Suka Simpan

Bukan seorang dua yang pernah tegur perangai aku yang suka simpan ni. Tapi aku tak rasa perangai suka simpan ni benda yang negatif sangat pun. Sebab aku simpan sesuatu tu bersebab walaupun kadang-kadang menyusahkan diri sendiri balik.. haiihh..! Ada yang kata; orang yang suka simpan ni, orang yang pendendam.. ha-ha-ha-ha.. tak betul..! Aku bukan pendendam..! (at least aku rasa aku BUKAN pendendam la kann..)

1.  Aku kalau beli sesuatu yang special, aku akan tunggu masa yang special juga untuk gunakan benda tu. Misalnya beli perfumes baru, aku akan tunggu hari jadi aku ke.. hari jadi Pokchik ke.. atau 1hb ke.. then baru guna perfumes baru tu. Normal kan benda tu..? Tak perlu aku nak explain apa-apa sebab ramai je yang perangai macam tu.

Baru-baru ni aku ada beli Gel Mandian Bidara yang famous kat facebook tu (terpengaruh punya pasal la ni). Dah sebulan gel mandian tu tiba pada aku tapi aku masih tak gunakan lagi sebab masa birthday aku hari tu, lupa nak bawa pergi Port Dickson. So, aku tunggu tarikh special lain baru nak guna gel mandian tu. Ok tak..? 

Masalahnya, buka gel mandian tu je yang SEDANG MENUNGGU tarikh special. Banyak lagi benda yang aku dah beli tapi sampai hari ni tak guna lagi sebab menunggu tarikh special kononnya..! Tarikh special tu pula asyik bertukar-tukar. Sudahnya sampai hari ni melambak benda baru yang belum guna. Bila Pokchik tanya, aku jawab 'nanti lah'... 

Termasuk juga buku-buku yang aku dah lama beli. Ada yang masih bersampul plastik atau dalam beg plastik MPH lagi, belum berusik sebab nak tunggu moment dan masa sesuai -- baru nak baca..! Konon nak feeling dan fokus lebih bila baca buku-buku yang best.. konon je lah..! pfffttttt... :(

2.  Kalau makan pun aku cenderung nak simpan makanan atau part paling best tu hujung-hujung. Again, kononnya nak lebih menikmati lah kan. Tapi akhirnya bila perut dah kenyang, makanan yang paling sedap yang aku simpan konon nak makan last sekali tu jadi terbuang begitu je. Kalau aku makan pun sekadar nak 'jaga hati' rezeki jangan merajuk je lah.

Bila fikir-fikir balik, buruk juga perangai suka simpan aku ni. 
Tapi aku tak boleh ubah la perangai yang satu ni. Banyak kali dah cuba tapi masih buat lagi dan lagiiii.. Dan....... sesungguhnya aku sangat benci dengan perangai manusia TAK TAHU SABAR yang kalau dapat makan atau dapat apa-apa yang best tu, jenis menggelupur nak cepat-cepat makan atau cepat-cepat habiskan. Annoying..! Tak ada feel tau orang macam ni. Gopoh. Tak menyabor..! *ehh.. sedapnya mengata orang..! macam perangai aku molek sangat.. hahahahaaa..!!*

3.  Tapi jangan salah faham, dalam bab hati dan perasaan.. aku jarang-jarang mampu simpan. Kalau aku tak suka, aku akan bagitahu. Tak dapat secara direct aku akan guna cara indirect macam perli atau kias-kiasan. Kalau aku marah, sedih, geram, bingung.. pun aku suka luahkan. Kalau tak dekat blog ni, dekat facebook.. hahahahaha..! Kadang-kadang je lah aku akan twist perasaan tu contohnya bila tengah kecewa dengan seseorang, aku akan up status yang happy-happy pasal orang lain. Tujuannya nak alihkan perhatian aku pada orang yang menyakitkan hati tu. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang makin teruk jadinya.. kahh kahh kahh..

Yang pasti, aku tak simpan..! bab perasaan aku tak simpan.. :)
Sebab duluuuuuuuuu aku pernah jadi sesorang manusia yang banyak memendam perasaan. Sakit. Ngeri. Penat. Jadi sekarang aku tak nak simpan lagi. Apa aku rasa, aku akan lepaskan. Cuma cara tu kena bijak la. Jangan lepaskan perasaan tak tentu pasal nanti orang meluat..!

Okey done..!

...

Saje nak bagitahu, dalam senarai aku sekarang ada banyak filem hindustan yang aku nak review dalam blog ni, tapi nantilah.. aku simpan dulu.. antara yang bakal menyusul Ki & Ka (lakonan Kareena Kapoor dan Arjun Kapoor), Lunch Box (lakonan Irfan Khan), Dil Dhadakne Do (lakonan Ranveer Sigh, Priyanka Chopra, Anushka Karma, Anil Kapoor dan Farhan Akhtar), Piku (lakonan Deepika Padukone dan Amitabh Bachan) .. dan yang paling terbaaaaaaaruuuu... of course Dear Zindagi lakonan Shah Rukh Khan dengan Alia Bhatt yang aku baru tonton kelmarin...! :)

aku pun dah lama tak review buku yang aku baca.. kan..? alahaiiii... mood tak mariii lah nak review pasal buku padahal ada juga beberapa buku best yang aku sempat baca kebelakangan ni. InsyaAllah nanti aku share ye.. satu satu lah..! tangan ada dua, jari ada 10 je.. hehehehehee.. 

jumpa lagi nanti..

:)




...

Share:

TAMASHA : Kisah Cinta Seorang Story Teller

Sejak dapat tahu Deepika Padukone dan Randbir Kapoor kembali bergandingan dalam filem, aku sudah mula teruja dan mencuri pandang perjalanan filem ni di Youtube. Filem baru mereka kali ni diarahkan oleh pengarah artistik yang kurang popular bernama Imtiaz Ali. Tapi sebab Randbir dan Deepika pernah berlakon di bawah arahan Imtiaz Ali sebelum ni walaupun dalam dua filem berbeza, jadi gandingan tiga nama ini buat aku serius excited..!

Tamasha means A Spectacle

Imtiaz Ali terkenal dengan filem-filem cinta yang sarat dan sedikit berat untuk penonton yang tidak suka filem serius. Kalau sebelum ni Imtiaz Ali mengarahkan Jab We Met dan Love Aaj Kal (sekadar menamakan dua filem beliau yang aku pernah tonton) memang tak ada apa yang nak diperkatakan sangat. Aku rasa dua filem tu biasa-biasa sahaja. 

Berbeza dengan filem Tamasha ni. Agak kompleks. Jujur cakap, pertama kali menonton Tamasha aku tak berapa faham dan gagal menangkap isi tersirat yang ingin disampaikan. Tapi first impression aku tetap menyatakan Tamasha sebuah filem yang deep dan dekat dalam hati aku. Mungkin kerana ada beberapa persamaan watak filem ni dengan hidup aku sendiri. Tamasha sebuah filem yang memerlukan penghayatan daripada penonton. Kalau kamu tonton sambil santai-santai memang akan lost. Aku sendiri play-pause-rewind-play banyak kali sepanjang tonton filem ni. Mujur tonton secara online kann.. :p

Kamu boleh baca sinopsis filem Tamasha DI SINI

selain SRK dan Kajol, gandingan Deepika dan Randbir are the best..!

Gandingan Deepika Padukone dengan Randbir Kapoor di dalam Tamasha memang superb and brilliant..! Ternyata chemistry antara sepasang bekas kekasih ini masih sangat kuat. Babak-babak di awal filem nampak sangat natural dan bersahaja lakonan mereka. Macam tak payah ada skrip atau pengarahan pun, mereka dapat hidupkan scene tu secara automatik. Kalian dapat tonton keserasian mereka macam dulu-dulu juga.

How I wish diaorang berdua ni kembali bercinta dan kawin cepat...! ehh.. :p

Dalam filem ni Corsica sangaaaaaaattttt lah cantik dan unik..! Kena sangat dengan jiwa aku. Terus masuk dalam wishlist tempat-tempat yang aku teringin nak pergi sebelum aku tutup mata selamanya. Kalau sebelum ni hati meronta-ronta nak pergi Kashmir, Agra, Istanbul, New Zealand, kali ni tambah satu lagi dalam list aku iaitu Corsica, Perancis.

Maaf kadang-kala tiba terlalu lewat

Mencintai, Menerima dan Melepaskan

Balik kepada filem Tamasha, ini apa yang aku ingin katakan mengenai kisah cinta Ved (lakonan Randbir Kapoor) dan Tara (lakonan Deepika Padukone) ...

1.  Betul...! tak semua perangai yang dia tunjuk depan kita adalah perangai dia yang sebenar. Kadang apa yang dipertontonkan itu adalah lakonan dan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Tapi boleh jadi juga apa yang dipertontonkan kepada kita selama ini adalah dia yang sebenar, manakala apa yang kita lihat selepas itu adalah lakonan dia semata-mata kerana ingin menutup kekurangan dirinya yang sebenar. 

Faham tak ni...? Kalau tak paham baca balik daripada mula.

2.  Mungin betul juga...! orang yang kita selalu nampak terlalu happy atau terlalu bahagia ni sebenarnya deep down inside adalah orang yang paling bersedih dan paling kurang bahagia. They try so hard to prove mereka OK tapi tanpa siapa-siapa sedar dia sebenarnya tidak pernah gembira dengan hidupnya sendiri. 

Kita pula suka pada dia dan rasakan hidup dia sempurna. Kita nak bersama dia kerana kita fikir dia yang boleh bahagiakan dan gembirakan kita setiap hari. Sedangkan dia sendiri struggle nak happy dan bahagiakan hidup dia sendiri apatah lagi nak bahagiakan kita.

3.  Semua orang berhak untuk berehat dan keluar daripada kepompong hidupnya yang biasa. Keluar dan pergi jauh. Cuba jadi orang lain untuk tempoh 24 jam. Kita semua berhak menjadi orang lain kalau kita nak. Bukan untuk menidakkan takdir Allah kepada kita tapi untuk melihat dunia yang jauh berbeza daripada dunia kita. Dan untuk rasa macam mana jadi orang lain. 

Mungkin dengan menjadi orang lain, baru kita nampak 'siapa kita yang sebenar' dan kita mungkin akan lebih sayangkan diri kita sendiri selepas tu. Siapa tahu apa yang akan kita temui apabila mula explore dunia luar.. kan..?

Cinta tidak menukar manusia menjadi selfish...!

Cuma kisah cinta Ved dan Tara menjadi bertambah kompleks apabila melibatkan cinta seorag lelaki yang mempunyai masalah Schizophrenia. Tara jatuh cinta kepada Don dan merasakan Don adalah lelaki yang interesting -- funny -- and loving, sedangkan Don yang Tara temui selepas beberapa tahun sudah menjadi Ved. Berbeza daripada Don, Ved adalah seorang lelaki yang boring -- skema -- and too emotional. 

Walaupun Don dan Ved adalah orang yang sama, tapi personaliti mereka berbeza. Tara jatuh cinta dengan Don bukan Ved. Tapi yang melamar Tara adalah Ved dan bukannya Don. Jadi Tara berhak menolak lamaran lelaki itu kerana lelaki itu bukan lelaki yang pernah buat dia jatuh cinta satu masa dulu. Lelaki itu terlalu berbeza.

Nampak tak kompleksnya di situ..?

Tara percaya Ved boleh jadi Don dan tanpa sedar Tara sebenarnya sedang memaksa Ved menjadi Don. Sedangkan dalam ilmu hisab percintaan, kita tidak boleh paksa orang yang kita cintai menjadi orang yang kita inginkan. Kita mesti menerima dia seadanya diri dia sendiri. Kalau kita nak dia berubah, itu bukan cinta tapi itu... selfish..!

Don pula bertegas untuk terus menjadi Ved dan yakin itu adalah versi terbaik dalam dirinya. Menjadi lelaki baik yang patuh kepada ibu bapa, lelaki yang mempunyai putaran hidup 100% sama setiap hari dan lelaki yang tidak pernah mempunyai impian -- cita-cita besar -- mahupun cinta..! Ved adalah lelaki sempurna bagi Don.

Story Teller Di Dalam Diri Setiap Kita

Ved terperangkap di dalam jasadnya sendiri. Antara keinginannya sendiri dengan keinginan orang lain ke atasnya. Di dalam Tamasha, anda akan ditunjukkan bagaimana Ved membesar dengan impian ingin menjadi seorang story teller tetapi end up menjadi seorang pekerja yang tidak pernah dihargai. Kesempatan ke Corsica menjadikan Ved berubah menjadi Don tapi apabila kembali semula ke India, Don kembali menjadi Ved dan Don terus dilenyapkan.

Di dalam Tamasha juga, anda akan dipertontonkan bagaiman pengaruh ibu bapa terhadap pembesaran dan perkembangan anak-anak menjadi sangat penting. Kalau anak tak minat jurusan sains, tapi ibu bapa tetap memaksa dengan alasan bidang sains cerah masa depan, maka suatu hari nanti jiwa anak itu akan meronta-ronta minta dilepaskan. Apa yang lebih baik adalah kenali potensi diri anak-anak anda dan bentuk mereka seperti apa yang mereka ingin jadi -- bukan apa yang anda rasa mereka patut jadi..!

Randbir -- Deepika -- Imtiaz Ali .. buat filem power lagi lepas ni.. pleaseeee..!! :)

Tahniah Imtiaz Ali kerana berjaya membuat aku kembali melihat sisi lain di dalam diri aku sendiri. Ada satu suara yang kembali berbisik di telinga aku selepas sekian lama suara itu aku padamkan. Mungkin suara itu masih sangat perlahan, tapi aku tahu satu hari nanti suara itu akan menguasai aku dan menjadikan aku yang baru -- yang mungkin tidak pernah aku fikirkan langsung..!

Tahniah Ved dan Tara.. kalian mengajar aku tentang erti jujur dalam mencintai. Menerima cinta seadanya walau cinta itu tidak sempurna. Manusia sendiri tidak ada yang sempurna, bagaimana cinta manusia boleh jadi sempurna..? Tara memilih untuk menjadi jujur dan menolak Ved walaupun Tara boleh sahaja menerima Ved dan kemudian menukarnya menjadi Don, tapi Tara pilih untuk memutuskan. Kerana Tara menicntai Don dan tidak mahu menahan Ved. Bukankah cinta juga bermaksud melepaskan.

Ved dan Don membuka mata aku bahawa hidup ini perlu dicabar, perlu diuji. Keluar. Terbang. Try new thing. Take risk. Be mad. Talk to yourself. Look straight to your eyes. Betul-betul tanya kepada diri sendiri "apakah ini kehidupan yang aku inginkan...?" -- tanya banyak kali dan tanya selalu..! Aku juga mahu menjadi seperti Ved mahupun Don -- menjadi story teller yang bukan sahaja menghiburkan orang tetapi memberi mereka sesuatu di dalam hati untuk mereka bawa sepanjang perjalanan hidup menuju dewasa. 

Terima kasih Tamasha.
Jumpa lagi dalam kisah cinta -- impian -- dan makna kehidupan yang baharu..


:)



Share:

HAPPY BIRTHDAY TO ME : Hadiah Besar Daripada Tuhan

Semalam (20 November) genap sudah usia aku 34 tahun. Dalam tak sedar usia sudah menginjak setahun lagi. Dan aku masih berlari mengejar impian yang belum aku miliki. Aku masih mencari dan meninjau-ninjau sambil mengangankan hidup yang bagaimana bakal aku jalani nanti. Siapa aku, di mana aku, siapa bersama aku waktu itu..? soalan-soalan yang sentiasa terbuka menanti jawapannya.

Aku masih belum siapa-siapa dalam duniaku sendiri. 

Pun begitu aku tak nafikan betapa besar dan sempurnanya hidup aku selama ini. Banyak rahmat Allah telah dikurniakan kepada aku. Mungkin aku hambaNya yang kurang bersyukur. Tapi begitulah aku, selagi belum mencapai impian dan cita-cita aku yang satu itu, aku tetap merasakan aku belum 'miliki' apa-apa.. sekali gus, aku dan hidup aku adalah biasa-biasa sahaja. Tak ada apa yang mampu aku banggakan.

Tahun lalu aku impikan gelaran 'ibu' untuk aku akan muncul tahun ni, tapi 2016 nampaknya sudah semakin menemui hujung dan aku masih belum mampu meengucapkan 'alhamdulillah, i'm pregnant now..' maka, aku kira impian tu akan ku bawa setahun lagi ke hadapan. Mudah-mudahan rezeki datang tahun depan.

semoga detik semalam melahirkan aku yang baharu

Dalam pada aku sibuk menyusun kata-kata syukur atas pemberian rezeki demi rezeki dan berita gembira yang silih berganti (salah satunya, Pokchik dapat naik pangkat sekali gus dapat bertukar tempat kerja baru. Happy betul dia. Aku apatah lagi, lebih-lebih happy lagi..!) rupa-rupanya Allah telah simpankan satu lagi HADIAH paling besar dalam hidup aku. Hadiah yang sangat besar sehingga menggegarkan segenap hidup aku.

3 hari sebelum hari jadi aku semalam, aku dikurniakan 'sebuah' hadiah tanpa pembalut yang datang bergolek tanpa disangka-sangka. Bergolek ia terus menghancur lumatkan hatiku. Tak dapat aku tahan, tak dapat aku tepis. Tak mampu juga aku nafikan, hatiku hancur berkecai dek 'hadiah besar' daripada Tuhan. Hadiah paling tinggi nilainya iaitu ; sebuah KESEDARAN.

Lebih 6 tahun hidup dalam zon selesa yang tak pernah dikacau orang, tiba-tiba aku dikejut-sedarkan bahawa hidup ini tak semudah yang aku rancangkan. Hari ini kau bahagia, esok lusa belum tentu lagi. Hari ini kau berjaya, di luar sana beribu orang ingin lihat kau gagal-kecewa-dan-merana. Sedarlah...! Hidup di dalam zon selesa tidak pernah menjanjikan selesa selama-lamanya. Bila Allah tegur dengan sedikit ujian, sakitnya ya ampunnnnn tak mampu diluahkan.

Namun 'hadiah besar' yang Allah berikan itu untuk aku celik dan buka mata seluas-luasnya. Hidup ini bukan jaminan. Aku perlu keluar daripada zon selesa ini dan bina hidup aku daripada kosong supaya aku tahu betapa mahalnya harga sebuah kebahagiaan dan ketenangan. Tak ada benda percuma dalam dunia ni. Kau nak berjaya, kau nak bahagia, kau nak apa-apa pun -- kau kena usaha..! kerja keras untuk mendapatkannya dan kerja keras lagi dan lagi untuk mempertahankannya..!

Segala apa yang kau miliki hari ini adalah pemberianNya. Pinjaman semuanya. Bila-bila Dia boleh ambil kembali termasuk rasa bahagia dan beruntung yang kau rasai saat ni. Tak ada yang kekal kecuali Dia. Jangan kau rasa semua kebahagiaan ini adalah pemberian tanpa syarat apa-apa.. kerana kebahagiaan adalah apa yang kau perlu cari, kau perlu usahakan dan kau perlu korbankan banyak hal lain untuk dapat KEBAHAGIAAN yang kau miliki hari ini.

Berusahalah untuk bahagia dan kekal bahagia..
Jangan tunggu...!

Bahagia tak datang kepada mereka yang sentiasa tidur dan asyik selesa..
Kebahagiaan adalah reward yang kau perlu cari dan kejar semampunya..!

Happy Birthday To Me
Terima kasih untuk hadiah paling berharga ini Tuhan
Terima kasih kerana beri aku kesempatan untuk sedar dan bangkit semula.
Terima kasih Tuhan..

:)



...
Share:

Tak Akan Sehancur Ini

Akhirnya malam tadi aku pecah berderai juga. Basah-basah bantal menangis. Ngilunya hati ni Ya Allah.. tak terluah dengan kata-kata. Sakit betul kalau bab kecewa ni. Semalam tak mampu lelapkan mata. Segala kenangan, sakit perit, ketawa dan gaduh manja kami berputar-putar macam slide power point. Sudahnya mata bengkak macam kena gigit tebuan. Dalam kereta sepanjang ke pejabat, aku menangis lagi. Sayu sangat kenapa entah. Lagi aku tahan, lagi melimpah-limpah airmata. Sampai pejabat kena touch-up balik muka dengan bedak. Tapi mata still bengkak. Lantak lah. Bengkak di mata orang nampak, bengkak di hati hanya Tuhan yang tahu.

Aku teringat arwah Ayah.
Saat-saat tengah rapuh macam ni memang akan teringat arwah Ayah. Dulu ada dia untuk aku gantungkan kekuatan. Tengok raut wajah dia, jadikan aku kuat dan berani. Sejak dia bersemadi di sisiNya, aku rindu kekuatan tu. Aku jadi sangat lemah dan mudah tewas dengan airmata. Mana Ain yang keras hati dulu...? Entah..........

Banyak dah aku lukakan dan kecewakan arwah Ayah. Selalunya keputusan-keputusan besar dalam hidup aku, mesti keputusan yang Ayah tak berapa suka tapi aku buat juga. Ayah bagi pula tu aku ikut kata hati dan buat keputusan sendiri walaupun Ayah mungkin dah tahu keputusan tu tak baik untuk aku dan aku akan menyesal satu hari nanti. Atau mungkin Ayah memang mahu aku belajar daripada kesilapan demi kesilapan. Supaya aku cepat dewasa dan matang.

Ayah, Ain rindu Ayah.. sangat rindu..!
Kalau lah Ayah masih ada, adakah Ayah akan menangis bersama Ain...?
Ain buat silap lagi.. Ain bakal kecewakan Ayah sekali lagi.
Bolehkah Ayah maafkan Ain dan terus sayangkan Ain macam selalu..?
Ayah, kalau lah Ayah masih ada... Ain tak akan jadi sehancur ini...

:'(


Share:

Aku Sedang Bertahan

Hari ini aku bangun pagi dalam perasaan paling tak tahu nak aku gambarkan macam mana. Sepanjang malam aku tidak mampu tidur lena kerana satu hal yang mengejutkan aku hingga aku tak mampu bertenang dan bernafas seperti biasa. Rasanya sakit menyucuk tangkai jantung. Tapi aku tidak menangis. Aku tidak berasa apa-apa. Tidak sedih, tidak marah, tidak kecewa. Tidak semua..! Hingga pagi aku masih memikirkan mengapa dan bagaimana -- seterusnya apa..? 

Apa aku perlu buat selepas mengetahui hal itu..?

Aku cenderung untuk menyalahkan diri sendiri bila berlaku sesuatu hal yang tidak disangka-sangka. Aku akan ingat balik semua kesilapan dan kecuaian yang aku pernah lakukan hingga mengakibatkan semua ini berlaku. Aku bersedih kerana aku sedar, aku terlalu banyak silap. Apakah ini hukuman daripada Allah atau sekadar peringatan kecil untuk aku bangkit dan berubah..?

Bertambah sakit kepala aku memikirkan mengapa aku harus menghadapi ujian ini.. mengapa aku..? Ustaz selalu ingatkan, bila Allah menguji hambaNya pasti sesuai dengan keupayaan hambaNya itu. Allah Maha Mengetahui. Maka, kuatkah aku menghadapi semua ini..? Mungkin kerana aku sudah cukup kuat jadi aku tidak menangis malam tadi. Aku mampu hadapi ujian ini. Aku mampu. Aku kuat. Tapi kata-kata itu hanyalah manis dituturkan di bibir sedangkan di dalam hati hanya aku yang tahu betapa rapuhnya aku saat ini.

Mengapa aku tidak menangis..? Sedangkan aku rasa aku patut menangis. Aku patut berasa sedih, rasa kecewa, rasa dikhianati dan rasa di dustai. Tapi aku tidak merasakan itu semua. Aku terlalu blurr sejak pagi tadi sampai satu tahap jadi marah pula kepada diri sendiri, kenapa aku tak nangis ni..? Selalunya bila aku 'sakit' di dalam hati atau jiwa aku berasa dilukai, aku akn menangis semahunya. Lepas nangis, rasa lega. Rasa lepas. 

Tapi sekarang aku tak menangis. Jadi semua perasaan yang aku rasa (jika ada) sedang bergelodak dalam diri aku tanpa dapat aku lepaskan. Aku benci rasa tu. Rasa tak dapat nak lepaskan apa yang aku rasa. Lepas tu kena berpura-pura dan berlagak macam biasa seperti tiada apa-apa berlaku. Shit..!

Sejak dari pagi tadi aku sibuk berteka-teki dalam hati. Apakah terlalu awal untuk aku menganalisa mengapa dan bagaiman hal ini terjadi..? Atau adakah aku sebenarnya sudah terlewat. Benar-benar terlewat hingga semuanya sudah menjadi bubur dan tidak mampu diselamatkan lagi...? Tiba-tiba datang rasa takut yang menghantui. Apakah sebenarnya yang Allah ingin sampaikan kepada aku..?

Apa..?

Aku mohon kekuatan untuk beberapa jam lagi. Aku perlu bertahan dulu. Sekurang-kurangnya itu jalan paling selamat yang mampu aku fikirkan buat masa ni. Aku tak boleh meletup sekarang kerana masanya belum sesuai. Aku sudah susan perancangan pendek. Aku harap menjadi. Kalau tidak menjadi pun, aku perlu teruskan juga sebab aku tak ada plan B. Aku tak mampu fikirkan apa yang lebih baik daripada bertahan.

Semoga kuat aku bertahan.
Semoga masih ada ruang untuk aku selepas semua yang berlaku ini.
Allah ada..! Allah ada..!


.

Share:

Fitoor ~ Cinta Antara Dua Darjat

Lebih sebulan blog terabai. Tak tahu apa yang aku sibukkan. Sebenarnya masa berlalu begitu sahaja, tak ada yang terisi dengan hal-hal istimewa selain beberapa berita gembira yang silih berganti sejak seminggu dua ni. Pendek kata, mood aku baik sekarang ni. Hati berbunga-bunga dan perasaan penuh dengan bahagia. Walaupun berita baik tu untuk orang tersayang sahaja, tapi aku yang bahagia lebih. Entahlah. Kebahagiaan dia, kebahagiaan mutlak untuk aku. 

Sedangkan diri aku sendiri, tak ada apa-apa yang baru. Berita gembira daripada aku pun belum kunjung tiba. Setia menunggu. Apa entah yang aku tunggu. 

Sempena hari jadi Mera Jaan hari ni (16 Nov) aku dedikasikan entry ni untuk dia. Untuk yang belum tahu, Mera Jaan tu maksudnya My Love. Dan selain Shah Rukh Khan, ada seorang lagi Mera Jaan aku iaitu Aditya Roy Kapur. Hero Bollywood yang masih baru. Filem dia belum ada yang popular sangat pun jadi aku tak terkejut kalau ramai peminat filem Bollywood masih belum kenal dia. Tak apa take your time..! :)

Fitoor ~ Obsession , Passion

Filem Fitoor ni release pada Februari 2016 tapi aku baru sempat menonton filem ni beberapa minggu lepas. Fitoor bermaksud Passion atau Obsession dan filem ni adalah adaptasi daripada sebuah novel Inggeris bertajuk Great Expectation tulisan Charles Dicksens. Bagi penggemar novel Inggeris mungkin tahu atau pernah dengar tajuk novel ni. Tapi aku tak tahu, jadi waktu mula tonton filem ni expectation aku agak tinggi. 

Aku boleh bayangkan Fitoor ni filem agak berat, slow dan ala-ala artistik. Aku dah bersedia kalau-kalau mengantuk awal sepanjang menonton filem ni. Tapi nampaknya tak ada yang membuatkan aku menguap pun. Cuma kalau kau jenis yang cepat boring atau tak minat filem-filem slow-melo mungkin kau akan rasa filem ni too boring.

Boleh baca sinopsis Fitoor DI SINI




Paling mengujakan aku filem ni shooting di Kashmir maka untuk sekian kali, entah berapa juta kali hati aku pun terpanggil-panggil la nak pergi Kashmir. Puas dah pujuk Pokchik ajak bercuti ke sana. Jawapan dia positif tapi entah bila betul-betul nak ke sana. Rasa macam nak pergi sangat dah, tapi ada je yang menghalang. So, sepanjang menonton Fitoor aku sambung berangan-angan dapat ke sana. InsyaAllah satu hari nanti.

Cinta Antara Dua Darjat


Overall jalan cerita Fitoor ni agak klise sebenarnya sebab ia kisah cinta antara dua darjat. Yang hero orang miskin, yang heroin orang bangsawan. Noor (lakonan Aditya Roy) digambarkan sebagai anak yatim piatu yang miskin. Dia tinggal dengan kakak dan abang iparnya. Noor ni suka melukis dan buat barang-barang art macam ukiran kayu, arca besi dan sebagainya. Satu hari Noor ikut abang iparnya pergi betulkan bumbung rumah Begum (lakonan Tabu). Begum ni orang kaya dan keturunan bangsawan yang hidup dalam tragedi. Begum ni ada seorang anak perempuan yang cantik dan dibesarkan dengan penuh disiplin macam seorang puteri raja, namanya Firdous (lakonan Katrina Kaif).


Bagaimana kisah cinta mereka bermula dan cabaran serta halangan dalam percintaan mereka, korang kena tonton sendiri filem ni. Apa yang boleh aku katakan, banyak juga twist dalam filem ni yang buat penonton terkejut tapi dalam masa sama teruja. Terutama kisah silam Begum dan kenapa Begum suka pada Noor tapi menghalang cinta Noor dan Firdous. Selain tu dihujung cerita penonton akan diberitahu tentang siapa Firdous yang sebenar. Aku suka dua part ni.

Di awal filem juga, ada watak seorang pelampau politik (terrorist) lakonan Ajay Devgan. Watak dia cuma muncul di awal dengan di akhir filem. Apa kaitan Ajay Devgan ni dengan Noor korang kena tonton sendirilah. Bagi aku, watak Ajay ni tak perlu pun tapi mungkin pengarah dan penulis nak bagi elemen suspens tu jadi diwujudkan watak ni. Lagipun Kashmir kalau tak ada watak pejuang politik jadi macam tak lengkap. Dah sinonim sangat. Korang jangan risau, dalam filem ni tak ada aksi ganas perang-perang semua. Tak ada..!

Tabu as Begum

Dari segi lakonan, bagi aku paling menyerlah lakonan Tabu sebagai Begum. Memang hidup dan menjadi. Awal-awal lagi aku dah rasa Begum ni sangat misteri dan mesti ada satu rahsia tentang Begum ni. Jadi masa filem ni 'buka kisah lama' hidup Begum, barulah kita semakin memahami kenapa dan bagaimana Begum boleh jadi ala-ala psiko macam tu. 

Kalau tak silap aku, watak Begum pada awalnya dilakonkan oleh Rekha tapi lepas beberapa scene pengarah tukarkan dengan Tabu. Aku tak pasti kenapa. Tapi tak apa lah sebab Tabu sangat cemerlang dalam filem ni. Pelakon berpengalaman lah katakan.

Watak Begum masa muda pula dilakonkan oleh Aditi Rao. Cantik budak ni. Aku suka mata dia dan keseluruhan rupa dia sangat klasik. Aku mula-mula kenal Aditi Rao ni dalam filem Wazir, tapi lepas tengok lakonan dia dalam Fitoor aku makin suka pada dia walaupun dia tak banyak dialog pun dalam Fitoor.. hehehehehe. 

Aditi Rao as Young Begum

Lakonan Aditya Roy Kapur dengan Katrina Kaif bagi aku kurang menyengat. Aku tak nampak keserasian antara mereka selain babak-babak romance dan dalam klip lagu. Mungkin filem ni terlalu berat untuk dua orang pelakon baru yang masih 'kosong'. Kalau naskhah ni diberikan kepada pelakon yang lebih berpengalaman, aku percaya hasilnya lebih mantap.

Aku memang selama ni tak berapa minat lakonan Katrina Kaif jadi maafkan aku kalau aku sedikit bias.. hahahahaa..! Tapi walaupun aku minat gila kat Aditya Roy, aku tak rasa nak puji dia melambung-lambung pun sebab lakonan dia dalam Fitoor sedikit kureeeeennggg berkesan bagi aku. Selain mainan mata berkaca-kaca tu, susuk tubuh Aditya yang lebih maskulin sahaja yang buat aku mampu tonton filem ni sampai habis.. :)

Kekuatan filem ni kepada skrip dan cinematography.. lakonan dan susunan cerita tak berapa memuaskan. Penonton rasa tertanya-tanya tapi tak lama, jawapan cepat diberikan seolah-olah takut penonton tak mampu faham muslihat jalan cerita filem ni. Kecewa sedikit di situ sebab aku suka filem yang boleh drag perhatian penonton dan klimaks yang betul-betul mengejutkan. Baru gempak..!

Pashmina ~ love both of them dalam lagu ni

Cinta antara dua darjat ni masih dan akan terus wujud dalam dunia ni. Pelik kan..? Tapi begitulah hakikatnya, darjat bukan sahaja soal harta dan kedudukan keluarga tapi juga taraf pendidikan, jenis pekerjaan sampailah lokasi rumah mak ayah. Cinta antara dua darjat boleh menjadikan cinta tu semakin kuat atau semakin hancur berderai. Dalam perjuangan cinta antara dua darjat ni, sebenarnya mereka perlukan lebih daripada CINTA semata-mata.

Noor dan Fitoor tidak saling mencintai kerana kebetulan tapi kerana telah ditakdirkan. Walaupun Firdous kuat menafikan tapi akhirnya cinta Noor lebih kuat untuk dilupakan apatah lagi dinafikan. Kalau aku jadi Firdous dah lama rebah dalam pelukan Noor, peduli apa aku dengan pangkat dan nama. Cinta kan segala-galanya...! hahahahahaa.. dah la Noor handsome, romantik, deep, setia pula tu... :p

Untuk pengemar filem romantik romance, boleh cuba tonton Fitoor.
Daripada 5 bintang, aku bagi 3 bintang je lah.. :)


.
Share: