HAPPY BIRTHDAY TO ME : Hadiah Besar Daripada Tuhan

Semalam (20 November) genap sudah usia aku 34 tahun. Dalam tak sedar usia sudah menginjak setahun lagi. Dan aku masih berlari mengejar impian yang belum aku miliki. Aku masih mencari dan meninjau-ninjau sambil mengangankan hidup yang bagaimana bakal aku jalani nanti. Siapa aku, di mana aku, siapa bersama aku waktu itu..? soalan-soalan yang sentiasa terbuka menanti jawapannya.

Aku masih belum siapa-siapa dalam duniaku sendiri. 

Pun begitu aku tak nafikan betapa besar dan sempurnanya hidup aku selama ini. Banyak rahmat Allah telah dikurniakan kepada aku. Mungkin aku hambaNya yang kurang bersyukur. Tapi begitulah aku, selagi belum mencapai impian dan cita-cita aku yang satu itu, aku tetap merasakan aku belum 'miliki' apa-apa.. sekali gus, aku dan hidup aku adalah biasa-biasa sahaja. Tak ada apa yang mampu aku banggakan.

Tahun lalu aku impikan gelaran 'ibu' untuk aku akan muncul tahun ni, tapi 2016 nampaknya sudah semakin menemui hujung dan aku masih belum mampu meengucapkan 'alhamdulillah, i'm pregnant now..' maka, aku kira impian tu akan ku bawa setahun lagi ke hadapan. Mudah-mudahan rezeki datang tahun depan.

semoga detik semalam melahirkan aku yang baharu

Dalam pada aku sibuk menyusun kata-kata syukur atas pemberian rezeki demi rezeki dan berita gembira yang silih berganti (salah satunya, Pokchik dapat naik pangkat sekali gus dapat bertukar tempat kerja baru. Happy betul dia. Aku apatah lagi, lebih-lebih happy lagi..!) rupa-rupanya Allah telah simpankan satu lagi HADIAH paling besar dalam hidup aku. Hadiah yang sangat besar sehingga menggegarkan segenap hidup aku.

3 hari sebelum hari jadi aku semalam, aku dikurniakan 'sebuah' hadiah tanpa pembalut yang datang bergolek tanpa disangka-sangka. Bergolek ia terus menghancur lumatkan hatiku. Tak dapat aku tahan, tak dapat aku tepis. Tak mampu juga aku nafikan, hatiku hancur berkecai dek 'hadiah besar' daripada Tuhan. Hadiah paling tinggi nilainya iaitu ; sebuah KESEDARAN.

Lebih 6 tahun hidup dalam zon selesa yang tak pernah dikacau orang, tiba-tiba aku dikejut-sedarkan bahawa hidup ini tak semudah yang aku rancangkan. Hari ini kau bahagia, esok lusa belum tentu lagi. Hari ini kau berjaya, di luar sana beribu orang ingin lihat kau gagal-kecewa-dan-merana. Sedarlah...! Hidup di dalam zon selesa tidak pernah menjanjikan selesa selama-lamanya. Bila Allah tegur dengan sedikit ujian, sakitnya ya ampunnnnn tak mampu diluahkan.

Namun 'hadiah besar' yang Allah berikan itu untuk aku celik dan buka mata seluas-luasnya. Hidup ini bukan jaminan. Aku perlu keluar daripada zon selesa ini dan bina hidup aku daripada kosong supaya aku tahu betapa mahalnya harga sebuah kebahagiaan dan ketenangan. Tak ada benda percuma dalam dunia ni. Kau nak berjaya, kau nak bahagia, kau nak apa-apa pun -- kau kena usaha..! kerja keras untuk mendapatkannya dan kerja keras lagi dan lagi untuk mempertahankannya..!

Segala apa yang kau miliki hari ini adalah pemberianNya. Pinjaman semuanya. Bila-bila Dia boleh ambil kembali termasuk rasa bahagia dan beruntung yang kau rasai saat ni. Tak ada yang kekal kecuali Dia. Jangan kau rasa semua kebahagiaan ini adalah pemberian tanpa syarat apa-apa.. kerana kebahagiaan adalah apa yang kau perlu cari, kau perlu usahakan dan kau perlu korbankan banyak hal lain untuk dapat KEBAHAGIAAN yang kau miliki hari ini.

Berusahalah untuk bahagia dan kekal bahagia..
Jangan tunggu...!

Bahagia tak datang kepada mereka yang sentiasa tidur dan asyik selesa..
Kebahagiaan adalah reward yang kau perlu cari dan kejar semampunya..!

Happy Birthday To Me
Terima kasih untuk hadiah paling berharga ini Tuhan
Terima kasih kerana beri aku kesempatan untuk sedar dan bangkit semula.
Terima kasih Tuhan..

:)



...
Share:

1 comment:

  1. Happy Birthday babe ~
    Semua yang baik-baik saja datang pada kamu, di beri ketabahan, dikurniakan zuriat dan kebahagiaan. Amin.

    ReplyDelete