan sesiapa pun. Tapi bagi yang faham atau cuba untuk faham, aku nak bagitahu yang mimpi sesaat tu sangat membahagiakan aku. Sangat..!

Bila tersedar tu, airmata aku masih mengalir. Hangat.
Aku kesat airmata dan kelip-kelipkan mata beberapa kali sambil senyum lebar sorang-sorang. Of course benda-benda macam ni aku tak boleh share dengan Pokchik. Tak tahu lah kenapa aku tak pernah rasa nak share mimpi-mimpi 'bitter sweet' macam ni dengan Pokchik, mungkin kerana aku tak nak dia rasa benda yang sama aku rasa saat tu. Bahagia tapi pedih..! Menyucuk sampai ke dasar hati.

Hanya yang pernah melaluinya sahaja faham.
Dan hanya seorang isteri yang dah 6 tahun kahwin tapi sekali pun tak pernah 'lekat' sahaja yang faham..! Allah.. sampai saat taip entry ni pun, hati aku masih pedih.

Aku tak tahu berapa besar dan berapa lama lagi ujian Tuhan kepada aku ini dan aku tak tahu apa hikmah yang sedang menanti aku di hujung sana. Aku redha. Aku tak pernah berhenti berharap dan berdoa kepada Tuhan mudah-mudahan aku kuat dan terus kuat menghadapi ujian ini. Aku takut kepada putus asa atau buruk sangka. Minta jauhlah daripada semua sifat-sifat tu. Aku tahu Allah Maha Pengasih, Allah sayang hamba-hambaNya dan aku bukan satu-satunya hamba yang sedang diuji dengan ujian sebesar ini. 

Aku juga tahu Allah Maha Mendengar. Aku berdoa dan terus berdoa, kerana Allah sentiasa mendengar. Satu hari nanti Allah akan jawab doa-doa aku ni, aku pasti. Aku harap siapapun di luar sana yang sedang 'menduduki' ujian yang sama dengan aku, agar terus kuat dan teruskan berdoa kepada Allah. Minta dan adu kepadaNya semuanya..! Kita sama, ujian kita sama. Semoga kita saling memberi semangat dan saling menguatkan. InsyaAllah segalanya akan 'terbayar' jua satu hari nanti. Aamiin.. *senyum walaupun pahit*

Aku bangun dan kucup dahi Pokchik
Dalam hati, aku harap Pokchik juga sedang kuat mendepani ujian ini malah aku harap dia lebih kuat daripada aku dan tak pernah putus asa dengan aku. Walau dia boleh pilih untuk 'keluar' daripada ujian ini, tapi aku harap dia stay dan terus stay dengan aku di sini sampai bila-bila.

Allah, pinjamkan aku kekuatanMu.

Baby, sabar ya.. masa kita 'bersama' akan tiba nanti.
Ummi sentiasa menantikan kehadiran kamu. Sentiasa.. :)





.
Share:

5 comments:

  1. Sepupu aku kawen 7 thn xdpt ank. Akhirnya jumpa punca, buat minor operation. Lps tu dpt ank selang stahun selang 2 thn. Skrg ank dh 5.
    Tetiba teringat berita mat saleh yg gugur 18 kali n dr kata xde harapan. Akhirnya yg ke19 dpt.
    Teruskn usaha n doa. Semua peminat blog ni pn sama doakan. In sha Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subahanallah.. indah nya aturan Allah.. semoga aku juga disempatkan merasai bahagia yang sama.. :)

      thanks Cinta..!

      Delete
  2. Everything happened for a reason kan.... positifkan diri dan terus berusaha. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..!! everything happened for a reason.. :)

      Delete
  3. Insyaallah,

    Moga terus tabah dan tak berputus asa. Ini semua aturan Tuhan. Dia tau apa yang terbaik buat kita. Mungkin belum masanya lagi. Sabar dan terus doa ok... !

    xoxo.

    ReplyDelete