Sejak dapat tahu Deepika Padukone dan Randbir Kapoor kembali bergandingan dalam filem, aku sudah mula teruja dan mencuri pandang perjalanan filem ni di Youtube. Filem baru mereka kali ni diarahkan oleh pengarah artistik yang kurang popular bernama Imtiaz Ali. Tapi sebab Randbir dan Deepika pernah berlakon di bawah arahan Imtiaz Ali sebelum ni walaupun dalam dua filem berbeza, jadi gandingan tiga nama ini buat aku serius excited..!
![]() |
Tamasha means A Spectacle |
Imtiaz Ali terkenal dengan filem-filem cinta yang sarat dan sedikit berat untuk penonton yang tidak suka filem serius. Kalau sebelum ni Imtiaz Ali mengarahkan Jab We Met dan Love Aaj Kal (sekadar menamakan dua filem beliau yang aku pernah tonton) memang tak ada apa yang nak diperkatakan sangat. Aku rasa dua filem tu biasa-biasa sahaja.
Berbeza dengan filem Tamasha ni. Agak kompleks. Jujur cakap, pertama kali menonton Tamasha aku tak berapa faham dan gagal menangkap isi tersirat yang ingin disampaikan. Tapi first impression aku tetap menyatakan Tamasha sebuah filem yang deep dan dekat dalam hati aku. Mungkin kerana ada beberapa persamaan watak filem ni dengan hidup aku sendiri. Tamasha sebuah filem yang memerlukan penghayatan daripada penonton. Kalau kamu tonton sambil santai-santai memang akan lost. Aku sendiri play-pause-rewind-play banyak kali sepanjang tonton filem ni. Mujur tonton secara online kann.. :p
Kamu boleh baca sinopsis filem Tamasha DI SINI
![]() |
selain SRK dan Kajol, gandingan Deepika dan Randbir are the best..! |
Gandingan Deepika Padukone dengan Randbir Kapoor di dalam Tamasha memang superb and brilliant..! Ternyata chemistry antara sepasang bekas kekasih ini masih sangat kuat. Babak-babak di awal filem nampak sangat natural dan bersahaja lakonan mereka. Macam tak payah ada skrip atau pengarahan pun, mereka dapat hidupkan scene tu secara automatik. Kalian dapat tonton keserasian mereka macam dulu-dulu juga.
How I wish diaorang berdua ni kembali bercinta dan kawin cepat...! ehh.. :p
Dalam filem ni Corsica sangaaaaaaattttt lah cantik dan unik..! Kena sangat dengan jiwa aku. Terus masuk dalam wishlist tempat-tempat yang aku teringin nak pergi sebelum aku tutup mata selamanya. Kalau sebelum ni hati meronta-ronta nak pergi Kashmir, Agra, Istanbul, New Zealand, kali ni tambah satu lagi dalam list aku iaitu Corsica, Perancis.
![]() |
Maaf kadang-kala tiba terlalu lewat |
Mencintai, Menerima dan Melepaskan
Balik kepada filem Tamasha, ini apa yang aku ingin katakan mengenai kisah cinta Ved (lakonan Randbir Kapoor) dan Tara (lakonan Deepika Padukone) ...
1. Betul...! tak semua perangai yang dia tunjuk depan kita adalah perangai dia yang sebenar. Kadang apa yang dipertontonkan itu adalah lakonan dan hakikat sebenar adalah sebaliknya. Tapi boleh jadi juga apa yang dipertontonkan kepada kita selama ini adalah dia yang sebenar, manakala apa yang kita lihat selepas itu adalah lakonan dia semata-mata kerana ingin menutup kekurangan dirinya yang sebenar.
Faham tak ni...? Kalau tak paham baca balik daripada mula.
2. Mungin betul juga...! orang yang kita selalu nampak terlalu happy atau terlalu bahagia ni sebenarnya deep down inside adalah orang yang paling bersedih dan paling kurang bahagia. They try so hard to prove mereka OK tapi tanpa siapa-siapa sedar dia sebenarnya tidak pernah gembira dengan hidupnya sendiri.
Kita pula suka pada dia dan rasakan hidup dia sempurna. Kita nak bersama dia kerana kita fikir dia yang boleh bahagiakan dan gembirakan kita setiap hari. Sedangkan dia sendiri struggle nak happy dan bahagiakan hidup dia sendiri apatah lagi nak bahagiakan kita.
3. Semua orang berhak untuk berehat dan keluar daripada kepompong hidupnya yang biasa. Keluar dan pergi jauh. Cuba jadi orang lain untuk tempoh 24 jam. Kita semua berhak menjadi orang lain kalau kita nak. Bukan untuk menidakkan takdir Allah kepada kita tapi untuk melihat dunia yang jauh berbeza daripada dunia kita. Dan untuk rasa macam mana jadi orang lain.
Mungkin dengan menjadi orang lain, baru kita nampak 'siapa kita yang sebenar' dan kita mungkin akan lebih sayangkan diri kita sendiri selepas tu. Siapa tahu apa yang akan kita temui apabila mula explore dunia luar.. kan..?
![]() |
Cinta tidak menukar manusia menjadi selfish...! |
Cuma kisah cinta Ved dan Tara menjadi bertambah kompleks apabila melibatkan cinta seorag lelaki yang mempunyai masalah Schizophrenia. Tara jatuh cinta kepada Don dan merasakan Don adalah lelaki yang interesting -- funny -- and loving, sedangkan Don yang Tara temui selepas beberapa tahun sudah menjadi Ved. Berbeza daripada Don, Ved adalah seorang lelaki yang boring -- skema -- and too emotional.
Walaupun Don dan Ved adalah orang yang sama, tapi personaliti mereka berbeza. Tara jatuh cinta dengan Don bukan Ved. Tapi yang melamar Tara adalah Ved dan bukannya Don. Jadi Tara berhak menolak lamaran lelaki itu kerana lelaki itu bukan lelaki yang pernah buat dia jatuh cinta satu masa dulu. Lelaki itu terlalu berbeza.
Nampak tak kompleksnya di situ..?
Tara percaya Ved boleh jadi Don dan tanpa sedar Tara sebenarnya sedang memaksa Ved menjadi Don. Sedangkan dalam ilmu hisab percintaan, kita tidak boleh paksa orang yang kita cintai menjadi orang yang kita inginkan. Kita mesti menerima dia seadanya diri dia sendiri. Kalau kita nak dia berubah, itu bukan cinta tapi itu... selfish..!
Don pula bertegas untuk terus menjadi Ved dan yakin itu adalah versi terbaik dalam dirinya. Menjadi lelaki baik yang patuh kepada ibu bapa, lelaki yang mempunyai putaran hidup 100% sama setiap hari dan lelaki yang tidak pernah mempunyai impian -- cita-cita besar -- mahupun cinta..! Ved adalah lelaki sempurna bagi Don.
Story Teller Di Dalam Diri Setiap Kita
Ved terperangkap di dalam jasadnya sendiri. Antara keinginannya sendiri dengan keinginan orang lain ke atasnya. Di dalam Tamasha, anda akan ditunjukkan bagaimana Ved membesar dengan impian ingin menjadi seorang story teller tetapi end up menjadi seorang pekerja yang tidak pernah dihargai. Kesempatan ke Corsica menjadikan Ved berubah menjadi Don tapi apabila kembali semula ke India, Don kembali menjadi Ved dan Don terus dilenyapkan.
Di dalam Tamasha juga, anda akan dipertontonkan bagaiman pengaruh ibu bapa terhadap pembesaran dan perkembangan anak-anak menjadi sangat penting. Kalau anak tak minat jurusan sains, tapi ibu bapa tetap memaksa dengan alasan bidang sains cerah masa depan, maka suatu hari nanti jiwa anak itu akan meronta-ronta minta dilepaskan. Apa yang lebih baik adalah kenali potensi diri anak-anak anda dan bentuk mereka seperti apa yang mereka ingin jadi -- bukan apa yang anda rasa mereka patut jadi..!
![]() |
Randbir -- Deepika -- Imtiaz Ali .. buat filem power lagi lepas ni.. pleaseeee..!! :) |
Tahniah Imtiaz Ali kerana berjaya membuat aku kembali melihat sisi lain di dalam diri aku sendiri. Ada satu suara yang kembali berbisik di telinga aku selepas sekian lama suara itu aku padamkan. Mungkin suara itu masih sangat perlahan, tapi aku tahu satu hari nanti suara itu akan menguasai aku dan menjadikan aku yang baru -- yang mungkin tidak pernah aku fikirkan langsung..!
Tahniah Ved dan Tara.. kalian mengajar aku tentang erti jujur dalam mencintai. Menerima cinta seadanya walau cinta itu tidak sempurna. Manusia sendiri tidak ada yang sempurna, bagaimana cinta manusia boleh jadi sempurna..? Tara memilih untuk menjadi jujur dan menolak Ved walaupun Tara boleh sahaja menerima Ved dan kemudian menukarnya menjadi Don, tapi Tara pilih untuk memutuskan. Kerana Tara menicntai Don dan tidak mahu menahan Ved. Bukankah cinta juga bermaksud melepaskan.
Ved dan Don membuka mata aku bahawa hidup ini perlu dicabar, perlu diuji. Keluar. Terbang. Try new thing. Take risk. Be mad. Talk to yourself. Look straight to your eyes. Betul-betul tanya kepada diri sendiri "apakah ini kehidupan yang aku inginkan...?" -- tanya banyak kali dan tanya selalu..! Aku juga mahu menjadi seperti Ved mahupun Don -- menjadi story teller yang bukan sahaja menghiburkan orang tetapi memberi mereka sesuatu di dalam hati untuk mereka bawa sepanjang perjalanan hidup menuju dewasa.
Terima kasih Tamasha.
Jumpa lagi dalam kisah cinta -- impian -- dan makna kehidupan yang baharu..
:)
4 Comments
Terima kasih utk bedtime story ni. Haha
ReplyDelete(Baca blog ni waktu dh parking nk tidur)
Tak layan hindustan tapi macam menarik juga cerita dia ni.
Thanks :)
hehehehee.. bedtime story pun bolehh.. :)
Deleteharap2 dapat pengaruhi jiwa dan perasaan awak untuk jatuh cinta pada filem2 hindustan juga.. kehhh..!
*semua orang ada impian nak mengubah dunia... kan..?*
hahahahaaa.. :)
A very good review smpai baca byk kali n rasa nk tengok. Tapi since cerita mcm ni nk tgk kena fokus, rasanya mcm fail je bab nk fokus melainkan amik cuti duk rumah utk tgk cerita ni. Amik cuti utk layan movie sorg2. Wah..
ReplyDeleteha'ah.. best nya kalau dapat cuti satu hari khusus untuk tonton hindustan je dari pagi sampai pagi balik..
Deletetak payah buat kerja rumah.. tak payah masak.. tak payah mendobi.. tak payah *urus anak*.. cuti solat.. hahahahaa.. woiiii..! besarnya berangaaaannnn... :p
*untuk yg berkenaan*
hahahahahaa..