Aku Sedang Bertahan

Hari ini aku bangun pagi dalam perasaan paling tak tahu nak aku gambarkan macam mana. Sepanjang malam aku tidak mampu tidur lena kerana satu hal yang mengejutkan aku hingga aku tak mampu bertenang dan bernafas seperti biasa. Rasanya sakit menyucuk tangkai jantung. Tapi aku tidak menangis. Aku tidak berasa apa-apa. Tidak sedih, tidak marah, tidak kecewa. Tidak semua..! Hingga pagi aku masih memikirkan mengapa dan bagaimana -- seterusnya apa..? 

Apa aku perlu buat selepas mengetahui hal itu..?

Aku cenderung untuk menyalahkan diri sendiri bila berlaku sesuatu hal yang tidak disangka-sangka. Aku akan ingat balik semua kesilapan dan kecuaian yang aku pernah lakukan hingga mengakibatkan semua ini berlaku. Aku bersedih kerana aku sedar, aku terlalu banyak silap. Apakah ini hukuman daripada Allah atau sekadar peringatan kecil untuk aku bangkit dan berubah..?

Bertambah sakit kepala aku memikirkan mengapa aku harus menghadapi ujian ini.. mengapa aku..? Ustaz selalu ingatkan, bila Allah menguji hambaNya pasti sesuai dengan keupayaan hambaNya itu. Allah Maha Mengetahui. Maka, kuatkah aku menghadapi semua ini..? Mungkin kerana aku sudah cukup kuat jadi aku tidak menangis malam tadi. Aku mampu hadapi ujian ini. Aku mampu. Aku kuat. Tapi kata-kata itu hanyalah manis dituturkan di bibir sedangkan di dalam hati hanya aku yang tahu betapa rapuhnya aku saat ini.

Mengapa aku tidak menangis..? Sedangkan aku rasa aku patut menangis. Aku patut berasa sedih, rasa kecewa, rasa dikhianati dan rasa di dustai. Tapi aku tidak merasakan itu semua. Aku terlalu blurr sejak pagi tadi sampai satu tahap jadi marah pula kepada diri sendiri, kenapa aku tak nangis ni..? Selalunya bila aku 'sakit' di dalam hati atau jiwa aku berasa dilukai, aku akn menangis semahunya. Lepas nangis, rasa lega. Rasa lepas. 

Tapi sekarang aku tak menangis. Jadi semua perasaan yang aku rasa (jika ada) sedang bergelodak dalam diri aku tanpa dapat aku lepaskan. Aku benci rasa tu. Rasa tak dapat nak lepaskan apa yang aku rasa. Lepas tu kena berpura-pura dan berlagak macam biasa seperti tiada apa-apa berlaku. Shit..!

Sejak dari pagi tadi aku sibuk berteka-teki dalam hati. Apakah terlalu awal untuk aku menganalisa mengapa dan bagaiman hal ini terjadi..? Atau adakah aku sebenarnya sudah terlewat. Benar-benar terlewat hingga semuanya sudah menjadi bubur dan tidak mampu diselamatkan lagi...? Tiba-tiba datang rasa takut yang menghantui. Apakah sebenarnya yang Allah ingin sampaikan kepada aku..?

Apa..?

Aku mohon kekuatan untuk beberapa jam lagi. Aku perlu bertahan dulu. Sekurang-kurangnya itu jalan paling selamat yang mampu aku fikirkan buat masa ni. Aku tak boleh meletup sekarang kerana masanya belum sesuai. Aku sudah susan perancangan pendek. Aku harap menjadi. Kalau tidak menjadi pun, aku perlu teruskan juga sebab aku tak ada plan B. Aku tak mampu fikirkan apa yang lebih baik daripada bertahan.

Semoga kuat aku bertahan.
Semoga masih ada ruang untuk aku selepas semua yang berlaku ini.
Allah ada..! Allah ada..!


.

Share:

2 comments:

  1. Ada setengah orang, hatinya selalu sakit atau selalu rasa sedih. Sampai satu masa, dia dah jadi lali untuk rasa sedih atau sakit lagi. Mungkin dah terbiasa atau pernah lalui hal yang lebih pahit.

    Bagi I, orang yang bijak. Dia pandai kawal perasaan dan tak bertindak ikut hati tapi akal.

    Sabarlah untuk semua ujian yang datang.
    Moga kamu kuat .

    Jaga diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin betul juga.. aku pernah lalui hal yang hampir sama.. jadi rasa sebal tu lebih dalam daripada rasa kecewa..

      tapi aku tak kuat.. percayalah..! pura-pura kuat je ni.. :(

      thanks..
      xoxo

      Delete