Lebih sebulan blog terabai. Tak tahu apa yang aku sibukkan. Sebenarnya masa berlalu begitu sahaja, tak ada yang terisi dengan hal-hal istimewa selain beberapa berita gembira yang silih berganti sejak seminggu dua ni. Pendek kata, mood aku baik sekarang ni. Hati berbunga-bunga dan perasaan penuh dengan bahagia. Walaupun berita baik tu untuk orang tersayang sahaja, tapi aku yang bahagia lebih. Entahlah. Kebahagiaan dia, kebahagiaan mutlak untuk aku.
Sedangkan diri aku sendiri, tak ada apa-apa yang baru. Berita gembira daripada aku pun belum kunjung tiba. Setia menunggu. Apa entah yang aku tunggu.
Sempena hari jadi Mera Jaan hari ni (16 Nov) aku dedikasikan entry ni untuk dia. Untuk yang belum tahu, Mera Jaan tu maksudnya My Love. Dan selain Shah Rukh Khan, ada seorang lagi Mera Jaan aku iaitu Aditya Roy Kapur. Hero Bollywood yang masih baru. Filem dia belum ada yang popular sangat pun jadi aku tak terkejut kalau ramai peminat filem Bollywood masih belum kenal dia. Tak apa take your time..! :)
![]() |
Fitoor ~ Obsession , Passion |
Filem Fitoor ni release pada Februari 2016 tapi aku baru sempat menonton filem ni beberapa minggu lepas. Fitoor bermaksud Passion atau Obsession dan filem ni adalah adaptasi daripada sebuah novel Inggeris bertajuk Great Expectation tulisan Charles Dicksens. Bagi penggemar novel Inggeris mungkin tahu atau pernah dengar tajuk novel ni. Tapi aku tak tahu, jadi waktu mula tonton filem ni expectation aku agak tinggi.
Aku boleh bayangkan Fitoor ni filem agak berat, slow dan ala-ala artistik. Aku dah bersedia kalau-kalau mengantuk awal sepanjang menonton filem ni. Tapi nampaknya tak ada yang membuatkan aku menguap pun. Cuma kalau kau jenis yang cepat boring atau tak minat filem-filem slow-melo mungkin kau akan rasa filem ni too boring.
Boleh baca sinopsis Fitoor DI SINI
Paling mengujakan aku filem ni shooting di Kashmir maka untuk sekian kali, entah berapa juta kali hati aku pun terpanggil-panggil la nak pergi Kashmir. Puas dah pujuk Pokchik ajak bercuti ke sana. Jawapan dia positif tapi entah bila betul-betul nak ke sana. Rasa macam nak pergi sangat dah, tapi ada je yang menghalang. So, sepanjang menonton Fitoor aku sambung berangan-angan dapat ke sana. InsyaAllah satu hari nanti.
Cinta Antara Dua Darjat
Overall jalan cerita Fitoor ni agak klise sebenarnya sebab ia kisah cinta antara dua darjat. Yang hero orang miskin, yang heroin orang bangsawan. Noor (lakonan Aditya Roy) digambarkan sebagai anak yatim piatu yang miskin. Dia tinggal dengan kakak dan abang iparnya. Noor ni suka melukis dan buat barang-barang art macam ukiran kayu, arca besi dan sebagainya. Satu hari Noor ikut abang iparnya pergi betulkan bumbung rumah Begum (lakonan Tabu). Begum ni orang kaya dan keturunan bangsawan yang hidup dalam tragedi. Begum ni ada seorang anak perempuan yang cantik dan dibesarkan dengan penuh disiplin macam seorang puteri raja, namanya Firdous (lakonan Katrina Kaif).
Bagaimana kisah cinta mereka bermula dan cabaran serta halangan dalam percintaan mereka, korang kena tonton sendiri filem ni. Apa yang boleh aku katakan, banyak juga twist dalam filem ni yang buat penonton terkejut tapi dalam masa sama teruja. Terutama kisah silam Begum dan kenapa Begum suka pada Noor tapi menghalang cinta Noor dan Firdous. Selain tu dihujung cerita penonton akan diberitahu tentang siapa Firdous yang sebenar. Aku suka dua part ni.
Di awal filem juga, ada watak seorang pelampau politik (terrorist) lakonan Ajay Devgan. Watak dia cuma muncul di awal dengan di akhir filem. Apa kaitan Ajay Devgan ni dengan Noor korang kena tonton sendirilah. Bagi aku, watak Ajay ni tak perlu pun tapi mungkin pengarah dan penulis nak bagi elemen suspens tu jadi diwujudkan watak ni. Lagipun Kashmir kalau tak ada watak pejuang politik jadi macam tak lengkap. Dah sinonim sangat. Korang jangan risau, dalam filem ni tak ada aksi ganas perang-perang semua. Tak ada..!
![]() |
Tabu as Begum |
Dari segi lakonan, bagi aku paling menyerlah lakonan Tabu sebagai Begum. Memang hidup dan menjadi. Awal-awal lagi aku dah rasa Begum ni sangat misteri dan mesti ada satu rahsia tentang Begum ni. Jadi masa filem ni 'buka kisah lama' hidup Begum, barulah kita semakin memahami kenapa dan bagaimana Begum boleh jadi ala-ala psiko macam tu.
Kalau tak silap aku, watak Begum pada awalnya dilakonkan oleh Rekha tapi lepas beberapa scene pengarah tukarkan dengan Tabu. Aku tak pasti kenapa. Tapi tak apa lah sebab Tabu sangat cemerlang dalam filem ni. Pelakon berpengalaman lah katakan.
Watak Begum masa muda pula dilakonkan oleh Aditi Rao. Cantik budak ni. Aku suka mata dia dan keseluruhan rupa dia sangat klasik. Aku mula-mula kenal Aditi Rao ni dalam filem Wazir, tapi lepas tengok lakonan dia dalam Fitoor aku makin suka pada dia walaupun dia tak banyak dialog pun dalam Fitoor.. hehehehehe.
![]() |
Aditi Rao as Young Begum |
Lakonan Aditya Roy Kapur dengan Katrina Kaif bagi aku kurang menyengat. Aku tak nampak keserasian antara mereka selain babak-babak romance dan dalam klip lagu. Mungkin filem ni terlalu berat untuk dua orang pelakon baru yang masih 'kosong'. Kalau naskhah ni diberikan kepada pelakon yang lebih berpengalaman, aku percaya hasilnya lebih mantap.
Aku memang selama ni tak berapa minat lakonan Katrina Kaif jadi maafkan aku kalau aku sedikit bias.. hahahahaa..! Tapi walaupun aku minat gila kat Aditya Roy, aku tak rasa nak puji dia melambung-lambung pun sebab lakonan dia dalam Fitoor sedikit kureeeeennggg berkesan bagi aku. Selain mainan mata berkaca-kaca tu, susuk tubuh Aditya yang lebih maskulin sahaja yang buat aku mampu tonton filem ni sampai habis.. :)
Kekuatan filem ni kepada skrip dan cinematography.. lakonan dan susunan cerita tak berapa memuaskan. Penonton rasa tertanya-tanya tapi tak lama, jawapan cepat diberikan seolah-olah takut penonton tak mampu faham muslihat jalan cerita filem ni. Kecewa sedikit di situ sebab aku suka filem yang boleh drag perhatian penonton dan klimaks yang betul-betul mengejutkan. Baru gempak..!
![]() |
Pashmina ~ love both of them dalam lagu ni |
Cinta antara dua darjat ni masih dan akan terus wujud dalam dunia ni. Pelik kan..? Tapi begitulah hakikatnya, darjat bukan sahaja soal harta dan kedudukan keluarga tapi juga taraf pendidikan, jenis pekerjaan sampailah lokasi rumah mak ayah. Cinta antara dua darjat boleh menjadikan cinta tu semakin kuat atau semakin hancur berderai. Dalam perjuangan cinta antara dua darjat ni, sebenarnya mereka perlukan lebih daripada CINTA semata-mata.
Noor dan Fitoor tidak saling mencintai kerana kebetulan tapi kerana telah ditakdirkan. Walaupun Firdous kuat menafikan tapi akhirnya cinta Noor lebih kuat untuk dilupakan apatah lagi dinafikan. Kalau aku jadi Firdous dah lama rebah dalam pelukan Noor, peduli apa aku dengan pangkat dan nama. Cinta kan segala-galanya...! hahahahahaa.. dah la Noor handsome, romantik, deep, setia pula tu... :p
Untuk pengemar filem romantik romance, boleh cuba tonton Fitoor.
Daripada 5 bintang, aku bagi 3 bintang je lah.. :)
.
2 Comments
tu dia...layan hindustan
ReplyDeleteDah lama tak tgk citer hindustan.
ReplyDelete